Tuesday, 3 January 2017

Journey of Pregnancy in UK :)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kisah Mak Buyung di United Kingdom...

Alhamdulillah sekarang ni baby kami dah menjejak masuk umur 35 minggu dan semakin menghampiri dengan tarikh ketibaannya yang dijangka pada bulan Februari nanti inshaAllah..

Betul orang kata, selagi kita tak merasai sendiri pengalaman tu kita tak akan tahu realiti sebenar..bagi kami yang mengharungi tempoh mengandung anak pertama memang mendebarkan..apatah lagi berada di luar negara..

Lagi-lagi kalau si isteri mengidam perkara yang sangat mustahil untuk aku perolehi dekat UK ni..masa mula-mula mengandung mengidam nak makan kuew teow..yang tu ok lagi sebab ada jual dekat kedai asian dekat lancaster ni..hehehe..lepas tu rasa mengidam semakin lama semakin mencabar..ada satu hari tu si isteri nak makan cendol pulut..garu kepala aku nak mencari cendol pulut..last-last cendol pulut diganti dengan kek biskut oreo..hahahaha

Dugaan beb kalau mengandung dekat oversea ni..hahaha

Tapi, disebalik dugaan yang kami tempuhi, ada hikmah dan benda yang kami boleh belajar bila berada di UK ni..especially bila kita berada dalam sistem mereka..dan mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia..

Antaranya ialah Maternity Exemption Certificate..




Kad ni kami apply masa first time check-up baby..masa tu midwife (bidan) siap-siap tolong isikan borang permohonan tu..so isteri just sign je form tu..dalam 2 minggu lepas permohonan, kad pon sampai melalui pos..hehehe

Bila sebut exemption tu, secara automatik ada beberapa benefits yang ibu mengandung boleh dapat dengan PERCUMA..tapi sebelum tu, aku share dulu tentang sistem perkhidmatan kesihatan di UK ni..kalau seseorang tu masuk atau dengan kata lain admit di hospital, maka secara automatik semua kos perubatan adalah PERCUMA..tapi kalau setakat kita pergi ke GP tu, kita hanya dapat perkhidmatan perubatan secara percuma..untuk ubat kita kene beli dekat Chemist..Chemist????haaa..dekat sini farmasi dikenali sebagai Chemist tau!ada je yang dapat ubat secara percuma, sebagai contoh orang yang kurang upaya, mereka memang entitle untuk dapat ubat dengan percuma..

So, masuk balik topik tentang Maternity Exemption Certificate ni ek..secara umumnya, mana-mana ibu mengandung boleh memohon Maternity Exemption Certificate..dan mereka berhak untuk menerima keistimewaan tertentu bila ada Maternity Exemption Certificate ni..

Antara keistimewaan mak buyung yang ada kad ni, mereka diberikan ubat secara percuma oleh pihak Chemist..mak-mak buyung cuma perlu tunjuk kad ni waktu nak collect ubat dekat farmasi..lepas dah dapat ubat jangan lupa cakap terima kasih ye..jangan menonong je keluar dari Chemist tu lepas dapat ubat dah ler..hehehe..

Selain dari tu, mak buyung jugak boleh menerima rawatan gigi dengan percuma di mana-mana pusat penjagaan gigi yang menerima Maternity Exemption Certificate ni..

So, bila mak buyung dah disahkan pregnant, check-up merupakan aktiviti yang wajib untuk dihadiri..dekat UK ni jangan memain..midwife siap call lagi tau kalau mak buyung tak datang ke klinik untuk check-up..memang kene leter je la bila korang datang lepas dari tarikh yang telah ditetapkan tu..tahan telinga je la..sebabnya, kami sendiri dah mengalami pengalaman tersebut..hahaha..tu la first dan terakhir kami terlepas pandang jadual check-up kami tu..hehehe


Pregnancy Planner


Dalam buku tu memang lengkap dengan pelbagai info dan jadual..antaranya ialah Pregnancy Planner..so, sebenarnya takde alasan untuk kita terlupa untuk check-up melainkan kalau betul-betul tak teringat macam kami ni..hehehe..sebabnya semua date diletakkan didalam buku (rujuk dalam post aku sebelum ni) tersebut..

Dekat sini, bila kita pergi ke GP untuk check-up sebelum berakhir sesi check-up tu, midwife dah tetapkan terus tarikh untuk check-up yang seterusnya..dan dia bubuh sekali tarikh tersebut dekat dalam buku tu..kalau dapat midwife yang rajin sikit, dia akan SMS untuk ingatkan kita sehari sebelum tarikh appointment tu..hehehe

Yang bestnya, mak buyung dekat UK ni dilayan dengan istimewa..ada orang care..kalau naik bas, dorang akan bagi bantuan dan tempat duduk khas untuk mak buyung..sama jugak la kalau naik pengangkutan awam yang lain..dan orang akan sentiasa tanya keadaan mak buyung..contoh mudah jiran-jiran aku..bila jumpa je benda yang dia tanya pasal baby..dah berapa minggu, macam mana keadaan baby, macam mana dengan check-up, bila due date dan lain-lain lagi ler..hehehe

Bila kita cakap pasal pregnancy, benda yang wajib kita tahu mestilah cara-cara penjagaan baby kan??haaa..dekat sini la yang specialnya UK nih..

Antara kelas yang kami hadir ialah, "Physio Antenantal Session"..kelas ni dibuat di Royal Lancaster Infirmary dekat wad perempuan..dalam kelas ni, ahli fisio tu ajar tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan dari aspek fizikal mak buyung..yang ajar tu bukan calang-calang orang..memang dia pakar dalam fisiologi bagi orang yang mengandung..secara umumnya, ahli fisio tu menyarankan agar golongan suami membantu si isteri dengan cara mengurut dan sebagainya..yang seronoknya midwife siap tunjukkan demo lagi macam mana cara mengurut yang betul..dari bahagian pinggang sampai la bahagian bahu..hehehe..meh tengok nota yang midwife ni bagi ek





Next class kami tentang "Midwife-Labour & Child" yang bertempat di Lune Park Children Centre..dalam kelas ni, midwife ajar tentang persediaan untuk bersalin dan menyambut bayi..mostly dalam kelas ni dia bagitahu tentang bagaimana persiapan untuk bersalin..antaranya tentang senaman yang boleh dilakukan sewaktu mengandung..antara senaman yang disarankan ialah senaman Pilates..cuma kene ada pemantauan dari suami waktu bersenam takut terbersalin pulak nanti..hehehehe

Then, lepas tu kami datang berbual tentang "Children's Centre-Keeping Baby Safe At Home And Out And About As Well As Lots Of Interesting Information On Baby Brain/Commoniun/Early Play Development" yang bertempat di Lune Park Children Centre jugak ler..dekat sini kami belajar bahawa kulit bayi 15 kali lebih nipis berbanding dengan kulit orang dewasa..dan dalam kelas tu dia ajar macam mana nak mandikan bayi..siap buat demo lagi..yang bestnya dia biarkan air panas selama 1 jam dan suruh kami rasa dengan jari..masing-masing audience cakap sejuk..tapi dia cakap, kalau dengan suhu ni dah kire "Third Degree Burn"..terkejut kami dengar fakta tu..huhuhu


suasana dalam kelas
kena jawab soalan pop kuiz kejap..hehehe

Seronok setiap kali kami pergi ke kelas ni..sebab masing-masing akan share pengalaman mengandung..kelas ni bukan sahaja dihadiri oleh orang yang pertama kali mengandung, tapi yang dah ada anak tiga pon datang jugak ke kelas ni..hehehe


siap dapat hadiah lagi..hehehe

Lepas tu, kami attend kelas "Breastfeeding Workshop" pulak dkat Firbank Children's Park..again, yang jadi instructor tu specialist midwife dalam bahagian breastfeeding!memang tabik spring dekat midwife tu..siap baring atas lantai lagi nak tunjuk demo macam mana nak menyusukan baby dalam keadaan baring!!!setiap pasangan diberikan patung baby dan dummy breast untuk praktikkan cara menyusu yang betul..aku sendiri pon kene buat..sebab midwife tu kata mana la tau tiba-tiba breast suami keluar susu pulak ke..hahahaha..meh share sikit suana tempat ni ye..











Then, seminggu sebelum cuti Krismas dan tahun baru haritu ada tour untuk bakal parents ke Royal Lancaster Infirmary..tour ni dibuat bertujuan agar bakal parents ada serba sedikit idea tentang apa yang ada dalam hospital..disebabkan waktu tu si isteri sedang bekerja, so aku pergi sorang-sorang je..lagipun dia memang kerja dekat hospital ni..so dah naik boring datang ke ward tempat bersalin pon..hahaha..meh tengok-tengok sikit gambar ye






Sorry la gambar tak berapa cantik..amek gambar sambil berjalan dan sambil dengar penerangan daripada nurse tu..dekat sini ada macam-macam jenis wad yang disediakan..contohnya, bilik yang ada 1 tilam je tapi siap dengan kolam untuk mana-mana ibu yang nak bersalin dalam kolam tu..haaa...menarik tak??hehehe..tapi mostly setiap bilik ada 4 katil..setiap katil ada kemudahan TV dan internet..tour ni berlangsung selama 1 jam setengah..memang rasa sangat berbaloi follow tour ni..sebab semua tempat utama dalam wad tu nurse tunjukkan..dan ada sesi soal jawap lagi..hehehe


tu diaaaaa..pool birth yang ada dekat hospital ni..hehehe

Selain dari kelas, kami juga diberikan pelbagai info melalui flyers dan CD..haa..ni la gambar CD yang kami dapat secara percuma





Aku dah upload semua content CD ni dalam GMail storage..kalau ada sesiapa yang berminat, boleh download melalui link ni ye :)

Bila cakap pasal bersalin, dekat UK ni pelbagai pilihan bersalin yang diberikan oleh pihak hospital..nak bersalin dekat hospital boleh..bersalin dekat rumah boleh..bersalin dekat klinik pon boleh..setiap pilihan tempat bersalin akan diberikan maklumat penuh sebagai persiapan kepada mak buyung oleh pihak hospital..

Dan yang paling penting, bila nak dekat dengan hari nak bersalin, midwife akan discuss dengan parent tentang plan untuk bersalin sehinggalah baby tersebut selamat bersalin..termasuk dengan plan terhadap vaksin yang akan diterima oleh baby kita..

InshaAllah kami akan share pelbagai maklumat yang kami perolehi dari semasa ke semasa dalam post yang akan datang..sekarang ni aku nak kene setelkan order customer dari Malaysia yang nak beli Tefal Actifry ni..sementara harga dalam mood Boxing Day ni..hehehehe

+447521277358 - Fahmi - Pengguna Tefal Actifry - Jual Barang Dari UK ke Malaysia

4 comments:

  1. assalam... nak nak isi cd. tq :) khaiezzyraniza@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam Fahmi. Nak tahu jugak content dlm cd tu. hazwanihashim5482@gmail.com
    Thanks!

    ReplyDelete