Christmas; Tears of Joy Or Tears Of Sorrow..
Kelmarin, seperti biasa rutin harian aku untuk ambil isteri pulang dari tempat kerjanya..
Walaupun jarak perjalanan antara rumah kami ke hospital hanya 500 meter atau 7 minit berjalan kaki tapi telah jadi satu rutin bagi aku untuk mengambilnya menggunakan kereta seperti biasa..selagi mana kalau tidak bertembung dengan urusan atau pekerjaan aku, selagi tu la rutin tersebut berterusan..hehehe
Seperti kebiasaannya, masuk je kereta si isteri pun mula bercerita tentang kejadian yang berlaku sepanjang beliau bekerja pada hari tersebut..kadang-kala, tak sempat nak tutup pintu lagi dah mula bercerita..cerita tersebut tidak terhenti hanya dalam kereta..ianya seperti drama TV3 pada jam 7.00 petang..tidak selesai hanya sewaktu di dalam kereta, ada sambungan ketika kami makan..kalau tak setel lagi, sambung waktu kami berehat bersama di sofa..kadang-kala, waktu sarapan pada keesokkan harinya pon ada sambungannya lagi..hahaha
Betul lah apa yang rakan sekerja aku nasihatkan waktu sebelum aku berkahwin dulu, "Fahmi, aku ni takde la banyak sangat pengalaman aku dalam perkahwinan..lagipun aku dengan kau pon umur sama je..cuma aku diberi peluang untuk melalui alam pernikahan lebih awal dari kau..aku just nak share 1 perkara je dengan kau tentang perkahwinan ni boleh?".."hah, apa dia Tawfiq???".."perkahwinan ni macam kita uruskan department ni la..kita kena banyak mendengar dan menjadi pendengar yang baik..kalau ada perkara yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan..tapi kalau ada perkara yang kita tidak mampu atau tidak tahu, kita kena rujuk dengan ilmu..sama seperti berkahwin, dengan isteri kita kena jadi seorang yang banyak mendengar dan menjadi pendengar yang baik".."abestu memang kene dengar je la ek fiq??kalau apa yang kita dengar tu tak menarik atau kita tak minat macam mana pulak??".."ohh tu senang je..kau SENYUM je la..hahaha"
Cuma, pada malam tu ceritanya agak berbeza daripada kebiasaannya..dari segi nada suaranya pun berlainan.."Kesian betul patient tadi tu..dah nak dekat Krismas tapi sanggup dorang nak buat orang tua dorang macam tu sekali???"
Aku jadi pelik dan cuma memasang telinga untuk mendengar cerita selanjutnya..
"-
Ada sorang patient tadi, umur dia dah lanjut..dalam lingkungan 80 an macam tu..dia memang dah lama tak boleh bangun..kira dia tu macam dah "bed bond"..sebahagian badan dia kene strok..dan patient tadi dihantar ke hospital..keadaannya patient tersebut bertambah teruk berbanding dengan sebelumnya,tapi tu based on apa yang anak dia bagi tahu dekat kitaorang..so, saya dengan team medical yang lain pun buat la examination terhadap patient tu..kitaorang tengok, patient tu tak la seteruk yang dibagitahu..jadi, consultant saya cakap la dengan anak kepada patient tu yang mak dia tidak perlu dimasukkan ke dalam wad..dan boleh dibawa pulang..
Tapi anak patient tu tetap berkeras untuk masukkan kan mak dia ke dalam wad..dengan alasan, mak dia tak mampu untuk makan dan minum sendiri..so, consultant tu balas balik yang mak dia tu memang dah pada asalnya keadaan macam tu..tapi, kedua belah tangan masih boleh untuk angkat untuk makan dan minum..cuma, bila kata "bed bond" ni anak la yang kene uruskan semuanya baik dari segi makanan, pakaian, kebersihan mak tu..termasuk la mandikan, bersihkan najis, tukarkan lampin dan sebagainya..
Muka si anak tu pon berubah bila consultant cakap macam tu..dan dia balas semula cakap consultant kitaorang tu..dia bagitahu yang keadaan sebelah tangan mak dia dah tak kuat seperti dulu..dah tak boleh untuk angkat dengan baik..dan tetap nak mak dia dimasukkan ke dalam wad..bahkan anak dia siap gesa supaya pihak hospital menguruskan maknya agar ditempatkan di nursing care..macam-macam lagi la alasan yang dia berikan dekat kitaorang tadi tau tak bang..saya macam nak je cakap lepas..nasib baik consultant tu memang jenis yang cakap lepas je..so, sekarang kami tunggu adik-beradik dia yang lain untuk datang dan berbincang dekat hospital..
Memang situasi tadi tu agak tegang jugak la sebenarnya bang..bukan kami taknak terima patient, tapi katil dekat wad tu dah penuh..dah tak muat untuk tempatkan patient dalam wad tu..sebab tu consultant berkeras supaya anak dia tu bawak balik mak dia dan jaga sendiri dekat rumah..
Sebenarnya, kami dah masak dengan situasi macam ni..lebih-lebih lagi bila menjelang krismas..
-"
Aku jadi bertambah pelik..tak dapat nak hubungkaitkan situasi tersebut dengan perayaan krismas yang bakal mereka raikan beberapa hari lagi..
Sambil keluar dari kereta dan bergerak masuk ke dalam rumah, isteri aku mengeluh dengan situasi yang berlaku tadi..tapi memandangkan perut kami dah terlalu lapar, jadi kami seolah-olah bersetuju untuk mengutamakan perut dahulu berbanding dengan kisah patient tadi tu..lagipun, lauk dah siap masak dan dah dihidang sebelum aku bertolak untuk ambil isteri di hospital tadi..
Tak sempat nak suap makanan ke dalam mulut, isteri aku sambung semula cerita dalam kereta..waktu ni aku teringat cakap Tawfiq..so, respons aku ketika tu hanya senyum dan memberi 50% perhatian dan fokus aku terhadap ceritanya dan lagi 50% lagi terhadap makanan..kira adil la kan..hehehehe
"-
Sebenarnya perkara macam ni kira benda yang biasa berlaku bang..
-"
"Apa yang biasanya pulak???"
"-
Dekat sini, bila nak dekat krismas je anak-anak yang mana parent dia ada dekat hospital dia akan biarkan parent dia dekat dalam hospital..sampai la habis cuti krismas..kalau parent dia ada dekat rumah pulak, kalau boleh dia nak letak parent dorang dekat hospital atau nursing care..macam-macam la alasan yang akan dorang create supaya dorang berjaya letakkan parent dorang dekat hospital atau nursing care..sebab tu bila masuk musim sejuk dan dekat dengan hari krismas kebanyakkan hospital akan penuh dan tak cukup katil dalam wad tu..dulu saya cuma dengar je cerita yang macam ni..tapi, sekarang bila dah bekerja dan berada dalam masyarakat dorang..saya sendiri berhadapan dengan situasi macam ni..kalau yang ok sikit, dorang akan bersama dengan parent pada malam krismas atau christmas eve tu..then, lepas tu akan pergi bercuti dengan family masing-masing..tapi tak semuanya macam tu..ada je yang ok bang..yang memang jaga parent dorang dengan baik..tapi sepanjang pengalaman saya, banyak yang saya jumpa macam yang saya cakap tadi tu..saya sendiri pon tak tahu kenapa benda macam ni berlaku..nak salahkan anak-anak 100% pon tak boleh..sebab masa kebanyakkan parent dekat UK ni bila anak dah mencecah umur 18 tahun, dorang akan lepaskan anak-anak untuk hidup sendiri..ada juga yang suruh anak-anak supaya keluar dari rumah untuk hidup sendiri tanpa sebarang bantuan..jadi, bila parent semakin tua dan mula dengan pelbagai penyakit, anak-anak pon tak berapa nak kisah la dengan parent dorang tu..dorang lebih rela untuk hantar parent dekat rumah orang-orang tua berbanding dengan jaga sendiri..hurrmmmmmmmmmmm..........
-"
Di akhir cerita, isteri aku melepaskan keluhan yang agak berat..seolah-olah rasa kesal dengan apa yang berlaku..
Bagi aku, itu antara perbezaan antara masyarakat di UK dan di Malaysia..kalau di Malaysia, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha merupakan hari yang kita nantikan..pada hari tersebut kita akan bersama dengan keluarga dan meraikannya bersama-sama..kesemua ahli keluarga akan berkumpul dan bergotong-royong dalam menyediakan juadah, menghias rumah dan pelbagai aktiviti yang lain lagi..ianya dilakukan semata-mata untuk meraikan hari kebesaran Islam bersama-sama dengan keluarga yang tercinta..
Seandainya parent kita berada dalam hospital, kita seboleh-bolehnya akan minta kebenaran dari pihak hospital agar parent kita diberikan pelepasan seketika untuk menyambut perayaan bersama-sama dengan anak-anak..sebab perkara ni pernah berlaku dekat aku sendiri..kalau tak silap pada tahun 2011 waktu tu sehari sebelum hari raya aidilfitri..macam biasa, menjadi adat dan lumrah keluarga besar kami di Melaka untuk berkumpul dirumah nenek sehari sebelum raya untuk membuat persiapan..dan macam biasa juga tugas aku dan geng-geng saudara-mara lelaki yang lain untuk mencari kayu api dan masak ketupat..memang meriah!persiapan tersebut berlarutan hingga ke tengah malam..bila dah selesai je aku dan adik beradik bersama-sama ibu akan balik ke rumah kami untuk berehat..tiba-tiba pada awal pagi tu ibu mengadu sakit belakang yang teramat sangat..terus kami hantar ibu ke Hospital Besar Melaka..dan pada malam tu jugak ibu di masukkan ke dalam wad..masa tu kami cuba untuk berbincang dengan doktor supaya ibu diberikan bekalan ubat yang secukupnya agar kami dapat bawa pulang pada awal pagi tu jugak..tapi doktor sendiri menasihatkan agar berehat dulu dalam wad..memang tahun tu rekod bagi kami sekeluarga..dari jendela wad perempuan Hospital Besar Melaka aku boleh lihat kubah Masjid Besar Negeri Melaka dan dengar suara takbir dan bacaan solat sunat hari raya..
Bila aku ingat semula kenangan raya pada tahun tu, aku bersyukur kerana di Malaysia kita masih mampu mengekalkan budaya dan adat ketimuran terutamanya apabila menjelang perayaan..buktinya, jalan Gua Musang-Kuala Krai akan jem teruk sepanjang musim perayaan..aku sendiri dah merasainya ketika pertama kali beraya bersama isteri di rumah mertua di Kelantan pada hari raya aidilfitri tahun ni..nak balik rumah nenek belah ayah mertua terpaksa tempuh jem lebih kurang 1 jam..padahal tempoh perjalanan biasanya tak sampai 20 minit pon..nasib baik rumah nenek belah mak mertua dekat sikit..jem pun sebab traffic light je la..hehehe
Semoga "wabak" ini tidak menular di Malaysia........