Monday 15 October 2018

Happy Birthday Nur Aisya Sophia !

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Nur Aisya Sophia :)




The proper time to influence the character of a child is about a hundred years before she is born-W.R Inge, The Observer, 21 July 1929

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang merencanakan setiap apa yang berlaku untuk segala ciptaan Nya dengan penuh sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita..tapi, keperitan dan kesusahan sewaktu melahirkan Sophia dengan komplikasi yang di alami oleh si isteri masih tak dapat dilupakan..meskipun segala detik-detik kelahiran Sophia dirakam melalui kamera video, tapi sejak hari rakaman tu dibuat kami masih lagi tak pernah nak view semula rakaman tu..

Sebab???

Tak sanggup nak ingat semula segala keperitan yang kami lalui ketika tu..

Cuma, rakaman tu kami akan simpan sehingga akhir hayat..supaya ianya jadi sumber ingatan untuk kami khususnya buat Sophia suatu masa nanti..

Ok, Stop cerita tentang kesedihan!

Untuk sambutan hari jadi Sophia kali ni kami plan untuk raikan ketika kami bercuti di New Castle..plan asal nak buat mini party untuk Sophia, jemput rakan-rakan Malaysia di sini..tapi bila mengenangkan kekangan kerja dan cuti, jadi kami decide untuk sambut terus ketika bercuti di New Castle..

So, kami decide untuk meraikannya di restoran yang menyajikan makanan Turki di Lezzet Turkish Restaurant..hehehe

Basically, part yang meraikan Sophia tu just sebiji kek comel je..selebihnya Ummi & Abi dia yang nak melantak..hahaha


mana kek Sophia ni Ummi???

Mula-mula masa booking restoran ni kami tanya siap-siap ada tak kek kecik untuk sambut birthday party..so, dorang kata memang ada cuma kene buat tempahan dulu..then bila tanya saiz kek yang ada, memang kek yang disediakan tu saiz untuk party punya kek..senang kata kek besar la..nak buat ape kek saiz besar tu, kami just bertiga je..tak kan nak melantak kek je malam tu..then kami tanya ada tak cupcake..dorang kata ada, so bila tanya perlu tempah atau tak, dorang kata tak perlu tempah..lagi pon kami nak sebiji cupcake je..hahaha


kek cenonet Sophia

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..pihak restoran siap buat crowd lagi sambil nyanyi lagu "Happy Birthday"..dan reaksi muka Sophia memang mengujakan..hahaha



tangan dah nak terkam kek!


gambar ni waktu mula-mula kami sampai..Sophia bit cranky sebab baru bangun tido..hahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..makanan boleh tahan sedap..dan Sophia enjoy birthday keknya..sebenarnya Sophia meragam sikit, sebab kek dia dah habis..tapi kami buat tak faham je..kek tu terlalu manis untuk baby yang berusia 1 tahun..kalau dilayankan meragam dia, memang 3 biji kek pon tak cukup..hahaha

By the way, orang tua-tua selalu pesan, kalau nak melahirkan anak tu kita dah rasa payah dan mencabar, apatah lagi kalau nak membesarkan anak..dan mendidik anak dengan ilmu dan akhlak..

Kami berharap agar kami dapat membesarkan Sophia dengan baik seperti mana kedua orang tua kami membesarkan kami berdua InshaAllah amin!

Sekian,

Wallhua'lam.....

Monday 8 October 2018

Trip To New Castle With Sophia :) Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Discovery Museum...

Bagi aku, Discovery Museum ni merupakan salah satu muzium yang paling menarik yang aku pernah pergi..banyak info yang dipaparkan dalam muzium ni..

Basically, muzium ni dia bahagikan kepada beberapa bahagian (based on apa yang aku rasa la..hahaha)..so, antara bahagian yang ada dalam muzium ni adalah, bahagian  sejarah England (khususnya New Castle) sejak zaman tahun 43 masihi lagi lagi..bila masuk bahagian ni, dia susun paparan sejarah mengikut timeline bermula dari era penjajahan Roman sehinggalah ke tahun 2000 masihi..


perjalanan bermula disini..hahaha


dan berakhir di zaman ini..hihihi


Then, dekat tingkat 2 dalam muzium ni pulak ada satu bahagian yang mempamerkan makanan yang dimakan oleh golongan diraja sejak zaman Victoria..dekat sini, ada chef yang buat demo bagaimana makanan tersebut dibuat..cuma, demo makanan yang dilakukan tu bukan makanan utama macam lunch atau dinner, tapi lebih kepada makanan minum petang atau waktu minum antara sarapan dan lunch yang dikenali sebagai "Brunch"..best wo dapat makan kuih free..hahahaha..by the way, kene tanya dekat chef tu dulu sama ada sesuai untuk vegetarian atau tidak, kalau dia kata sesuai, kene tanya lagi sama ada makanan tersebut mengandungi alkohol atau tidak..sebab memang jadi satu bahan asas kalau kuih-muih dorang akan diletakkan sedikit arak..bagi kita orang Islam, walaupun setitik arak yang diletak dalam bahan makanan tersebut, ianya tetap dikira sebagai HARAM...hehehehe

Rupa-rupanya, pada zaman dahulu gula tu merupakan antara makanan bagi orang kaya..gula mula dibawa masuk ke England pada tahun 1099..pada tahun 1750, ada 120 kilang memproses gula di England..gula juga ni dikenali sebagai "emas putih" dan kadar cukai yang dikenakan adalah sangat tinggi!sehinggalah pada penghujung tahun 1880, barulah gula ni mula digunakan oleh orang awam..

Sehingga sekarang pun, UK masih lagi mengenakan cukai terhadap minuman yang mengandungi gula..cuma, kadar cukai yang dikenakan tu takde la terlampau tinggi..kalau zaman dulu, gula tu sendiri dikenakan cukai sehingga 40% beb!

Dekat muzium ni juga ada bahagian yang memaparkan perkembangan teknologi kejuruteraan khususnya yang melibatkan perkembangan teknologi enjin..


Laboratory steam engine, 1928

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik dalam muzium ni..kami spend masa almost 4 jam dalam muzium ni..hahahaha

Lupa nak bagitahu, Discovery Museum ni free entry tau!

New Castle Stadium...

Rugi kalau korang dah sampai dekat New Castle tapi tak singgah dekat stadium dorang ni..cuma, waktu ni kami just singgah dan melawat dekat bahagian luar stadium je..sebab masa suntuk untuk kami berkejar ke Alnwick pulak sebelum waktu tengah hari tu..


"Toon Army"

Alnwick Castle...

Hajat kami untuk try Broomstick Flying ala-ala Harry Potter di Alnwick Castle tidak kesampaian..sebabnya, castle tersebut ditutup daripada menerima kehadiran orang luar bagi membenarkan aktiviti majlis perkahwinan diraja yang dilaksanakan di castle tersebut..

Memang kecewa gila la sebab tak dapat masuk castle ni..salah aku jugak sebab tak check website dia sebelum bertolak ke sini..hahaha

By the way, Alnwick Castle ni merupakan salah satu tempat penggambaran filem Harry Potter tau!dekat dalam kawasan castle ni siap ada aktiviti "Broomstick Traning" lagi woo...


Alnwick Castle

So, disebabkan takde rezeki untuk melihat keindahan Alnwick Castle ni, kami teruskan aktiviti kami ke Alnwick Garden pulak..huhuhu

Tapi yang pasti, Alnwick Castle memang still ada dalam list kami..selagi mana tak dapat masuk, selagi tu kami akan cuba cari waktu yang sesuai untuk datang semula ke tempat ni..hehehe

The Alnwick Garden...

Sebenarnya, perjalanan kami ke The Alnwick Garden ni memang tak dirancang pon..sebab plan utama datang ke Alnwick ni sebab nak tengok dan masuk ke dalam Alnwick Castle..tapi disebabkan Alnwick Castle ni tutup, so divert plan ke The Alnwick Gaden...

Trip kami ke New Castle dibuat pada musim sejuk..so paham-paham je la..kalau ko pergi ke taman pada musim sejuk ni, memang tak dapat la tengok pokok-pokok bunga yang kembang mekar..dah nama pon musim sejuk, mana la banyak pokok bunga yang tumbuh cantik sama macam musim bunga!

Tapi, sebenarnya ada hikmah jugak kami masuk ke dalam Alnwick Garden ni..rupa-rupanya dalam garden ni ada satu nama tempat iaitu The Poison Garden..

The Poison Garden ni ada pagar sendiri..pelawat tak boleh masuk sesuka hati tanpa pengawasan daripada staf The Alnwick Garden..

Kenapa?????

Sebab, dalam garden ni ada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang beracun!!sewaktu berada dalam garden  ni, staf yang berada bersama kami akan menerangkan setiap daripada tumbuhan yang ada dalam garden tersebut..trust me, rupa-rupanya ada tumbuh-tumbuhan yang biasa kita lihat dekat kawasan perumahan (sama ada di UK ataupun Malaysia) sebenarnya beracun!dan ada kes kematian disebabkan kanak-kanak tersebut makan buah daripada tumbuhan tersebut!beware!!

Sesi tour dekat The Poison Garden ni berlangsung lebih kurang sejam sahaja..


tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan The Poison Garden..

Selesai je tour dekat The Poison Garden ni kami berehat dulu dekat dalam cafe..cuaca memang sejuk time ni..terpaksa lepas cafe sambil panaskan badan dan minum air dulu...

Alnwick Garden ni memang sangat cun kalau musim bunga, tapi disebabkan kami singgah waktu musim sejuk, so pemandangan dekat dalam Alnwick Garden ni tak berapa nak comey..sebab tak banyak pokok bunga yang tumbuh :(






Rasa rugi jugak la masuk ke dalam The Alnwick Garden ni..sebab bayaran yang dikenakan sama je pada musim bunga..huhuhu

Gateshead Millennium Bridge...

Buat individu yang berlatarbelakangkan kejuruteraan atau arkitek memang akan letak Gateshead Millennium Bridge ni sebagai salah satu tempat wishlist nak pergi kalau berada dekat New Castle..

Untuk pengetahuan kita bersama, Gateshead Millennium Bridge ni merupakan salah satu daripada 10 buah jambatan yang menakjubkan di dunia..




Kalau kita perhatikan melalui gambar dekat atas ni, macam takde apa istimewa pon jambatan ni..lagipun jambatan ni hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan berbasikal sahaja..

Tapi kalau dikira dari aspek kejuruteraan, jambatan ni ada keistimewaannya sendiri..jambatan ni boleh berpusing condong dari keadaan asal..for sure, waktu jambatan ni sedang berpusing dan berada dalam keadaan condong, kita tidak dibenarkan untuk berada di atas jambatan ni..melainkan kalau anda ada niat untuk bunuh diri dan mendapat populariti, silakan!

Jambatan ni direka agar dapat berpusing condong supaya dapat membenarkan bot atau kapal untuk lalu dibawahnya..

Kalau nak lalu jambatan ni, lalu je tau! lagipun free je..hehehe

Alhamdulillah, percutian kami di New Castle berakhir di Gateshead Millenium Bridge..

Sekian,

Wassalam....

Sunday 7 October 2018

Dugaan!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ujian...

Kelahiran Sophia memang kami sambut dengan kesyukuran kepada Allah SWT..

Sangkaan kami bahawa si isteri dapat pulang ke rumah pada keesokan harinya (2 Februari 2017) rupanya meselet..

Lebih kurang jam 2.00 pagi aku menerima panggilan daripada si isteri yang menyatakan bahawa dia mengalami kesakitan yang teramat sangat..sehinggakan hendak menggerakkan kaki pon tidak boleh..

Tapi apa yang boleh aku lakukan, ianya bukan waktu melawat..sekadar menasihati agar memanggil nurse atau midwife untuk meminta bantuan..malam itu juga, sewaktu hendak ke tandas, si isteri dibantu oleh nurse, tandas hanya beberapa meter dari katil namun perjalanan mengambil masa hampir setengah jam untuk pergi sahaja..

Keesokan harinya, awal pagi lagi aku dah bergerak ke hospital untuk menemani si isteri..ternyata, hendak menggerakkan bahagian badan bawah pon tidak mampu apatah lagi untuk menyusukan Sophia yang sedang kelaparan..

Aku tidak ada pilihan lain, berjumpa dengan nurse dan minta susu formula atau apa sahaja susu yang boleh diberikan kepada bayi..tanpa banyak tanya, nurse mengambil botol susu Cowgate lengkap dengan putingnya sekali dalam tempat simpan mereka..

mata merah berpunca dari salur darah di dalam mata yang pecah sebab terpaksa angkat isteri dari katil ke kerusi roda..

Ibu mana yang tidak merasa sedih bila melihat bayi yang baru dilahirkan tidak dapat menyusu dengan susu badan..tapi apakan daya, dah tertulis dalam luh mahfuz begitu takdir yang kami perlu tempuhi..

Alhamdulillah, Sophia boleh terima susu botol tersebut..atleast, salah satu kebimbangan kami telah hilang..dan pada hari yang sama juga aku minta agar si isteri dipindahkan ke bilik yang berasingan..bagi memudahkan urusan untuk aku menjaga ummi & sophia..paling tidak, bila berada di bilik sendiri, aurat si isteri dapat dijaga dengan mudah..

Tengah hari tu juga kami berpeluang untuk bertemu dengan doktor yang bertugas..hasil perbincangan dengan doktor, maka doktor memberi cadangan agar CT-Scan dilakukan pada waktu petang..dalam pada masa yang sama, doktor juga menasihati agar cuba untuk menggerakkan anggota badan seberapa yang mampu dengan bantuan ubat untuk mengurangkan risiko "blood clots"..

Hasil pemerhatian terhadap keputusan x-ray agak mengecewakan..doktor tak dapat mengenalpasti punca kesakitan yang di alami oleh isteri..sudah masuk hari ketiga, si isteri masih berada di hospital..Alhamdulillah, kehadiran mak mertua bersama adik ipar yang lain sangat membantu..kami bergilir-gilir menjaga kerana mahu ataupun tidak, aku terpaksa untuk bekerja pada keesokan harinya..

disebabkan keadaan ruang dalam bilik ni hanya boleh menempatkan sebuah katil, maka aku ambil keputusan untuk bawa toto sendiri dari rumah..dan minta bantal tambahan dari nurse..alhamdulillah, nurse memang memberikan kerjasama dengan baik :)

Kes si isteri dirujuk kepada pakar..bukan sahaja pakar daam bidang O&G, tetapi pakar dalam bidang perubatan dan neuorologis turut membantu..pada pendapat pakar, kes yang dihadapi oleh isteri agak jarang berlaku di sini..namun, untuk mengenalpasti punca kesakitan yang lebih lanjut, pakar mencadangkan agar MRI dilaksanakan dengan segera..bimbang kalau-kalau kesakitan tersebut berpunca daripada urat saraf yang berada di bahagian belakang badan..

Hasil keputusan MRI menunjukkan bahawa tiada apa perkara yang serius berlaku..semua berada dalam keadaan baik..cuma, doktor mengenalpasti keadaan tulang pelvik agak renggang yang berpunca dari pubic symphysis..doktor bersependapat bahawa tulang pelvik yang agak renggang berpunca ketika proses melahirkan anak kami..

Kebiasaanya, tulang pelvik merenggang bagi membolehkan proses melahirkan anak berlaku dan  akan bercantum semula selepas proses kelahiran tersebut berlaku..tetapi apa yang berlaku kepada si isteri, tulang pelvik tersebut tidak bercantum dengan baik pada bahagian pubic symphysis..itu merupakan punca kesakikatan yang berlaku pada si isteri..doktor meminta pasukan terapi untuk membantu untuk  mengenalpasti keboleh lenturan badan si isteri..

Hasil ujian daripada pihak terapi mendapati bahawa si isteri mempunyai keupayaan lentur melebihi paras normal tubuh badan manusia..dengan kata mudah, sekiranya berlaku sesuatu regangan pada badan, tubuh badan berkemungkinan tidak dapat kembali kepada keadaan normal dengan segera..

Akhirnya setelah punca masalah dikenalpasti, maka pihak hospital memberi kebenaran kepada isteri untuk keluar dari hospital..doktor memutuskan bahawa sakit yang di alami oleh si isteri akan hilang dengan masa dan dibantu dengan rawatan terapi..rawatan lanjut bersama pihak terapi pula di atur agar dapat dijalankan di rumah secara berkala..

Setelah seminggu kami berada di hospital, akhirnya kami pulang ke rumah..

Alhamdulillah, disebalik ujian yang dihadapi oleh si isteri Allah SWT memberikan kemudahan kepada kami melalui Sophia..semua pemeriksaan terhadap Sophia berjalan dengan lancar..tidak ada sebarang bacaan kuning terhadapnya..

Moga ujian yang kami terima menjadi pengajaran buat kami bersama :)

cenderamata daripada kami yang disampaikan oleh mak mertua sebagai tanda terima kasih kepada semua staff yang telah banyak membantu kami sepanjang kami berada dalam hospital..

Sekian..

Wassalam :)