Thursday, 27 October 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kali ini aku akan sambung semula tulisan berkenaan dengan pengembaraan aku bersama isteri di Itali..untuk part yang ke 2 ini, aku akan fokus kepada tempat penginapan kami sepanjang di Itali ye..

Alhamdulillah, dalam tulisan yang aku tulis sebelum ini, aku menerima saranan daripada rakan sewaktu zaman persekolahan di SMKA Bandar Penawar dahulu..beliau berkongsi nasihat dan panduan untuk menulis dalam blog..jadi, aku cuba untuk amalkan..kalau perasan, semua tulisan di tulis dalam perkataan dan ejaan yang penuh bukan??hehehe..anyway, terima kasih Dzul atau teguran terhadap penambahbaikan tersebut..hehehe



Penginapan...



>>>Venice, Itali



Tempat penginapan kami cari dengan menggunakan aplikasi Airbnb sahaja..bagi aku, aplikasi tersebut sangat bermanfaat dan berguna bagi pelancong, pengembara atau sesiapa sahaja yang ingin mencari tempat untuk tidur atau berehat..

Alhamdulillah, rezeki kami murah..tempat penginapan kami di Venice sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api..kami hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit daripada tempat perhentian bas mahupun stesyen kereta api tersebut..

Kami tiba di Trevisio Airport lebih kurang jam 11.00 pagi pada 27/10/2016..dan kami menaiki bas dari Trevisio Airport ke Venizia Mestre..macam yang aku ceritakan sebelum ini, kami tersesat sehingga ke pulau Venice dan terpaksa tunggu selama sejam untuk patah balik ke Venizia Mestre..memang pengalaman yang kami tidak akan lupakan!!hehehe


akhirnya kami tiba di perhentian bas yang sepatutnya..huhuhu



Pada mulanya kami tersesat sewaktu hendak mencari tempat penginapan, tapi dengan bantuan penduduk tempatan, alhamdulillah akhirnya kami sampai juga..


Landmark dikawasan yang berhampiran dengan tempat penginapan kami sangat banyak antaranya adalah stesyen kereta api iaitu Venizia Mestre dan juga tempat penginapan hotel iaitu hotel Plaza  serta hotel Bologna..jadi kami cuma perlu mengikut panduan daripada Google Maps dan bertanya kepada penduduk tempatan sahaja..mudah kan??hehehe

gambar hadapan hotel Plaza

gambar sisi hotel Bologna

Laluan untuk menuju ke tempat penginapan kami sebenarnya antara bangunan Hotel Plaza dan Hotel Bologna sahaja..kalau anda lihat ada satu jalan yang memisahkan antara 2 bangunan tersebutkan? yeee..disitu lah laluan untuk ke tempat penginapan kami..hehehehe

Sepanjang laluan tersebut, terdapat banyak kedai runcit disekitarnya..jadi, tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan ringan seandainya lapar pada waktu malam :) hehehe

akhirnya....

lokasi tempat penginapan kami berada di jalan col di lana

Mudahkan nak mencari lokasi tempat penginapan kami ini??dan kawasan sekitar tempat penginapan kami boleh dikategorikan sebagai kawasan yang selamat..terdapat banyak kedai dan jalan tersebut juga merupakan antara jalan utama disini..jadi kami tidak perlu risau untuk keluar pada waktu malam :)

tempat penginapan kami berada di hujung bangunan pertama di jalan col di lana

Kawasan sekitar tempat penginapan yang menarik, mudah untuk dijumpai, banyak kedai runcit dan yang paling penting selamat memang menjadi rebutan bagi para pelancong..hehehe

model kasut Clarks bergambar di hadapan pintu masuk utama tempat penginapan tersebut

So, sekarang kami kena tekan butang loceng yang disediakan..kalau setakat pakai jampi macam dalam cerita 40 penyamun tu memang tidak akan berkesan ler..hehehe

pemilik tempat penginapan kami bernama Wu Luigi

As a reminder, sekiranya anda membuat tempahan melalui airbnb..pastikan anda memberikan anggaran masa waktu ketibaan anda di tempat penginapan..dan anda perlu memaklumkan sebarang perubahan secepat mungkin..atleast, anda tidak perlu untuk menunggu pemilik airbnb tersebut untuk tiba di tempat penginapannya..

rekaan unik tangga di bangunan tersebut..

Tempat penginapan kami berada di tingkat 1 dalam bangunan tersebut..

pemandangan pintu masuk utama dari arah tangga

muka isteri yang dalam kepenatan..huhuhu

Pada mulanya kami cuba juga cari lif, tapi malangnya kemudahan lif tidak disediakan di sini..so, yang ada hanyalah tangga..nasib baik barang kami tidak terlalu banyak..

akhirnya..........

Alhamdulillah akhirnya kami sampai di tempat penginapan..

ruang laluan akan dilihat sejurus sahaja anda membuka pintu rumah tersebut...

hujung sekali itu merupakan pintu masuk ke dalam tempat penginapan kami

Tempat penginapan kami berkonsepkan seperti dorm asrama..di tempat penginapan ini mempunyai 4 bilik berasingan..setiap bilik mempunyai kemudahan asasnya sendiri seperti katil, almari, meja etc..

haaa..ni la bilik kami..hehehe

malangnya, katil yang disediakan katil bujang...hahaha

almari untuk simpanan barang keperluan anda

kemudahan air-cond dan heater disedakan..almari besar pon ada juga..hehehe

Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan kemudahan dan keadaan dalam bilik kami..cuma, katil yg disediakan hanya katil bujang sahaja..tapi ada 2 katil bujang je la..hehehe..apa-apa pun, mmg kemudahan kami sangat berpuas hati..keadaan bilik pun bersih dan kemas..cadar tidak berbau, adaptor plug turut disediakan..jom kita lihat kemudahan lain yang disediakan dalam tempat penginapan ni ye..

kemudahan untuk memasak, peralatan dapur dan ketuhar gelombang disediakan..minyak masak pun ada juga..hehehe

coffe maker & peti sejuk

meja makan

meja makan dikawasan beranda luar

bilik air

tub mandi

Basically, aku boleh katakan tempat penginapan ni almost perfect..cuma, dekat sini iron dan mesin basuh tidak disediakan..bagi si isteri, iron merupakan peralatan yang sangat diperlukan..tapi bagi si suami, rileks sudah..hahaha..

Dekat sini kami nak ingatkan, bila kita sebut tentang konsep dorm..maka semua kemudahan yang disediakan adalah dikongsi bersama dengan penghuni yang lain..so, kena pandai cari turn untuk bilik air tu..hehehehe..tapi jangan risau, tempat penginapan ni menyediakan 2 buah bilik air..

Sarapan juga disediakan disini, cuma konsepnya layan-diri la ye..hehehe..kami menginap disini selama 3 hari 2 malam dengan jumlah bayaran sebanyak 96.00 euro..haaa..jangan lupa, waktu tiba di tempat penginapan tu kami perlu tambah sebanyak 2.60 euro sebagai cukai terhadap pihak berkuasa tempatan disini..mula-mula terkejut juga bila pemilik bagitahu tentang bayaran tambahan..tapi bila dia sebut 2.60 euro kami lega sikit la..hehehe..

Amacam???berbaloi tak antara harga dan kemudahan yang disediakan tu???


>>>Rome, Itali

Bagi kami, tempat penginapan di Rome merupakan tempat penginapan yang perfect!!dari aspek kemudahan yang disediakan, layanan, suasana dalam bilik serta suasana dalam rumah memang perfect!

Tempat penginapan kami di Rome kali ni terletak berhampiran dengan stesyen kereta api Roma Termini..kalau jalan kaki dari stesyen tu hanya makan masa lebih kurang 10 minit shj..dekat je kalau jalan kaki..hehehe

buka pintu utama bangunan terus nampak pemandangan yang macam ni..cantikkan??hehehe

Masuk ke dalam bangunan utama tu kami teruja sekejap..sebab rekaan dalam bangunan tu memang menarik dan cantik..alhamdulilllah kali ini, ada lif dalam bangunan tersebut..hehehe..tapi tempat penginapan kami sebenarnya berada di tingkat 1 je..so kalau naik tangga tak terasa penat sangat la..hehehe

haaa..tu pintu utama untuk masuk ke dalam bangunan tu..berat oi pintu tu kalau nak tarik..

Keadaan dalam bangunan yang kami masuk ni memang well-maintain..kebersihan dalam bangunan di jaga dengan baik..satu contoh yang baik dan boleh kita amalkan ni..maybe ada duty roaster kot..hahaha

Kedatangan kami disambut oleh pemilik rumah tersebut, Mr Franco Zuccaro..tapi kami panggil Franco je lah..sebenarnya waktu kami sampai dekat bangunan tempat penginapan tu, kami terpaksa bertapa dalam 10 minit juga dekat luar bangunan tu..sebabnya, bila kami tekan loceng pada dekat bahagian pintu luar tu, tiada respons yang kami terima..akhirnya bila ada orang yang hendak keluar dari bangunan tu, kami masuk je untuk tunggu dekat dalam bangunan tu..then kami cari rumah si Franco ni dan tekan loceng, tapi malangnya selama 5 minit kami tunggu, pintu masih lagi tidak di buka..akhirnya kami buat keputusan, aku terpaksa berjalan semula ke stesyen kereta api Roma Termini untuk mendapatkan wifi..dapat wifi terus hantar message melalui aplikasi airbnb untuk memaklumkan tentang ketibaan kami..akhirnya message aku dijawab oleh Franco dan dia memaklumkan bahawa dia dah bertemu dengan isteri aku dan sedang menunggu aku dekat pintu masuk utama bangunan tersebut..sabar je lah..hahahaha

So, sampai je dekat bangunan tu terus disambut oleh pemilik tempat penginapan kami, Mr Franco..terkejut aku tengok Mr Franco..muka ala-ala Amitabachan beb!!cuma versi rendang je la..hehehe..rupa-rupanya ada 2 buah rumah dibawah nama Zuccaro ni..salah satu daripadanya milik kepada adiknya..patut la kami tekan loceng luar pintu rumah tidak dijawab..hahaha..so, pengajarannya pastikan kita tanya terlebih dahulu kepada pemilik airbnb apa nama yang dipaparkan di tempat untuk kita tekan butang loceng pada pintu luar..nasib baik ada 2 nama yang sama..kalau ada 5 nama yang sama kan naya tu..hahaha

Sampai je dekat kami terus naik lif..sebab dah tidak larat untuk berjalan dan menaiki tangga dah..huhuhu

dah tidak larat lagi nak panjat tangga..haha

So, bila kami sampai dari Venice sudah tentu kami memang mengharapkan tempat penginapan kami di Rome ini selesa..lebih-lebih lagi setelah kami mengharungi perjalanan dalam kereta api yang memakan masa berjam-jam lamanya..

pintu masuk ke dalam rumah...


Alhamdulillah, memang tempat penginapan kami di sini tidak mengecewakan..jom kita lihat kemudahan yang disediakan di tempat penginapan kami ye..

buka je pintu utama rumah terus nampak pemandangan dalam rumah yang macam ni

hiasan dalam rumah

haaa pintu tengan tu merupakan pintu masuk ke dalam rumah :)

Amacam??cantik tak hiasan dan susun atur dalam rumah ni???bagi kami, susun atur yang macam ni memang cantik..kami lihat bagaikan ada satu tema bagi susun atur dalam rumah ni..secara keseluruhannya, susun atur dalam rumah ni berkonsepkan "retro"..sesuai dengan umur pemilik rumah ni..kalau x silap aku, umur Franco ni dalam lingkungan 50 an..hehehe

suasana dalam ruang tamu rumah

cuba perhatikan susun atur dan peralatan dalam ruang tamu ni, semuanya retro..hahaha

Haaa..tu baru sikit..jom kita tengok bilik yang disediakan ye..

fokus kami sewaktu masuk dalam bilik hanyalah katil semata-mata..hehehe

suasana dalam bilik

siap ada sediakan buah lagi...hehehe

keperluan yang disediakan oleh pemilik tempat penginapan kami

suasana dalam bilik..gambar di ambil tanpa menggunakan flash

Amacam??cantik x???jom kita tengok hiasan dinding dan lampu dalam bilik ni pulak ye

lampu bilik

hiasan dinding dalam bilik

another one..

cantik gambar hiasan dinding bilik ni..

Jom kita jengah dapur rumah ni pulak ye :)

susun atur dalam dapur

kemas dan bersih dapur..siapa kata orang lelaki tak pandai kemas dan menyusun???hehehe

Seriously, susun atur sangat kemas dan kebersihan dalam rumah memang dijaga dengan rapi..jom kita tengok ruang bilik air pulak ye..

tab mandi

mesin basuh dan pengering rambut juga disediakan :)

kawasan singki dan cermin dalam bilik air

Macam yang aku sebutkan pada awal tadi, tempat penginapan kali ini bagi kami  perfect!semua kelengkapan disediakan..bagi kami yang travel selama 6 hari, ini kemudahan rumah ini memang satu keperluan..especially bab mesin basuh tu..hehehe

pinjam kawasan ruang tamu untuk jemur pakaian sekejap..hahaha

Di sini, sarapan juga disediakan..cuma bezanya dari tempat penginapan kami di Venice, sarapan disini disediakan khusus oleh pemilik tempat penginapan ini..kami menginap di sini selama 3 hari 2 malam..dan jumlah keseluruhan bayaran adalah sebanyak 88.00 pound..9.00 pound daripada jumlah keseluruhan adalah bayaran perkhidmatan a.k.a Airbnb service fee..hehehe

Dari segi layanan, kami sangat berpuas hati dengan Franco..beliau memang cuba sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan kami..pada waktu mula-mula sampai, kami request adaptor plug..dan memang ada disediakan..cuma adaptor tu dah rosak, so kami maklumkan kepada Franco, terus beliau turun ke bawah untuk mencari kedai dan beli adaptor baru..memang puas hati dengan layanan beliau!

Dari segi komunikasi, haaa..Franco memang tidak boleh berbahasa Inggeris..seriously, memang totally tidak boleh berbahasa Inggeris..sebab tu sewaktu berkomunikasi semasa awal tempahan tempat penginapan, aku hanya berkomunikasi melalui aplikasi Airbnb..aku cuba guna aplikasi WhatsApp, tapi beliau memaklumkan kepada aku bahawa beliau tidak boleh untuk balas message melalui WhatsApp..bila aku sampai dekat sini baru aku faham sebab apa..setiap kali message yang aku hantar, beliau akan copy and paste dalam google translate terlebih dahulu dan reply..kalau guna aplikasi WhatsApp agak sukar untuk copy and paste dalam google translate tu..betul tak??hehehe

So far, berdasarkan kemudahan tempat penginapan dan layanan bagi anda berbaloi atau tidak???hehehe

Sebelum pulang, aku sempat untuk bergambar bersama Franco dan anak buah beliau..

dari kiri; Franco, aku dan anak buah beliau

Setakat ini sahaja perkongsian aku berkenaan dengan tempat penginapan kami sepanjang kami berada di Itali..inshaAllah part seterusnya, kami akan kongsikan berkenaan dengan tempat yang kami lawati sepanjang kami di Itali ye :)

Saturday, 15 October 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


So, entry aku kali ni tentang trip ke Itali..sebuah negara yg penuh dgn sejarah tentang kehebatan tamadun silamnya dan terkenal dgn ayat "Rome wasn't  built in a day"..

Di Itali, kami berkesempatan utk pergi ke 2 tempat iaitu Venice & Rome dlm tempoh masa 6 hari :) alhamdulillah....


venice...

rome...



Pengangkutan...


>>>United Kingdom

Planning utk ke Itali dibuat kurang dari tempoh sebulan..so, kami kene berusaha lebih sedikit utk survey tiket flight, tempat penginapan, pengangkutan di Venice dan Rome, tiket utk masuk ke colesseum dan sebagainya..

Tp alhamdulillah, rezeki kami dpt harga yg murah :)

Kami bertolak ke Venice melalui Stansted Airport (London)..perjalanan dari rumah menuju ke Stansted Airport kami naik bas je..jimat sikit..perjalanan bas selama 6 jam dari rumah ke Victoria Coach Station (London)..di Victoria Coach Station, kami tukar bas lagi sekali utk ke Stansted Airport..

So, dari rumah ke Victoria Coach Station ni kami naik Mega Bus..dari Lancaster ke Victoria Coach Station kami hanya perlu membayar 3.00 pound shj utk seorang..so, total pergi tu sebanyak 6.00 pound..murahkan??hehehe..balik pulak harga tiket sebanyak 7.50 pound utk seorang..so, total balik sebanyak 15.00 pound..jumlah keseluruhan kos yg kami perlu bayar adalah 21.00 pound utk perjalanan pergi dan balik ..so memang murah sgt la..sbb kami survey service provider yg lain ada yg tiket pergi utk seorang harga mencecah sehingga 80.00 pound..tu baru seorang dan satu perjalanan je..kalau utk 2 org dan perjalanan pergi dan balik, mungkin kos dkt situ je dah mencecah 300.00 pound++..so x berbaloi..tiket bas lebih mahal dari tiket flight utk perjalanan pergi dan balik..hahaha..


suasana dlm bas..so, klu berminat boleh la check harga tiket Mega Bus ni melalui online ye :)

Mega Bus ni kire kategori bas yg bajet..bas ni dia akn amek penumpang dari satu tempat ke suatu tempat sehingga destinasi terakhir..walaupun bas bajet, tp boleh tahan selesa..seat pon ok cuma jarak antara tempat duduk depan dan belakang tu sempit sikit la..tp utk org yg kurus mcm kami, xde masalah ler..hehehe

Plan asal kami nak naik train ke London..tp disebabkan harga train yg terlalu mahal, jd kami membatalkan hasrat utk naik train huhuhu..so kalau sesiapa yg nak survey tiket Mega Bus ni boleh refer link ni ye..waktu perjalanan Mega Bus ni agak terhad..x mcm National Express..so kene plan betul-betul perjalanan korang tu ek..


pemandangan luar Victoria Coach Station..sorry gambar x berapa cun..hahaha

Mcm aku cerita dkt atas, dari Victoria Coach Station kami tukar bas utk ke Stansted Airport tu..sbb Mega Bus xde direct ke Stansted Airport, so kene transit dulu dkt sini..dlm sejam jugak la kami tunggu utk next bas tu..so, lepak dulu dkt cafe dlm Victoria Coach Station ni..


kalau boring-boring lepak dkt starbucks sementara tunggu bas

Victoria Coach Station ni kire perhentian bas utama dkt London..kalau dkt Malaysia kire mcm Stesyen Bas Puduraya..jd kita x perlu bimbang berada dkt sini..tmpt ni akn sentiasa dipenuhi org..kdg2 yg tidur dkt sini pon ada..mungkin disebabkan oleh jadual perjalanan bas pd awal pg kot..tp sekali-sekala kita kene check jadual perjalanan tu balik..mana tau tiba-tiba jadual perjalanan bas berubah ke..kan ke naya tu..hahaha


sebahagian tmpt menunggu..cuba teka kenapa ada benda tajam-tajam atas public phone tu..hehehe


semua info berkaitan dgn jadual perjalanan dipaparkan melalui skrin ni

Antara sistem yg boleh kita contohi dkt sini dan boleh di implementasi dkt Malaysia adalah sistem pemberian maklumat/info..everything berkaitan dgn jadual perjalanan dlm skrin..xperlu nak cari kaunter tiket utk tahu update jadual perjalanan bas..berbeza di Malaysia, klu nak tahu sebarang perubahan jadual mmg kene ke kaunter jualan tiket..kalau x, mmg ketinggalan la jawabnya..sbb tu dkt station ni kaunter bas x banyak (sbb semua belian kebanyakkannya di buat secara online)..dan x bukak secara 24 jam..jd kaedah pemberian maklumat yg berkesan sgt diperlukan dan diimplementasi dkt sini..

Even dlm alam pekerjaan, elemen penyampaian maklumat sgt penting..kesilapan dlm penyampaian maklumat boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk boleh berlaku..contoh mudah dlm kes pertembungan dua buah kapal terbang di udara iaitu kapal terbang DHL Flight 611 & Bashkirian Airlines Flight 2937 yg menyebabkan kematian beratus org penumpang dlm flight tersebut..hasil siasatan menunjukkan kelemahan dlm proses penyampaian maklumat daripada controller kpd 2 buah pesawat tersebut menjadi salah satu punca pertembungan 2 buah pesawat tersebut di udara..kemalangan tersebut berlaku pd ketinggian 35,000 kaki dari paras laut dengan kelajuan menghampiri kadar kelajuan bunyi..just imagine!

Sambil-sambil menunggu tu, usha-usha jugak bas dkt situ..


hensem je bas tu beratur..hehehe

So, bila nak dkt 15 minit sebelum waktu perjalanan bertolak ke London Stansted tu, korang dh boleh utk check in masuk ke dalam bas ni..dkt sini sistem tempat duduk dlm bas dkt UK ni  x sama dgn Malaysia..kalau dkt Malaysia dia tetapkan terus seat kan??tp dkt sini x..first come first serve la gamaknya..hahaha..

Very simple sistem, sampai dkt bas korang just kene tunjukkan tiket je..beg dan semua brg anda driver tu sendiri akn susunkan..so xpayah nak susah-susah..klu dkt Malaysia based on pengalaman aku sendiri, penumpang sendiri kene letak masuk dlm tmpt simpanan beg kan??tp dkt sini xpayah nak susah-susah mcm tu..hehehe


suasana dlm bas National Express

Ruang tempat duduk dlm National Express ni luas berbanding dgn Mega Bus dan sgt selesa..tp harga tiket pon agak mahal sikit compare dgn Mega Bus ler..utk perjalanan dari Victoria Coach Station ke London Stansted, harga tiket bg seorang sebanyak 5.00 pound shj..so perjalanan bg pergi dan balik utk dua org sebanyak 20.00 pound tambah 1.00 pound bg booking fee tiket tersebut..korang blh refer link ni klu nak beli secara online..

So far dlm bas yg kami naik iaitu Mega Bus & National Express kedua-dua bas tersebut ada menyediakan toilet..so xperlu nak berhenti dkt services semata-mata utk ke tandas..haaa..kat sini tricky, kan td aku bgtau tmpt duduk tu first come first serve kan??so kalau xnak tmpt duduk dkt dgn tandas, pastikan korang check in awal..kalau x, terima la azab bila duduk dkt dgn tandas tu..hahaha


ruang dalam bas National Express

Perjalanan dari Victoria Coach Station ke London Stansted ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit..xde la lama sgt kot..

Then, lebih kurang jam 1.30 pagi kami sampai dkt London Stansted ni..


suasana awal pagi di London Stansted

London Stansted ni kire lapangan terbang tambang murah la..kalau kat Malaysia tu mcm KLIA2 atau nama lainnya LCCT..most of flight utk ke negara-negara Eropah dilakukan di sini..so, kami yg nak ke Itali pon naik dkt sini je..actually ada pilihan lain yg kami ada..iaitu naik dari Manchester Airport..tp disebabkan tambangnya yg mahal, so kami batalkan hasrat utk naik dari Manchester Airport tu..hehehe..

Untuk tambang pergi dan balik dari London Stansted ke Trevisio Airport (Itali) semua sekali berjumlah 123.00 pound shj..so mmg murah la bg kami..terima kasih pd syarikat penerbangan Ryanair..hehehe..sbb rata-rata bg syarikat penerbangan yg lain semuanya menawarkan harga bermula dari harga 180.00 pound ke atas utk perjalanan pergi dan balik bg 2 org..nak mudah cari tiket murah boleh search dkt skycanner tu ye..

Bila kita sebut tentang penerbangan tambang murah ni automatik kene paham sendiri la..dari segi luggage tu mmg strict..kami xde luggage yg nak di check in..semua luggage kami carry ke dalam kabin je..so saiz luggage mmg kene ikut betul-betul peraturan dari Ryanair ni..Lg 1, bila sebut penerbangan tambang murah mcm biasa kita kene check jadual perjalanan dorang..takut-takut ada perubahan ke, so xde la kelam-kabut sgt..hehehe


tu diaaaaa..boarding gate nombor 45..hehehe

Sementara tunggu flight tu korang boleh je lepak-lepak dkt kedai minum dlm airport ni..kami lepak dkt Costa pagi tu..xpon, sementara nak tunggu waktu flight tu, korang blh je rehatkan badan dkt mana-mana tempat kosong yg ada dlm airport tu..hehe

Agak-agak dlm sejam setengah dari waktu berlepas tu, korang dh blh slow-slow utk check in passport dkt kaunter check in tu..walaupun kami x ada luggage utk di check in kan, tp still kene ke kaunter utk check in passport..then terus masuk utk ke kawasan pemeriksaan barang..as a reminder, tlg asingkan liquid dan peralatan alat elektronik siap-siap ye..utk liquid masuk dlm clear plastic..so mudah sewaktu proses pemeriksaan..then, teruskan perjalanan anda utk beratur masuk ke dlm flight pulak ye..


check semula schedule dan gate info sebelum bergerak ye

After confirmkan gate, jangan berlari..rileks je..jalan dgn steady..tp kalau jam dkt tangan tu tunjuk 6.10 minit pagi dan flight berlepas jam 6.20 minit pagi, jangan jln mcm itik pulang petang pulak, kene jalan laju sikit..dh tau lambat, kene la berlari sikit oi!kalau x, nanti time korang masuk flight semua mata akn memandang tajam dkt korang..hahaha


lega bila dh masuk dan duduk dkt seat dlm flight ni..hehehe

Kami naik flight dan turun flight dkt airport yg sama..so utk perjalanan pulang jd mudah sbb dh tau tmptkan..hehehe..then, duduk je la dalam flight tu diam-diam selama 2 jam 15 minit..hehehe


bismillahirahmannirahhim..jangan lupa baca doa naik kenderaan ye..

Haaa..dkt sini kami nk nasihatkan..jangan memandai amek makanan atau minuman yg ditawarkan..benda tu semua kene bayar oi!!!hahahaha..air mineral harga 2.00 pound sebotol..roti pulak 3.00 pound sebiji..so, nak hilangkan tumpuan terhadap rasa lapar tu, sila nikmati pemandangan dari tingkap anda ye..hahaha



Dlm flight tu korang akn ditawarkan berkaitan dgn jualan dari segi barangan kosmetik, barangan perhiasan even tiket bas utk ke tempat-tempat tertentu pon ditawarkan dlm flight tu..tinggal nak atau x je la..tp bg aku, better beli dkt kaunter je bila korang dh mendarat nanti..sbb harga yg ditawarkan lebih murah dan ada pelbagai pilihan dari segi jadual perjalanan dan destinasi..hehehe


>>>Venice, Itali

Alhamdulillah akhirnya kami mendarat dkt Trevisio Airport setelah beberapa jam berada di atas awan..


terima kasih Ryanair..

Trevisio Airport ni kecik je..tp agak kalau x silap ada 4 Gate je dkt airport ni utk masuk ke dalam flight..kalau x silap ler..hehehe..tp penumpang yg menggunakan Trevisio Airport ni mmg ramai..


haaa..belakang tu la bangunan Trevisio Airport..

Walaupun kecik, tp pemeriksaan masuk agak ketat..waktu nak lepas gate tu dia dh bahagikan siap-siap antara passport EU dan selain dari EU..yg beratur EU mmg beratus..tp yg beratur utk selain EU termasuk kami cuma berapa belas org je..nak diceritanya, yg penumpang yg beratur dkt EU dh setel, tp kami yg  bukan EU dan xramai ni masih x setel lg waktu tu..hahaha


suasana tempat check in di Trevisio Airport

Setel je pemeriksaan keselamatan kami terus cari transport utk ke tmpt penginapan berhampiran dgn Venizia Mestre..dkt sini banyak je transportation provider especiallnya bas ler..so, kebetulan ada 1 bas mmg dh ready dan nak bertolak ke Venizia Mestre, kami pon sebat je la bas tu..beli utk return terus..kami beli tiket bas dari provider Barzi Bus Service..


haa..dia siap bg jadual perjalanan lg..hehehe

Harga tiket sehala utk seorang 12 euro..tp kalau beli sekali utk return jd 22 euro utk seorang..dan tiket return tu valid selama 10 hari..kalau berminat utk beli online, korang blh refer link ni ye..


model Barzi Bus Service x berbayar..masing-masing muka kepenatan..hahaha

Alkisahnya masa nak naik bas kami terlupa yg dkt sini stereng dkt bahagian kiri..dlm 3 minit jugak la kami berdiri nak tunggu pintu bas tu bukak..sampai la driver tu dtg dkt pintu dan bukak pintu tu baru kami tahu yg kami dok tunggu dkt bahagian pintu driver..hahaha


steady je driver bas ni

Suasana lebuhraya dkt Itali ni ada org kata cantik..tp ntah la, sbb main transportation yg kami guna dkt Itali ni banyaknya guna train..tp xpe, aku ada record sikit keadaan lebuhraya dkt sini..hehehe




Sebenarnya dlm perjalanan nak ke Venizia Mestre ni, kami dh terlepas sampai ke Venice Island tu..aku pon x paham kenapa boleh terlepas, sbb waktu bus tu stop aku tanya driver tu "Is this Venizia Mestre?"..dia pon jawab ler "No..no..next stop"..so berdasarkan pemahaman aku yg x seberapa tu, maknanya next stop tu la baru Venizia Mestre (tmpt yg kitaorg nak turun tu)..rupanya, Venizia yg driver tu maksudkan adalah pulau Venice..hahaha..so nak atau x, kami terpaksa tunggu dlm sejam utk naik bas yg sama patah balik ke Venizia Mestre..

Baru la aku paham..dkt sini dia just panggil Mestre je..xpanggil Venizia Mestre..so bila aku sebut Venizia, dia igtkan aku tanya pasal pulau Venice tu..hahaha..pengalaman tuuuuuu

Sampai je dkt airbnb, kami rehatkan badan kejap..then dalam jam 3.00 petang mcm tu kami terus siap-siap utk ke pulau Venice dgn menaiki train..kebetulan tmpt penginapan kami dkt dgn train station, jd sgt mudah utk kami berjalan..dari tmpt penginapan jalan kaki hanya dlm 5 minit shj dh sampai ke train station..


bergambar di hadapan pintu masuk train station, Venizia Mestre


Sampai dkt dalam train station tu, kami beli tiket utk ke Venizia Santa Lucia, tmpt train berhenti di pulau Venice tu..harga tiket sehala 1.25 euro utk seorang..kalau beli return jd 2.50 euro utk seorang..korang boleh beli dkt kiosk/atau mesin penjualan tiket yg ada dkt dlm train station tu..senang je proses pembelian tu..hehehe


haaa..kami beli dkt situ je..hehehe

So, bila korang dh beli tiket train tu, jangan lupa utk check jadual perjalanan dan tmpt platform berlepas dkt papan info yg ada dlm train station tu..waktu kami naik haritu, last minit platform berlepas berubah secara tiba-tiba..patutnya kami naik dkt platform nombor 3, tp bertukar jd platform nombor 10 pulak..so, berlari anak ler dkt platform tu dari platform nombor 3 nak ke platform nombor 10..hahaha


semua maklumat perjalanan train ada dkt situ

Nak ke platform tu kene lalu ground dulu..a.k.a laluan bawah tanah..


haaa ni la laluan yg kami guna utk ke platform..hehehe


sepatutnya kami naik melalui platform nombor 3 ni ha..tp x pasal-pasal berubah kene naik platform nombor 10 pulak..

Sebelum korang pergi ke platform tu, pastikan tiket train anda di "validate" terlebih dahulu ye..setiap tiket wajib di "validate" terlebih dahulu sebelum menaiki train..seandainya pihak pemeriksa tiket ni mendapati anda x validate tiket, anda akn didenda bermula dari 50.00 euro dan ke atas..mmg x kasi can punya denda tu..xkisah la korang nak cakap korang tu pelancong ke, x sedar peraturan tu ke, atau apa shj alasan korang mmg tetap kene denda..hehehe


haa..mcm tu la cara nak validate tiket train korang tu..hehehe

Kalau kita gunakan perkhidmatan train ni mmg selesa..cuma waktu bertolak tu kdg-kala berubah..so kene sentiasa alert dgn sebarang update la ye..


bergambar dgn pemandu train tu dulu..hehehe


ruang dalam train yg kami naik ke pulau Venice

Sebenarnya ada byk pilihan utk menggunakan pengangkutan awam dlm kawasan Venice ni..antara pengangkutan yg kami gunakan selain dari train ni adalah bas..

Yang bestnya, dkt sini kami cuma beli 1 jenis tiket tp boleh guna utk bas dkt area Venicewater bus dkt dlm kawasan pulau Venice dan bas yg disediakan dkt dlm pulau yg berhampiran dgn Venice..so mmg teramat berbaloi la..kalau nak cari info yg selanjutnya boleh refer link ni ye..nak bgtahu awal-awal..tiket ni x valid kalau korang nak naik train ye..hehehe


haaa..tu la tiketnyeeeee

Nak dptkan tiket ni senang nye, korang boleh beli dkt Tabacchi dgn harga 20.00 euro utk tempoh masa 24 jam selepas tiket tersebut di validate..Tabacchi ni kire mcm 7 eleven la klu dkt Malaysia..senang je nak cari dan sgt well-known..kalau xde Tabacchi pon, korang boleh beli dkt kedai-kedai biasa je..hehehe

Kalau nak naik bas, cukup mudah..sbb dkt Venice bus stop ada paparkan info digital mengenai jadual perjalanan bas..kita boleh tahu bila bas sampai..mudah kan?


haaaa..tu dia..siap ada update maklumat lg dkt situ..

Selain dari tu, kalau korang nak berjalan dkt pulau Venice ni senang je..boleh download app utk offline maps..antara application yg sgt berguna, Venice Map, Venice, CityMaps2Go etc..manakala utk tahu tntg jadual perjalanan pengangkutan awam just download AVM Venizia Official App je ye..

The rest, Get Lost in Venice!!!


>>>Rome, Itali

Haaa...utk ke Rome pulak, kami naik train je dari Venezia Mestre tu..dkt je..dkt Rome, kami berhenti di Roma Termini, stesyen kereta api utama di Kota Rome..


tu diaaa Venezia Mestre punya pemandangan platform..hahaha

Sistem pengangkutan yg terurus sgt memudahkan org ramai..especially utk pelancong, sgt mudah..everything are on board..dari Venice kami ke Rome menaiki train Trenitalia..utk makluman, kami beli tiket train utk return sekali..sbb kami balik melalui Trevisio Airport..so kene patah balik ke Venice semula utk balik semula ke UK..total tiket pergi balik sebanyak 144.00 euro utk 2 org bg perjalanan pergi dan balik..nak beli tiket, better beli online utk harga yg lebih murah..boleh refer link ni ye..


tu diaaa..seat yg sgt selesa dlm train ni..siap ada wifi lg tau..hehehe

Utk tiket yg dibeli secara online, xperlu validate..tp masa beli online tu korang kene print siap-siap ek..tiket yg dh di print akn diperiksa semasa dlm perjalanan tu..pastikan korang simpan tiket tu ye..sbb x mustahil tiket anda diperiksa sekali lg..dh turun train nanti kalau nak korang nak buang, silakannnnnn..hahaha



pemeriksaan tiket sedang dijalankan..

Dlm train ni ada disediakan plug utk korang charge handphone ke, kamera ke, battery bank ke, ikut korang ler nak charge ape..tp beware, plug dkt sini ikut standard plug Europe..so, jgn lupa bawak adaptor siap-siap ye..kalau x, melopong je la..hahaha..sementara nak charge handphone, kamera dan powerbank tu, kita amek gambar sikit ek..


suasana dlm train

Nak jadi cerita, masa kami nak ke Rome tu, kerusi depan kami ni ada seorang paderi perempuan duduk, pada mulanya kami x tahu pon dia ni paderi..tp time dia nak makan tu kami ternampak la rantai salib dkt baju dia tu..then sebelum makan, dia baca doa dgn proper la..siap tadah tangan lg..lepas siap beberapa lama dia selesai makan tu dia bangun tiba-tiba, kami igtkan dia nak turun..rupanya bila kami turun dkt stesyen Roma Termini, kami perasan dia sebenarnya tukar tmpt duduk waktu dia bangun tadi tu..huhuhu..kami baru je nak ajak berbual..hehehe..

Tp waktu dlm train, mmg kami perasan ramai paderi..rupanya bila dh sampai dkt Rome baru la kami tahu kenapa ramai paderi ni pergi dkt Rome..haa..kalau nak tahu boleh sambung baca dkt part seterusnya ek..hehehe..so, dh xtau nak buat ape meh kita tgk pemandangan luar train ye..




Suasana pemandangan semasa perjalanan ke Rome mmg cantik..kebanyakkan tempat yg kami lalui dipenuhi dgn tanaman..antara tanaman utama dkt Itali ni adalah padi, jagung dan gandum..so x pelik la kalau suasana menghijau je sepanjang perjalanan tu..hehehe

Buat peminat spagheti bolognese, haaa gambar dkt bawah ni merupakan nama tempat asal-usul spagheti bolognese tu..hahaha


x sempat nak singgah dkt sini..kalau x, mesti dpt rasa masakan spagheti bolognese yg sebenar..hahaha

Waktu pergi ke Rome, perjalanan memakan masa hampir 5 jam..tp waktu balik ke Venice, perjalanan hanya memakan masa hampir 3 jam shj..kenapa berbeza??sebab tempat berhenti waktu pergi ke Rome lebih banyak berbanding waktu nak balik ke Venice tu..hehehe

Akhirnya, sampai jugak ke Roma Termini ni..


Roma Termini ni merupakan stesyen kereta api utama di Kota Rome..

Memang besar stesyen kereta api Roma Termini ni..so klu x pasti arah tuju, better bertanya dkt kaunter pertanyaan yg ada ye..klu x, boleh tersesat..


turun je kereta api, anda akn melalui pintu masuk ni..dkt setiap pintu masuk ada polis yg mengawalnya

Pengangkutan dkt Rome ni lbh simple compare dgn Venice..beli satu tiket, then boleh pakai utk semua jenis pengangkutan awam yg ada..ikut korang la nak naik train ke, bas ke, metro ke..semua boleh..asalkan tiket tersebut valid..hahaha..cara nak validkan tiket tu just sentuh dkt mesin yg disediakan dalam bas..kalau dkt train atau metro, just masukkan tiket dkt dlm mesin penghadang laluan tu je..senang je kan..


tiket boleh dibeli dkt machine yg disediakan..xpon boleh beli dkt Tabacchi je..

Harga tiket dkt Rome lebih murah berbanding dgn Venice..utk tempoh masa 24 jam, hanya 7.00 euro shj utk 1 tiket..tp klu dkt Venice, utk tempoh masa 24 jam kita perlu bayar 20.00 euro utk 1 tiket..

Dkt Rome lg mudah, setiap tempat ada maklumat arah perjalanan..so, kami just refer dkt cenbod je ler..hehehe


haa..pilih tempat mana korang nak g..hehehe

Dkt tmpt menunggu, xperlu risau kalau korang terlepas train..selang 3 minit train ada je..so xperlu la nak rush..rileks je sambil menikmati dan memerhatikan pemandangan sekeliling tu..hehehe


ruang menunggu train di Roma Termini bg perjalanan dalam Kota Rome

Again, sama mcm dkt Venice tu..kami download offline map dkt google map dan download apps dkt google store tu,..taip je RomeCity dkt google store dan korang boleh guna tanpa was-was..hahahaha..so kami xperlu risau klu xde internet sewaktu travel dkt Rome ni..hehehe

So far, dari segi pengangkutan kami di Itali ni je la yg kami mampu share..inshaAllah next part kami akn share info berkenaan dgn tempat penginapan kami ye sepanjang 6 hari di Itali ni ye..hehehe