Wednesday, 5 December 2018

Trip To York :) Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


National Railway Museum...



Ok, next destination kami ni merupakan muzium kereta api..FREE ENTRY, hehehehe

Basically, tempat ni memang muzium untuk orang-orang macam Sheldon (google Bigbang Theory) sebenarnya..kalau minat, memang tempat ni sangat menarik..tapi kalau tak minat, tempat ni paling boring mengalahkan boringnya dengar lecturer tentang etika kejuruteraan..hahaha



Muzium ni menceritakan sejarah perkembangan kereta api di UK ni..dan kita boleh lihat dengan sendiri bagaimana rekabentuk kereta api yang digunakan oleh Ratu Victoria ketika zaman 1800 an..




Bila sampai dekat muzium ni, korang boleh tanya dekat kaunter tu ada tak tour guide yang available..kalau ada, sila join!

Yang menariknya tentang senibina gerabak kerata api yang digunakan oleh Ratu Victoria ni, kebanyakkan dibuat daripada kayu Mahogany dan beberapa jenis kayu yang lain (ni tour guide tu explain)..bila sebut je kayu Mahogany, teringat meja kayu yang kami beli dengan harga £10 sahaja..rupanya taste kami ni sama dengan taste Ratu Victoria HAHAHAHA

Waktu mula-mula masuk tu memang muzium ni nampak bosa dan kecik..tapi rupa-rupanya muzium ni ada beberapa bahagian yang lain..so kalau nak explore, 2 jam belum tentu dapat explore sepenuhnya (plus untuk baca sejarah dan info yang ada..kalau setakat tengok dan amek gambo tu, sejam dah cukup..hehehe)




Dekat bahagian belakang luar bangunan muzium tu ada kereta api yang masih beroperasi dan kita boleh naik untuk rasa macam mana bernafas dengan asap arang batu kereta api tu..nak naik tu kene bayar tau!memang terasa paru-paru tu ada asap weh!






So, kalau sesiapa yang minat untuk dengar benda-benda teknikal memang wajib pergi muzium ni!tapi kalau jenis pakai kereta tak reti check minyak hitam, check coolant radiator etc baik korang takyah pergi tempat ni!hahaha



Bettys...

Tak sah kalau pergi dekat York tapi tak singgah dekat tempat ni!

Bettys ni sebenarnya tempat minum teh yang ditubuhkan sejak tahun 1919 lagi weh!

Basically, culture orang putih ni ada persamaan dengan orang kita jugak..yela, kita sendiri dapat kemerdekaan dari dorangkan so secara tak langsung asimilasi budaya orang putih ni ada dalam masyarakat kita..



Cuma bezanya dari segi perlaksanaan..kalau orang putih ni tempat minum teh dekat tea room, coffe shop etc..tapi kalau kita especially pemakan belacan atau budu ni, tempat minum teh kita dekat warung je..hehehe

Nak masuk tempat ni kene beratur dan tunggu giliran!xdenye boleh potong q!

Tapi bila dapat masuk dan rasa sendiri teh dan makanan minum petang dekat sini, baru kita rasa memang berbaloi beratur panjang!hehehe



Harga pulak takde lah mahal sangat, ok je la bagi kami..

Masa kami beratur tu, ada sorang aku kira nenek kot tunggu depan kami sambil duduk di kerusi menunggu..kami pon try la sapa..tanya dengan dia tengah tunggu orang lain lagi ke, then dia jawab tak..dia sorang je..then berbual lagi, dia kata memang dia lahir, besar dan berkeluarga dekat York ni..dia ada anak, tapi anak-anak dia kebanyakkanya berhijrah luar dari York..

Bagi aku, bila seseorang tu pergi ke tempat ni berseorangan, lagi-lagi pulak umur baya nenek-nenek (around 80) mesti ada kenangan yang indah dekat kedai ni!

Aku yakin, kedai ni tempat nenek tu dan mungkin arwah suami dia luangkan masa bersama untuk minum petang sejak dari dulu!

So, bila turn kami masuk kami order la set teh dan kuih scone dan biskut..

Sambil-sambil makan tu kami berdua usya nenek tu..memang tenang je wajah dia..sambil hirup air dan makan kuih..kadang-kadang aku tengok dia termenung kejap..kebetulan meja kami bertentangan, dan position aku direct nampak nenek tu..so usya la sikit..

Confirm!mesti ada kenangan manis yang pernah terukir di cafe ni yang dia bawak sehingga akhir hayat!

By the way, cafe ni child friendly..ada childseat dan dorang sediakan mainan kecil untuk baby






Goathland Village / Aidensfield...

Bagi peminat rancangan TV UK yang paling legend yang berjaya difilemkan sebanyak 372 episod melalui 18 siri memang wajib pergi tempat ni!


Sebab tempat ni la lokasi penggambaran filem Heartbeat tu!

Tapi, kalau korang ni peminat filem Harry Potter, haaaa ni la tempat yang korang wajib lawati..


Sebabnya, kalau korang perasan, kebanyakkan scene kereta api berlepas dalam mana-mana siri filem Harry Potter ni sebenarnya dibuat di Goathland Station!





Station kereta api ni masih lagi berfungsi sehingga sekarang..kalau nak naik boleh je..tapi dekat station ni ada 4-5 destinasi sahaja..

Yang bestnya, kereta api yang digunakan adalah kereta api arang batu..so kalau korang naik tu kira memang akan ada feeling ala-ala macam cerita Harry Potter tu!


Kalau nak pergi tempat ni better check weather awal-awal..sebab perjalanan nak ke sini lebih kurang sejam jugak dari bandar York..dan laluan memandu untuk ke sini agak mencabar..lokasi Goathland Station ni sebenarnya berada pada ketinggian 500 kaki dari aras laut tau!

Bila datang ke sini korang akan nampak perbezaan 2 generasi..genarasi muda datang sebab filem Harry Potter manakala generasi tua datang sebab filem Heartbeat..korang pilihlah nak join group mana..hehehehe



Whitby...

Whitby ni merupakan lokasi terakhir percutian kami ke York..


Tempat ni dia agak terasing sikit sebenarnya dari aspek lokasi..tapi tak bermaksud tidak membangun..

Whitby ni boleh dikatakan sebagai tempat pelancongan yang berasaskan konsep pantai atau laut..lokasi Whitby ni sendiri berada dipesisir pantai..kalau dekat Malaysia, Whitby ni kira macam kawasan Kuala Terengganu macam tu..hehehe




Bandar ni memang famous dengan hasil laut dan korang boleh naik boat untuk pusing sekeliling pantai Whitby ni..serius memang cantik!sebab kami sendiri naik bot selama 1 jam untuk pusing sekeliling Whitby ni..

Tak sah kalau datang ke Whitby tapi tak makan fish & chips..banyak pilihan kedai dekat sini..korang boleh pilih mana yang korang suka..harga pulak murah..dan rasa memang berbeza dengan fish & chips yang ada dekat Lancaster ni (dahlah mahal rasa pon tak berapa nak sedap pulak tu!except Hodgson's Chippy la..hahaha)

Boleh kata masa kami datang tu memang penuh dengan pelancong..dan kedai-kedai fish & chips memang rata-ratanya penuh dengan pelanggan..

Bila berada dekat sini memang teringat Jeti Umbai, Melaka..suasana bot-bot nelayan, jaring-jaring ikan, nelayan yang tengah angkat hasil tangkapan laut, deretan kedai makan makanan laut memang tak ubah macam Jeti Umbai!

Terasa nak balik Malaysia cepat-cepat je!huhuhu...

Setakat ini sahaja perkongsian daripada kami..

InshaAllah, lepas ni kami akan share trip kami ke Scotlan pulak!

Wassalam..........