Kelahiran...
Alhamdulillah, sekitar jam 3.24 minit pagi pada 1/2/2017 Nur Aisya Sophia telah selamat dilahirkan secara normal.
Alhamdulillah juga segala proses kelahiran berjalan dengan lancar. Semuanya aku rakamkan secara gambar dan video melalui kamera kami. Bukan apa, senang kemudian hari nanti. Agak-agak kalau nakal je kita tunjuk balik video masa nak lahirkan dia. Yela, kan mak-mak kita selalu membebel betapa perit dan susahnya nak lahirkan kita (time kita degil, nakal atau buat perangai). Kalau orang Melaka punya bahasa lagi best "Kalau tau bila besar suka melawan, baik ibu tanam masa baru lahir je!" Hahahaha
So bila lahir je Sophia ni, bidan terus ambil dan letak dekat atas dada ummi dia. Orang putih kata "skin to skin". Kalau ikut masa kelas yang kami hadir tu, midwife tu siap cakap yang ada setengah daripadanya yang letak bayi tu dekat atas perut je. Nanti bayi tu sendiri akan slow-slow naik ke dada si ibu.
Bila letak atas dada ni, Sophia yang tadi menangis kuat dah mula slow sikit. Dalam pada masa yang sama midwife bagi peluang dekat aku untuk gunting tali pusat Sophia. Benda ni nampak simple, tapi memang berdebar. Walapun tali pusat tu panjang, tapi dalam kepala fikir macam-macam. Nak kene pegang gunting betul-betul la. Nak kene alas dengan kain la. Bukan apa, takut tiba-tiba gunting terlepas then kena dekat anak. Hahahaha. Lagi satu, kalau jenis yang mudah loya tengok darah tu better minta bantuan midwife je yang potongkan. Hehehe.
Selesai majlis potong reben, midwife ambil semula Sophia dan letak atas mesin alat resuscitation yang ada dalam suite bersalin tu untuk bersihkan dan pemeriksaan kali pertama. Selesai je pemeriksaan, midwife tu serahkan Sophia semula dekat aku. So, tanggungjawab sebagai seorang abi yang berdedikasi untuk azan dan iqamahkan ditelinga Sophia. Masa tu midwife perhatikan je tindakan aku. Dalam hati doa-doa mana tahu Allah SWT nak buka pintu hati dorang ni untuk menganuti Islam, inshaAllah ameen!
Alhamdulillah!Gambar pertama selepas sahaja dilahirkan! |
Selepas tu, giliran ummi pulak untuk menyusukan Sophia. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sedar tak sedar waktu dah menghampiri Subuh, so aku dan mertua masing-masing amek turn untuk solat Subuh.
Sekitar jam 9.00 pagi, kami dipindahkan ke wad selepas bersalin. Wad tu berada di tingkat atas. Dalam bilik tu ada 6 buah katil dan setiap katil dipisahkan dengan tirai. Masa tu ada beberapa orang rakan sekerja ummi Sophia datang ziarah. Alhamdulillah, pelbagai ucapan tahniah dan doa kami terima.
Bila jam hampir pukul 7 malam, aku dan mertua diminta untuk pulang ke rumah. Memang peraturan dalam wad tersebut macam tu. Tidak dibenarkan pasangan atau penjaga untuk berada di dalam wad ketika waktu malam.
So, kami pun pulang. Tapi sebelum pulang tu, aku pastikan semua perlatan untuk tukar lampin dan sebagainya disusun dengan baik dan mudah dicapai.
Berat hati sebenarnya nak balik. Nak bawak balik ummi dan Sophia terus ke rumah waktu tu tak boleh pulak. Sebab pemeriksaan oleh doktor dan midwife belum selesai. Paling tak, Sophia perlu ambil darah sebanyak 3 kali untuk pemeriksaan.
Celik mata buat kali pertama! |
So, sampai je rumah aku pon mandi, rehatkan badan dan tidur.
Tiba-tiba sekitar jam 2 pagi aku dapat panggilan talefon dari isteri. Ummi Sophia mengadu kesakitan yang teramat sangat. Sehinggakan nak gerakkan kaki sedikit pun tak boleh. Waktu tu aku cuma mampu untuk nasihatkan supaya panggil midwife atau nurse yang bertugas.
Kepala aku dah mula berfikir yang bukan-bukan. Tapi masih lagi clueless. Sebabnya, pengalaman ahli keluarga bersalin belum lagi yang mengadu sakit yang sebegitu teruk selepas bersalin. Lebih-lebih lagi bila tak boleh gerakkan kaki walaupun sedikit.
Malam tu memang aku tak tidur. Terus kejutkan mertua dan tanya kalau-kalau ada petua atau cara untuk hilangkan sakit tu. Tapi kami berdua buntu.
Keesokkan paginya, kami terus bergegas ke hospital..
Kesyukuran bertukar menjadi
DUGAAN!
bersambung........