Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Confirm mesti ramai yg tertanya-tanya berkenaan dgn permohonan visa ke United Kingdom (UK)..pengalaman aku dlm menguruskan visa mmg mencabar..banyak research yg perlu dilakukan..cari maklumat dari blog ke blog berkenaan dgn panduan permohonan..tp mmg susah nak dptkan info yg solid dan terperinci dari blog rakyat malaysia yg memohon visa utk ke UK..
Memang agak sukar sewaktu aku uruskan visa dulu..sbb terlalu banyak rujukan serta info yg diberikan melalui website daripada pihak goverment UK..kdg-kdg ragu-ragu sama ada pilihan yg dibuat utk permohonan visa tu betul atau pun x..dari website tu nak kene teliti terlebih dahulu satu persatu..kalau salah pilih, alamatnya rugi duit dan masa la jawabnya..lepas tu kalau nak tanya sebarang info berkenaan dgn permohonan visa, kene call direct pihak penjawat awam di UK..call number UK oi..mahal giler beb..hahaha
 |
| tu diaaaaa..mana satu anda nak pilih tu...hehehe |
So, utk post kali ni aku try utk share pengalaman x seberapa yg pernah aku lalui masa nak mohon visa...
1-Check Status Keperluan Untuk Mendapatkan Visa...
First sekali, kita mesti kenalpasti sama ada kita perlu atau tidak utk memohon visa ke UK..seandainya kita plan utk berada di UK dlm tempoh masa 6 bulan atau kurang, so x perlu utk mohon visa..anda boleh masuk ke dlm UK dgn menggunakan visa sbg seorang pelancong..
Kebiasaannya individu yg mohon visa lebih 6 bulan atas urusan belajar, bekerja, bersama dgn family (sama ada family anda yg berada di UK itu belajar atau bekerja) dsbgnya..yg pasti, permohonan visa tersebut dibuat dari luar UK..which means, sbg rakyat Malaysia yg hendak dtg ke UK, maka permohonan visa kita dibuat di Malaysia..dan permohonan visa tersebut dibuat secara ONLINE sahaja..
Peringatan!!!mungkin anda ada plan nak mohon visa setelah sampai dkt UK betul x???sbb anda rasa x cukup masa atau rasa mcm malas je nak pikir semua benda ni kan???heheheh..jangan harap la anda dpt berbuat demikian..nak mohon visa kene buat sebelum kita sampai dkt UK..kalau x, korang kene balik semula ke Malaysia dan uruskan visa then baru dtg semula ke UK..lg la membazir..mcm mana aku tahu???sbb aku pernah plan nak buat mcm tu..kononnya nak dtg UK dulu dan mohon visa dkt UK je..tp nasib baik aku call immgration UK dan tanya pasal planning aku tu..mentah-mentah dorang jawab "Sorry, you can't do that, your visa shall be applied at your country"..hahahaha
Step pertama, anda perlu semak status sama ada anda perlukan visa atau pun tidak dkt website ni..obviously lebih 6 bulan mmg perlu la kan..tp xpe, je go through je step ni ye :)
 |
| so, boleh go through satu persatu soalan dkt website tu ye |
2-Kenal Pasti Status Jenis Visa Anda...
Basically aku akn share situasi cara permohonan visa bg org yg nak dtg ke UK atas sebab pasangan/family/adik beradik dsbgnya yang berada dkt UK ats sebab belajar atau bekerja (as a Foundation Year Doctor Programme) yg mana mereka ni telah mempunyai visa dan dipanggil sbg "Sponsor"..dan anda sbg org yg nak mohon visa atas tiket visa Sponsor anda pulak dipanggil sbg "Dependant"..
 |
| haaa..ni result berdasarkan pilihan jawapan utk situasi yg diberitahu sebelum ni.. |
Step kedua, anda kene refer kpd sponsor anda yang berada dkt UK tu tentang status dan jenis visa yg dia miliki di UK..kebiasaannya, mereka adalah pelajar atau pekerja (Foundation Year Doctor Programme)..jdnya, status visa mereka adalah Tier 4 (General) Student Visa..
 |
| haaa..tekan link yg aku tunjuk dkt gambar tu |
Tahniah!!anda telah menempuhi sebahagian proses utk mendapatkan maklumat bg permohonan online visa anda..hahaha..mcm iklan jualan pulak ek..hehehe
 |
| tu diaaaa..keluar dah pilihan yg anda klik td.. |
Dkt dlm website tu ada banyak item yg perlu kita baca..dari no 1 hingga no 8..tp sbg Dependant, anda just fokus pd no 8 iaitu "Family members"..then klik pd pilihan no 8 tu ye..
 |
| tlg fokus dan baca dgn teliti semua maklumat dlm page ni ye |
3-Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Permohonan Online Visa Dilakukan...
Ada beberapa perkara yg anda perlu jelas sebelum membuat permohonan online visa..ada beberapa jenis bayaran yg perlu dijelaskan semasa permohonan online visa dilaksanakan..selagi bayaran tersebut x dibuat, maka anda permohonan anda tidak dpt disempurnakan..
Antara bayaran yg perlu dibuat semasa permohonan online visa adalah;
i-IHS (Immigration Health Surchage)
ii-Visa Application Fees
Step yg ketiga, anda perlu tahu berapa kadar bayaran IHS utk permohonan visa yg dibuat..sebab setiap jenis permohonan mempunyai kadar bayaran yg berbeza..so boleh check dkt sini berkenaan dgn kadar bayaran tersebut..apa yg dimaksudkan dgn kadar bayaran berbeza adalah spt dlm gambar di bawah ni ye..
 |
| sila buat pilihan jawapan yg tepat |
Basically, mcm aku ckp sebelum ni sekiranya anda mohon visa sbg Dependant dalam keadaan Sponsor anda telah mempunyai visanya sendiri..atau dgn kata mudah, seperti situasi yg aku sebutkan sebelum ni..so, pilihan jawapan yg perlu anda buat adalah "Applying to join somebody (a main applicant) in the UK" iaitu pilihan jawapan yg ke 3..
Step yg keempat, semak kadar permohonan bayaran visa anda iaitu Visa Application Fees di sini..again, bayaran Visa Application Fees adalah berbeza mengikut setiap jenis permohonan yg dibuat..sama mcm IHS, jawapan anda akn menentukan berapa kadar bayaran yg perlu dibuat terhadap Visa Application Fees..
 |
| contoh pilihan jawapan dan bayaran yg dikenakan bg Visa Application Fees |
Dalam gambar yg dipaparkan di atas adalah pilihan jawapan bg situasi yg aku bgtahu sebelum ni..
Sebelum anda membuat pilihan utk mengetahui kadar bayaran IHS & Visa Application Fees pastikan anda mempunyai maklumat seperti berikut terlebih dahulu;
i-"Visa Route" sponsor anda
ii-"Visa Type" sponsor anda
iii-Tarikh tamat visa bg sponsor anda
Straight foward, bg situasi yg aku bgtahu sebelum ni..maka gambar dibawah merupakan pilihan yg perlu dibuat bg mengetahui kadar bayaran IHS & Visa Application Fees..
 |
| IHS |
 |
| Visa Application Fees |
Peringatan!!!bayaran IHS & Visa Application Fees dibuat secara ONLINE sahaja..iaitu SEMASA permohonan ONLINE VISA anda dibuat..
So, selesai utk bab berkaitan dgn kadar bayaran yg perlu dibuat semasa permohonan online visa dilaksanakan...
4-Dokumen Yang Perlu Anda Sediakan...
Step yg kelima ni berkenaan dgn dokumen ye..
So, ada beberapa perkara yg anda perlu jelas dan sediakan sebelum membuat permohonan online..basically korang kene sentiasa check peraturan terbaru yg dikenakan bg permohonan visa tersebut..bg situasi yg aku bgtahu, blh check dkt sini..
Basically, aku share antara dokumen yg perlu disediakan;
1-salinan & original passport Dependant
2-salinan & original surat beranak Dependant
3-salinan & original surat beranak Dependant yg dh di translate ke dlm Bahasa Inggeris
3-salinan & original sijil nikah (sekiranya Dependant merupakan pasangan suami/isteri kpd Sponsor)
4-salinan & original sijil nikah yg dh di translate ke dlm Bahasa Inggeris (sekiranya Dependant merupakan pasangan suami/isteri kpd Sponsor)
5-bukti penyata kewangan Dependant
6-dokumen original result Test TB
7-gambar berukuran passport
Untuk penyata kewangan, anda perlu ada simpanan sebanyak 9 bulan selama 28 consecutive days a.k.a 28 hari berturut-turut..sekiranya anda berada dlm kawasan London, maka perlu ada 845 pound sebulan.sekiranya luar dari kawasan London, maka perlu ada 680 pound sebulan untuk tempoh masa selama 9 bulan bg setiap seorang Dependant..kiraan mudahnya;
London: 845 x 9 (bulan) x 1 (seorang Dependant) = 7605 pound
Luar London: 680 x 9 (bulan) x 1 (seorang Dependant) = 6120 pound
Mathematicallynye, kalau ada 3 org Dependant contohnya nak bawak isteri dan 2 org anak..so, kene la kali 3..again, sila rujuk maklumat berkenaan dgn peraturan dari website yg dinyatakan di atas dari semasa ke semasa..
PERINGATAN: Sila rujuk website yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat yang terkini.
Next part aku akn share info berkenaan dgn permohonan online visa :)
Kalau nak tahu tentang cara permohonan visa kerja (Visa Tier-2) boleh rujuk link ni ye
p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)