Sunat Anak Perempuan di UK????...
Lama rasanya tak update blog ni..banyak perkara yang saya nak tulis dalam blog ni sebenarnya..tapi disebabkan kekangan masa dan kesibukan, tahun 2018 hanya ada 9 posting sahaja hahaha..
Saya pilih tajuk ni sebagai salah satu perkongsian daripada perkara yang kami alami sendiri dan berharap agar sesiapa yang berhadapan dalam situasi yang sama nanti akan dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkongsian yang saya tulis ni..
Kisahnya bermula semasa pregnancy checkup semasa mengandungkan Sophia..menjadi salah satu prosedur biasa untuk si ibu menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan untuk memastikan tiada halangan ketika proses melahirkan anak nanti..
Sudah tentu pemeriksaan tersebut dijalankan oleh pegawai perubatan yang sudah arif dalam menjalankan prosedur tersebut..sewaktu pemeriksaan tersebut pegawai tersebut bertanya soal sunat/khatan ni..dan kami ketika itu hanya menjawab berdasarkan apa yang berlaku..sudah tentu setiap bayi perempuan di Malaysia yang lahir ketika tahun 90-an akan di sunat/khatan terus..
Once bila kita sendiri jawab macam tu, maka "RED FLAG" terus diletakkan ke atas ibu bapa kepada bayi yang akan dilahirkan tersebut..bahkan, "RED FLAG" turut dikenakan ke atas bayi perempuan yang akan dilahirkan..pegawai perubatan tersebut sendiri yang maklumkan status tersebut kepada kami..
Ini bermaksud, bila anak perempuan tersebut dilahirkan, anak perempuan tersebut akan dimonitor oleh semua health service diseluruh UK (dimana sahaja anak perempuan tersebut berada) sama ada di rumah, nursery atau sekolah sehingga anak perempuan tersebut berumur 5 tahun..ibu bapa juga turut dipantau dari semasa ke semasa..
Umumnya, sebagai seorang Islam sama ada lelaki atau perempuan akan menjalani proses sunat/khatan apabila lahir..proses tersebut dijalankan sama ada selepas kelahiran sehingga sebelum mencapai umur baligh/puberty..
Memang kami tahu, proses sunat/khatan di UK merupakan salah di sisi undang-undang UK..dan ianya merupakan salah satu "child abuse" terhadap kanak-kanak perempuan based on akta Serious Crime Act 2015..boleh rujuk link ni untuk bacaan terhadap akta tersebut...disini, sunat/khatan dikenali sebagai FGM (Female Genital Mutilation)..
Sebenarnya proses sunat/khatan/FGM yang dijalankan di Malaysia jauh berbeza dengan amalan yang dilakukan dinegara lain!disesetengah negara, sunat/khatan/FGM dilakukan secara extreme!sehingga ada yang menjahit kawasan lubang faraj kanak-kanak perempuan tersebut..dengan tujuan agar menjaga kehormatan si kanak-kanak perempuan tersebut!dan ianya hanya akan dibuka sebelum perempuan tersebut berkahwin!
Mudah kata, sunat/khatan/FGM yang dilakukan dalam Islam sangat berbeza dengan proses sunat/khatan/FGM yang lain..boleh baca link ni berkenaan dengan proses sunat/khatan/FGM dalam Islam..
Memang menjadi amalan sebagai orang Islam untuk melakukan proses sunat/khatan/FGM..bahkan ada hukum yang jelas terhadap proses sunat/khatan/FGM dan telah dijelaskan oleh ramai ulama dan mufti..boleh rujuk link ni bagi rujukan berkenaan dengan hukum sunat/khatan/FGM..
So, lepas daripada proses checkup tersebut kami sama-sama mencari bahan bacaan lebih detail berkenenaan dengan proses sunat/khatan/FGM ni..memang di UK proses sunat/khatan/FGM merupakan satu jenayah dan seksaan terhadap kanak-kanak perempuan..dan NHS (National Health Service) sendiri telah menghuraikan lebih lanjut berkenaan dengan sunat/khatan/FGM ni melalui link ni..jangan terkejut kalau anda baca dalam link tersebut, Malaysia juga tersenarai sebagai salah sebuah negara yang berisiko!so, buat ibu-ibu Malaysia yang mengandung anak perempuan di UK, sila baca perkongsian kami dengan baik :)
Sepertimana yang saya kongsikan dalam post sebelum ni, kelahiran Sophia memberi implikasi terhadap isteri saya..selepas sahaja proses kelahiran Sophia, isteri saya tidak boleh berjalan dan terpaksa berkerusi roda selama beberapa hari di hospital dan bertongkat hampir 3 bulan..
Selepas sahaja isteri discharge dari hospital selepas kelahiran, kami bersetuju untuk balik berehat di Malaysia selama beberapa bulan (by the way, cuti bersalin di UK ni boleh di ambil sehingga tempoh 12 bulan dan ianya bergaji/berelaun tau!)..so, kami manfaatkan je la kemudahan yang diberikan tersebut hehehe..
Sebelum kami discharge kami dah dimaklumkan bahawa kami ini diletakkan sebagai orang yang berisiko untuk menjalankan sunat/khatan/FGM..memang mereka maklumkan terlebih dahulu bahawa kami telah di "RED FLAG"..
Menjadi prosedur biasa selepas kelahiran akan ada pemeriksaan kesihatan terhadap ibu dan bayi di rumah..
Jadi lumrah apabila ada pemeriksaan di rumah, maka pegawai akan bertanya dan kami pun menjawab seperti biasa..dan apabila ditanya berkenaan dengan sakit yang di alami oleh isteri, kami pon bagitahu berkenaan dengan plan kami untuk pulang ke Malaysia..kami juga berbincang tentang bagaimana proses vaksinisasi yang akan kami jalani di Malaysia nanti..untuk makluman anda, jadual vaksin antara Malaysia dan UK adalah berbeza!dan ada vaksin yang diberikan di Malaysia tetapi tidak lagi diberikan di UK tau (sebab UK dikira sebagai negara yang bebas dari penyakit tersebut)
Selang beberapa hari lepas dari pemeriksaan tersebut, kami hadir ke GP untuk pemeriksaan isteri pulak..sekali lagi kami cerita kepada doktor tersebut bahawa kami akan pulang ke Malaysia untuk menjalani rawatan susulan di Malaysia..memang sewaktu perbincangan tersebut, doktor mencadangkan agar kami mendapatkan rawatan fisioterapi di UK sahaja..bahkan doktor turut menguruskan proses rawatan fisioterapi agar dijalankan dirumah (memang fisioterapi datang ke rumah selepas beberapa hari dari appoinment tersebut)..cuma, dengan penuh hemah kami jawab kami ingin balik Malaysia untuk mendapatkan rawatan di Malaysia..lagipun, dalam keadaan yang macam ni, sokongan penuh daripada ahli keluarga sangat diperlukan..
So, selang beberapa minggu (kalau tak silap ketika Sophia berumur 22 hari) kami pergi ke London untuk buat passport Sophia..dalam perjalanan pulang, isteri saya menerima panggilan daripada Social Service!dia bertanya tentang keberadaan kami..kami jawab kami di London..dan dia bertanya lanjut apa tujuan kami berada disana..macam biasa, tanpa sebarang syak wasangka kami jawab kami buat passport Sophia..disitu, dia berubah nada suara menjadi lebih keras..dia minta kami berjanji agar tidak balik Malaysia pada hari tersebut juga!isteri saya jawab dengan tenang, memang kami tidak ada perancangan untuk balik ke Malaysia pada hari tersebut (dalam hati saya, alahai bodohnya..passport buat harini takkan la beli tiket, kemas barang, travel semula pada hari yang sama..kami dengan baby yang masih berumur 22 hari kot!)..dia juga beritahu akan datang ke rumah kami pada keesokan paginya!
Isteri saya bagitahu awal-awal..di UK ni Social Service kira individu yang berkuasa dan boleh mengambil anak kita tanpa kebenaran ibu bapa sekiranya mereka mendapati ada potensi/bukti penderaan terhadap kanak-kanak akan/berlaku..so, isteri nasihatkan agar sentiasa tenang ketika berhadapan dengan mereka..just jawab apa soalan yang diberikan..jangan marah atau emosi ketika berhadapan dengan mereka..try to record everything as our defence and evidence..
Pagi tu lebih kurang pukul 9, Social Service datang ke rumah..rupanya dia datang bukan berseorangan..datang bersama POLIS!sepanjang hidup kami di Malaysia, tak pernah lagi Polis datang ke rumah kami..masa tu, kami dah start rasa pelik dan tidak selesa..
Again, be professional..
tu dia...mai dah..hahaha |
Kami jemput mereka agar duduk di ruang tamu..dan menawarkan sebarang minuman, tetapi mereka menolak untuk menerima minuman..wow!
Sebelum sebarang perbualan diteruskan, saya dah standby awal-awal Sony A5000 untuk merakam video..saya minta izin daripada mereka untuk merakam sebagai tujuan makluman dan apa-apa sahaja yang dirasakan perlu pada masa akan datang..dan mereka bersetuju!
Semasa proses perbincangan tersebut, ada saya, isteri dan mak mertua..manakala adik ipar pula menjaga Sophia sepanjang proses perbincangan tersebut..
Mereka memulakan perbincangan terdahulu dan memberitahu tujuan kehadiran mereka adalah untuk bertanya tentang Sophia..
Sebelum mereka bertanya lebih lanjut, saya minta penjelasan terlebih dahulu kenapa ada kehadiran pihak polis..sedangkan dalam perbualan talefon, Social Service langsung tidak menyebut tentang kehadiran polis..so, Social Service jawab kehadiran polis tersebut adalah bertujuan untuk risk assessment terhadap kami..polis tersebut akan menilai sama ada kami ini berbahaya atau tidak terhadap Sophia..
So, antara soalan awal dari Social Service adalah "bila kamu akan pulang ke "Arab/Egypt/Somewhere else" ?"..come on!you have our database..takkan tak buat study tentang latar belakang kami terlebih dahulu sebelum datang????????????????shame on you!
Ye saya tahu, muka saya memang ada iras-iras Maher Zain, hensem yang amat!tapi janganlah macam tu sekali..buat homework la sikit!
Dekat situ kami dapat detect, dia ni datang tanpa ada apa-apa persediaan..so, mudah untuk kami counter soalan tersebut..persoalan awal kami jawab dengan halus..kami jawab kami berasal dari Malaysia bukan dari "Arab/Egpyt/Somewhere else", dan kami juga bagitahu mesti dia ni dah study dahulu latar belakang kami sebelum datang ke rumah kami (sinis, lembut tapi TAJAM!)..dekat situ nampak jelas muka dia malu..hahaha
Mereka beranggapan Malaysia ni sebagai negara yang mundur dan terkebelakang (mungkin ketika itu merek langsung tak ada idea/info berkenaan dengan Malaysia)..dekat situ peranan saya menjelaskan tentang keadaan sebenar Malaysia..sampaikan saya cakap dekat Malaysia ni bersepah McD, KFC etc..hahahaha
Kemudian, dia bertanya tentang latarbelakang keluarga kami..isteri saya memperkenalkan diri sebagai seorang doktor dan berkhidmat di sini (UK)..dan saya memperkenalkan diri sebagai seorang jurutera..dan kami menceritakan latarbelakang keluarga kami yang terdiri daripada beberapa orang doktor, beberapa orang jurutera, beberapa orang pendidik, beberapa orang businessman/women etc..bunyi agak angkuh, tapi ianya satu keperluan untuk membuktikan bahawa kami ni berasal dari golongan yang educated!
Then, dia mula bertanya berkenaan dengan isu sunat/khatan/FGM..mereka bertanya tentang pemahaman kami tentang proses tersebut..soalan tersebut dijawab oleh isteri saya..isteri menjawab dari aspek agama dan prosedur berkaitan dengan perubatan..manakala saya pula menjawab dari aspek perundangan di Malaysia..saya juga turut menambah, sekiranya terdapat keraguan lanjut, mereka boleh berhubung dengan pejabat kedutaan Malaysia di London..saya turut menawarkan bantuan agar saya sendiri menghubungi terus ketika itu dengan pihak keduataan Malaysia di London..tapi mereka mengatakan bahawa ianya tidak perlu..
Bukan setakat saya dan isteri, tetapi mak mertua juga di tanya tentang pemahamannya berkenaan dengan sunat/khatan/FGM ni..cuma, bagi pihak mertua kami yang tolong translatekan bagi memastikan bahawa penyampaian yang jelas untuk mereka terima..
Penting untuk saya ingatkan agar kita terlebih dulu explain dengan baik kepada ahli keluar (yang berada bersama kita ketika perbincangan itu diadakan) supaya kenyataan yang dikeluarkan tidak contradict..mereka juga turut di "risk assessment" oleh pihak berkenaan..
Sesi soal-jawab tersebut berlaku lebih sejam..
Segala soalan dijawab dengan fakta dan professional..
Antara salah satu soalan yang ditanyakan, mengapa kami ingin segera balik ke Malaysia?
Kami menjawab, kami hendak balik ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan secara intensif di Malaysia..
Mereka bertanya lagi, kenapa tidak dapat rawatan di UK sahaja?
Kami menjawab, kami telah dapatkan rawatan di UK bahkan berada di hospital lebih kurang seminggu selepas bersalin, tapi doktor mengesahkan bahawa tiada sebarang tanda boleh ditemui melalui pemeriksaan dan scan (CT scan & MRI scan)..dan kami hanya diberi rawatan susulan berupa fisioterapi dan bekalan ubat tahan sakit)..kami juga offer untuk tunjukkan hasil scan yang hospital lakukan dan offer untuk jelaskan dari segi medical perspective (since isteri merupakan Doktor yang berkhidmat di hospital disini) tetapi mereka sekali lagi menolak untuk kami jelaskan tentang hasil scan tersebut..jadi, disitu kami membuat kesimpulan bahawa kami tidak menemui sebarang satisfaction terhadap perkhidmatan perubatan yang kami terima..
Kami juga menjawab, kami akan menjalani perubatan swasta di Malaysia..dan kami mempunyai hospital panel swasta kami sendiri di Malaysia (bunyi macam berlagak, tapi perlu..hahaha)..
So, at the end of conversation kami bertanya tentang apa tindakan lanjut hasil dari perjumpaan ni..mereka menjawab, hasil daripada pertemuan, mereka mendapati bahawa kami ni bukan seperti ibu bapa yang lain (dalam konteks sunat/khatan/FGM)..dan mereka juga memberitahu bahawa kami bebas untuk keluar/masuk ke dalam UK tanpa ada sekatan..mereka juga memberitahu bahawa kami tidak lagi di "RED FLAG" memandangkan semua perkara telah dijelaskan dan dipersetujui bersama..mereka juga bertanya tentang perancangan kami untuk balik ke Malaysia dan berapa lama kami akan berada di sana nanti..
Suka kami ingatkan bahawa di UK, perkara yang melibatkan kanak-kanak adalah perkara yang sangat serius..dalam kes seperti ini, mereka ada hak untuk mengambil hak penjagaan daripada kita walaupun kita merupakan ibu bapa kandung terhadap kanak-kanak tersebut..
Disebabkan negara kita disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang berisiko, maka ianya menjadikan kita juga berisiko untuk melakukan "child abuse" (sebagaimana definisi yang mereka berikan) terhadap anak (dalam konteks sunat/khatan/FGM) kita sendiri..lebih-lebih lagi kalau kita pulang ke Malaysia beberapa tempoh terdekat selepas kelahiran anak :)
Sekiranya berhadapan dengan pihak berkuasa/berkewajipan kita perlu bertindak secara professional..ketepikan emosi walaupun kita rasa kadang-kadang soalan yang diberikan tu membuatkan kita rasa marah..tetapi mereka hanya menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka semata-mata..menjadi tugas kita untuk memberi kerjasama dengan baik terhadap mereka..rekodkan segala pertemuan yang dibuat, nama pegawai yang hadir dan jawatan/posisi mereka..lebih baik kalau mampu rakam video sepanjang pertemuan tersebut..
Jangan try untuk avoid atau lari dengan mereka..berikan kerjasama dengan baik supaya semua perkara berjalan dengan lancar..yakinkan mereka dengan baik..jelaskan kepada mereka dengan baik..mereka hanya menjalankan tugas semata-mata..sekiranya semua maklumat yang mereka perlukan diberikan dengan baik, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada kesulitan inshaAllah..
By the way, sunat/khatan untuk kanak-kanak perempuan adalah salah disisi undang-undang UK..tapi untuk sunat/khatan bagi kanak-kanak lelaki dibolehkan ye :) boleh rujuk link ni untuk info maklumat tersebut...
Buat masa ni, saya belum jumpa saintifik research kebaikan tentang sunat/khatan bagi kanak-kanak perempuan..kalau ada, tolong share dalam ruang komen ye! :) mesti ada hikmah tersembunyi, cuma research saintifik mungkin belum lagi diadakan secara mendalam..
Last advise, berhati-hati ketika bercakap dengan pegawai perubatan/kesihatan..everything you said will be recorded..just jawab apa yang perlu sahaja..berhati-hati dalam berbual dengan orang lain..sebab mereka juga boleh buat report ke atas anda sekiranya mereka dapati sebarang potensi "child abuse" yang anda boleh/akan lakukan..yang paling penting, sentiasa simpan contact embassy Malaysia di London..hubungi mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan..dan tolong share awareness berkaitan dengan hal ini kepada rakan-rakan anda yang tinggal di UK ye..bagi mereka yang melancong, anda mungkin tidak akan terlepas dengan hal yang sebegini..bila anda berada di negara ini, menjadi kewajipan anda untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang di sini ye :)
Wallahua'lam