Thursday, 1 September 2016

First Trip To London,UK 6-7/8/2016-Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sambungan dari part 1..hehehe


Perjalanan...


Trip kami kali ni pada musim panas..tp musim panas dkt sini sekitar 17 celcius hingga 25 celcius..kami bertolak pd hari sabtu 6/8/2016 selepas selesai solat subuh..waktu solat dkt UK ni mostly berbeza setiap hari dan perbezaan ketara bila perubahan bagi setiap musim..so pada tarikh ni, waktu solat subuh 3.50 pagi sehingga 5.33 pagi..jd, kene sentiasa tengok waktu solat setiap hari..kalau x, subuh gajah la jawabnye..hehehe..

jadual waktu solat :)

Kami bertolak sekitar jam 6.00 pagi..bertolak dari lancaster ke kensington (london)..kenapa kensington??sebab penginapan kami dkt sana..hehehehe..sepanjang perjalanan melalui highway ni agak membosankan..highway dkt UK x macam highway dkt Malaysia..sbb dkt highway Malaysia pemandangan tepi highway tu banyak pokok-pokok, ada bukit, gunung, etc..especially kalau kita lalu highway menuju ke utara..tp kalau setakat highway dr Johor ke Melaka memang boring dan aku lebih suka lalu jalan dalam..keluar dari ayer hitam lalu dkt parit raja, parit yani, bakri sampai tembus highway amj..kalau terlebih rajin aku drive guna jalan dalam start dari pasir gudang lalu ke pekan nenas sampai la ke destinasi yg dituju iaitu Melaka..atleast x boring dan yg paling penting x mengantuk time drive!hehehe

antara pemandangan yg kami lihat iaitu windturbine

Haaa..ni antara pemandangan yg kita x dpt lihat dkt highway Malaysia..windturbine nama mende alah ni..fungsi dia utk generate electricity..alahhhhh ni la subjek elektif yg aku kene amek waktu belajar mechanical engineering dulu..subjek ni kalau x silap namanya Renewable Energy..Bakri, Azmi, Nabil, Syawal, Hezi (classmate aku) memang power subjek ni..so aku byk jdkan mereka sbg "reference"..korang paham-paham jela ek ape maksud "reference" tu..hahaha..tp windturbine ni ada pada permulaan perjalanan highway je..selebihnya pemandangan hijau yg luas terbentang..kebanyakkannya kawasan tepi highway yg kami lalui dijadikan tempat ternakan haiwan ternakan spt lembu, kambing biri-biri etc..jd adakalanya bau agak kurang menyenangkan..hahaha

Amaran keras!!!tolong patuhi arahan had laju sepanjang perjalanan anda!!!sbb  dkt UK ni kalau x ikut peraturan had laju, memang tempah saman la jawabnya..so, hati-hati ketika memandu dan patuhi had laju..sedikit peringatan, dkt sini pakai "English Unit"!!bukan "SI Unit"..so dkt sini guna miles, yard etc..kalau papan tanda tunjuk had laju 60, tu bermaksud 60miles/hour atau 96km/j..dan kebanyakkan panel meter had laju kenderaan dkt sini ada dlm "English Unit" dan "SI Unit"..specialnya dkt sini, kalau bawak laju melebihi had yg dibenarkan tu memang confirm kene saman..tp kalau bawak slow sangat pon boleh kene saman jugak..hahahaha

tersergam indah kamera had laju tu..hahaha

So sepanjang perjalanan kami ada berhenti rehat..dkt sini kalau nak cari "R&R" memang x akan jumpa..hahahaha..sbb dkt sini dorang panggil "R&R" tu "Services"..kalau kita "Services" tu tempat repair/baiki kenderaan kan??tp berbeza terma bahasa kalau dkt sini..hehehe..so dkt tmpt rehat sini lebih kurang sama je dgn Malaysia..cuma, sepanjang tempat rehat yg kami singgah takde tempat/bilik utk solat yg disediakan..so kalau nak solat kene cari tempat yg sesuai bentang sejadah dan solat terus..

tempat  Services ni namanya "Norton Canes Motorway Services M6 Toll"

Nak tau apa beza yg paling ketara antara "R&R" dan "Services" ni??beza yg paling ketara dan x best bg rakyat Malaysia bg aku adalah TANDAS! dkt sini dalam tandas xde pili paip!!hahahaha..so kene guna tisu jela..kesat-kesat sikit, buang tisu dalam mangkuk tandas then pam tandas tu terus..pastu jangan harap kita sebagai rakyat Malaysia utk rasa selesa sepanjang perjalanan..kalau buang air kecik ok lg..tp kalau buang air besar, alamatnya memang mimpi ngeri jela sepanjang perjalanan tu..hahaha

Ada je solution sebenarnya utk situasi genting mcm ni, bawak siap-siap botol kosong..sebelum masuk ke dalam tandas, isi botol tu dgn air paip dkt singki tu then baru melangkah masuk ke dalam tandas dgn penuh bergaya hehehe..tp sebenarnya kita dh diajar masa sekolah agama dulu tentang kaedah istinjak mcm mana kan??so time ni la nak apply..p/s: jangan tanya aku mcm mana nak istinjak dkt dlm tandas ni kalau org tu kene cirit-birit pulak..so nasihat jujur dari aku, kalau dh tau perut x tahan makanan pedas, tolong elakkan makanan pedas ketika anda sedang dlm perjalanan..

So, selepas selesai semua urusan dkt "Services" ni, kami pon menyambung perjalanan semula ke destinasi yg kami inginkan iaitu Kensington..

Bersambung part 3 pulak ek hehehehe......................

2 comments:

  1. Kalau istinjak time cirit birit tu senang je. Guna kertas pasir. Btw, nice blog. Kipidup abg! Hdup paler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdarah oiiiiiii nanti..hahaha..mana dpt perkataan paler tu??cehhh

      Delete