Friday, 8 November 2019

Jelajah Scotland :) Part I

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Scotland...

Haa..kali ni aku nak share perjalanan kami menjelajah ke Scotland lebih kurang selama seminggu..

Scotland ni boleh dikatakan agak unik berbanding dengan gabungan United Kingdom yang lain..dari segi matawang, mereka mempunyai banknotes mereka yang tersendiri..tapi banknotes England tetap diterima diseluruh  Scotland sebabnya, Bank of England merupakan bank pusat bagi seluruh United Kingdom..dari segi pertuturan, slang mereka berbeza dengan Wales (of course bahasa pertuturan dan tulisan Wales completely different dari yang lain) , Northern Ireland dan England..masa datang ke Scotland ni, kami kene dengar betul-betul apa yang dorang cakap..sebab tak berapa nak jelas sangat slang yang dorang gunakan ni..

Alhamdulillah boleh kata kami berjaya menawan seluruh Scotland sebenarnya..kami travel dengan menaiki kereta, jadi ianya mudah untuk kami bergerak ke semua tempat..cuma ada 2 main location je yang kami tak berkesempatan nak singgah dekat Scotland ni iaitu Aberdeen & Dundee..so, selamat membaca :)


Welcome to SCOTLAND!



Bila sebut tentang Scotland, ada beberapa perkara yang kebiasaannya orang sebut tentang sejarah dan mitos menegnai Scotland..antaranya ialah raksaksa Nessie atau dikenali sebagai Loch Ness Monster..

Kisah Loch Ness Monster bermula sejak dari tahun 565 lagi apabila seorang mubaligh Kristian iaitu Saint Columba yang datang dari Ireland menyelamatkan seorang individu dari serangan raksaksa di Loch Ness..ketika itu Saint Columba sedang mengembara untuk berdakwah di seluruh Scotland..sehinggalah Saint Columba ni tiba di Loch Ness..

Ketika individu tersebut diserang oleh raksaksa Nessie, Saint Columba ni menangis dan merayu kepada raksaksa tersebut dengan menyebut "Thou shalt go no further, nor touch the man. Go back with all speed" yang bermaksud "Kamu tidak akan datang lagi atau tidak akan menyentuh lagi lelaki itu. Pergilah kamu dengan segera"..

Sehingga ke hari ni, kisah ini masih lagi disebut-sebut oleh masyarakat setempat..namun yang demikian, tidak ada sebarang bukti tentang kewujudan raksaksa Nessie tersebut..

Ada juga yang mengatakan bahawa raksaksa tersebut sebenarnya adalah  Kelpie iaitu semangat air yang boleh berubah bentuk kepada seeokor kuda..Kelpie ni juga dikatakan mendiami tasik-tasik di Scotland..

Selain dari mitos berkenaan dengan raksaksa di Loch Ness, Scotland juga sangat terkenal dari sejarahnya..

Terutamanya berkenaan dengan Battle Of Culloden yang berlaku pada tahun 1746..pertempuran tersebut berlaku di Culloden, iaitu sebuah kawasan dibahagian timur Inverness..

Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk pergi untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat-tempat yang di atas dan akan kami kongsikan dalam tulisan blog kali ini :)

The Tall Ship at Riverside, Glasgow

Tempat pertama yang kami singgah bila memasuki Scotland adalah Glasgow..nak sampai ke tempat ni pon dah makan masa hampir 4 jam drive!

The Tall Ship ni asalnya beroperasi sebagai kapal kargo pada 1896, kemudian dibeli oleh tentera untuk dijadikan kapal latihan untuk operasi ketenteraan..

Kalau dekat Malaysia peluang untuk kita lihat dan masuk ke tempat-tempat macam ni agak terhad..kalau dekat Melaka tu ada la jugak Muzium Samudera..tempat lain tu aku tak berapa pasti pulak..pernah pergi dekat Muzium Terengganu dan merasai pengalaman naik kapal, tapi tak sama macam yang aku lalui dekat sini..


nama kapal ni Glenlee

Boleh cakap kalau dari segi luaran, nampak macam kecik..tapi rupanya bila masuk dekat bahagian dalam, baru aku tahu sebenarnya dekat bahagian dalam kapal ni memang luas..lebih luas dari padang bola futsal..


bahagian dalam kapal (first level)

Kalau tengok dekat gambar atas, bahagian dalam kapal (first level) tu tempat untuk simpan barang-barang dagangan (sebab tujuan asal pembinaan kapal ni pon memang untuk kargo)..setiap tiang tu ada hook untuk ikat barang-barang dagangan..kalau pergi dekat bahagian tepi dinding kapal, dia ada buat partitions untuk seperate kan bahan-bahan kering dan basah..


second level

Kapal ni ada 3 level sebenarnya (tak termasuk ground level)..second level ni tempat untuk kelasi kapal tidur, dapur untuk memasak  dan selebihnya merupakan tempat untuk simpan barang dagangan yang berharga..sebab dia ada satu partition khusus yang seperatekan antara kawasan lain dekat second level dengan tempat simpan barang tersebut..yela, bila kita cakap kapal dagang, mesti ada bermacam -macam barang dagangan kan..




Kemain seronok Sophia dok main tekan-tekan benda tu..


ni pulak tempat tido bagi krew kapal level atasan (third level)


ni pulak tempat tido kapten kapal (third level)


jadi kapten ni memang special sikit..bilik air dan tandas berasingan dengan krew kapal yang lain (third level)

Tempat tido bagi kelasi kelas atasan dan kapten pula terletak di bahagian level ke tiga..kalau kita perhatikan, setiap level tu berbeza dari segi dekorasi hiasannya..third level ni kira level untuk geng-geng management la..sebab tu hiasannya pon comey..

Untuk ground level (tak open untuk access, tapi boleh tengok sikit je dari tangga) pulak untuk bahagian kelasi kapal kelas bawahan seperti cleaner, pekerja buruh kasar dan sebagainya..tempat tidur mereka pula hanya menggunakan hammock sahaja..




Cantik kan ukiran kayu dekat dalam gambar atas ni? :)


kapten Yoya on deck!!
kemain garang muka kapten Yoya marah kelasi kapal..hahaha


gambar keseluruhan kapal dari deck hadapan
Boleh untuk aku simpulkan, pengalaman ketika berada atas kapal ni memang seronok..sebab banyak benda yang boleh kita rasai sendiri..dekat bahagian dinding-dinding kapal ada diletakkan info-info yang berkaitan dengan kapal ni..kalau sape yang minat dengan kapal, memang sejam belum tentu cukup..

Untuk makluman, nak masuk atas kapal ni FREE je tau..tak perlu bayar..tapi donation sangat dialu-alukan..hehehe


Riverside Museum, Glasgow

Tempat ni pulak bersebelahan je dengan The Tall Ship, kiranya kalau pergi dekat sini, anda boleh melawati 2 tempat sekali gus!

Riverside Museum pulak merupakan tempat yang anda boleh lawati untuk melihat dan belajar tentang sejarah pengangkutan di United Kingdom ni..

Meh tengok gambar yang kami ambil dekat dalam muzium ni ye








Tak banyak sangat yang aku boleh cerita dekat sini, sebab tempat ni lebih kurang sama macam muzium transportation yang lain dekat UK ni..so kami just ambil masa lebih kurang satu jam untuk berada disini..just baca info-info yang disediakan sahaja..

Again, nak masuk tempat ni FREE je tau..hehehe


University Of Glasgow, Glasgow

Untuk sesiapa yang meminati filem Ayat-Ayat Cinta 2, lokasi penggambaran filem tersebut dikatakan dibuat di Universityof Edinburgh..tapi bagi aku lokasi penggambarannya sebenarnya dibuat di Glasgow!cuma ada beberapa lokasi sahaja yang dibuat di Edinburgh..

Sebabnya, lokasi penggambaran university pulak memang sebijik macam lokasi di University Of Glasgow bukan di University of Edinburgh!

Tak caya??

Meh tengok gambar










Universiti of Glasgow ni mula ditubuhkan pada tahun 1451, kira-kira dah berumur 568 tahun la..universiti ni banyak digunakan sebagai salah sebuah tempat lokasi penggambaran..

Antaranya, macam yang aku sebut awal-awal tadi, filem Ayat-Ayat Cinta 2, Harry Potter, Outlander etc..so, bagi peminat-peminat movie, bolehlah amek gambar banyak-banyak dekat tempat ni..andai kata kalau tak pasti mana satu tempat penggambaran, just tunjuk je gambar yang di google tu dekat mana-mana staff..nanti staff tu akan bagitahu lokasi sebenar hehehe..






Dekat dalam kawasan universiti ni sebenarnya ada muzium dan galeri seni..antara muzium dan galeri seni yang ada; Hunterian Museum & Hunterian Art Gallery..Hunterian Museum & Hunterian Art Gallery ni juga dipanggil dengan gabungan Hunterian..Hunterian ni merupakan sebuah muzium yang tertua di Scotland!





Dekat dalam muzium ni terdapat banyak pameran berkenaan dengan sejarah khusus tentang Scotland..selain dari tu, ada juga pameran berkenaan dengan sejarah perubatan oleh John Hunter iaitu seorang pakar bedah yang sangat terkenal sekitar tahun 1780-an..

Disebabkan kekeangan masa dan waktu operasi muzium, kami hanya berada disini selama lebih kurang sejam sahaja sebelum kami bergerak menuju ke tempat penginapan (Airbnb) kami..



Luss, Loch Lomond

Ok, kalau dekat England kita ada Lake District..tapi dekat Scotland pulak kita ada Loch Lomond..Loch Lomond ni merupakan tasik terbesar di UK yang membekalkan air mentah untuk keperluan penduduk di kawasan sini..

Dikhabarkan, manusia mula mendiami kawasan ni sejak 7000 tahun yang lalu..

Kalau nak cerita cantiknya kawasan sekitar Loch Lomond ni memang payah..so korang tengok sendiri gambar yang kami amek la ye..








Banyak tempat menarik dekat kawasan Loch Lomond ni..tapi, dalam banyak-banyak tempat tu kami hanya singgah di Luss sahaja..sebab kawasan tu kira sejalan dengan tempat yang kami nak tuju..dari Glasgow, ianya memakan masa selama satu jam sahaja..

Loch Lomond ni sangat terkenal sebagai pusat peranginan di Scotland..sebab tu terdapat banyak hotel yang disediakan disekitar Loch Lomond ni..


Oban Seafood Hut (Green Shack), Oban

Kami teruskan perjalanan kami seterusnya ke Oban Seafood Hut..tempat ni memang terkenal dengan kepelbagaian pilihan makanan seafood dengan harga yang murah!





Macam yang ada dalam gambar atas tu, tempat ni kecik je..nama pon hut kan..kira macam gerai tepi laut mcm tu..tempat duduk memang tak banyak..masa kami sampai tu, kebetulan orang tak berapa ramai sangat..so, boleh terus selit je dekat meja makan yang ada dekat situ..tapi tak lama lepas kami sampai, tiba-tiba ramai pulak orang beratur dekat kedai ni..sampaikan ada yang berdiri sebelah kami untuk book meja kami tu..nak makan pon jadi tak berapa nak selesa (bagi kita orang Melayu), tp kalau orang putih, dorang ok je (kau nak tunggu, tu kau punya pasal..hahaha)




Oban Seafood Hut ni terletak betul-betul tepi laut..kami datang masa musim luruh (Autumn), memang terasa sejuk angin laut waktu ni..tapi kami tahan je la sebab nak makan punya pasal hahaha..

By the way, masa nak pilih makanan tu kene tanya betul-betul sama ada masakan tu ada campur arak atau tak..sebab kebiasaannya, dorang memang akan campur sikit arak dalam masakan..kira arak tu bagi dorang macam bahan secukup rasa la hehehe..korang boleh request untuk masakan yang tak campur arak masa nak order makanan tu dekat kaunter tu ye..


Caledonian Canal, Ford Augustus

Orang kata tak sah kalau datang ke Scotland tanpa pergi melawati terusan di sini..



Sejak zaman dahulu lagi , Scotland ni juga dikenali sebagai Highland..kalau dalam bahasa Malaysia tu maksudnya Tanah Tinggi..sepanjang perjalanan menaiki kereta, memang banyak tempat yang kami lalui adalah kawasan pergunungan, bukit & hutan..jadi, peranan terusan adalah sangat penting pada zaman dahulu..



Terusan digunakan sebagai salah satu pengangkutan utama untuk membawa hasil lombong terutamanya arang batu..logiknya, memang sangat sukar kalau nak bawak arang batu melalui jalan darat..dengan muatan arang batu dan kawasan gunung, bukit & hutan, memang makan masa yang lama..jadi dengan menggunakan terusan sebagai medium pengangkutan, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga manusia..




Bila kita cakap pasal terusan, mesti ada lock atau gate..kenapa perlu ada gate ni??lock atau gate ni dibina disebabkan kerana paras air yang berbeza dengan ketara..kalau aku nak explain pon panjang jugak, so korang boleh klik link ni untuk penjelasan lanjut ye :)

Caledonian Canal ni merupakan antara terusan yang popular di Scotland..ianya terkenal dari segi kejuruteraan sepanjang proses pembinaannya bermula pada tahun 1803 yang memakan masa selama 7 tahun lamanya..

Caledonian Canal juga dikaitkan dengan sejarah peperangan Waterloo yang berlaku pada tahun 1815..sehingga ke hari ini, ianya terus menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk melancong dengan menaiki kapal menyusuri sepanjang terusan ni :)


Culloden Battle Field, Inverness

Culloden Battle Field, sejarah agung perjuangan Charles Edward Stuart atau lebih dikenali sebagai Bonnie Prince dalam memperjuangkan takhta sebagai Raja pemerintah Great Britain..perjuangan beliau dalam usaha untuk menaiki takhta sehingga kalah dalam peperangan dan melarikan diri ke Isle of Skye diabadikan dalam sebuah lirik lagu; 


Speed Bonnie boat like a bird on the wing,
Onward, the sailors cry.
Carry the bairn/lad that’s born to be king,
over the sea to Skye.

Loud the winds howl, loud the waves roar,
Thunderclaps rend the air;
Baffled, our foes stand by the shore,
Follow they will not dare.

Though the waves leap, soft shall ye sleep,
Ocean’s a royal bed.
Rocked in the deep, Flora will keep
Watch by your weary head.

Many’s the bairn fought on that day,
Well the claymore could wield,
When the night came, silently lay
Dead in Culloden’s field.

Burned are their homes, exile and death
Scatter the loyal men;
Yet e’er the sword cool in the sheath
Charlie will come again.


Sejarah perjuangan Bonnie Prince bermula dengan kebangkitan tentera Jacobite pada tahun 1745..Bonnie Prince datang semula ke Scotland, mendarat di Eriskay (salah sebuah pulau di Utara Scotland) dengan tujuan menuntut takhta untuk memerintah Great Britain setelah ayahandanya iaitu James Francis Edward Stuart di "buang" dari susur galur pemerintahan Great Britain..

Pada awal kebangkitan tentera Jacobite dalam usaha untuk menakluki Great Britain, mereka berjaya sehingga mampu menawan dari Scotland hingga ke Preston, Manchester & Derby pada 4 Disember 1745..

Namun yang demikian, mereka terpaksa berundur semula ke Scotland setelah kemaraan dari tentera British yang diketuai oleh Prince William Augustus (Duke of Cumberland) iaitu anak kepada King George II (Raja Great Britain ketika itu)..

Long short story,

Pertempuran terakhir antara Jacobite Force yang dipimpin oleh Bonnie Prince dan Great Britain Force yang dipimpin oleh Prince William berlaku di Culloden pada 16 April 1746..




Kekuatan tentera Jacobite; 7000 orang askar & 12 senjata api

Kekuatan tentera Great Britain; 8000 orang askar, 10 senjata api & 6 mortar

Pertempuran berlaku hampir satu jam diikuti dengan kemenangan tentera Great Britain..walaupun pertempuran tersebut hanya satu jam, tetapi kesan terhadap jumlah kematian mencecah ribuan tentera dari kedua-dua belah pihak..

Kekalahan teruk tentera Jacobite memaksa Bonnie Prince melarikan diri meninggalkan Scotland melalui Uist ke Isle of Skye..apa yang menyedihkan sewaktu itu, ketika menjadi pelarian, Bonnie Prince dikatakan terpaksa menyamar sebagai seorang pembantu perempuan kepada seorang wanita yang bernama Flora MacDonald..

Bonnie Prince akhirnya mangkat di Rome (Itali) pada 31 Januari 1788..

Kisah berkenaan dengan peperangan Battle Of Culloden telah diadaptasi menjadi drama British yang bertajuk Outlander..



Drama Outlander ni mengisahkan seorang perempuan yang merentasi masa yang berlaku pada tahun 1946 dan kembali pada zaman silam iaitu pada tahun 1743..nak cerita lebih, panjang sangat nanti..sebab drama ni ada 4 seasons, dan katanya season 5 akan keluar pada tahun depan hahahaha..

Ni pulak lirik lagu tema untuk drama Outlander tu;


Sing me a song of a lass that is gone,
Say, could that lass be I?
Merry of soul she sailed on a day
Over the sea to Skye.

Billow and breeze, islands and seas,
Mountains of rain and sun,
All that was good, all that was fair,
All that was me is gone.

Sing me a song of a lass that is gone,
Say, could that lass be I?
Merry of soul she sailed on a day
Over the sea to Skye



Kalau korang tekan link tu, aku attachkan link tu terus dengan youtube..so korang boleh dengar lagu tersebut di youtube..dan korang akan dapati, alunan lagu bari kedua-duanya adalah hampir sama..yang berbeza adalah lirik lagu tersebut..

Sewaktu kami berada di Culloden Battle Field ni, kami perasan ada batu tanda..setiap batu tanda tu ada tulisan nama klan yang membantu Bonnie Prince ketika peperangan tersebut berlaku..antara klan yang terlibat adalah Mackenzie, Mackintosh, Cameron, MacDonald etc..klan Mackenzie merupakan antara klan yang mempunyai askar yang ramai sewaktu peperangan tersebut..




Klan Mackenzie ni masih lagi wujud sehingga saat ini..bahkan, mereka mempunyai istana mereka sendiri iaitu Castle Leod yang terletak kira-kira 45 minit dari Culloden Battlefield tu..

Sewaktu kami berada disitu, kami ada ternampak sepasang orang tua yang meletakkan bunga di salah sebuah batu tanda yang ada disitu..mungkin mereka merupakan keturunan klan tersebut, dan bunga tersebut merupakan sebagai tanda peringatan kepada nenek moyang mereka..


Inverness Castle, Inverness


Inverness Castle ni terletak di atas bukit di tengah-tengah bandar Inverness..


Tapak pembinaan istana ini dipercayai telah wujud sejak 1057 lagi..

Sejarah tentang istana ni tak sehebat seperti sejarah Culloden Battlefield..bangunan istana yang ada sekarang dijadikan sebagai mahkamah di raja United Kingdom..istana ni tak dibuka untuk orang awam..so tak banyak sangat yang kami boleh explore secara live ketika berada di sini..






Bersambung.... :)

Saturday, 14 September 2019

Permohonan VISA BEKERJA (Visa Tier 2) ke United Kingdom

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Visa Berkerja di United Kingdom (Tier 2 Visa)

Kali ni aku akan sharekan cara untuk memohon visa untuk bekerja di United Kingdom atau lebih dikenali sebagai visa Tier 2..

Ok, disebabkan sebelum ni aku dah pernah explain tentang permohonan visa Tier 4, jadi aku rasa aku akan tulis dengan ringkas tentang cara untuk memohon visa Tier 2 ni..sebabnya, langkah untuk mohon visa Tier 2 ni lebih kurang sama je macam visa Tier 4..


Syarat untuk apply visa Tier 2;

1-Dapat offer kerja "skilled job"
2-Anda bukan dari European Economic Area (EEA)/Switzerland
3-Majikan anda adalah majikan berlesen "licensed sponsor" rujuk link ni


Bila lengkap syarat untuk apply, anda kena dapatkan certificate of sponsorship dari majikan anda sebelum anda apply visa..


Kelayakan untuk memohon visa Tier 2;

1-Ada valid certificate of sponsorship
>yang ni aku dah explain dekat atas..

2-Bukti yang anda ada pengetahuan dalam Bahasa Inggeris
>boleh check link ni untuk maklumat lanjut

3-Ada personal savings
>ada 945 pound dalam akaun bank anda selama 90 hari sebelum anda mohon visa

4-Bukti bahawa anda boleh travel ke mana sahaja dan travel history anda selama 5 tahun sebelumnya
>maksudnya anda ada passport dan kena tunjukkan sejarah travel anda selama 5 tahun sebelumnya

5-Ada result TB Test
>link ni merupakan tempat untuk anda buat TB Test di Malaysia

6-Ada sijil rekod tentang sebarang jenayah yang anda pernah lakukan sepanjang 10 tahun ke belakang
>untuk permohonan Sijil Kelakuan Baik "Certificate Of Good Conduct" di Malaysia, boleh rujuk link ni

7-Jumlah gaji yang akan diterima di UK nanti adalah berpatutan
>sila rujuk link ni untuk tahu range gaji yang berpatutan bagi membolehkan anda mohon visa ni


Dokumen yang anda perlu sediakan;

1-Certificate Of Sponsorship reference number
2-Certificate proof of English knowledge
3-Bank statement (945 pound minimum) selama 90 hari sebelum mohon visa 
4-Passport baru dan lama
5-TB Test result certificate
6-Certificate Of Good Conduct/Criminal Record Certificate/Sijil Kelakuan Baik


Apply Visa Tier 2;

Kesemua permohonan visa perlu dilakukan secara online, boleh rujuk link ni untuk apply visa tersebut..

Kemudian, anda perlu hadir ke pejabat VFS Global yang ada di Malaysia untuk submit cap jari dan ambil gambar di pejabat tersebut..boleh rujuk link ni untuk maklumat lanjut..


Kos untuk melengkapkan permohonan visa;

1-Application fee boleh rujuk link ni
2-IHS fee boleh rujuk link ni 
3-Bayaran servis di pejabat VFS Global pulak kene rujuk link ni


Untuk yang berada dalam UK, anda hanya perlu tukar/switch visa yang anda sedia ada kepada visa Tier 2..sila rujuk link ni untuk maklumat lanjut..


Sila apply visa anda lebih awal dari tarikh anda mula kerja di UK..kebiasannya proses untuk dapat jawapan terhadap permohonan visa anda boleh makan masa sehingga 3 minggu..ianya bergantung kepada jenis permohonan visa anda (normal, priority atau super priority)


Sebarang maklumat lanjut tentang permohonan visa Tier 2 ni boleh dirujuk melalui link ni ye..


Gentle reminder, proses permohonan visa UK semakin lama semakin ketat..so, pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan..kalau tak, boleh burn semua bayaran yang telah anda buat sekiranya permohonan visa anda di reject!


Semoga permohonan visa anda lulus!

Sekian...


p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)

Saturday, 9 March 2019

UK & Sunat/Khatan Anak Perempuan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sunat Anak Perempuan di UK????...

Lama rasanya tak update blog ni..banyak perkara yang saya nak tulis dalam blog ni sebenarnya..tapi disebabkan kekangan masa dan kesibukan, tahun 2018 hanya ada 9 posting sahaja hahaha..

Saya pilih tajuk ni sebagai salah satu perkongsian daripada perkara yang kami alami sendiri dan berharap agar sesiapa yang berhadapan dalam situasi yang sama nanti akan dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkongsian yang saya tulis ni..

Kisahnya bermula semasa pregnancy checkup semasa mengandungkan Sophia..menjadi salah satu prosedur biasa untuk si ibu menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan untuk memastikan tiada halangan ketika proses melahirkan anak nanti..

Sudah tentu pemeriksaan tersebut dijalankan oleh pegawai perubatan yang sudah arif dalam menjalankan prosedur tersebut..sewaktu pemeriksaan tersebut pegawai tersebut bertanya soal sunat/khatan ni..dan kami ketika itu hanya menjawab berdasarkan apa yang berlaku..sudah tentu setiap bayi perempuan di Malaysia yang lahir ketika tahun 90-an akan di sunat/khatan terus..

Once bila kita sendiri jawab macam tu, maka "RED FLAG" terus diletakkan ke atas ibu bapa kepada bayi yang akan dilahirkan tersebut..bahkan, "RED FLAG" turut dikenakan ke atas bayi perempuan yang akan dilahirkan..pegawai perubatan tersebut sendiri yang maklumkan status tersebut kepada kami..

Ini bermaksud, bila anak perempuan tersebut dilahirkan, anak perempuan tersebut akan dimonitor oleh semua health service diseluruh UK (dimana sahaja anak perempuan tersebut berada) sama ada di rumah, nursery atau sekolah sehingga anak perempuan tersebut berumur 5 tahun..ibu bapa juga turut dipantau dari semasa ke semasa..

Umumnya, sebagai seorang Islam sama ada lelaki atau perempuan akan menjalani proses sunat/khatan apabila lahir..proses tersebut dijalankan sama ada selepas kelahiran sehingga sebelum mencapai umur baligh/puberty..

Memang kami tahu, proses sunat/khatan di UK merupakan salah di sisi undang-undang UK..dan ianya merupakan salah satu "child abuse" terhadap kanak-kanak perempuan based on akta Serious Crime Act 2015..boleh rujuk link ni untuk bacaan terhadap akta tersebut...disini, sunat/khatan dikenali sebagai FGM (Female Genital Mutilation)..

Sebenarnya proses sunat/khatan/FGM yang dijalankan di Malaysia jauh berbeza dengan amalan yang dilakukan dinegara lain!disesetengah negara, sunat/khatan/FGM dilakukan secara extreme!sehingga ada yang menjahit kawasan lubang faraj kanak-kanak perempuan tersebut..dengan tujuan agar menjaga kehormatan si kanak-kanak perempuan tersebut!dan ianya hanya akan dibuka sebelum perempuan tersebut berkahwin!

Mudah kata, sunat/khatan/FGM yang dilakukan dalam Islam sangat berbeza dengan proses sunat/khatan/FGM yang lain..boleh baca link ni berkenaan dengan proses sunat/khatan/FGM dalam Islam..

Memang menjadi amalan sebagai orang Islam untuk melakukan proses sunat/khatan/FGM..bahkan ada hukum yang jelas terhadap proses sunat/khatan/FGM dan telah dijelaskan oleh ramai ulama dan mufti..boleh rujuk link ni bagi rujukan berkenaan dengan hukum sunat/khatan/FGM..

So, lepas daripada proses checkup tersebut kami sama-sama mencari bahan bacaan lebih detail berkenenaan dengan proses sunat/khatan/FGM ni..memang di UK proses sunat/khatan/FGM merupakan satu jenayah dan seksaan terhadap kanak-kanak perempuan..dan NHS (National Health Service) sendiri telah menghuraikan lebih lanjut berkenaan dengan sunat/khatan/FGM ni melalui link ni..jangan terkejut kalau anda baca dalam link tersebut, Malaysia juga tersenarai sebagai salah sebuah negara yang berisiko!so, buat ibu-ibu Malaysia yang mengandung anak perempuan di UK, sila baca perkongsian kami dengan baik :)

Sepertimana yang saya kongsikan dalam post sebelum ni, kelahiran Sophia memberi implikasi terhadap isteri saya..selepas sahaja proses kelahiran Sophia, isteri saya tidak boleh berjalan dan terpaksa berkerusi roda selama beberapa hari di hospital dan bertongkat hampir 3 bulan..

Selepas sahaja isteri discharge dari hospital selepas kelahiran, kami bersetuju untuk balik berehat di Malaysia selama beberapa bulan (by the way, cuti bersalin di UK ni boleh di ambil sehingga tempoh 12 bulan dan ianya bergaji/berelaun tau!)..so, kami manfaatkan je la kemudahan yang diberikan tersebut hehehe..

Sebelum kami discharge kami dah dimaklumkan bahawa kami ini diletakkan sebagai orang yang berisiko untuk menjalankan sunat/khatan/FGM..memang mereka maklumkan terlebih dahulu bahawa kami telah di "RED FLAG"..

Menjadi prosedur biasa selepas kelahiran akan ada pemeriksaan kesihatan terhadap ibu dan bayi di rumah..

Jadi lumrah apabila ada pemeriksaan di rumah, maka pegawai akan bertanya dan kami pun menjawab seperti biasa..dan apabila ditanya berkenaan dengan sakit yang di alami oleh isteri, kami pon bagitahu berkenaan dengan plan kami untuk pulang ke Malaysia..kami juga berbincang tentang bagaimana proses vaksinisasi yang akan kami jalani di Malaysia nanti..untuk makluman anda, jadual vaksin antara Malaysia dan UK adalah berbeza!dan ada vaksin yang diberikan di Malaysia tetapi tidak lagi diberikan di UK tau (sebab UK dikira sebagai negara yang bebas dari penyakit tersebut)

Selang beberapa hari lepas dari pemeriksaan tersebut, kami hadir ke GP untuk pemeriksaan isteri pulak..sekali lagi kami cerita kepada doktor tersebut bahawa kami akan pulang ke Malaysia untuk menjalani rawatan susulan di Malaysia..memang sewaktu perbincangan tersebut, doktor mencadangkan agar kami mendapatkan rawatan fisioterapi di UK sahaja..bahkan doktor turut menguruskan proses rawatan fisioterapi agar dijalankan dirumah (memang fisioterapi datang ke rumah selepas beberapa hari dari appoinment tersebut)..cuma, dengan penuh hemah kami jawab kami ingin balik Malaysia untuk mendapatkan rawatan di Malaysia..lagipun, dalam keadaan yang macam ni, sokongan penuh daripada ahli keluarga sangat diperlukan..

So, selang beberapa minggu (kalau tak silap ketika Sophia berumur 22 hari) kami pergi ke London untuk buat passport Sophia..dalam perjalanan pulang, isteri saya menerima panggilan daripada Social Service!dia bertanya tentang keberadaan kami..kami jawab kami di London..dan dia bertanya lanjut apa tujuan kami berada disana..macam biasa, tanpa sebarang syak wasangka kami jawab kami buat passport Sophia..disitu, dia berubah nada suara menjadi lebih keras..dia minta kami berjanji agar tidak balik Malaysia pada hari tersebut juga!isteri saya jawab dengan tenang, memang kami tidak ada perancangan untuk balik ke Malaysia pada hari tersebut (dalam hati saya, alahai bodohnya..passport buat harini takkan la beli tiket, kemas barang, travel semula pada hari yang sama..kami dengan baby yang masih berumur 22 hari kot!)..dia juga beritahu akan datang ke rumah kami pada keesokan paginya!

Isteri saya bagitahu awal-awal..di UK ni Social Service kira individu yang berkuasa dan boleh mengambil anak kita tanpa kebenaran ibu bapa sekiranya mereka mendapati ada potensi/bukti penderaan terhadap kanak-kanak akan/berlaku..so, isteri nasihatkan agar sentiasa tenang ketika berhadapan dengan mereka..just jawab apa soalan yang diberikan..jangan marah atau emosi ketika berhadapan dengan mereka..try to record everything as our defence and evidence..

Pagi tu lebih kurang pukul 9, Social Service datang ke rumah..rupanya dia datang bukan berseorangan..datang bersama POLIS!sepanjang hidup kami di Malaysia, tak pernah lagi Polis datang ke rumah kami..masa tu, kami dah start rasa pelik dan tidak selesa..

Again, be professional..


tu dia...mai dah..hahaha

Kami jemput mereka agar duduk di ruang tamu..dan menawarkan sebarang minuman, tetapi mereka menolak untuk menerima minuman..wow!

Sebelum sebarang perbualan diteruskan, saya dah standby awal-awal Sony A5000 untuk merakam video..saya minta izin daripada mereka untuk merakam sebagai tujuan makluman dan apa-apa sahaja yang dirasakan perlu pada masa akan datang..dan mereka bersetuju!

Semasa proses perbincangan tersebut, ada saya, isteri dan mak mertua..manakala adik ipar pula menjaga Sophia sepanjang proses perbincangan tersebut..

Mereka memulakan perbincangan terdahulu dan memberitahu tujuan kehadiran mereka adalah untuk bertanya tentang Sophia..

Sebelum mereka bertanya lebih lanjut, saya minta penjelasan terlebih dahulu kenapa ada kehadiran pihak polis..sedangkan dalam perbualan talefon, Social Service langsung tidak menyebut tentang kehadiran polis..so, Social Service jawab kehadiran polis tersebut adalah bertujuan untuk risk assessment terhadap kami..polis tersebut akan menilai sama ada kami ini berbahaya atau tidak terhadap Sophia..

So, antara soalan awal dari Social Service adalah "bila kamu akan pulang ke "Arab/Egypt/Somewhere else" ?"..come on!you have our database..takkan tak buat study tentang latar belakang kami terlebih dahulu sebelum datang????????????????shame on you!

Ye saya tahu, muka saya memang ada iras-iras Maher Zain, hensem yang amat!tapi janganlah macam tu sekali..buat homework la sikit!

Dekat situ kami dapat detect, dia ni datang tanpa ada apa-apa persediaan..so, mudah untuk kami counter soalan tersebut..persoalan awal kami jawab dengan halus..kami jawab kami berasal dari Malaysia bukan dari "Arab/Egpyt/Somewhere else", dan kami juga bagitahu mesti dia ni dah study dahulu latar belakang kami sebelum datang ke rumah kami (sinis, lembut tapi TAJAM!)..dekat situ nampak jelas muka dia malu..hahaha

Mereka beranggapan Malaysia ni sebagai negara yang mundur dan terkebelakang (mungkin ketika itu merek langsung tak ada idea/info berkenaan dengan Malaysia)..dekat situ peranan saya menjelaskan tentang keadaan sebenar Malaysia..sampaikan saya cakap dekat Malaysia ni bersepah McD, KFC etc..hahahaha

Kemudian, dia bertanya tentang latarbelakang keluarga kami..isteri saya memperkenalkan diri sebagai seorang doktor dan berkhidmat di sini (UK)..dan saya memperkenalkan diri sebagai seorang jurutera..dan kami menceritakan latarbelakang keluarga kami yang terdiri daripada beberapa orang doktor, beberapa orang jurutera, beberapa orang pendidik, beberapa orang businessman/women etc..bunyi agak angkuh, tapi ianya satu keperluan untuk membuktikan bahawa kami ni berasal dari golongan yang educated!

Then, dia mula bertanya berkenaan dengan isu sunat/khatan/FGM..mereka bertanya tentang pemahaman kami tentang proses tersebut..soalan tersebut dijawab oleh isteri saya..isteri menjawab dari aspek agama dan prosedur berkaitan dengan perubatan..manakala saya pula menjawab dari aspek perundangan di Malaysia..saya juga turut menambah, sekiranya terdapat keraguan lanjut, mereka boleh berhubung dengan pejabat kedutaan Malaysia di London..saya turut menawarkan bantuan agar saya sendiri menghubungi terus ketika itu dengan pihak keduataan Malaysia di London..tapi mereka mengatakan bahawa ianya tidak perlu..

Bukan setakat saya dan isteri, tetapi mak mertua juga di tanya tentang pemahamannya berkenaan dengan sunat/khatan/FGM ni..cuma, bagi pihak mertua kami yang tolong translatekan bagi memastikan bahawa penyampaian yang jelas untuk mereka terima..

Penting untuk saya ingatkan agar kita terlebih dulu explain dengan baik kepada ahli keluar (yang berada bersama kita ketika perbincangan itu diadakan) supaya kenyataan yang dikeluarkan tidak contradict..mereka juga turut di "risk assessment" oleh pihak berkenaan..

Sesi soal-jawab tersebut berlaku lebih sejam..

Segala soalan dijawab dengan fakta dan professional..

Antara salah satu soalan yang ditanyakan, mengapa kami ingin segera balik ke Malaysia?

Kami menjawab, kami hendak balik ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan secara intensif di Malaysia..

Mereka bertanya lagi, kenapa tidak dapat rawatan di UK sahaja?

Kami menjawab, kami telah dapatkan rawatan di UK bahkan berada di hospital lebih kurang seminggu selepas bersalin, tapi doktor mengesahkan bahawa tiada sebarang tanda boleh ditemui melalui pemeriksaan dan scan (CT scan & MRI scan)..dan kami hanya diberi rawatan susulan berupa fisioterapi dan bekalan ubat tahan sakit)..kami juga offer untuk tunjukkan hasil scan yang hospital lakukan dan offer untuk jelaskan dari segi medical perspective (since isteri merupakan Doktor yang berkhidmat di hospital disini) tetapi mereka sekali lagi menolak untuk kami jelaskan tentang hasil scan tersebut..jadi, disitu kami membuat kesimpulan bahawa kami tidak menemui sebarang satisfaction terhadap perkhidmatan perubatan yang kami terima..

Kami juga menjawab, kami akan menjalani perubatan swasta di Malaysia..dan kami mempunyai hospital panel swasta kami sendiri di Malaysia (bunyi macam berlagak, tapi perlu..hahaha)..

So, at the end of conversation kami bertanya tentang apa tindakan lanjut hasil dari perjumpaan ni..mereka menjawab, hasil daripada pertemuan, mereka mendapati bahawa kami ni bukan seperti ibu bapa yang lain (dalam konteks sunat/khatan/FGM)..dan mereka juga memberitahu bahawa kami bebas untuk keluar/masuk ke dalam UK tanpa ada sekatan..mereka juga memberitahu bahawa kami tidak lagi di "RED FLAG" memandangkan semua perkara telah dijelaskan dan dipersetujui bersama..mereka juga bertanya tentang perancangan kami untuk balik ke Malaysia dan berapa lama kami akan berada di sana nanti..

Suka kami ingatkan bahawa di UK, perkara yang melibatkan kanak-kanak adalah perkara yang sangat serius..dalam kes seperti ini,  mereka ada hak untuk mengambil hak penjagaan daripada kita walaupun kita merupakan ibu bapa kandung terhadap kanak-kanak tersebut..

Disebabkan negara kita disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang berisiko, maka ianya menjadikan kita juga berisiko untuk melakukan "child abuse" (sebagaimana definisi yang mereka berikan) terhadap anak (dalam konteks sunat/khatan/FGM) kita sendiri..lebih-lebih lagi kalau kita pulang ke Malaysia beberapa tempoh terdekat selepas kelahiran anak :)

Sekiranya berhadapan dengan pihak berkuasa/berkewajipan kita perlu bertindak secara professional..ketepikan emosi walaupun kita rasa kadang-kadang soalan yang diberikan tu membuatkan kita rasa marah..tetapi mereka hanya menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka semata-mata..menjadi tugas kita untuk memberi kerjasama dengan baik terhadap mereka..rekodkan segala pertemuan yang dibuat, nama pegawai yang hadir dan jawatan/posisi mereka..lebih baik kalau mampu rakam video sepanjang pertemuan tersebut..

Jangan try untuk avoid atau lari dengan mereka..berikan kerjasama dengan baik supaya semua perkara berjalan dengan lancar..yakinkan mereka dengan baik..jelaskan kepada mereka dengan baik..mereka hanya menjalankan tugas semata-mata..sekiranya semua maklumat yang mereka perlukan diberikan dengan baik, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada kesulitan inshaAllah..

By the way, sunat/khatan untuk kanak-kanak perempuan adalah salah disisi undang-undang UK..tapi untuk sunat/khatan bagi kanak-kanak lelaki dibolehkan ye :) boleh rujuk link ni untuk info maklumat tersebut...

Buat masa ni, saya belum jumpa saintifik research kebaikan tentang sunat/khatan bagi kanak-kanak perempuan..kalau ada, tolong share dalam ruang komen ye! :) mesti ada hikmah tersembunyi, cuma research saintifik mungkin belum lagi diadakan secara mendalam..

Last advise, berhati-hati ketika bercakap dengan pegawai perubatan/kesihatan..everything you said will be recorded..just jawab apa yang perlu sahaja..berhati-hati dalam berbual dengan orang lain..sebab mereka juga boleh buat report ke atas anda sekiranya mereka dapati sebarang potensi "child abuse" yang anda boleh/akan lakukan..yang paling penting, sentiasa simpan contact embassy Malaysia di London..hubungi mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan..dan tolong share awareness berkaitan dengan hal ini kepada rakan-rakan anda yang tinggal di UK ye..bagi mereka yang melancong, anda mungkin tidak akan terlepas dengan hal yang sebegini..bila anda berada di negara ini, menjadi kewajipan anda untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang di sini ye :)

Wallahua'lam