Wednesday, 5 October 2016

Lancaster Heritage Open Days: Lancaster Castle 10/9/2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alhamdulillah diberi kesempatan utk menulis dlm blog ni..so kali ni aku akn berkongsi berkenaan dgn Lancaster Castle pulak ye..hehehe


Lokasi...


Basically castle ni terletak di bawah negeri/county Lancashire..based on pemahaman aku yg x seberapa klu kita samakan dgn sistem Malaysia, kita Lancashire ni sebuah negeri la..dan dibawah negeri tu ada daerah kan?so, kirenya Lancaster Castle ni terletak dlm daerah Lancaster..

Lancaster ni berada dkt North-West England..England tau, bukan United Kingdom (UK)..Kalau drive dari London akn makan masa lebih kurang 4 jam..kalau naik bas mungkin mencecah sehingga 6 jam..

kene ala-ala hiking sikit nak menuju ke castle ni..

Sewaktu tiba dkt Lancaster Castle ni, sebahagian bangunannya dalam proses baik-pulih..so pemandangan agak sedikit terganggu disebabkan oleh kerja-kerja baik pulih castle ni..walau mcm mana sekalipun, tetap x mengubah sejarah disebalik kota yg tersergam indah ni..hehehe

pintu masuk besar ke Lancaster Castle..tp ni bukan pintu masuk asal Lancaster Castle tau..hehehe


Pemandangan Sekitar Lancaster Castle...




Kalau sesiapa yg pernah melawat Kota A Famosa dkt Melaka tu, anda boleh bayangkan struktur binaan yg hampir sama dgn Lancaster Castle ni..


haaa..belakang tu la bangunan utama Lancaster Castle

Dalam gambar sebelum ni aku ada bagitahu yg pintu masuk besar tu bukan pintu masuk asal bangunan ni..kalau korang tgk pintu masuk yg asal, memang terkejut la nanti..hahaha

haaa..pintu kecik (yg ada grill) tu la pintu asal bangunan Lancaster Castle ni..hahaha

dkt sini ada mini kafe bg pengunjung utk berehat sambil menikmati minuman dan pemandangan sekitar Lancaster Castle ni..

Sejarah & Cerita Teantang Lancaster Castle...


Sejarah Lancaster Castle ni bg aku agak kelakar gak ler..bila tourist guide (James namanya kalau aku x silap la) cerita mmg aku tahan gelak je la..hahaha



Lancaster Castle ni dibina sekitar tahun 1150..tujuan asal pembinaan castle ni utk menghalang daripada kemasukan askar dari Scotland..waktu tu negara-negara Eropah mmg dlm mood perang antara British (England), Scottish (Scotland) dsbgnya..

Nak dijadikan cerita pihak British membina castle ni disebabkan kawasannya yg strategik..berdekatan dgn laut dan sungai..so, possibility serangan daripada org-org Scotland terhadap England memalui kawasan Lancaster mmg tinggi ler...

So apa yg kelakarnya??????

Ha...ni la yg kelakarnya, selama 300 tahun Lancaster Castle tidak pernah menerima serangan daripada tentera Scottish..so, kire mcm Lancaster Castle ni xdak function sbg sebuah kubu ler..sampaikan tentera pon dh mula rasa boring..hehehe

Sampai la satu hari ni tentera-tentara di England yg bertapak dkt Lancaster Castle ni menerima kejutan..tiba-tiba je tentera Scottish ni muncul depan Lancaster Castle ni..ape lg, menggelabah la tentera England..hehehe

Penantian lebih 300 tahun akhirnya terjawab..hahaha

Tapi, kisah sebenornya tentera-tentera Scottish ni bukan nak serang Lancaster Castle pon..dorang sebenarnya tersesat..dari Yorkshire ntah mcm mana jeneral tentera dorang boleh tersesat sampai ke Lancaster..xboleh pakai punya ketua..hahaha

Akhirnya, castle ni dijadikan sbg penjara terhadap banduan sama ada lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak..

Selain daripada fungsi sebagai sebuah penjara, castle ni jugak memainkan peranan sbg sebuah mahkamah..semua perbicaraan dibuat dkt dlm castle ni..

kerusi kayu tu tempat duduk bagi pesalah yg mempunyai masalah mental..dkt kerusi tu kaki dan tangan pesalah tersebut akn dirantai

Dalam castle ni terdapat banyak jenis sel penjara yg disediakan, ada sel penjara khusus utk org gila..ada sel penjara khusus utk pesalah yg sdg mengalami penyakit..so mmg banyak jenis sel penjara..pilih je mana yg korang nak..hahaha

suasana dlm penjara

penjara bertingkat beb..

Castle ni menjadi terkenal pada tahun 1612 dgn kes penggantungan terhadap ahli sihir..kesemua ahli sihir tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di kawasan luar castle tersebut dan disaksikan oleh org ramai..

Penjara ni jugak mencatatkan rekod sbg penjara pertama di England yg menggunakan kerusi roda sewaktu menjalani proses hukuman gantung..alkisahnya seorang pesalah perempuan yg dikenakan hukuman gantung mengalami penyakit sehingga x boleh berjalan..jd pihak penjara dgn bijaksananya membuat keputusan utk menggunakan kerusi roda je..so waktu nak excute tu, dorang just tolak je la kerusi tu..sampai sekarang kerusi roda tu masih ada..

Kesemua banduan di rekodkan dgn teliti..bahkan, siap ada rekod khas bg banduan yg pernah cuba utk melarikan diri lagi..hehehe

rekod senarai nama bandual dalam setiap sel penjara

Lancaster Castle jugak merupakan tempat terciptanya senaman yg famous iaitu Pilates..ramai yg membuat perbandingan dan mencari persamaan antara Pilates & Yoga..basically, pencipta senaman Pilates ni, Joseph Pilates telah dimasukkan ke dalam penjara Lancaster Castle ni bersama-sama tawanan Jerman yg lain..so, dkt dalam sel penjara Lancaster Castle ni la dia mencipta senaman Pilates ni..

Conclusionnya Lancaster Castle mempunyai sejarahnya sendiri..walaupun tidak digunakan sbg sebuah kubu bg tujuan peperangan/ketenteraan tapi ianya mempunyai peranan dan fungsinya sendiri..kalau sesiapa yg berminat utk mengetahui sejarah Lancaster Castle dgn lebih lanjut, korang blh klik link ni ye :)

Wassalam................

2 comments:

  1. Pendeknyeee.. nk bace lagi. Tulisla lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh tulis pasal itali..setel nanti baru update lg..kalau sempat ler..haha

      Delete