Saturday 14 January 2017

Our First "Buraq"..hehehe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


"Buraq" Kami...


bukan mudah nak mencari kenderaan ni..nak kene survey banyak tempat tau..tapi alhamdulillah akhirnya jumpa jugak..hehehe

Haaa..bila kita bercakap tentang pregnancy, salah satu perkara yang akan terlintas dalam fikiran kita mestilah perkara yang berkaitan dengan pengangkutan betul tak???sama macam kami, once bila dah mula start check-up baby maka perkara seterusnya yang kami fokus adalah benda yang berkaitan dengan kenderaan..

Kalau ikutkan planning kami sebelum kami bernikah, kami just nak guna public transport je..sebab sistem pengangkutan awam dekat UK memang efisen..tapi tak boleh beat sistem pengangkutan dekat Jerman (kalau compare dalam negara Europe ye)..tapi, Allah Maha Mengetahui perkara yang mendatang..so, kami end up keputusan untuk membeli kereta bagi memudahkan segala urusan seharian kami..

Bila sebut je pasal kereta, mesti ramai yang berfikir tentang betapa murahnya kalau beli kereta atau kenderaan dekat UK ni kan??hehehehe..yup memang betul!harga kereta terutamanya kereta terpakai memang amat murah..dengan bayaran serendah 300.00 pound anda dah boleh memiliki kereta..tapi, belum tentu boleh bawak kereta tu tau..hahaha

Kenapa?

Sebab, yang mahal dekat UK ni adalah insurans kereta tu sendiri..most of insurance berharga 1000.00 pound ke atas..kenapa mahal???haaa..macam yang aku pernah bagitahu sebelum ni, dekat UK bila perkara yang melibatkan servis, ianya akan menjadi mahal..sebab tu, kebanyakkan orang dekat sini lebih suka buat sendiri..kalau tempat parking kereta dorang yang bergaraj kebiasaannya akan lengkap dengan peralatan untuk tukar minyak pelincir, tukar spark plug, tukar brek pad dan sebagainya..sebab caj atau upah kerja kadang kala lebih mahal dari harga barang tersebut..huhuhu


gambar ni amek masa tengah jalan kaki lepas turun dari bas untuk survey kereta dekat kedai

Bila bercakap tentang perkara yang melibatkan pembelian kereta, benda pertama kalau kita nak beli kereta mestilah nak tahu dari segi jangkaan kadar kekerapan penggunaan kereta tu la kan..sama ada untuk jarak perjalanan yang dekat atau untuk kegunaan jarak jauh..lepas tu kena amek kira jenis bahan api yang digunakan oleh kereta tersebut..dari segi penggunaan bahan api memang sangat memberi kesan dalam perbelanjaan minyak kita kalau anda berada di UK..di UK, kereta sedan atau kereta 3 pintu pon ada yang guna diesel tau!just imagine berapa banyak penjimatan yang boleh dilakukan kalau guna diesel dalam kereta..tak caya??haaa korang boleh refer dalam post dalam blog kami sebelum ni..meh refer link ni untuk tahu tentang pengalaman kami menggunakan kereta diesel ni ye hehehehe..kemudian dari segi kapasiti penumpang dan pemandu kereta tu la kan..maksudnya berapa orang yang akan guna..kalau family besar kena la amek kereta yang ada 7 seater..kalau setakat berdua dan seorang anak, kereta 5 seater pon dah ok sebenarnya..hehehehe..then, kene pikir tentang jenis keluaran kereta tersebut sama ada kereta tempatan atau kereta import sebab kita akan deal dengan spare part once kita beli kereta tu la kan..yela, tak kan main pakai je kereta tanpa servis pulak kan hehehehe..untuk kereta yang digunakan di Europe pulak ada elemen tambahan yang perlu kita consider sebelum membeli kereta..sebabnya, kereta yang digunakan dekat Europe dibuat dengan mengambil kira keadaan iklim Europe yang ada 4 musim ni..hehehehe..antaranya ialah elemen heater dalam sistem pengudaraan kenderaan tersebut..haaa..kalau musim panas mungkin tak akan sentuh langsung heater tu..tapi kalau masuk musim sejuk macam sekarang ni, kalau sistem pemanas udara dalam kereta rosak memang menggigil dalam kereta tu..kalau dekat Malaysia, memang tak ada fungsi heater..kalau boleh, nak sejuk tahap menggigil dia punya air-cond dalam setiap kereta dekat Malaysia tu hahaha..then, dari segi pengunaan coolant kereta pulak kene tengok kereta tu pakai coolant jenis yang macam mana dan jenis serta nisbah anti-freezer yang diperlukan untuk diletakkan bersama coolant tersebut..sebab apa kene letak anti-freezer??simple, sebab nak elak coolant tu beku..lebih-lebih lagi dalam waktu cuaca sekarang yang mencecah sehingga -2C pada waktu malam..nak lebih canggih sikit, cari kereta yang ada heater pada tempat duduk tu..so punggung tak rasa kebas sangat la kalau sejuk hahahaha..kalau berminat beli kereta diesel, banyak sikit kene consider especially benda melibatkan maintenance..sebab kereta diesel punya maintenance agak tinggi berbanding kereta petrol..


jom amek kereta..hehehehe

Kalau beli kereta baru memang takde masalah..tapi kalau merancang untuk beli kereta secara second-hand ada beberapa perkara utama yang kene consider..antaranya, clutch plate..haaa..dekat sini kebanyakkan kereta guna manual gear..so, clutch plate antara perkara utama yang perlu consider..masa nak beli tu kene try clutch betul-betul..then, kene perhatikan dekat bahagian enjin untuk check sama ada leaking berlaku atau tidak dekat bahagian enjin tersebut..then, waktu drive tu tengok macam mana handling..pastikan takde sebarang bunyi "knock" waktu test drive tu..satu perangai orang UK ni dia parking atas divider..disebabkan jumlah parking yang tak mencukupi, so dorang lenjan je..atas divider pon dia parking..bila cakap parking atas divider bermaksud dorang parking kereta senget sebelah la..bila kereta parking senget sebelah, siap la komponen drive shaft, lower arm, absorber dan linkage akan cepat jahanam hahaha..

Meh tengok kereta kami...

jeng..

jeng...

jeng....


haaa..ni la kereta kami..hehehehe..gambar yang mula-mula tu kereta idaman..hahaha

Comel je kan kereta yang kami beli ni..harga pon bawah 900.00 pound je..hehehehe..kereta keluaran Peugeot tahun 2004..model 1.4 Zest..saiz kereta ni sama macam kereta Axia je..cuma kapasiti enjin lagi besar dari Axia ler..Alhamdulillah, bila dah ada kereta pergerakan jadi mudah..lagi-lagi bila si isteri semakin lama semakin sarat mengandung..so, kereta sangat diperlukan..

Sebenarnya kereta ni adalah hasil survey kali ke 3..dekat sini nak cari kereta terpakai sangat mudah..boleh guna apps atau refer website je..antaranya apps Shpock, website AutoTrader, website Gumtree, website Amazon, website E-Bay dan sebagainya..kali pertama tu kereta hasil survey dari website Gumtree..deal punya deal dah datang dekat tempat yang dijanjikan, seller pulak tak muncul-muncul..first deal ni dengan private seller atau dengan kata lain beli atas tangan ler..masa ni ajak member, Muaz namanya untuk temankan jumpa seller tu..tapi takde rezeki time tu..balik dengan tangan kosong je la..melepas nak pakai kereta Citreon masa tu huhuhu..kali kedua ajak member jugak, Arep namanya..yang ni pergi ke kedai terus..masa survey dalam website nampak cun..tapi bila tengok depan mata rupanya hampeh..so, melepas lagi..kali ketiga ni aku pergi sorang je..segan dah nak mintak tolong hahaha..so, naik bas untuk ke kedai-kedai yang aku dah mark..alhamdulillah jumpa la keta ni..

Sebelum beli kereta ni memang aku banyak bertanya dekat orang-orang Malaysia yang ada dekat sini..yela, kalau tak tahu kena la bertanya..tak bertanya sesat jalan hehehe..so, antara tips yang dorang bagi kalau nak beli kereta second-hand ni, kalau boleh beli dengan orang putih..sebab orang putih pandai jaga kereta..kalau nak tahu kita boleh request untuk tengok history pemilik kereta tu dekat seller..then, kalau nak beli kena tengok area tempat beli tu..kalau boleh jangan beli kereta dekat area bandar besar macam Manchester, Birmingham etc..beli dekat area-area kampung kalau boleh..sebabnya, kalau kereta yang dibeli dekat area-area kampung, dipercayai orang guna kereta tu cermat je..memang betul jugak..sebab aku beli kereta ni area Blackpool..orang-orang Blackpool bawak kereta steady dan tak ganas katanya hehehe..




Satu perkara yang paling sebelum beli kereta, pastikan anda check berapa harga Insurans kereta tersebut terlebih dahulu!!!orang UK ni jual kereta kadang-kala sebab harga insurans kereta dorang dah terlalu tinggi..so, dorang jual kereta yang ada dan cari kereta lain dengan harga insurans yang lebih rendah..nak check harga insurans senang je..guna website GoCompare je hehehe..isi maklumat yang ada then website ni akan bagi senarai harga insurans dari harga paling rendah sehingga harga paling tinggi hehehe..Alhamdulillah, harga insurans kereta ni bawah 1200.00 pound..

Kereta dah beli..insurans dah beli..then jangan lupa bayar tax kereta pulak..setahun tax untuk kereta ni dalam 145.00 pound..tapi kami bayar untuk 6 bulan dulu ler..bayaran untuk insurans dan tax semuanya dibuat secara online sahaja..then, bila dah siap dokumen pon diberikan melalui emel sahaja..paperless katanya hahahaha..


gambar ni di ambil sebelum kami pergi berjalan-jalan ke Manchester..hehehe

Yang bestnya, kami Malaysian dekat sini ada ala-ala bengkel panel la..semua Malaysian akan hantar kereta dekat dia kalau nak servis atau renew MOT..haaaa setiap tahun kereta kene renew MOT..kiranya macam check PUSPAKOM la..mana-mana kereta yang tak lepas MOT tak boleh ada dekat atas jalan raya hehehe..kami panggil dia Pak John..tua dah orangnya, bengkel dia pon kira macam bengkel kampung..masa hantar check kereta baru-baru ni dia tengok kereta yang kami beli dan bagitahu kereta ni condition dia masih OK lagi..walaupun mileage dah mencecah 100k km, tapi dia kata owner sebelum ni jaga kereta dengan baik..cuma dia advise untuk tukar timing belt je la..inshaAllah  Selasa minggu ni aku hantar untuk tukar..untuk pengetahuan, kereta ni last full servis (tukar minyak hitam, spark plug & filter) pada tahun 2015..masa dia check aritu dia kata OK lagi.tak payah tukar lagi hahaha..aku pulak yang cuak..tapi dia pomen, so dia lagi tahu perangai kereta ni..especially kereta Europe hahaha..

Bila masuk musim sejuk, maka salji pon turun..






Cabaran dan kesabaran pemilik kenderaan di negara bermusim ni di uji ketika musim sejuk..sebabnya, time tu ada salji dan frost!kalau salji tu ok lagi, tapi kalau frost melekat dekat cermin memang sakit hati..kalau masuk musim sejuk, kene keluar dalam sejam lebih awal untuk panaskan enjin, bersihkan frost dan sebagainya..sebab tu kalau masuk musim sejuk ni agak malas nak berjalan..kalau nak keluar pon biar time ada matahari sikit hehehe..

So, total kos semuanya bawah 2000.00 pound..rezeki anak-anak orang kata..Alhamdulillah hehehehe..

Setakat ni perkongsian dari kami tentang kereta ye..inshaAllah next post akan sentuh tentang budaya krismas, barang baby yang kami beli dan sebagainya

+447521277358 - Fahmi - #barangdariUK

Tuesday 3 January 2017

Journey of Pregnancy in UK :)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kisah Mak Buyung di United Kingdom...

Alhamdulillah sekarang ni baby kami dah menjejak masuk umur 35 minggu dan semakin menghampiri dengan tarikh ketibaannya yang dijangka pada bulan Februari nanti inshaAllah..

Betul orang kata, selagi kita tak merasai sendiri pengalaman tu kita tak akan tahu realiti sebenar..bagi kami yang mengharungi tempoh mengandung anak pertama memang mendebarkan..apatah lagi berada di luar negara..

Lagi-lagi kalau si isteri mengidam perkara yang sangat mustahil untuk aku perolehi dekat UK ni..masa mula-mula mengandung mengidam nak makan kuew teow..yang tu ok lagi sebab ada jual dekat kedai asian dekat lancaster ni..hehehe..lepas tu rasa mengidam semakin lama semakin mencabar..ada satu hari tu si isteri nak makan cendol pulut..garu kepala aku nak mencari cendol pulut..last-last cendol pulut diganti dengan kek biskut oreo..hahahaha

Dugaan beb kalau mengandung dekat oversea ni..hahaha

Tapi, disebalik dugaan yang kami tempuhi, ada hikmah dan benda yang kami boleh belajar bila berada di UK ni..especially bila kita berada dalam sistem mereka..dan mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia..

Antaranya ialah Maternity Exemption Certificate..




Kad ni kami apply masa first time check-up baby..masa tu midwife (bidan) siap-siap tolong isikan borang permohonan tu..so isteri just sign je form tu..dalam 2 minggu lepas permohonan, kad pon sampai melalui pos..hehehe

Bila sebut exemption tu, secara automatik ada beberapa benefits yang ibu mengandung boleh dapat dengan PERCUMA..tapi sebelum tu, aku share dulu tentang sistem perkhidmatan kesihatan di UK ni..kalau seseorang tu masuk atau dengan kata lain admit di hospital, maka secara automatik semua kos perubatan adalah PERCUMA..tapi kalau setakat kita pergi ke GP tu, kita hanya dapat perkhidmatan perubatan secara percuma..untuk ubat kita kene beli dekat Chemist..Chemist????haaa..dekat sini farmasi dikenali sebagai Chemist tau!ada je yang dapat ubat secara percuma, sebagai contoh orang yang kurang upaya, mereka memang entitle untuk dapat ubat dengan percuma..

So, masuk balik topik tentang Maternity Exemption Certificate ni ek..secara umumnya, mana-mana ibu mengandung boleh memohon Maternity Exemption Certificate..dan mereka berhak untuk menerima keistimewaan tertentu bila ada Maternity Exemption Certificate ni..

Antara keistimewaan mak buyung yang ada kad ni, mereka diberikan ubat secara percuma oleh pihak Chemist..mak-mak buyung cuma perlu tunjuk kad ni waktu nak collect ubat dekat farmasi..lepas dah dapat ubat jangan lupa cakap terima kasih ye..jangan menonong je keluar dari Chemist tu lepas dapat ubat dah ler..hehehe..

Selain dari tu, mak buyung jugak boleh menerima rawatan gigi dengan percuma di mana-mana pusat penjagaan gigi yang menerima Maternity Exemption Certificate ni..

So, bila mak buyung dah disahkan pregnant, check-up merupakan aktiviti yang wajib untuk dihadiri..dekat UK ni jangan memain..midwife siap call lagi tau kalau mak buyung tak datang ke klinik untuk check-up..memang kene leter je la bila korang datang lepas dari tarikh yang telah ditetapkan tu..tahan telinga je la..sebabnya, kami sendiri dah mengalami pengalaman tersebut..hahaha..tu la first dan terakhir kami terlepas pandang jadual check-up kami tu..hehehe


Pregnancy Planner


Dalam buku tu memang lengkap dengan pelbagai info dan jadual..antaranya ialah Pregnancy Planner..so, sebenarnya takde alasan untuk kita terlupa untuk check-up melainkan kalau betul-betul tak teringat macam kami ni..hehehe..sebabnya semua date diletakkan didalam buku (rujuk dalam post aku sebelum ni) tersebut..

Dekat sini, bila kita pergi ke GP untuk check-up sebelum berakhir sesi check-up tu, midwife dah tetapkan terus tarikh untuk check-up yang seterusnya..dan dia bubuh sekali tarikh tersebut dekat dalam buku tu..kalau dapat midwife yang rajin sikit, dia akan SMS untuk ingatkan kita sehari sebelum tarikh appointment tu..hehehe

Yang bestnya, mak buyung dekat UK ni dilayan dengan istimewa..ada orang care..kalau naik bas, dorang akan bagi bantuan dan tempat duduk khas untuk mak buyung..sama jugak la kalau naik pengangkutan awam yang lain..dan orang akan sentiasa tanya keadaan mak buyung..contoh mudah jiran-jiran aku..bila jumpa je benda yang dia tanya pasal baby..dah berapa minggu, macam mana keadaan baby, macam mana dengan check-up, bila due date dan lain-lain lagi ler..hehehe

Bila kita cakap pasal pregnancy, benda yang wajib kita tahu mestilah cara-cara penjagaan baby kan??haaa..dekat sini la yang specialnya UK nih..

Antara kelas yang kami hadir ialah, "Physio Antenantal Session"..kelas ni dibuat di Royal Lancaster Infirmary dekat wad perempuan..dalam kelas ni, ahli fisio tu ajar tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan dari aspek fizikal mak buyung..yang ajar tu bukan calang-calang orang..memang dia pakar dalam fisiologi bagi orang yang mengandung..secara umumnya, ahli fisio tu menyarankan agar golongan suami membantu si isteri dengan cara mengurut dan sebagainya..yang seronoknya midwife siap tunjukkan demo lagi macam mana cara mengurut yang betul..dari bahagian pinggang sampai la bahagian bahu..hehehe..meh tengok nota yang midwife ni bagi ek





Next class kami tentang "Midwife-Labour & Child" yang bertempat di Lune Park Children Centre..dalam kelas ni, midwife ajar tentang persediaan untuk bersalin dan menyambut bayi..mostly dalam kelas ni dia bagitahu tentang bagaimana persiapan untuk bersalin..antaranya tentang senaman yang boleh dilakukan sewaktu mengandung..antara senaman yang disarankan ialah senaman Pilates..cuma kene ada pemantauan dari suami waktu bersenam takut terbersalin pulak nanti..hehehehe

Then, lepas tu kami datang berbual tentang "Children's Centre-Keeping Baby Safe At Home And Out And About As Well As Lots Of Interesting Information On Baby Brain/Commoniun/Early Play Development" yang bertempat di Lune Park Children Centre jugak ler..dekat sini kami belajar bahawa kulit bayi 15 kali lebih nipis berbanding dengan kulit orang dewasa..dan dalam kelas tu dia ajar macam mana nak mandikan bayi..siap buat demo lagi..yang bestnya dia biarkan air panas selama 1 jam dan suruh kami rasa dengan jari..masing-masing audience cakap sejuk..tapi dia cakap, kalau dengan suhu ni dah kire "Third Degree Burn"..terkejut kami dengar fakta tu..huhuhu


suasana dalam kelas
kena jawab soalan pop kuiz kejap..hehehe

Seronok setiap kali kami pergi ke kelas ni..sebab masing-masing akan share pengalaman mengandung..kelas ni bukan sahaja dihadiri oleh orang yang pertama kali mengandung, tapi yang dah ada anak tiga pon datang jugak ke kelas ni..hehehe


siap dapat hadiah lagi..hehehe

Lepas tu, kami attend kelas "Breastfeeding Workshop" pulak dkat Firbank Children's Park..again, yang jadi instructor tu specialist midwife dalam bahagian breastfeeding!memang tabik spring dekat midwife tu..siap baring atas lantai lagi nak tunjuk demo macam mana nak menyusukan baby dalam keadaan baring!!!setiap pasangan diberikan patung baby dan dummy breast untuk praktikkan cara menyusu yang betul..aku sendiri pon kene buat..sebab midwife tu kata mana la tau tiba-tiba breast suami keluar susu pulak ke..hahahaha..meh share sikit suana tempat ni ye..











Then, seminggu sebelum cuti Krismas dan tahun baru haritu ada tour untuk bakal parents ke Royal Lancaster Infirmary..tour ni dibuat bertujuan agar bakal parents ada serba sedikit idea tentang apa yang ada dalam hospital..disebabkan waktu tu si isteri sedang bekerja, so aku pergi sorang-sorang je..lagipun dia memang kerja dekat hospital ni..so dah naik boring datang ke ward tempat bersalin pon..hahaha..meh tengok-tengok sikit gambar ye






Sorry la gambar tak berapa cantik..amek gambar sambil berjalan dan sambil dengar penerangan daripada nurse tu..dekat sini ada macam-macam jenis wad yang disediakan..contohnya, bilik yang ada 1 tilam je tapi siap dengan kolam untuk mana-mana ibu yang nak bersalin dalam kolam tu..haaa...menarik tak??hehehe..tapi mostly setiap bilik ada 4 katil..setiap katil ada kemudahan TV dan internet..tour ni berlangsung selama 1 jam setengah..memang rasa sangat berbaloi follow tour ni..sebab semua tempat utama dalam wad tu nurse tunjukkan..dan ada sesi soal jawap lagi..hehehe


tu diaaaaa..pool birth yang ada dekat hospital ni..hehehe

Selain dari kelas, kami juga diberikan pelbagai info melalui flyers dan CD..haa..ni la gambar CD yang kami dapat secara percuma





Aku dah upload semua content CD ni dalam GMail storage..kalau ada sesiapa yang berminat, boleh download melalui link ni ye :)

Bila cakap pasal bersalin, dekat UK ni pelbagai pilihan bersalin yang diberikan oleh pihak hospital..nak bersalin dekat hospital boleh..bersalin dekat rumah boleh..bersalin dekat klinik pon boleh..setiap pilihan tempat bersalin akan diberikan maklumat penuh sebagai persiapan kepada mak buyung oleh pihak hospital..

Dan yang paling penting, bila nak dekat dengan hari nak bersalin, midwife akan discuss dengan parent tentang plan untuk bersalin sehinggalah baby tersebut selamat bersalin..termasuk dengan plan terhadap vaksin yang akan diterima oleh baby kita..

InshaAllah kami akan share pelbagai maklumat yang kami perolehi dari semasa ke semasa dalam post yang akan datang..sekarang ni aku nak kene setelkan order customer dari Malaysia yang nak beli Tefal Actifry ni..sementara harga dalam mood Boxing Day ni..hehehehe

+447521277358 - Fahmi - Pengguna Tefal Actifry - Jual Barang Dari UK ke Malaysia