New Castle...
Alhamdulillah, kali ni kami diberi kesempatan dn rezeki untuk travel ke salah sebuah lokasi yang menarik di United Kingdom ni :)
Sebenarnya trip kami ke Kota Bharu atau nama Inggerisnya New Castle kira nak sambut ulang tahun kelahiran pertama puteri kami, Nur Aisya Sophia :) dan kebetulan pulak kami memang belum pernah sampai ke New Castle, so kira 2 dalam satu la ni..hehehe
So kami kongsikan bersama tempat yang kami lawati di New Castle ni ye :)
Btw, kali ni kami pergi ke New Castle naik kereta dan menyewa kemudahan AirBNB je..jimat dan mudah!
sekitar pemandangan ketika dalam perjalanan ke New Castle!
Perjalanan kami bermula pada 31 Januari 2018, senang kata pada musim sejuk..secara peribadi aku kurang gemar berjalan pada musim sejuk melainkan kalau perjalanan tu lebih 2 marhalah..bukan apa sebab waktu solat antara Zohor, Asar & Maghrib sangat singkat..so kalau lebih 2 marhalah tu confirm la kita boleh jama' kan..hehehe
3 jam perjalanan, tido dulu lah! |
Tynemouth Castle and Priory
So, first tempat yang kami lawati adalah Tynemouth Castle and Priory.
Untuk makluman, Tynemouth Castle & Priory ni merupakan salah satu bangunan yang diselia oleh English Heritage atau nama officialnya sebagai English Heritage Trust. English Heritage ni merupakan satu badan kebajikan yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara bangunan bersejarah di England ni. Lebih 400 buah bangunan yang dijaga oleh badan kebajikan ni dan kebanyakkannya berusia lebih dari 500 tahun beb!
Alkisah Tynemouth Castle merupakan bangunan yang dibina pada sekitar kurun ke 13-14 manakala Priory atau nama dalam bahasa Melayu sebagai biara pula dipercayai ditemui sejak abad ke 7 lagi..
pemandangan jauh Tynemouth Castle & Priory |
Bangunan ini dibina di atas sebuah tanjung yang berbatu dan dikenali sebagai Pen Bal Crag. Tapak binaan bangunan ini dipercayai ditemui dan diasaskan oleh empayar Roman. Bangunan ni mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana lokasinya yang strategi. Berada di atas sebuah tanjung yang tinggi dan menghadap ke arah laut menjadikannya sebagai sebuah kubu dalam peperangan. Percaya atau tidak, bangunan dan kawasan Tynemouth Castle & Priory digunakan sebagai tempat pertahanan sehingga Perang Dunia yang KEDUA! Buktinya, kita boleh melihat senjata moden (yang dipakai ketika World War II) di tempatkan di sini.
pemandangan sisi Tynemouth Castle & Priory |
nun jauh di sana Tynemouth Castle & Priory..berehat di kawasan Spanish Battery :) |
Kalau ikut gambar di atas, lokasi Tynemouth Castle & Priory memang strategik di atas sebuah tebing yang tinggi!
dihujung tu merupakan Tynemouth Pier Lighthouse |
pemandangan laut North Sea |
Kalau kita perhatikan, tak pelik la Tynemouth Castle & Priory ni merupakan kawasan yang selalu menjadi tempat peperangan pada zaman dahulu..berhadapan dengan laut North Sea menjadikannya sebagai benteng pertahanan daripada serangan kapal-kapal perang yang datang dari seluruh benua Eropah melalui North Sea ni..
sekitar pemandangan di Tynemouth Castle & Priory |
Next!
Grainger Market
Grainger Market |
Grainger Market terletak di New Castle city centre. Ianya dibuka pada tahun 1835. Ianya diberi nama sempena nama seorang pemaju yang juga merupakan usahawan yang membina pasar ni iaitu Richard Grainger. Pasar ni merupakan pasar terbesar di Britain semasa waktu pembukaannya dengan keluasan 2 ekar, mempunyai 12 pintu masuk serta 243 buah kedai dan gerai..
Jom lihat pemandangan dalam Grainger Market ni!
Suasana dalam pasar ni memang meriah dengan gerai jualam makanan, pakaian, cenderamata dan sebagainya..Grainger Market ni akan jadi lebih meriah bila musim Krismas..musim Krismas, kedai akan dibuka sehingga jam 9 malam..dan barang yang dijual akan bertambah..kira kalau dekat Malaysia tu kita panggil Bazar Ramadhan ler..hehehe
model Grainger Market tidak berbayar..hahaha |
Next,
Around New Castle City Centre
Selesai berjalan dalam Grainger Market, kami berjalan-jalan di sekitar New Castle city centre..basically, city centre dekat sini confirm jauuhhhhhhhh lebih besar dari tempat kami..hahahaha
Tak banyak yang kami boleh kongsikan dekat sini..sebabnya waktu dah menghampiri malam..jadi banyak suasana makin gelap terutamanya bila perjalanan kami ke New Castle kali ni dibuat pada musim sejuk..hehehe
The Castle, New Castle
The Castle, New Castle (Castle Keep) |
The Castle, New Castle (Black Gate) |
Binaan istsana ini dipercayai mula dibina pada zaman pemerintahan Roman iaitu sekitar 1080..awal pembinaan bangunan ini diperbuat daripada kayu dan menggunakan konsep Motte & Bailey..
pemandangan bandar dari atas The Castle (Castle Keep) |
sebahagian peninggalan yang masih kekal sehingga hari ini |
Umumnya, kawasan yang dikenali sebagai Bailey ni merupakan kawasan yang didiami oleh pembesar yang menguruskan istana..dalam kawasan Bailey jugak terdapat kuaters askar, bangunan dapur dan sebagainya..manakala Keep pulak merupakan sebuah bangunan yang teguh dan besar..dimana di dalam bangunan tersebut ada Royal Room, Great Hall, Chamber, Guard Room dan sebagainya..
Bangunan Castle Keep ni agak besar dan mempunyai bilik dan ruang yang banyak..salah satu tempat menarik dalam Castle Keep ni adalah Well Room..Well Room ni merupakan sebuah bilik yang berfungsi untuk membekalkan air ke seluruh bilik dan ruang yang terdapat dalam Castle Keep..yang menariknya, terdapat perigi dengan kedalaman yang melebihi 30 meter di gali dan dibina dalam Well Room ni..FYI, perigi ni masih lagi mempunyai bekalan air sejak pembinaannya lagi!which mean, perigi ni dah berusia lebih dari 500 tahun beb!!dan yang paling menarik, seseorang individu perlu mengambil air dari dalam perigi, curah kedalam saluran lubang di bahagian kiri atau kanan dinding tersebut dan air itu akan mengalir ke seluruh bahagian bilik dan ruang di dalam Castle Keep ni!just amazing how they construct the building with fully function without any fancy engineering software to calculate pressure, flow, height etc...kita yang ada software fancy pon still ada engineering failure! hahahaha
Well Room in Castle Keep |
Nak tahu dari mana datang perkataan Wardrobe??meh tengok gambar dekat bawah ni
asal-usul perkataan Wardrobe..hahha |
Great Hall, Castle Keep |
Banyak lagi fungsi dan sejarah yang terdapat dalam Castle Keep ni...selain daripada sebuah bangunan istana, ianya juga merupakan bangunan pentadbiran, penjara, dewan orang ramai, singgahsana raja dan sebagainya..kalau nak ditulis satu-persatu, memang makan masa berbulan la nak siap..hahaha
Lagi satu, nak masuk muzium ni kene bayar tau!
princess Nur Aisya Sophia..hahaha |