Wednesday 21 December 2016

Wabak Christmas; Suasana Antara Kita dan Mereka Ketika Musim Perayaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Christmas; Tears of Joy Or Tears Of Sorrow..

Kelmarin, seperti biasa rutin harian aku untuk ambil isteri pulang dari tempat kerjanya..

Walaupun jarak perjalanan antara rumah kami ke hospital hanya 500 meter atau 7 minit berjalan kaki tapi telah jadi satu rutin bagi aku untuk mengambilnya menggunakan kereta seperti biasa..selagi mana kalau tidak bertembung dengan urusan atau pekerjaan aku, selagi tu la rutin tersebut berterusan..hehehe

Seperti kebiasaannya, masuk je kereta si isteri pun mula bercerita tentang kejadian yang berlaku sepanjang beliau bekerja pada hari tersebut..kadang-kala, tak sempat nak tutup pintu lagi dah mula bercerita..cerita tersebut tidak terhenti hanya dalam kereta..ianya seperti drama TV3 pada jam 7.00 petang..tidak selesai hanya sewaktu di dalam kereta, ada sambungan ketika kami makan..kalau tak setel lagi, sambung waktu kami berehat bersama di sofa..kadang-kala, waktu sarapan pada keesokkan harinya pon ada sambungannya lagi..hahaha

Betul lah apa yang rakan sekerja aku nasihatkan waktu sebelum aku berkahwin dulu, "Fahmi, aku ni takde la banyak sangat pengalaman aku dalam perkahwinan..lagipun aku dengan kau pon umur sama je..cuma aku diberi peluang untuk melalui alam pernikahan lebih awal dari kau..aku just nak share 1 perkara je dengan kau tentang perkahwinan ni boleh?".."hah, apa dia Tawfiq???".."perkahwinan ni macam kita uruskan department ni la..kita kena banyak mendengar dan menjadi pendengar yang baik..kalau ada perkara yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan..tapi kalau ada perkara yang kita tidak mampu atau tidak tahu, kita kena rujuk dengan ilmu..sama seperti berkahwin, dengan isteri kita kena jadi seorang yang banyak mendengar dan menjadi pendengar yang baik".."abestu memang kene dengar je la ek fiq??kalau apa yang kita dengar tu tak menarik atau kita tak minat macam mana pulak??".."ohh tu senang je..kau SENYUM je la..hahaha"

Cuma, pada malam tu ceritanya agak berbeza daripada kebiasaannya..dari segi nada suaranya pun berlainan.."Kesian betul patient tadi tu..dah nak dekat Krismas tapi sanggup dorang nak buat orang tua dorang macam tu sekali???"

Aku jadi pelik dan cuma memasang telinga untuk mendengar cerita selanjutnya..

"-
Ada sorang patient tadi, umur dia dah lanjut..dalam lingkungan 80 an macam tu..dia memang dah lama tak boleh bangun..kira dia tu macam dah "bed bond"..sebahagian badan dia kene strok..dan patient tadi dihantar ke hospital..keadaannya patient tersebut bertambah teruk berbanding dengan sebelumnya,tapi tu based on  apa yang anak dia bagi tahu dekat kitaorang..so, saya dengan team medical yang lain pun buat la examination terhadap patient tu..kitaorang tengok, patient tu tak la seteruk yang dibagitahu..jadi, consultant saya cakap la dengan anak kepada patient tu yang mak dia tidak perlu dimasukkan ke dalam wad..dan boleh dibawa pulang..

Tapi anak patient tu tetap berkeras untuk masukkan kan mak dia ke dalam wad..dengan alasan, mak dia tak mampu untuk makan dan minum sendiri..so, consultant tu balas balik yang mak dia tu memang dah pada asalnya keadaan macam tu..tapi, kedua belah tangan masih boleh untuk angkat untuk makan dan minum..cuma, bila kata "bed bond" ni anak la yang kene uruskan semuanya baik dari segi makanan, pakaiankebersihan mak tu..termasuk la mandikan, bersihkan najis, tukarkan lampin dan sebagainya..

Muka si anak tu pon berubah bila consultant cakap macam tu..dan dia balas semula cakap consultant kitaorang tu..dia bagitahu yang keadaan sebelah tangan mak dia dah tak kuat seperti dulu..dah tak boleh untuk angkat dengan baik..dan tetap nak mak dia dimasukkan ke dalam wad..bahkan anak dia siap gesa supaya pihak hospital menguruskan maknya agar ditempatkan di nursing care..macam-macam lagi la alasan yang dia berikan dekat kitaorang tadi tau tak bang..saya macam nak je cakap lepas..nasib baik consultant tu memang jenis yang cakap lepas je..so, sekarang kami tunggu adik-beradik dia yang lain untuk datang dan berbincang dekat hospital..

Memang situasi tadi tu agak tegang jugak la sebenarnya bang..bukan kami taknak terima patient, tapi katil dekat wad tu dah penuh..dah tak muat untuk tempatkan patient dalam wad tu..sebab tu consultant berkeras supaya anak dia tu bawak balik mak dia dan jaga sendiri dekat rumah..

Sebenarnya, kami dah masak dengan situasi macam ni..lebih-lebih lagi bila menjelang krismas..
-"

Aku jadi bertambah pelik..tak dapat nak hubungkaitkan situasi tersebut dengan perayaan krismas yang bakal mereka raikan beberapa hari lagi..

Sambil keluar dari kereta dan bergerak masuk ke dalam rumah, isteri aku mengeluh dengan situasi yang berlaku tadi..tapi memandangkan perut kami dah terlalu lapar, jadi kami seolah-olah bersetuju untuk mengutamakan perut dahulu berbanding dengan kisah patient tadi tu..lagipun, lauk dah siap masak dan dah dihidang sebelum aku bertolak untuk ambil isteri di hospital tadi..

Tak sempat nak suap makanan ke dalam mulut, isteri aku sambung semula cerita dalam kereta..waktu ni aku teringat cakap Tawfiq..so, respons aku ketika tu hanya senyum dan memberi 50% perhatian dan fokus aku terhadap ceritanya dan lagi 50% lagi terhadap makanan..kira adil la kan..hehehehe

"-
Sebenarnya perkara macam ni kira benda yang biasa berlaku bang..
-"

"Apa yang biasanya pulak???"

"-
Dekat sini, bila nak dekat krismas je anak-anak yang mana parent dia ada dekat hospital dia akan biarkan parent dia dekat dalam hospital..sampai la habis cuti krismas..kalau parent dia ada dekat rumah pulak, kalau boleh dia nak letak parent dorang dekat hospital atau nursing care..macam-macam la alasan yang akan dorang create supaya dorang berjaya letakkan parent dorang dekat hospital atau nursing care..sebab tu bila masuk musim sejuk dan dekat dengan hari krismas kebanyakkan hospital akan penuh dan tak cukup katil dalam wad tu..dulu saya cuma dengar je cerita yang macam ni..tapi, sekarang bila dah bekerja dan berada dalam masyarakat dorang..saya sendiri berhadapan dengan situasi macam ni..kalau yang ok sikit, dorang akan bersama dengan parent pada malam krismas atau christmas eve tu..then, lepas tu akan pergi bercuti dengan family masing-masing..tapi tak semuanya macam tu..ada je yang ok bang..yang memang jaga parent dorang dengan baik..tapi sepanjang pengalaman saya, banyak yang saya jumpa macam yang saya cakap tadi tu..saya sendiri pon tak tahu kenapa benda macam ni berlaku..nak salahkan anak-anak 100% pon tak boleh..sebab masa kebanyakkan parent dekat UK ni bila anak dah mencecah umur 18 tahun, dorang akan lepaskan anak-anak untuk hidup sendiri..ada juga yang suruh anak-anak supaya keluar dari rumah untuk hidup sendiri tanpa sebarang bantuan..jadi, bila parent semakin tua dan mula dengan pelbagai penyakit, anak-anak pon tak berapa nak kisah la dengan parent dorang tu..dorang lebih rela untuk hantar parent dekat rumah orang-orang tua berbanding dengan jaga sendiri..hurrmmmmmmmmmmm..........
-"

Di akhir cerita, isteri aku melepaskan keluhan yang agak berat..seolah-olah rasa kesal dengan apa yang berlaku..

Bagi aku, itu antara perbezaan antara masyarakat di UK dan di Malaysia..kalau di Malaysia, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha merupakan hari yang kita nantikan..pada hari tersebut kita akan bersama dengan keluarga dan meraikannya bersama-sama..kesemua ahli keluarga akan berkumpul dan bergotong-royong dalam menyediakan juadah, menghias rumah dan pelbagai aktiviti yang lain lagi..ianya dilakukan semata-mata untuk meraikan hari kebesaran Islam bersama-sama dengan keluarga yang tercinta..

Seandainya parent kita berada dalam hospital, kita seboleh-bolehnya akan minta kebenaran dari pihak hospital agar parent kita diberikan pelepasan seketika untuk menyambut perayaan bersama-sama dengan anak-anak..sebab perkara ni pernah berlaku dekat aku sendiri..kalau tak silap pada tahun 2011 waktu tu sehari sebelum hari raya aidilfitri..macam biasa, menjadi adat dan lumrah keluarga besar kami di Melaka untuk berkumpul dirumah nenek sehari sebelum raya untuk membuat persiapan..dan macam biasa juga tugas aku dan geng-geng saudara-mara lelaki yang lain untuk mencari kayu api dan masak ketupat..memang meriah!persiapan tersebut berlarutan hingga ke tengah malam..bila dah selesai je aku dan adik beradik bersama-sama ibu akan balik ke rumah kami untuk berehat..tiba-tiba pada awal pagi tu ibu mengadu sakit belakang yang teramat sangat..terus kami hantar ibu ke Hospital Besar Melaka..dan pada malam tu jugak ibu di masukkan ke dalam wad..masa tu kami cuba untuk berbincang dengan doktor supaya ibu diberikan bekalan ubat yang secukupnya agar kami dapat bawa pulang pada awal pagi tu jugak..tapi doktor sendiri menasihatkan agar berehat dulu dalam wad..memang tahun tu rekod bagi kami sekeluarga..dari jendela wad perempuan Hospital Besar Melaka aku boleh lihat kubah Masjid Besar Negeri Melaka dan dengar suara takbir dan bacaan solat sunat hari raya..

Bila aku ingat semula kenangan raya pada tahun tu, aku bersyukur kerana di Malaysia kita masih mampu mengekalkan budaya dan adat ketimuran terutamanya apabila menjelang perayaan..buktinya, jalan Gua Musang-Kuala Krai akan jem teruk sepanjang musim perayaan..aku sendiri dah merasainya ketika pertama kali beraya bersama isteri di rumah mertua di Kelantan pada hari raya aidilfitri tahun ni..nak balik rumah nenek belah ayah mertua terpaksa tempuh jem lebih kurang 1 jam..padahal tempoh perjalanan biasanya tak sampai 20 minit pon..nasib baik rumah nenek belah mak mertua dekat sikit..jem pun sebab traffic light je la..hehehe

Semoga "wabak" ini tidak menular di Malaysia........

Monday 19 December 2016

Our First Pregnancy Journey

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Bocah Kecil...

Bocah ni dalam bahasa Indonesia kalau translate dalam bahasa Melayu maksudnya anak atau budak la..maklumlah, dah ada akak ipar dari negara sebarang, jadi konon-kononnya kena la belajar bahasa Indonesia serba-sedikit..tapi hakikatnya, kecek Klate pom dop lepas lagi..teringat masa ada dalam kereta bersama mertua lepas sarapan pagi..mertua dok sebut "sesamah sutir" aku yang totally blur pon angguk dan mengiyakan je la apa yang mertua cakap..rupanya mertua aku nak bagitahu, harga benih tembikai tu 50 sen sebutir..hahaha..sampai lah orang rumah aku tegur, "kenapa abang dok angguk je bila abah tanya tadi???abah tanya soalan banyak kali dekat abang tadi..nape tak jawab?", aku pon dengan blurnya jawab balik "laaaaaa..abah ada tanya soalan ke tadi??mana la abang faham sayang oi..hahaha"

So, berbalik semula kepada tajuk asal post ni..hehehe..Alhamdulillah, rezeki dan kurnia daripada Allah SWT kepada kami yang baru bernikah dengan bakal menerima kehadiran seorang cahaya mata..Sebenarnya, kami sendiri tidak menjangka akan menerima kehadiran cahaya mata kami dengan begitu cepat..sebabnya, sepanjang pengalaman aku bilamana melihat rakan-rakan yang dah berkahwin ramai dalam kalangan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata..sehinggakan ada di antara mereka yang mencuba ikhtihar melalui perubatan moden dan tradisional..tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dalam memperolehi cahaya mata, Allahumma Ameen!

Throwback sikit gambar waktu majlis nikah di Kelantan ye..hehehe

rupanya kadi yang nikahkan kami orang Melakau!boleh la kawtim..hehehe

Selepas selesai majlis perkahwinan kami di Kelantan dan Melaka, kami berpisah jarak seketika..waktu tu, isteri masih mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan pengajiannya di sini dan aku pulak masih bekerja di Malaysia..

majlis di Kelantan

majlis di Melaka

Alkisahnya waktu isteri berangkat ke UK, belum ada tanda-tanda kehamilan..dan kami pun memang tidak menjangkakan sebarang kehamilan waktu tu..sehinggalah pada satu hari isteri mengadu tak sedap badan dan tak selesa..jadi, awalnya aku minta supaya makan panadol terlebih dahulu..tapi, bila makan panadol pon tak jalan kami terus decide untuk buat pregnancy test..first trial tu, memang negatif..then isteri pon buang je test kit tu..tapi aku pulak rasa tak sedap hati dan suruh isteri check semula result tadi..ternyata dari negatif bertukar jadi POSITIF!risau mana tahu pregnancy test tu dah ada containmination dengan unsur-unsur lain so kami decide untuk buat second trial..ahaaa..confirm POSITIF!

Alhamdulillah!

Jadi, apa lagi segala persiapan mental, fizikal dan spiritual perlu dipercepatkan untuk menerima kehadiran cahaya mata kami..

So, first step mestilah kena buat first pregnancy check-up dekat klinik atau hospital betul tak??Memandangkan isteri ketika itu berada di UK, jadi urusan check-up perlu dibuat di Leicester, UK..waktu tu memang la sangat sedih si isteri..sebab kena buat check-up sorang-sorang tanpa ditemani suami secara fizikalnya..tapi secara maya, kami buat video call waktu tengah check-up tu..cuma, dekat UK tu petang tapi waktu dekat Malaysia dah masuk awal pagi dah..huhuhu

Tapi, memandangkan waktu tu isteri dah nak balik ke Malaysia semula untuk sambut Hari Raya Aidilfitri jadi tak banyak proses check-up yang boleh dilakukan..dan sewaktu di Malaysia pulak, disebabkan waktu sangat terhad dan sibuk dalam menguruskan visa, barang persiapan untuk ke UK bersama dan pelbagai urusan yang lain kami tidak berkesempatan untuk check-up di Malaysia..tapi, sebelum balik beraya tu klinik dah bagi advise dan bekalkan ubat-ubat yang perlu dimakan pada awal waktu pregnancy..

Sehinggalah selesai urusan konvokesyen isteri dan kami berpindah ke rumah sewa kami di Lancaster, barulah kami sambung semula proses check-up dan sebagainya..haaa..first klinik kami adalah di Scale Hall Surgery LA1 5BY..walaupun dah pernah check-up di Leicester tapi maklumat tidak bertukar tangan antara GP (General Practitioner) di Leicester dan Lancaster..so, kira kami kene buat semua perkara berkaitan dengan first check-up pregnancy sekali lagi disini..huhuhu

Hampir 1 jam jugak proses untuk check-up tu..semasa check-up tu, midwife bagi satu beg yang berisi maklumat dan buku check-up bagi ibu mengandung..meh tengok beg tu jom..







Amacam??cantik tak beg ni??membuatkan rasa macam nak mengandung banyak kali je kan..sebab nak dapat beg macam ni..hehehehe

Cuba kita perhatikan dekat beg tu..dekat beg je dah berapa banyak info yang dipaparkan tentang pregnancy ni..then, siap ada bagitahu website yang boleh kita jadikan sebagai rujukan sepanjang tempoh pregnancy..yup, fully informative! so, kalau anda berminat untuk tahu maklumat dengan lebih lanjut just go through je ye website yang diberikan tu..

Dalam beg ni ada pelbagai benda yang dimuatkan..yang paling utama mestilah buku check-up kan??meh tengok buku check-up untuk pregnancy mom dekat UK ni ye

haaa..ni muka depan buku tu

ni pulak antara info yang dipaparkan dalam buku tersebut

Banyak lagi info yang dikongsikan dalam buku ni..inshaAllah kami akan kongsikan dalam post yang akan datang ye..hehehe

Selain dari buku tu, ada dikongsikan pelbagai pamplet, booklet, flyers dan sebagainya dalam beg ni..antaranya ialah;





Dan ada 1 buah buku yang dibekalkan dalam beg ni..memang cantik dan menarik dari segi presentationnya..dan bila baca isi kandungan buku tu, memang penuh dengan pelbagai info berkaitan dengan ibu yang sedang mengandung dan anak yang berada dalam kandungan tersebut..

Jom tengok sikit isi kandungan buku tu ye..









Bila baca buku tu secara tak langsung aku try untuk sediakan makanan-makanan yang berkhasiat untuk isteri dan anak..tapi tula..isteri pulak ngelat bab makan sayur dan buah..last-last aku yang banyak makan sayur dan buah..macam aku pulak yang mengandung..dia lebih suka makan cekedis-cekedis yang kurang berkhasiat..last-last aku buat peraturan, makan buah dan sayur sekali baru dapat makan 1 cekedis..kalau degil, aku sorokkan cekedis dekat tempat yang dia tak boleh nak capai..hahaha

OK, sampai sini je dulu ye..inshaAllah lepas ni kami akan share info berkaitan dengan sistem/peraturan yang perlu dilalui oleh ibu mengandung di sini (untung dapat isteri yang bekerja di hospital dekat UK ni..sebab dapat tahu maklumat dengan lebih banyak..hehehe) dan info-info yang kami perolehi bila menghadiri kelas-kelas yang disediakan dan melalui emel yang kami terima ye..

Thursday 15 December 2016

Our First House Together

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Rumahku Syurgaku...

Yup, entry kali ni aku akan share tentang rumah pertama yang kami sewa setelah kami bernikah pada 22 April 2016 yang lalu..Alhamdulillah..hehehe


haaa..tu la rumah yang kami sewa..sorry, terlindung dibelakang pokok pulak..hehehe

Rumah ni merupakan rumah flat sebenarnya..terletak berhampiran dengan Royal Lancaster Infirmary a.k.a Hospital Lancaster..kira kalau jalan kaki dalam 5 minit je..kalau nak ke city center pulak jalan dalam 20 minit je dah sampai..

Sebenarnya, ni bukan rumah yang kami plan untuk duduk pada awalnya..rumah yang kami plan sebenarnya terletak bersebelahan dengan jalan utama city centre..kalau jalan kaki ke Hospital Lancaster pon lebih kurang dalam 5 minit jugak..tapi dekat dengan city center..bila kita cakap dekat dengan city center dekat UK ni bermaksud dekat dengan kedai, shopping mall dan sebagainya..tapi disebabkan ada masalah dari segi dokumen, jadi pihak agen taknak proceed permohonan kami..memang frust waktu tu sebenarnya..sebab nak kene cari rumah yang lain pulak..

Alhamdulillah, rupanya Allah SWT nak bagi rezeki yang lebih baik..dengan bantuan rakan dorang jadi wakil bagi kami untuk view rumah tersebut..haaa..dekat UK ni, setiap penyewa atau pembeli kene view terlebih dahulu rumah tersebut..tak boleh main sewa atau beli je..kalau nak beli confirm nak kene tengok dulu kan?tapi kalau setakat style orang Malaysia, setakat sewa tu just closed deal tanpa view je..especially kalau mereka yang mencari rumah sewa disebabkan faktor kerja..memang takde masa nak view dulu la kan..hehehehe


haaa ni la rumah kami sekarang.. Alma House namanya

So, lepas rakan kami view kan rumah bagi pihak kami..terus kami proceed dengan dokumen dan sebagainya..memang leceh process untuk sewa atau beli rumah dekat UK ni..banyak yang kene go through dari segi dokumen..perlu ada pengesahan dan sebagainya..nak tau apa dokumennya??haaa meh tengok list dekat bawah ni ye..

Antara list dokumen yang diperlukan;
1-Passport
2-Visa
3-Biometric Resident Permit (BRP)
4-Surat Pengesahan Bekerja
5-Penyata Kewangan

Haa..tu la antara dokumen yang diperlukan..dan segala urusan perjanjian sewa rumah dibuat dengan agen ye..bukan dengan tuan rumah tu sendiri..everything is documented and signed..memang ada perjanjian sewa yang betul-betul proper..dan semuanya dibawah kawalan oleh pihak kerajaan UK..kalau dekat Malaysia ada jugak perjanjian sewa..tapi mungkin ada perjanjian yang antara penyewa dan tuan rumah sahaja..kalau jenis tuan rumah yang rajin, siap ada "mati-stem" dekat pejabat HASIL..tu kalau rajin la..macam aku dulu malas..perjanjian sewa untuk penyewa rumah pon takde..main percaya je dengan penyewa..tapi Alhamdulillah rezeki dapat penyewa yang baik macam Bidi, Mat, Deris, Ali, Zaki dan sebagainya..kalau penyewa yang tak berapa nak ok pulak aku bagi notis 2 minggu untuk cari rumah sewa lain..kalau yang buat aku betul-betul bengang (sebab campur dengan kes lain) aku bagi notis 24 jam je..hahaha

Selepas submit semua dokumen, proses verify segala dokumen yang kita serahkan akan mengambil masa selama 2 minggu..lepas semua dokumen lepas baru proceed untuk bayar deposit dan sewa rumah..Alhamdulillah, untuk deposit kami cuma perlu bayar untuk 1 bulan sahaja..dan sewaan rumah ni pulak sebanyak 495 pound setiap bulan..dan kami mula pindah masuk ke rumah ni pada 15 Julai 2016 yang lalu..hehehe

Dah, jom masuk dalam rumah ni!


haaa..tu dia pintu masuk ke dalam rumah

Rumah flat yang kami sewa ni mempunyai 2 buah bilik tidur berasingan, ruang tamu yang berasingan, ruang dapur berasingan dan 1 bilik air + tandas yang berasingan..maksud berasingan ni kira macam dia ada pintu sendiri kalau nak masuk ruang tersebut..so, kalau ikut budaya orang Melayu, memang sangat selesa dengan rekabentuk rumah yang macam ni..kebanyakkan rumah flat yang ada dekat UK ni ruang tamu dan ruang dapur berada dalam ruang yang sama..tapi kalau budaya orang Melayu memang tak selesa kan kalau ruang tamu dan ruang dapur berada di tempat yang sama..yela, sebab nak masak terutamanya..orang sini kebanyakkan masakan dorang jenis yang ringan dan tak kuat sangat dari segi rasa dan rempah..tapi orang Melayu kita kalau masak memang bau rempah memang kuat..so, rasa kurang selesa pulak kalau tetamu ada betul tak??hehehe

FYI, rumah ni sebenarnya unfurnished a.k.a takde perabot disediakan melainkan dapur memasak dan kabinet dapur..haaa.FYI juga, mat salleh ni sangat mementingkan ruang dapur..dorang sanggup berhabisan duit untuk pastikan ruang dapur mereka cantik dan kemas..so, awal-awal masa masuk rumah ni, kami just tidur atas toto je la..hahaha


ruang aksess yang memisahkan antara bilik, ruang tamu, ruang dapur dan bilik air + tandas


ruang dapur


ruang dapur lagi..hehehe


Sikit-sikit kami beli peralatan dan kelengkapan rumah..ada yang kami beli baru dan ada yang kami beli secara second-hand sahaja..kebiasaannya kalau benda yang berkaitan dengan alat memasak atau menyediakan makanan macam microwave, periuk nasi, jug penapis air tu kami beli yang baru..yela rasa was-was jugak kalau beli second-hand..tak tahu apa la yang dorang masak guna peralatan tu kan..hahahaha..kalau macam katil, coffe table, sofa dan hiasan tu kami beli second hand je..senang kata selain dari peralatan dapur tu kami beli second hand je..tapi kalau peti sejuk tu memang kami cari second hand je..rezeki dapat beli dari orang yang vegetarian..so takde la rasa was-was..hehehe

washer dryer..fungsinya untuk membasuh dan mengeringkan pakaian..yang ni kami beli baru..sebab ruang rumah flat tak mengizinkan kami untuk membeli washer dan dryer secara berasingan..huhuhu

peti sejuk yang comel..beli second-hand je..

Second-hand???mesti korang rasa ragu-ragu kan??hehehe

Kalau dekat Malaysia, bila cakap barang second-hand je mesti terbayang betapa teruknya rupa bentuk barang tersebut betul tak??hehehe..buktinya??ada kawan kami yang baru sampai dari Malaysia dan tak pernah ada pengalaman lagi di sini..jadi semua barang yang mereka beli adalah barang yang baru!!fuhhhh memang banyak la perbelanjaannya..di UK, kabanyakkan orang-orang sini pandai jaga barang..especially kalau memang mat salleh..memang dorang sangat pandai menjaga barang..kadang-kadang kami sendiri macam tak percaya yang dorang dah guna barang tersebut lebih dari 10 tahun..

For sure, bila cakap barang second-hand memang harganya jauh lebih murah..syaratnya kita kena pandai cari je la..hehehe..biasanya kami akan cari barang melalui website Gumtree, Ebay, Amazon etc..takpun guna aplikasi melalui handphone seperti Shpock..

Nak tengok hasil tangkapan barang second-hand??meh tengok gambar dekat bawah ni ye..hehehe


haaa.ni la ruang tamu kami..

Haaaa..tu la ruang tamu kami..semua barang dibeli secara secondhand sahaja..dan total kos untuk semua barang tersebut hanya 150 pound sahaja..kami sangat terkejut bila coffe table yang kami beli tu hanya dijual dengan harga 10 pound sahaja..dan ianya diperbuat daripada kayu Mahogany beb!!kalau kami tengok dekat website, harga coffe table yang mempunyai design yang hampir sama dan diperbuat daripada kayu Mahogany semuanya bermula dengan harga 200 pound ke atas..dan kami cuma beli dengan harga 10 pound sahaja..fuhhh..bersyukur betul!

Jujur, bab-bab pilih barang dan design rekaan hiasan dalam rumah memang aku serahkan dekat orang rumah je..sebab beliau memang kreatif dalam menghias dan memilih barang yang sesuai..hehehe

Alhamdulillah, sekarang rumah serba sedikit dah dihias..ruang bilik, ruang laluan akses dan bilik air dah ada meja dan pasu bunga..dah ada gambar-gambar dekat dinding..bak kata isteri "Haa..baru lah nampak macam rumah orang yang dah kahwin..ni tak, sebelum ni nampak macam rumah orang bujang je.." Memang betul pon..nak tunjuk gambar dalam blog ni pon segan je..hahahaha

Pada mulanya memang aku sendiri berat untuk berbelanja dekat hiasan..yela, rumah sewa je kan..lain la kalau rumah yang kita beli..tapi, bila mana isteri dah mula bersuara berulang-kali, nak atau tak kene ikut jugak la kan..sebab tu ada satu tagline popular "Sekiranya anda hendak mengubah dunia, sila lakukan sebelum anda berkahwin..selepas berkahwin, belum tentu anda dapat ubah siaran TV dirumah anda sendiri"..seems legit!hahaha

Rumah yang kami duduk menggunakan elektrik bagi tujuan memasak, boiler air dan bagi penggunaan pemanas dalam rumah..kiranya, takde penggunaan gas la..maybe mungkin sebab faktor keselamatan bagi rumah flat, jadi pihak kerajaan hanya membenarkan penggunaan elektrik sahaja..pada awalnya memang dalam kepala aku fikir mesti bil elektrik melambung tinggi setiap bulan..hahaha

Tapi sebenarnya tidak..hehehe

Dan yang paling best, di UK kita boleh memilih electricity & gas provider yang kita suka..kalau di Malaysia perkhidmatan eletrik hanya dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan Semenanjung dan pembekal yang khusus bagi Sabah dan Sarawak..jadi rakyat Malaysia tidak ada pilihan lain..

Berbeza di UK, kita diberi pelbagai pilihan untuk memilih..terdapat lebih 15 eletrical & gas provider di UK..korang just perlu pilih mana yang sesuai dan murah mengikut penggunaan korang..

Ehhh..kenapa aku cakap pasal gas provider pulak kan???haaaaa...hehehehe..dekat sini, kalau rumah yang menggunakan gas untuk memasak, boiler dan memanaskan rumah, gas tersebut dibekalkan secara terus ke rumah..memang jauh berbeza dengan Malaysia..kalau dekat Malaysia, kita kene beli tong gas dan pikul masuk ke dalam dapur..tapi dekat UK, semuanya telah tersedia sewaktu anda membeli/menyewa rumah..sebab dorang dah siapkan awal-awal pipeline gas terus ke dalam rumah..

Jadi, kita cuma perlu pilih mana provider yang kita suka je la..haaa kami guna website GoCompare untuk tahu provider yang sesuai dengan penggunaan elektrik rumah kami di sini..hehehe

Untuk penggunaan air pun sama jugak..ada banyak provider di UK..cuma, di UK dia dah tetapkan provider ikut kawasan tempat tinggal..senang cerita macam takde pilihan lain la untuk air..hahaha

Haaa..cuba teka berapa bil elektrik dan air kami setiap bulan???

Hehehehe

Untuk bil elektrik, dekat sini dia pakai estimate..dorang akan amek reading setiap 6 bulan..actually bukan dorang pon yang amek reading tu..kami kene hantar gambar meter dekat apps dalam handphone je..so dia akan buat projectile berapa kos setiap bulan yang akan datang yang kami perlu bayar..risau terlebih bayar setiap bulan??jangan risau, once bila dorang dapat reading yang kita hantar syarikat pembekal akan kira semula dan buat adjustment terhadap pembayaran yang akan datang..kalau korang terlebih bayar, so dia akan potong..tapi kalau korang bayar kurang, dia akan tambah la dalam bil tu..hehehe..simple je kan??


haaa ni la panel meter tu..hehehe

So far, untuk penggunaan selama 4 bulan, kami perlu bayar sebanyak 106.00 pound..kira purata 26.50 pound setiap bulan..sebenarnya, kadar bayaran ikut penggunaan kita..kalau ikutkan projectile yang dibuat, bulan Julai kami perlu bayar hanya dalam 16.00 pound, manakala bulan Ogos sekitar 23.00 pound dan meningkat sehingga bulan Disember iaitu 65.00 pound..kenapa naik??simple, sebab bulan Disember tu musim sejuk dan dorang anggarkan penggunaan elektrik meningkat disebabkan penggunaan heater, boiler serta dryer (mesin pengering pakaian)..


zoom sikit panel meter kami tu..hehehe

Haa..macam mana dengan bil air pulak kan??rumah ni sebenarnya takde meter air langsung..semuanya pakai flowrate je..jadi kami kene bayar bulan-bulan sebanyak 36.00 pound tanpa mengira berapa banyak penggunaan air..mula-mula kami bayar je..tapi bila dah dapat bil elektrik, kami evaluate semula la..mana logik bil air lebih tinggi daripada bil elektrik..nak hidupkan laptop atau tv guna air ke??so, kami call syarikat air tersebut untuk pasang meter..which mean, kami hanya perlu bayar bil air mengikut penggunaan sahaja..pemasangan meter adalah percuma je dekat sini..hehehe

tu dia meter air kami..hehehe

Duduk 2 orang nak guna air banyak mana je???!!

Lain la kalau ada bukak car wash dekat rumah ni..baru la puas hati pakai bayaran secara flowrate..sebenarnya aku dah plan macam tu pon..charge basuh kereta 10 pound sebiji sehari dapat 10 biji kereta sehari dah boleh bayar bil air flowrate untuk 3 bulan..hahahaha

Sama macam elektrik, dorang akan amek reading..cuma untuk bil air ni, dorang akan datang kerumah untuk amek reading tapi tak perlu masuk dalam rumah pon untuk amek reading..sebab dorang guna bluetooth je..dekat meter air tu ada device bluetooth..so, tak perlu susah-susah untuk berada dekat rumah..untuk makluman, meter air kami dipasang di dalam rumah..

Tapi setakat ni kami belum dapat bil air lagi..cuma, yang bestnya kalau kami rasa bil air yang dikira ikut penggunaan lebih mahal dari flowrate, kami boleh tukar pembayaran bil air kepada flowrate semula..hahaha

Lagi 1, air yang keluar dari pili dekat UK ni boleh diminum terus..yup!selamat untuk diminum..tak perlu nak masak terlebih dahulu..tapi bila tengok sistem paip dalam rumah memang logik pon..paip guna material copper tu!memang material yang tidak akan berkarat..pili air pulak guna stainless steel atau aloi..memang la tak risau berkeladak atau berkarat..hehehehe

Untuk internet pulak, sekali lagi kami guna website GoCompare untuk cari provider yang terbaik..dan akhirnya kami memilih Sky sebagai internet provider kami..bulan-bulan cuma perlu bayar 22.50 pound sahaja  dan ikat selama setahun..takpe, tahun depan kalau jumpa provider lagi murah tukar je ler..hehehe

Haaa..setakat ni jela share daripada kami ye..nak uruskan order daripada customer dulu..

Kalau berminat untuk tanya atau beli barang dari UK, boleh roger-roger nombor dekat bawah ye..whatsapp je senang..takpun boleh cari #barangdariUK  dalam blog ni untuk tahu barang apa yang biasa orang Malaysia order dari UK..hehehe

+447521277358 - Fahmi

Wassalam.......

Tuesday 6 December 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 6

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Bajet & Tentatif Perjalanan...

Part 6 ni sangat simple..sebab ianya menceritakan tentang bajet dan tentatif perjalanan sahaja..sebelum kami bertolak, kami memang plan dari aspek kewangan dan tentatif supaya perjalanan yang kami akan lalui akan jadi suatu perkara yang sangat berbaloi!

So, kami sharekan bajet dan tentatifnya sekali ye..


Date
Time
Activity
Budget (Pound)
26/9/2016
4.05 p.m-10.15 p.m


11.30 p.m-1.10 a.m
Ride bus to Victoria Coach Station
-by Mega Bus


Ride bus from Victoria Coach Station to Stansted Airport London
-by National express
6.00




21.00 (return)
27/9/2016
6.20 a.m-9.20 a.m


10.30 a.m- 11.30 a.m


12.00 p.m




1.00 p.m-9.00 p.m
Fly from Stansted Airport London to Venice Treviso (TSF) Aiport
-by Ryan air

From Venice Treviso (TSF) Airport to Venizia Mestre Trainstation
-by ATO

Check in airbnb
-by Gaida airbnb
-location : Via Col di Lana, 30100 Venezia, Italy

From Venizia Mestre Trainstation to Venice

1-Lunch at Habibi Restaurant

2-Sightseeing at Marco Polo Statue
-location : Campo San Polo

3-Sightseeing at Piazza San Marco
Location : St Mark's Square/Piazza San Marco 328

4-Sightseeing at St Mark Basilica & Doge’s Palace
-location : Piazza San Marco 328

5-Sightseeing at Doge’s Palace
-location : Piazza San Marco 328

4-Sightseeing Rialto Bridge & Grand Canal (buy souvenir)
-location : Rialto Bridge
122.16 (return)



48.00 (euro)(return)



94.00







Free


Free


Free


Free


Free
28/9/2016
7.00 a.m-8.00 a.m

9.00 a.m-10.00 p.m
Breakfast
-at airbnb

Walk out from hotel
-buy waterbus and sightseeing at venice

1-Sightseeing at Grand Canal

2-Sightseeing at Teatro La Fenice
-location : Campo San Fantin

3-Sightseeing at Campanile di San Marco
-location : San Marco 328

4-Sightseeing at Piazza San Marco
-location : St. Mark’s Square

5-Sightseeing at Bridge of Sighs
-location : Piazza San Marco
Free


20 each


Free

Free


Free


Free


Free
29/9/2016
7.00 a.m-8.00 a.m

8.30 a.m-9.15 a.m

9.29 a.m-3.25 p.m


3.25 p.m-4.00 p.m




4.00 p.m





5.00 p.m-11.00 p.m
Breakfast
-at airbnb

Check out from airbnb to Venizia Mestre
-by walk

Travel by train from Venizia Mestre to Roma Termini


Walk from Roma Termini to airbnb
-buy dinner in pack

Buy ticket bus Roma 48hour
-location: Tabacchi/Gionarli

Check in airbnb
-by Franco
-location : Giovanni Giolitti, 239, 00185 Roma, Italy
-take dinner

Walk out from airbnb

1-Sight seeing The Pantheon
-a church
-open until 7.30 p.m

2-Sight seeing Fontana Bernini Fiumi & Piazza Navona
-a open public fountain

3-Sight seeing Spanish Step & Piazza di Spagna
-a open public area
-shopping area

4-Sight seeing Trevi Fountain
-a open public fountain
Free


-


84.00 (euro)
(return)

-


12.50 (euro) per person

88.00






Free



Free



Free



Free

30/9/2016
6.30 a.m


7.00 a.m

10.15 a.m-12.30 p.m



2.30 p.m-6.30 p.m
Breakfast
-at airbnb

Walk out from airbnb

Tour to Colosseum, Palantine Hill & Roman Forum



Tour to Vatican CIty, St. Peter's Basilica
-Vatican City-waktu siang-St. Peter's Basilica

If capable. Just walk thru;
-Ponte Sant'Angelo
-Ponte Palatino
-Ponte Fabricio

Note : Last train to rome: Bus-24hours
Free




47.00 (euro)






Free
1/10/2016
6.30 a.m


9.00 a.m-9.30 a.m

9.50 a.m-1.23 p.m


2.00 p.m-3.00 p.m


4.35 p.m-5.45 p.m


9.00 p.m-10.45 p.m


11.45 p.m-5.00 a.m
Breakfast
-at airbnb

Check out from airbnb to Roma Termini


Travel by train from Roma Termini to Venize Mestre


From Venizia Mestre Trainstation to Venice Treviso (TSF) Airport
-by ATO

Fly from Venice Treviso (TSF) Aiport to Stansted Airport London
-by Ryan air

Ride bus from Stansted Airport London to Victoria Coach Station
-by National express

Ride bus from Victoria Coach Station
-by Mega Bus
Free


-


Return Ticket


Return Ticket



Return Ticket



Return Ticket



15.00


For sure, tentatif yang kami buat sememangnya ada perubaha bila tiba pada hari kejadian..biasalah nama pon tentatif kan..hehehe

Berapa jumlah keseluruhan?????

Haaaa..gi amek kalkulator dan kira sendiri ye..hahaha

Sekian sahaja perkongsian daripada kami :)

"First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016"

Wassalam.........................