Wednesday, 14 September 2016

Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Info pasal homestay di Kelantan..tapi kali ni di jajahan Tanah Merah :)

Boleh rujuk link fb ni ye..

Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-1

1-Kemudahan Homestay;



# Ruang tamu 1 yang dilengkapi dengan penghawa dingin



# Ruang tamu 2 juga dilengkapi dengan penghawa dingin



# Mempunyai kemudahan untuk memasak..peti ais juga disediakan




# 5 buah bilik beserta penghawa dingin



# 6 buah bilik air




# Parking sehingga 5 buah kenderaan kereta


# Ruang BBQ yg luas

2-Kawasan;

# 10 minit ke bandar Tanah Merah
# 10 minit ke bandar Machang
# Dikelilingi dengan kawasan restoran dan kedai

3-Sila Hubungi Nombor Berikut Untuk Tempahan;

Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454

Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229

4-Official Video Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-1





Wassalam :)

Sri Makmur-Homestay-Machang-1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


So, entry aku kali ni aku just nak share info berkenaan dengan homestay..hehehe

So kalau ada sesiapa yang bercadang untuk melawat ke negeri Kelantan..tak kisah la sebab bercuti ke, sebab hantar rombongan meminang ke..hantar rombongan kahwin ke..atau nak buat reunion, haaa..korang boleh try untuk view info homestay kami dibawah ni..homestay ni terletak di jajahan daerah Machang..kalau nak jenguk fb lagi cun..korang boleh klik link ni ye :)


Sri Makmur-Homestay-Machang-1


1-Kemudahan Homestay;





# Ruang rumah yang dilengkapi dengan penghawa dingin





# Mempunyai kemudahan untuk memasak yang selesa dan luas



# Peti ais disediakan





# 5 buah bilik beserta penghawa dingin



# 6 buah bilik air



#ruang tamu-1 yang luas



#ruang tamu-2 yang sangat luas





# Parking sehingga 5 buah kenderaan kereta



# Ruang BBQ yg luas

2-Kawasan;

# 10 minit ke bandar Tanah Merah
# 3 minit ke bandar Machang
# Dikelilingi dengan kawasan restoran dan kedai

3-Sila Hubungi Nombor Berikut Untuk Tempahan;

Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454

Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229

4-Official Video Sri Makmur-Homestay-Machang-1




Wassalam :)

Tuesday, 13 September 2016

Permohonan VISA (Tier 4) ke United Kingdom-Part 3,4&5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Utk post kali ni, aku just combine antara part 3, 4 & 5..so just sekali gus je..actually ada sebab kenapa aku pecah by part, supaya lebih mudah dari segi pembacaan..kan lebih mudah kalau buat by sequence betul x???hehehe


Part 3-Penyerahan Borang Online & Dokumen 

Basically, selepas selesai part 2 anda perlu menghantar borang yg perlu di cetak serta dokumen yg telah diberitahu dlm part 1 ke Visa Application Centre..aku akn share info utk penyerahan yg di buat dkt KL ye :)

Ni la alamat tmpt penyerahan dkt KL tu; 
     Suite 19.06 19 Floor,
     Wisma MCA,
     163 Jalan Ampang, 50450

Proses penyerahan dokumen agak simple seandainya dokumen & borang yg disediakan lengkap..peringatan, dkt tmpt penyerahan ni, mereka hanya menerima dokumen shj..tidak ada sebarang sesi soal-jawab atau pertanyaan berkenaan dgn proses permohonan visa..note in your mind!

So, pd hari penyerahan ni sila pastikan anda tiba di tempat tersebut plg kurang 1 jam lebih awal..kemudian anda kene daftar diri anda dkt pengawal keselamatan dibahagian bawah (berdekatan dgn lif)..

Anda akn dibenarkan utk masuk oleh pengawal keselamatan lebih kurang 15-30 minit sebelum waktu temujanji anda..untuk makluman, sebelum anda masuk ke dalam tmpt penyerahan tersebut (ditingkat 19), anda akn melalui proses pemeriksaan/security check..anda tidak dibenarkan membawa handphone ke dalam tmpt penyerahan dokumen tersebut..kalau aku x silap, anda hanya dibenarkan membawa dokumen & borang shj..

Bg yg menggunakan Premium Service Lounge, anda akn dibawa masuk ke dlm sebuah bilik..dan klu x guna servis tu pon xpe je, just duduk dan tunggu hingga giliran anda di panggil..anda boleh menggunakan Premium Service Lounge klu anda kesuntukan masa..contohnya nak kene travel balik tu jauh..dari Perlis ke, Johor ke, Kelantan ke, so mmg sesuai utk guna servis ni..tp klu dh standby amek cuti xpayah pakai servis ni..jimat skit duit..hehehe

Proses penyerahan dokumen ni mudah je..x sepatutnya complicated pon..pastikan dokumen & borang anda lengkap dan disusun dgn baik..so memudahkan anda dan pegawai kaunter utk menyemak..hehe

Selepas selesai semua urusan, pegawai akn serahkan satu resit (mcm resit beli brg dkt pasaraya tu)..pastikan anda simpan dgn elok!!

Lupa nak bgtau, anda akn diberi pilihan sama ada nak terima dokumen yg dh diproses secara pos atau collect sendiri, so pilih ikut kesesuaian anda ye..kalau jauh boleh la pilih pos..tp klu dekat, nak collect sendiri pon boleh..pegawai juga akn offer utk perkhidmatan tambahan spt update progress of application via SMS etc..so terpulangla nak atau x, kalau nak kene bayar ler..mana ada free oi!!tp bg aku, xperlu pon perkhidmatan tu..hahaha

PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini. 

Part 4-Collection/Post of  Return Document From Visa Application Centre & Collection of BRP 


1-Collection/Post of  Return Document From Visa Application Centre...


Kalau anda berjaya sampai part ni bermakna anda dah lega..ini bermaksud anda telah selesai dlm permohonan visa..tp belum tentu lg permohonan anda berjaya..hehehe

Sama ada anda collect sendiri atau pos, anda akn terima surat spt dibawah ni bersama-sama dgn dokumen anda yg lain tu..

lega beb hati bila baca surat ni..hehehe

So, anda x akn tahu status permohonan anda sama ada BERJAYA atau GAGAL sehingga anda dpt surat spt di atas..

Berdebar x????????hahahaha

Once bila berjaya, passport anda akn ada sticker spt dibawah..

haaaa ni la stickernyeee

Sticker atau nama sebenarnya vignette ni kire mcm temporary visa yg valid selama 30 hari je..


2-Collection of BRP...


Dalam tempoh 10 hari dari ketibaan anda di UK, anda mesti collect Biometric Resident Permit (BRP)  dkt alamat yg anda nyatakan semasa isi borang online dlm part 2 tu..
kalau lambat collect anda boleh didenda..kali ni bayar dalam pound pulak..hahaha

Time collect jgn lupa bawak passport!

Anda akn diberi satu sampul surat yg berisi BRP dan surat berkenaan dgn BRP tersebut..

gambar hadapan BRP

gambar belakang BRP

PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini. 

Part 5-Estimation Of Cost 

Untuk part ni, aku akn ceritakan overall cost utk permohonan visa ni ye :)

Haaa..sila rujuk pecahan kos di bawah ye;

  1) Visa Application Fee : USD 499.00
  2) Immigrantion Health Surcharge (IHS) : USD 570.00
  3) Premium Lounge Service (Jika Perlu) : RM 195.00
  4) Priority Visa Service (Jika Perlu) : RM 840.00

Jd total dlm RM ialah 5431.00..tp klu mohon dgn awal, boleh tolak kos item no 3 & 4 tu..hehehe

Tapi!!!!jangan lupa pulak kos utk menyediakan duit dlm bank sbg "maintenance fee" evidence..so katakan la kalau korang berada dlm kawasan london, sila pastikan RM 41,827.50 berada dalam akaun anda selama 28 consecutive days..

So, kalau sesiapa yg nak mohon visa Tier 4 (General) Dependant Partner sila pastikan anda mempunyai simpanan kewangan sebanyak RM 47,000.00 bg tujuan permohonan visa ye..hehehe

PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini. 


Sekian..
Terima kasih :)
Wassalam...................


Kalau nak tahu tentang cara permohonan visa kerja (Visa Tier-2) boleh rujuk link ni ye 


p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)

Permohonan VISA (Tier 4) ke United Kingdom-Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Utk Part-2 ni, aku akn fokus berkenaan dgn permohonan online visa bg situasi yg aku ceritakan dlm part 1..atau dgn mudahnya, bg pemohon visa Tier 4 (General) Dependant Partner..

Just flashback je la, dlm part 1 aku dh share dgn detail tntg maklumat yg perlu diketahui dan disediakan sebelum melaksanakan permohonan online visa anda..basically, kalau org yg dh faham blh terus jump to part 2 ni..tp klu x berapa pasti, anda dinasihatkan agar go through part 1 terlebih dahulu ye..hehehe


1-Daftar Permohonan Online Visa...


Step 1, sila daftar masuk dan daftar ke dalam website permohonan visa secara online..haaa..boleh klik link ni ye..


sila pastikan maklumat yg dimasukkan adalah tepat

Tips, utk bahagian Given Name(s)/Forename(s) sila pastikan nama anda diisi dgn tepat..kalau nak guna huruf besar pon boleh..sebarang kesilapan akn menyebabkan masa anda terbuang..heheh

Utk bahagian Family Name/Surname, kdg-kdg kita confius mcm mana nak tulis betul x??so, sekadar cadangan kalau nama anda MOHD ALI BIN MOHD ABU dlm ruang Given Name(s)/Forename(s) tu boleh isi MOHD ALI dan utk Family Name/Surname blh isi sbg BIN MOHD ABU..

Nampak mcm remeh, tp somehow benda-benda mcm ni akn menyusahkan kita dikemudian hari..terutamanya bg tujuan pengesahan dokumen, surat-menyurat, urusan semasa di UK dsbgnya..sbb aku sendiri dah terkena dlm hal berkaitan dgn nama ni semasa urusan dokumen dkt UK ni..so, better be careful ye :)

After registration, kene verify email etc..


after done registration and verification..

Step 2, klik dkt butang "Apply For Myself"..then anda kene isi berkenaan dgn "Applicant Details"..sila isi ruang berkenaan dgn teliti ye..

Step 3, OK part ni plg penting iaitu part "Select Visa Type"..bg pemohon Tier 4 (General) Dependant Partner, anda perlu isi maklumat visa anda seperti gambar dibawah..


sila pilih maklumat pilihan jawapan dgn tepat

Then, tekan butang "Create Application"..


perkara yg perlu anda lengkapkan berada dlm kotak merah tersebut..

So, just go through semua sequence tu step by step..dimulakan dgn  "Go To Application", "Sign Declaration" dan seterusnya..


2-Isi Maklumat Permohonan...


Step 4, sila isi maklumat dalam ruang permohonan anda dgn teliti..


selamat mengisi maklumat :)

Utk bhgn "Travel Information", dibawah ruang "Date of planned arrival in the UK" sila isi maklumat tarikh jangkaan anda akn ke UK atleast seminggu atau 2 minggu lebih awal..atleast selamat la sikit..hehehe..

Utk ruang "How long do you intend to stay in the UK?", tlg refer status visa sponsor anda ye..kalau visa sponsor anda valid selama 4 tahun, so sila isi 4 tahun..jgn gatal nak isi 10 tahun..sbb x logik langsung..silap-silap permohonan visa anda boleh di reject..hahaha

Utk ruang "What is the main address and contact details of where you will be staying whilst in the UK?", sila isi maklumat berdasarkan alamat sponsor anda ataupun kalau dh ada rumah dkt UK, sila isi alamat rumah tersebut..

Just go through semua checklist dlm "My applications" tu ye..


3-Tempat Penyerahan Dokumen Anda...


Utk part "Book Appoinment", anda kene book location, tarikh dan masa ikut kesesuaian anda..pastikan anda boleh menepati masa dan tarikh tersebut..kalau terlepas, anda kene book semula appoinment yg lain..tp aku xpasti sama ada kene bayar semula atau x kalau dh terlepas appoinment ni..

Haaa...dkt sini yg boleh buat business..hehehe..kalau rasa diri tu dh lewat dlm permohonan visa, korang boleh guna priority visa service..function priority visa service ni lebih kpd utk mempercepatkan proses permohonan visa anda..kira mcm potong Q la..hehehe..anda blh refer website ni utk tahu tentang kadar bayaran dan tempahan terhadap perkhidmatan yg disediakan dkt tempat penyerahan visa (Visa Application Centre) tersebut ye..

4-Jangkaan Tempoh Masa Proses...


Utk mengetahui jangkaan tempoh proses visa anda selepas dari penyerahan dokumen tersebut, sila refer link ni ye..

Utk pengetahuan anda, serahan dokumen lengkap di buat di Malaysia..tetapi, tempat utk memproses dokumen tersebut di buat di Manila, Filipina..basically permohonan anda akn di hantar ke Manila pd keesokkan harinya..

Basically, bg pemohon Tier 4 (General) Dependant Partner, tempoh proses sehingga 15 hari bekerja..

jangkaan tempoh masa proses dokumen bg PBS Tier 4



PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini. 



Setel part 2 ni..then aku akn share berkenaan dgn penyerahan borang online dan dokumen yg telah anda sediakan dlm part 3, collection/post of  return document from visa application centre & collection of BRP dlm part 4 serta estimation of cost dlm part 5..


Kalau nak tahu tentang cara permohonan visa kerja (Visa Tier-2) boleh rujuk link ni ye 


p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)

Friday, 9 September 2016

Permohonan VISA (Tier 4) ke United Kingdom-Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Confirm mesti ramai yg tertanya-tanya berkenaan dgn permohonan visa ke United Kingdom (UK)..pengalaman aku dlm menguruskan visa mmg mencabar..banyak research yg perlu dilakukan..cari maklumat dari blog ke blog berkenaan dgn panduan permohonan..tp mmg susah nak dptkan info yg solid dan terperinci dari blog rakyat malaysia yg memohon visa utk ke UK..

Memang agak sukar sewaktu aku uruskan visa dulu..sbb terlalu banyak rujukan serta info yg diberikan melalui website daripada pihak goverment UK..kdg-kdg ragu-ragu sama ada pilihan yg dibuat utk permohonan visa tu betul atau pun x..dari website tu nak kene teliti terlebih dahulu satu persatu..kalau salah pilih, alamatnya rugi duit dan masa la jawabnya..lepas tu kalau nak tanya sebarang info berkenaan dgn permohonan visa, kene call direct pihak penjawat awam di UK..call number UK oi..mahal giler beb..hahaha


tu diaaaaa..mana satu anda nak pilih tu...hehehe

So, utk post kali ni aku try utk share pengalaman x seberapa yg pernah aku lalui masa nak mohon visa...


1-Check Status Keperluan Untuk Mendapatkan Visa...


First sekali, kita mesti kenalpasti sama ada kita perlu atau tidak utk memohon visa ke UK..seandainya kita plan utk berada di UK dlm tempoh masa 6 bulan atau kurang, so x perlu utk mohon visa..anda boleh masuk ke dlm UK dgn menggunakan visa sbg seorang pelancong..

Kebiasaannya individu yg mohon visa lebih 6 bulan atas urusan belajar, bekerja, bersama dgn family (sama ada family anda yg berada di UK itu belajar atau bekerja) dsbgnya..yg pasti, permohonan visa tersebut dibuat dari luar UK..which means, sbg rakyat Malaysia yg hendak dtg ke UK, maka permohonan visa kita dibuat di Malaysia..dan permohonan visa tersebut dibuat secara ONLINE sahaja..

Peringatan!!!mungkin anda ada plan nak mohon visa setelah sampai dkt UK betul x???sbb anda rasa x cukup masa atau rasa mcm malas je nak pikir semua benda ni kan???heheheh..jangan harap la anda dpt berbuat demikian..nak mohon visa kene buat sebelum kita sampai dkt UK..kalau x, korang kene balik semula ke Malaysia dan uruskan visa then baru dtg semula ke UK..lg la membazir..mcm mana aku tahu???sbb aku pernah plan nak buat mcm tu..kononnya nak dtg UK dulu dan mohon visa dkt UK je..tp nasib baik aku call immgration UK dan tanya pasal planning aku tu..mentah-mentah dorang jawab "Sorry, you can't do that, your visa shall be applied at your country"..hahahaha

Step pertama, anda perlu semak status sama ada anda perlukan visa atau pun tidak dkt website ni..obviously lebih 6 bulan mmg perlu la kan..tp xpe, je go through je step ni ye :)

so, boleh go through satu persatu soalan dkt website tu ye

2-Kenal Pasti Status Jenis Visa Anda...


Basically aku akn share situasi cara permohonan visa bg org yg nak dtg ke UK atas sebab pasangan/family/adik beradik dsbgnya yang berada dkt UK ats sebab belajar atau bekerja (as a Foundation Year Doctor Programme) yg mana mereka ni telah mempunyai visa dan dipanggil sbg "Sponsor"..dan anda sbg org yg nak mohon visa atas tiket visa Sponsor anda pulak dipanggil sbg "Dependant"..

haaa..ni result berdasarkan pilihan jawapan utk situasi yg diberitahu sebelum ni..

Step kedua, anda kene refer kpd sponsor anda yang berada dkt UK tu tentang status dan jenis visa yg dia miliki di UK..kebiasaannya, mereka adalah pelajar atau pekerja (Foundation Year Doctor Programme)..jdnya, status visa mereka adalah Tier 4 (General) Student Visa..

haaa..tekan link yg aku tunjuk dkt gambar tu

Tahniah!!anda telah menempuhi sebahagian proses utk mendapatkan maklumat bg permohonan online visa anda..hahaha..mcm iklan jualan pulak ek..hehehe

Tekan link Tier 4 (General) student visa tu..then akn keluar spt gambar di bawah ni..

tu diaaaa..keluar dah pilihan yg anda klik td..

Dkt dlm website tu ada banyak item yg perlu kita baca..dari no 1 hingga no 8..tp sbg Dependant, anda just fokus pd no 8 iaitu "Family members"..then klik pd pilihan no 8 tu ye..

tlg fokus dan baca dgn teliti semua maklumat dlm page ni ye

3-Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Permohonan Online Visa Dilakukan...


Ada beberapa perkara yg anda perlu jelas sebelum membuat permohonan online visa..ada beberapa jenis bayaran yg perlu dijelaskan semasa permohonan online visa dilaksanakan..selagi bayaran tersebut x dibuat, maka anda permohonan anda tidak dpt disempurnakan..

Antara bayaran yg perlu dibuat semasa permohonan online visa adalah;
     i-IHS (Immigration Health Surchage)
     ii-Visa Application Fees

Step yg ketiga, anda perlu tahu berapa kadar bayaran IHS utk permohonan visa yg dibuat..sebab setiap jenis permohonan mempunyai kadar bayaran yg berbeza..so boleh check dkt sini berkenaan dgn kadar bayaran tersebut..apa yg dimaksudkan dgn kadar bayaran berbeza adalah spt dlm gambar di bawah ni ye..

sila buat pilihan jawapan yg tepat

Basically, mcm aku ckp sebelum ni sekiranya anda mohon visa sbg Dependant dalam keadaan Sponsor anda telah mempunyai visanya sendiri..atau dgn kata mudah, seperti situasi yg aku sebutkan sebelum ni..so, pilihan jawapan yg perlu anda buat adalah "Applying to join somebody (a main applicant) in the UK"  iaitu pilihan jawapan yg ke 3..

Step yg keempat, semak kadar permohonan bayaran visa anda iaitu Visa Application Fees di sini..again, bayaran Visa Application Fees adalah berbeza mengikut setiap jenis permohonan yg dibuat..sama mcm IHS, jawapan anda akn menentukan berapa kadar bayaran yg perlu dibuat terhadap Visa Application Fees..

contoh pilihan jawapan dan bayaran yg dikenakan bg Visa Application Fees

Dalam gambar yg dipaparkan di atas adalah pilihan jawapan bg situasi yg aku bgtahu sebelum ni..

Sebelum anda membuat pilihan utk mengetahui kadar bayaran IHS & Visa Application Fees pastikan anda mempunyai maklumat seperti berikut terlebih dahulu;
     i-"Visa Route" sponsor anda
     ii-"Visa Type" sponsor anda
     iii-Tarikh tamat visa bg sponsor anda

Straight foward, bg situasi yg aku bgtahu sebelum ni..maka gambar dibawah merupakan pilihan yg perlu dibuat bg mengetahui kadar bayaran IHS & Visa Application Fees..

IHS
Visa Application Fees

Peringatan!!!bayaran IHS & Visa Application Fees dibuat secara ONLINE sahaja..iaitu SEMASA permohonan ONLINE VISA anda dibuat..

So, selesai utk bab berkaitan dgn kadar bayaran yg perlu dibuat semasa permohonan online visa dilaksanakan...


4-Dokumen Yang Perlu Anda Sediakan...


Step yg kelima ni berkenaan dgn dokumen ye..

So, ada beberapa perkara yg anda perlu jelas dan sediakan sebelum membuat permohonan online..basically korang kene sentiasa check peraturan terbaru yg dikenakan bg permohonan visa tersebut..bg situasi yg aku bgtahu, blh check dkt sini..

Basically, aku share antara dokumen yg perlu disediakan;

     1-salinan & original passport Dependant

     2-salinan & original surat beranak Dependant

     3-salinan & original surat beranak Dependant yg dh di translate ke dlm Bahasa Inggeris

     3-salinan & original sijil nikah (sekiranya Dependant merupakan pasangan suami/isteri kpd Sponsor)

     4-salinan & original sijil nikah yg dh di translate ke dlm Bahasa Inggeris (sekiranya Dependant merupakan pasangan suami/isteri kpd Sponsor)

     5-bukti penyata kewangan Dependant

     6-dokumen original result Test TB

     7-gambar berukuran passport


Untuk penyata kewangan, anda perlu ada simpanan sebanyak 9 bulan selama 28 consecutive days a.k.a 28 hari berturut-turut..sekiranya anda berada dlm kawasan London, maka perlu ada 845 pound sebulan.sekiranya luar dari kawasan London, maka perlu ada 680 pound sebulan untuk tempoh masa selama 9 bulan bg setiap seorang Dependant..kiraan mudahnya;



London: 845 x 9 (bulan) x 1 (seorang Dependant) = 7605 pound



Luar London: 680 x 9 (bulan) x 1 (seorang Dependant) = 6120 pound



Mathematicallynye, kalau ada 3 org Dependant contohnya nak bawak isteri dan 2 org anak..so, kene la kali 3..again, sila rujuk maklumat berkenaan dgn peraturan dari website yg dinyatakan di atas dari semasa ke semasa..





PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini. 





Next part aku akn share info berkenaan dgn permohonan online visa :)

Kalau nak tahu tentang cara permohonan visa kerja (Visa Tier-2) boleh rujuk link ni ye 

p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)

Monday, 5 September 2016

First Trip To London,UK 6-7/8/2016-Part 5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sambungan dari part 4..hehehe


Bajet...


So, utk part ni ringkas je..aku just share bajet yg kami berdua keluarkan sepanjang percutian 2 hari 1 malam ni ye..

Perincian bajet;

  1) Kereta Sewa : 59.79 (3 hari)
  2) Minyak (Diesel) : 36.00 (33 liter)
  3) Tube : 20.00 (utk 2 hari)
  4) Penginapan : 58.00 (2 hari 1 malam)
  5) Tiket : 72.28 (London Eye & Tower Of London)

Jd total keseluruhan ialah 246.07 pound..kire kalau utk sorang 123.04 pound..actually, bajet yg ni agak tinggi..so, kalau korang nak jimat, tolong plan perjalanan korang seawal yg mungkin..book tiket dan penginapan secepat mungkin..sbb harga tiket akn jd lebih mahal kalau kita last minit book..utk penginapan, better cari dalam area zone 1, jd kos tube tu boleh reduce..dan korang x membazir masa utk travel dari satu tempat ke tempat yg lain..kalau x silap, sehari kalau kita travel guna tube, maximum charge yg dikenakan dlm 7.00 pound..tp tu just dlm zone 1 je la..kalau travel antara zone, maka charge akn berubah..utk travel kos, kami boleh reduce penggunaan kereta dan minyak kalau tempah train lebih awal..dan nak lg jimat, guna bas dan kene pandai pilih bus provider..so, utk travel kami suggest guna Megabus..sbb tambang silap-silap utk sejauh 400km boleh jd korang cuma perlu bayar 3.00 pound je..hehehe

Sekian shj perkongsian daripada kami :)

"First Trip To London 6-7/8/2016"

Wassalam.................

Thursday, 1 September 2016

First Trip To London,UK 6-7/8/2016-Part 4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sambungan dari part 3..hehehe


Tempat Yang Dilawati...



Setel je check-in kami terus keluar berjalan..tp sebelum berjalan tu mesti kene isi perut dulu betul x??hehehe..nak travel dkt london ni mudah je..just guna google map dh memadai..korang boleh refer link ni utk plan perjalanan menggunakan tube, bus etc http://www.visitlondon.com/traveller-information/getting-around-london/london-maps-and-guides/free-london-travel-maps#3OJadgJS41jd3LGV.97 .. :)

1) Malaysia Hall Canteen

Malaysia Hall Canteen ni antara tempat wajib di lawati kalau rindu masakan Malaysia ler..senang citer ni tmpat makan..hahaha..tempat ni terletak di jln Queensborough Terrace, London..dari Shepherd's Bush Station (Central Line) kami menaiki train ke Notting Hill Gate (Central Line) dan tukar train utk ke Bayswater (Circle Line)..exit dr Bayswater kami berjalan ke Malaysia Hall Canteen dlm 10 minit..yg bestnye, selang 1-2 minit akn ada train..so xperlu risau kalau kita terlepas train..hehehe

bergambar di Shepherd's Bush Station

Patutnya kami xperlu tukar train, just straight dr Shepherd's Bush Station ke Queensway Station..then jalan kaki just 4 minit je..tp biasalah, setiap perkara yg kita lalui adalah pengalaman yg x ternilai..cuma perlu bayar dgn kelenguhan kaki je la..hehehe

laki-bini rela meredah kepanasan demi perut sendiri..hahaha

Setelah 10 minit barulah sampai ke pintu depan Malaysia Hall Canteen ni..korang akn tercari-cari mana pintu masuk kantin ni..as a tips utk cari pintu masuk ni, berjalan tu kadang-kala kene tunduk bawah..hahaha

muka bangga dpt sampai dgn jayanya..mcm muka student yg baru lepas hantar final thesis..hahaha
pemandangan dalam Malaysia Hall Canteen

Pelbagai pilihan makanan yg sedap dkt sini antaranya ada keropok lekor, ayam masak merah, paru goreng berlada, ikan keli goreng, daging kari, satay, kuew teow dan yg paling best ada NASI LEMAK..hahaha..semuanya masakan Malaysia ada disediakan..utk air pulak mcm-mcm ada..yg penting AIR SIRAP tu FREE OF CHARGE!!jd boleh refill mcm kita refill dkt Subway tu..kami siap isi dlm botol lg..hehehehe..bab harga jangan risau..harga dkt sini sangat berpatutan..takde pencatutan harga..hahaha

Dkt sini boleh makan sambil layan lagu-lagu Malaysia..waktu kami makan dorang pasang lagu Iklim-Hakikat Sebuah Cinta, Inteam-Kasih Kekasih then ada lagu Projector Band-Sudahku Tahu..tp kami x pedulikan sgt lagu tu..sebab lagu keroncong dlm perut lg menyeksakan..hahaha

Pelbagai kemudahan disediakan dkt sini, sebagai muslim mestilah tempat solat kan???haaaa..kat sini tempat solat disediakan bg lelaki dan perempuan secara berasingan..kalau hari jumaat, boleh solat jumaat dkt sini..lepas setel makan, kami teruskan perjalanan ke "The British Museum"..tp sebelum tu, layan muzik dulu dkt luar Tottenham Court Station ni..hehehe


2) The British Museum

Dari Malaysia Hall Canteen naik train di Queensway Station dan turun di Tottenham Court Road Station..jalan kaki lebih kurang 5 minit je la dari station tu ke muzium..

pemandangan hadapan British Museum

Basically, British Museum ni tempat yg memaparkan sejarah tamadun dunia..hampir kesemua tamadun dipamerkan di sini..buat yg minat tentang sejarah mcm aku, tempat ni memang best..sbb banyak yg kita boleh belajar tentang tamadun..sejarah banyak mengajar kita tentang sesuatu perkara..ada satu kata-kata hikmah yg aku minat,

"The causes of events are ever more interesting than the events themselves."-Marcus Tulius Cicero

Dengan kata mudah, sebab berlakunya sesuatu perkara lebih penting daripada perkara tersebut..memang dlm sejarah mereka x boleh menafikan bhw tamadun terawal di dunia adalah tamadun Islam..tetapi cuba kita renung kembali apa yg telah terjadi dgn tamadun Islam sekarang??

sejarah tamadun zaman besi di Syria
sejarah tamadun membuktikan tentang kemakmuran dan kekayaan bumi Syria
sejarah tamadun Palestin

Selain tu jugak, muzium ni turut memaparkan sejarah yg berkaitan dgn perkembangan ekonomi dan kewangan dunia..

antara mesin cetak wang kertas terawal di dunia

Sejarah jugak membuktikan kesan tindakan daripada cara pentadbiran oleh pemimpin di sesebuah negara boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi negara tersebut..

kesan kejatuhan nilai matawang negara Zimbabwe
fight the regime!

Muzium ni sgt besar, kalau nak round semua tempat belum tentu lg 1 hari tu cukup..tp kami just pergi pameran yg berkaitan dgn tamadun besar shj termasuk tamadun di negara-negara Islam terdahulu..korang boleh refer link ni kalau nak cari maklumat tentang muzium ni ye http://www.britishmuseum.org/

Lupa nak bgtau, xde bayaran masuk ke dalam muzium ni a.k.a PERCUMA..tp ada tabung derma la dkt pintu masuk dan keluar tu..so, boleh la derma sikit..

Kalau korang nk tambah ilmu pengetahuan pasal sejarah, korang boleh rujuk "Buku Biru"...hehehehe

Then, our next location is LONDON EYE..hehehe

3) London Eye

Nak g sini senang je, naik tube dan exit dkt Waterloo Station..kalau dari Central Line tu, korang kene tukar tube dan follow ikut Jubilee Line ek..

Haaa..London Eye ni mmg tarikan utama pelancong ke sini..especially musim panas..pelancong akn bertambah secara mendadak pd musim panas..jd kalau korang plan nak dtg UK pd musim panas, pastikan bawak Fresh Care (blh order dkt link fb ni ye https://www.facebook.com/fa.mah.33?fref=ts)..sbb ape kene bawak??sbb kaki korang confirm lenguh waktu nak beratur beli tiket & dptkan tiket lepas tu kene beratur masuk ke dalam gondola tu pulak..

ni beratur utk beli/amek tiket naik..ramai oi umat manusia..

Kami beli tiket melalui online..so, jimat masa xperlu nak beratur beli tiket..klu x, kene beratur utk beli tiket satu hal, then beratur collect tiket pulak tu..Fresh Care 1 botol belum tentu cukup nak sapu kat kaki..hahaha..

setelah hampir 45 minit beratur...akhirnya sampai jugak ke kaunter pengambilan tiket...hahaha

Setel amek tiket, korang berpeluang utk masuk ke 4D Cinema Experience..masuk ke tempat ni percuma dgn syarat dh ada tiket London Eye tu ler..so, kami pon masuk je dlm cinema tu..basically cinema tu memaparkan panorama sekitar London Eye dan process planning, design, fabrication up to comissionning London Eye ni (klu dlm engineering kira panggil Front-End Engineering Design  "FEED")..nak masuk kene pakai mcm spek 3D tu..jgn pelik klu spek tu basah waktu korang amek..haha

muka bini yg kepenatan beratur..kesian beliau..hahaha

Nak masuk kene beratur lg dlm 45 minit..so, klu xnak beratur lama utk tiket dan naik London Eye tu, korang blh plan utk berjalan pd musim winter..confirm x ramai mcm ni..hehehe..tp kene check waktu operasi London Eye ye..sbb musim winter waktu operasi x sama mcm musim summer ni..

Tips jujur, waktu summer dan klu korang plan nak berjalan, jangan pakai kasut yg fancy sgt..ckp pakai sandle atau kasut bertutup yg ringkas..waktu ni bini aku TER pakai boots..so memang kaki cepat lenguh dan panas..huhuhu..utk pakaian pulak pakai yg simple-simple dan pakaian yg nipis..tp confirm kene tutup aurat k..xperlu nak jangoksss sgt..kelak korang akn menyesal..hahahahaha

pemandangan dari dlm London Eye tu..

 Akhirnyaaaa berjaya naik menatang ni dlm lbh kurang jam 9.30 mlm..hahahaha

view of Big Ben
view of Hungerford Bridge and Golden Jubilee Bridges


Ha...sambil-sambil tu boleh tgk video dkt bawah ni ye..hehehe


Memang seronok yg teramat bila dpt naik dan perhatikan panorama sekeliling..memang rasa x puas klu naik sekali je..rasa mcm nak naik lg je..hehehe..

Haaa..dh tgk panorama sekitar London Eye, mesti korang tertanya-tanya tentang tiket..betul x??hehehe..so tiket kami beli scra combo melalui online je..beli utk naik London Eye dan Tower Of London..semua sekali 72.28 pound..ni link nye https://www.365tickets.co.uk/ ...so far, waktu tu website ni yg jual harga tiket termurah..iktkan blh dpt lg murah..tp sbb beli last minit so, xleh nk buat ape ler..so, better plan percutian anda dgn lebih awal bg menyelamatkan duit dlm poket anda..hehehe

Tips tambahan, mungkin korang akn rambang mata utk pilih tmpt utk dilawati dkt London ni..dan rasa mcm nak g semua..tp kene stick to the plan korang..sbg contoh London Eye Management Services Ltd (kire mcm company yg uruskan London Eye tu lerr) je ada byk tawaran tmpt utk dilawati..bukak link ni https://www.londoneye.com korang blh pilih tawaran pakej yg diberikan oleh London Eye Management Services Ltd..for sure antara tarikan utama adalah London Eye tu sendiri..

Lepas setel jalan-jalan dkt London Eye tu, kami bergerak pulang..tp sebelum tu singgah makan mlm dkt Tinseltown dlu..antara restoran halal yg popular dkt UK ni..makanan sedap dan harga sgt berpatutan..hehehehe

Sampai je bilik terus mandi, solat dan tidur..simpan tenaga utk esok pulak..sbb esoknye tu kami ke London BridgeTower Of London etc...hehehehe

4) London Bridge

Basically, London Bridge ni antara tmpt tumpuan pelancong..selain dr jambatan tu (nama pun bridge kan..hahaha), dkt sini ada teater, muzium dan yg plg best ada london bridge experience (blh refer link ni ye https://www.thelondonbridgeexperience.com/)

welcome to london bridge..hehehe

bergambar dulu...bukti dh pernah sampai..haha

Dkt london bridge ni kami just sightseeing je..atleast dh pernah sampai..hehehe..

So, next location yg kami pergi adalah Tower of London :)

5) Tower Of London

Dari London Bridge, kami jln kaki menuju ke Tower Of London menggunakan Google Maps..basically mmg mudah..tp kdg-kdg pakai google map ni pening skit..kejap-kejap update map suruh guna jalan lain..hahaha..so, sedikit nasihat dr kami supaya selalu refer dgn map ataupun sign board yg sedia ada dkt sini..sbb tu yg paling tepat!!hahaha


panduan supaya x sesat..hahaha

Apa yg best dkt Tower Of London ni???hehehe..basically, tmpt ni merupakan salah satu tmpt paling bersejarah dkt UK ni..dkt sini korang berpeluang utk melihat The Crown Jewel (alaaa..yg pki atas kepala tu..hehehe)..then yg seronok ada tour guide yg akn bwk kita meronda dlm kawasan ni..yg akn bwk kita berjalan tu namanya Yeoman Warders..

haaa..ni la Yeoman Warder tu..hehehe

Bg aku, kalau nak melawat Tower Of London ni, korang wajib follow Yeoman Warders Tour tu..sbb sewaktu tour tu diadakan, mamat tu akn story pasal sejarah bangunan tu..bila bangunan tu dibina, fungsi setiap bahagian dlm bangunan tu, peristiwa apa yg pernah berlaku dlm bangunan tu, dan pelbagai lagi..nak tau banyak, jgn lupa singgah tmpt ni kalau melawat London ye..hehehe

sementara tunggu Yeoman Warders Tour tu kita bergambar skit dkt padang tu..hehehe
Masuk je dari main entrance gate tu, dkt bhgn kiri tu nanti korang akn nampak padang..so turun menuju dkt padang tu akn ada satu signboard tmpt bermula tour tersebut..tour ni diadakan setiap 60 minit..so kalau terlepas, korang kene tunggu sejam selepas tu la ek..

tu diaaa...mula dh nk bg explaination..hahaha

Haa..meh dgr sikit apa yg si Simon ni cerita ek..hehehe


Amacam??mesti boleh paham kan apa yg dia ckp..hehe..basically loghat omputih UK ni agak mencabar skit nak paham..so korang kene dgr betul-betul apa yg dorang ckp ni..

Lepas Simon ni explain dlm 15 minit dkt padang tu, dia pun start bwk kita masuk ke dlm tower ni melalui pintu masuk Byward Tower..

ramainya umat manusia oi..

Waktu kami dtg tu, memang ramai umat manusia yg melancong..mcm yg aku ckp sebelum ni, musim summer mmg ramai pelancong yg dtg ke sini..so nak kene kejar si Simon ni supaya x terlepas explaination dia..hahaha


Traitors' Gate

First check point kami dkt dpn Traitors' Gate ni..dkt sini si Simon ni ceritakan serba sedikit pasal Traitors' GateBloody Tower, St Thomas' Tower dan lain-lain lg..

Meh kita dgr cerita si Simon ni dkt first check point kami ni ye..


Second check point dkt dpn White Tower..dkt sini dia ceritakan tntg sejarah White Tower ni..then dia ada selit sikit pasal sejarah burung Raven tu..kalau korang perhatikan area situ, korang akn perasan sebuah sangkar burung tu..mengikut kepercayaan zaman dulu, dorang mesti pastikan ada 6 ekor burung raven dkt dlm tower ni..paling x pon katanya mesti ada seekor la..kalau xde burung ni, kerajaan England boleh runtuh!!so, atas kepercayaan tersebut, sampai sekarang burung tu masih dikekalkan dkt situ..kalau sape-sape nak try buat sejarah dunia baru, boleh try buat ujikaji dkt burung raven tu ek..hahaha

berpeluh si Simon ni bg explaination..haaaa belakang tu la White Tower

Meh kita dgr cerita si Simon ni dkt second check point ni ek..


Then check point yg ke 3 a.k.a last check point pulak dkt depan Scaffold Site..dkt sini si Simon tu cerita tentang Scaffold Site, Beauchamp Tower dan pelbagai lg ler..

belakang tu la tmpt yg dipanggil sbg Scaffold Site

Meh tgk video check point ke 3 pulak ye..


Then, lepas habis tour tu kami berjalan sekeliling tower tu berdua jela..actually, kami bertuah sbb si Simon ni memang bekas askar perang..so banyak sejarah pasal peperangan yg dia boleh ceritakan..so, tour tu x rasa boring sgt..dan banyak ilmu pengetahuan yg boleh kita dpt :)

awas!!senjata yg mamat tu pegang merupakan senjata betul..jgn dok kacau dia kalau xnak kene tembak..hahaha

Lepas berjalan, kami beratur utk masuk melihat Crown tu..nak masuk ke dlm tmpt tu kene beratur panjang oi..nk dkt 30 minit jugak kami beratur..

macam-macam org dan ragam yg ada dkt sini :)

Utk makluman, dkt dlm bangunan yg ada Crown ni x dibenarkan tangkap gambar..dan dkt dalam tu penuh dgn kamera CCTV dan guard..jd korang cuma dpt lihat dan baca jela..tp ada je curi-curi rakam yg kami tgk..pandai makan pandai simpan la ek..jangan korang duk rakam lepas tu post dlm blog dah ler..hahaha

pintu masuk bangunan

Kesemua Crown yg ada dkt England WAJIB dipamerkan dkt sini..semua crown yg pengunjung tgk tu adalah ASLI..bukan duplicate or etc..sebenarnya ada cerita tersendiri pasal pameran crown ni..berdasarkan cerita si Simon ni suatu ketika dulu, salah seorang raja yg memerintah kalau x silap nama beliau King Henry VIII merupakan seorang raja yg memerintah sekitar tahun 1509..beliau sgt terkenal dgn sikap berjudi sehinggakan hutang judi mencecah ratusan ribu pound pd zaman tersebut..jd nak elakkan daripada beliau gadai crown dan alat darjah kebesaran tu semua, kerajaan buat undang-undang supaya semua crown dan alat darjah kebesaran WAJIB dipamerkan kpd umum..hehehe

Selepas hampir 5 jam kami di sini, berakhirlah sesi kami di Tower Of London ni..keluar je bangunan ni terus nampak Tower Bridge..hehehe

ni la dia Tower Bridge..

So, lepas tu kami balik ke bilik sewa dan check out pd jam 2.30 petang..tp sebelum pulang ke rumah, kami singgah dulu makan dkt Malaysia Hall Canteen..hehehe

Dah habis???belum lg..part seterusnya kami akn share details of budget kami..mana tau berguna untuk korang jdkan references bila nak plan melancong ke London ke..hehehe