Thursday 16 February 2017

Persediaan Menyambut Kelahiran Anak Pertama Kami :) - Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Preparation...

Entry kali ni kami nak share tentang persediaan menyambut kelahiran anak kami lagi 2 minggu lagi inshaAllah :)

Bila cakap tentang baby, semua orang akan cuba memberikan yang terbaik untuk baby..bermula dari awal pregnancy sehinggalah baby tersebut lahir dan membesar..kadang-kadang, orang lain lebih excited berbanding bakal parent tu sendiri..hehehe

Cuma, bila bercakap tentang persediaan menyambut kelahiran di UK memang agak berbeza dengan Malaysia..antara perbezaan ketara adalah dari segi pemakaian baby tu sendiri..kalau dekat Malaysia, dengan cuaca iklim khatulistiwa mencecah sehingga 37 C, pemakaian baju baby agak longgar..lagi satu kalau beli baju baby pon jenis yang ada lubang-lubang tu supaya baby tak panas sangat especially bila tiba bulan Mac sehingga Julai..yang mana suhu mencecah sehingga keadaan panas yang melampau..waktu tu, even orang dewasa pon kene tempias panas dan dehydration, apatah lagi kalau baby..

Berbeza dekat UK, dimana iklim disini mengikut peredaran 4 musim iaitu musim winter atau dikenali sebagai musim sejuk yang bermula dari Disember hingga Februari, kemudian musim spring atau musim bunga yang bermula dari Mac hingga Mei, then musim summer atau musim panas yang bermula dari Jun hingga Ogos dan akhir sekali musim autumn atau musim luruh yang bermula dari September hingga November..

So, meh kita tengok checklist yang kami sediakan untuk menyambut kelahiran baby ni..dari aspek persediaan untuk baby, kami pecahkan mengikut beberapa bahagian mengikut keperluan dan situasi kami berada di UK ni ye especially baby yang akan lahir ketika musim sejuk..

Persediaan ketika berada di hospital;

*Ummi;
-Set baju ketika bersalin (dekat UK kita dibenarkan untuk pakai baju kita sendiri ketika bersalin)
-Set baju biasa (untuk dipakai selepas bersalin)
-Set baju jangok sikit (untuk dipakai ketika discharge nanti)
-Tuala mandi

-Tuala lap peluh
-Kain batik
-Breastfeeding bra
-Maternity pad
-Disposable brief (pakai buang je lagi mudah)
-Selipar
-Minyak panas (kalau perlu)
-Botol air

*Baby;
-Diapers
-Set baju (termasuk topi, sarung tangan serta sarung kaki)
-Barut 
-Wet wipes
-Cotton 
-Botol susu (in-case kalau susu tak keluar lagi)
-Tuala mandi baby
-Tuala lap baby

Semua barang di atas kami prepare untuk berada di dalam hospital selama 2 hari..dan barang-barang tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg..dan beg tersebut kita letakkan dalam kereta siap-siap..lagi satu, jangan lupa untuk bawak dokumen pengenalan dan buku check-up baby ye!

Then, bila dah discharge, mesti nak terus bawak balik rumah kan??dan di rumah, mesti la kita kena buat persediaan untuk baby yang baru lahir betul tak??dekat UK, peraturan yang berkaitan dengan baby agak ketat..macam yang aku cakap sebelum ni la, kalau nak discharge baby mesti kene ada car seat..kalau takde car seat CONFIRM tak boleh discharge baby tu hehehe..pemeriksaan kesediaan ibu bapa di UK bila menerima kelahiran tidak terhenti setakat dalam hospital je tau!sebelum atau selepas sahaja kelahiran, pemantau pegawai kesihatan atau Health Visitor akan datang ke rumah untuk memeriksa rumah anda sama ada bersedia atau tidak untuk menjaga baby tersebut di rumah..so, kami pun start cari barang bila kandungan mencecah usia 4 bulan lagi..

Meh tengok sikit bilik baby kami..tapi ni belum siap hias lagi tau :)


masih dalam proses mengemas dan menghias

Haaa tu la bilik baby kami..tapi masih dalam proses mengemas dan menghias lagi..by the way, kami beli peralatan dan kelengkapan baby ni secara second hand sahaja sebenarnya hehehe..

macam biasa, sewa van dari Enterprise untuk sehari


OK, meh kami kongsikan peralatan yang kami beli untuk bilik serta kelengkapan lain baby ni ye :)


banyak barang ni boleh muat..hehehe


Peralatan dalam bilik baby;
-Katil baby yang sesuai dari umur 0 sehingga 6 tahun (kalau nak beli katil yang sesuai untuk baby sahaja pon takpe je)
-Tilam baby (ikut saiz katil tersebut)
-Changing table
-Alas/tilam plastik untuk changing table
-Moses basket
-Bakul plastik untuk letak peralatan baby yang kecik-kecik tu
-Rak untuk letak bakul baju baby
-Bakul bertutup untuk letak baju baby


misi mencari barang baby..time ni hujan renyai-renyai je..

Peralatan untuk baby keluar berjalan;
-Car seat
-Stroller
-Carry cot


first pickup location di kawasan Chorley

Macam yang kami bagitahu, kesemua barang-barang yang dibeli adalah second hand sahaja..tapi, walaupun barang second hand, dorang ni jenis pandai menjaga..semua barang yang mereka dah tak guna disimpan dengan baik..

Kelengkapan baby yang lain;
-High chair
-Baby bath tub
-Play mate
-Baju baby
-Breast feeding pillow

Meh kita tengok sikit hasil buruan kami ni ye..









Kesemua barang ni diambil dalam masa sehari..so, kiranya kami sewa mini van tu selama sehari je la..total ada 4 tempat kami pergi untuk pick-up kesemua barang tersebut..actually, dalam bab membeli barang baby aku serahkan dekat isteri..dia select dan bincang bersama sama ada perlu beli atau tak..once kami decide kami nak beli, kami deal dengan seller untuk collect pada tarikh yang sama untuk kami collect barang lain..so jimat sikit..hehehehe


muka puas sebab dapat membeli semua barang keperluan dalam masa satu hari je..hehehe

Tak muat bahagian belakang, kita guna bahagian depan pulak..hehehe

Lepas dapat semua barang meh kita mengemas bilik baby pulak ek...





Alhamdulillah untuk rezeki anak orang tua-tua kata..semua barang yang kami beli hanya 200.00 pound sahaja hehehe..memang rezeki kami..bila kawan-kawan datang dan tengok memang dorang terkejut dengan harga yang macam tu..untuk makluman, barang-barang perabot tu kebanyakkannya dah berusia 4 tahun..tapi masih lagi kelihatan baru..permukaan perabot pon tak banyak calar-balar..memang cara penjagaan orang UK terhadap barang yang mereka beli patut dipuji dan dicontohi..

Makan masa berbulan jugak kami nak siapkan bilik baby ni..maklumlah sambil melayan order dari customer, sambil kerja dan sambil mencari idea dan tema untuk kami menghias bilik baby ni..

Meh kita tengok final design bilik baby kami ni ye..











Bilik ni kami hias bersama dan dibantu oleh adik ipar saya iaitu Nabila..untuk part susun atur hiasan dinding memang dia yang pakar..so, basically ni la serba-serbi persiapan kami untuk menyambut kelahiran anak pertama kami nanti..

Sebenarnya cerita tentang persediaan atau preparation kami tidak terhenti setakat ni je..ada banyak lagi perkara yang kami akan kongsikan..InshaAllah kami akan share pada post dalam blog yang akan datang ye..

Apa-apa pun, kami mohon doa daripada rakan-rakan agar perjalanan sepanjang proses mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kami ni berjalan lancar InshaAllah ameen..

Saya sharekan bahan bacaan yang saya perolehi ketika menghadiri kelas-kelas ye..sila klik link ni untuk donwload..

Wassalam :)