Rumahku Syurgaku...
Yup, entry kali ni aku akan share tentang rumah pertama yang kami sewa setelah kami bernikah pada 22 April 2016 yang lalu..Alhamdulillah..hehehe
![]() |
| haaa..tu la rumah yang kami sewa..sorry, terlindung dibelakang pokok pulak..hehehe |
Rumah ni merupakan rumah flat sebenarnya..terletak berhampiran dengan Royal Lancaster Infirmary a.k.a Hospital Lancaster..kira kalau jalan kaki dalam 5 minit je..kalau nak ke city center pulak jalan dalam 20 minit je dah sampai..
Sebenarnya, ni bukan rumah yang kami plan untuk duduk pada awalnya..rumah yang kami plan sebenarnya terletak bersebelahan dengan jalan utama city centre..kalau jalan kaki ke Hospital Lancaster pon lebih kurang dalam 5 minit jugak..tapi dekat dengan city center..bila kita cakap dekat dengan city center dekat UK ni bermaksud dekat dengan kedai, shopping mall dan sebagainya..tapi disebabkan ada masalah dari segi dokumen, jadi pihak agen taknak proceed permohonan kami..memang frust waktu tu sebenarnya..sebab nak kene cari rumah yang lain pulak..
Alhamdulillah, rupanya Allah SWT nak bagi rezeki yang lebih baik..dengan bantuan rakan dorang jadi wakil bagi kami untuk view rumah tersebut..haaa..dekat UK ni, setiap penyewa atau pembeli kene view terlebih dahulu rumah tersebut..tak boleh main sewa atau beli je..kalau nak beli confirm nak kene tengok dulu kan?tapi kalau setakat style orang Malaysia, setakat sewa tu just closed deal tanpa view je..especially kalau mereka yang mencari rumah sewa disebabkan faktor kerja..memang takde masa nak view dulu la kan..hehehehe
![]() |
| haaa ni la rumah kami sekarang.. Alma House namanya |
So, lepas rakan kami view kan rumah bagi pihak kami..terus kami proceed dengan dokumen dan sebagainya..memang leceh process untuk sewa atau beli rumah dekat UK ni..banyak yang kene go through dari segi dokumen..perlu ada pengesahan dan sebagainya..nak tau apa dokumennya??haaa meh tengok list dekat bawah ni ye..
Antara list dokumen yang diperlukan;
1-Passport
2-Visa
3-Biometric Resident Permit (BRP)
4-Surat Pengesahan Bekerja
5-Penyata Kewangan
Haa..tu la antara dokumen yang diperlukan..dan segala urusan perjanjian sewa rumah dibuat dengan agen ye..bukan dengan tuan rumah tu sendiri..everything is documented and signed..memang ada perjanjian sewa yang betul-betul proper..dan semuanya dibawah kawalan oleh pihak kerajaan UK..kalau dekat Malaysia ada jugak perjanjian sewa..tapi mungkin ada perjanjian yang antara penyewa dan tuan rumah sahaja..kalau jenis tuan rumah yang rajin, siap ada "mati-stem" dekat pejabat HASIL..tu kalau rajin la..macam aku dulu malas..perjanjian sewa untuk penyewa rumah pon takde..main percaya je dengan penyewa..tapi Alhamdulillah rezeki dapat penyewa yang baik macam Bidi, Mat, Deris, Ali, Zaki dan sebagainya..kalau penyewa yang tak berapa nak ok pulak aku bagi notis 2 minggu untuk cari rumah sewa lain..kalau yang buat aku betul-betul bengang (sebab campur dengan kes lain) aku bagi notis 24 jam je..hahaha
Selepas submit semua dokumen, proses verify segala dokumen yang kita serahkan akan mengambil masa selama 2 minggu..lepas semua dokumen lepas baru proceed untuk bayar deposit dan sewa rumah..Alhamdulillah, untuk deposit kami cuma perlu bayar untuk 1 bulan sahaja..dan sewaan rumah ni pulak sebanyak 495 pound setiap bulan..dan kami mula pindah masuk ke rumah ni pada 15 Julai 2016 yang lalu..hehehe
Dah, jom masuk dalam rumah ni!
![]() |
| haaa..tu dia pintu masuk ke dalam rumah |
Rumah flat yang kami sewa ni mempunyai 2 buah bilik tidur berasingan, ruang tamu yang berasingan, ruang dapur berasingan dan 1 bilik air + tandas yang berasingan..maksud berasingan ni kira macam dia ada pintu sendiri kalau nak masuk ruang tersebut..so, kalau ikut budaya orang Melayu, memang sangat selesa dengan rekabentuk rumah yang macam ni..kebanyakkan rumah flat yang ada dekat UK ni ruang tamu dan ruang dapur berada dalam ruang yang sama..tapi kalau budaya orang Melayu memang tak selesa kan kalau ruang tamu dan ruang dapur berada di tempat yang sama..yela, sebab nak masak terutamanya..orang sini kebanyakkan masakan dorang jenis yang ringan dan tak kuat sangat dari segi rasa dan rempah..tapi orang Melayu kita kalau masak memang bau rempah memang kuat..so, rasa kurang selesa pulak kalau tetamu ada betul tak??hehehe
FYI, rumah ni sebenarnya unfurnished a.k.a takde perabot disediakan melainkan dapur memasak dan kabinet dapur..haaa.FYI juga, mat salleh ni sangat mementingkan ruang dapur..dorang sanggup berhabisan duit untuk pastikan ruang dapur mereka cantik dan kemas..so, awal-awal masa masuk rumah ni, kami just tidur atas toto je la..hahaha
![]() |
| ruang aksess yang memisahkan antara bilik, ruang tamu, ruang dapur dan bilik air + tandas |
![]() |
| ruang dapur |
![]() |
| ruang dapur lagi..hehehe |
Sikit-sikit kami beli peralatan dan kelengkapan rumah..ada yang kami beli baru dan ada yang kami beli secara second-hand sahaja..kebiasaannya kalau benda yang berkaitan dengan alat memasak atau menyediakan makanan macam microwave, periuk nasi, jug penapis air tu kami beli yang baru..yela rasa was-was jugak kalau beli second-hand..tak tahu apa la yang dorang masak guna peralatan tu kan..hahahaha..kalau macam katil, coffe table, sofa dan hiasan tu kami beli second hand je..senang kata selain dari peralatan dapur tu kami beli second hand je..tapi kalau peti sejuk tu memang kami cari second hand je..rezeki dapat beli dari orang yang vegetarian..so takde la rasa was-was..hehehe
![]() |
| washer dryer..fungsinya untuk membasuh dan mengeringkan pakaian..yang ni kami beli baru..sebab ruang rumah flat tak mengizinkan kami untuk membeli washer dan dryer secara berasingan..huhuhu |
![]() |
| peti sejuk yang comel..beli second-hand je.. |
Second-hand???mesti korang rasa ragu-ragu kan??hehehe
Kalau dekat Malaysia, bila cakap barang second-hand je mesti terbayang betapa teruknya rupa bentuk barang tersebut betul tak??hehehe..buktinya??ada kawan kami yang baru sampai dari Malaysia dan tak pernah ada pengalaman lagi di sini..jadi semua barang yang mereka beli adalah barang yang baru!!fuhhhh memang banyak la perbelanjaannya..di UK, kabanyakkan orang-orang sini pandai jaga barang..especially kalau memang mat salleh..memang dorang sangat pandai menjaga barang..kadang-kadang kami sendiri macam tak percaya yang dorang dah guna barang tersebut lebih dari 10 tahun..
For sure, bila cakap barang second-hand memang harganya jauh lebih murah..syaratnya kita kena pandai cari je la..hehehe..biasanya kami akan cari barang melalui website Gumtree, Ebay, Amazon etc..takpun guna aplikasi melalui handphone seperti Shpock..
Nak tengok hasil tangkapan barang second-hand??meh tengok gambar dekat bawah ni ye..hehehe
Haaaa..tu la ruang tamu kami..semua barang dibeli secara secondhand sahaja..dan total kos untuk semua barang tersebut hanya 150 pound sahaja..kami sangat terkejut bila coffe table yang kami beli tu hanya dijual dengan harga 10 pound sahaja..dan ianya diperbuat daripada kayu Mahogany beb!!kalau kami tengok dekat website, harga coffe table yang mempunyai design yang hampir sama dan diperbuat daripada kayu Mahogany semuanya bermula dengan harga 200 pound ke atas..dan kami cuma beli dengan harga 10 pound sahaja..fuhhh..bersyukur betul!
Jujur, bab-bab pilih barang dan design rekaan hiasan dalam rumah memang aku serahkan dekat orang rumah je..sebab beliau memang kreatif dalam menghias dan memilih barang yang sesuai..hehehe
Alhamdulillah, sekarang rumah serba sedikit dah dihias..ruang bilik, ruang laluan akses dan bilik air dah ada meja dan pasu bunga..dah ada gambar-gambar dekat dinding..bak kata isteri "Haa..baru lah nampak macam rumah orang yang dah kahwin..ni tak, sebelum ni nampak macam rumah orang bujang je.." Memang betul pon..nak tunjuk gambar dalam blog ni pon segan je..hahahaha

Pada mulanya memang aku sendiri berat untuk berbelanja dekat hiasan..yela, rumah sewa je kan..lain la kalau rumah yang kita beli..tapi, bila mana isteri dah mula bersuara berulang-kali, nak atau tak kene ikut jugak la kan..sebab tu ada satu tagline popular "Sekiranya anda hendak mengubah dunia, sila lakukan sebelum anda berkahwin..selepas berkahwin, belum tentu anda dapat ubah siaran TV dirumah anda sendiri"..seems legit!hahaha
Rumah yang kami duduk menggunakan elektrik bagi tujuan memasak, boiler air dan bagi penggunaan pemanas dalam rumah..kiranya, takde penggunaan gas la..maybe mungkin sebab faktor keselamatan bagi rumah flat, jadi pihak kerajaan hanya membenarkan penggunaan elektrik sahaja..pada awalnya memang dalam kepala aku fikir mesti bil elektrik melambung tinggi setiap bulan..hahaha
Tapi sebenarnya tidak..hehehe
Dan yang paling best, di UK kita boleh memilih electricity & gas provider yang kita suka..kalau di Malaysia perkhidmatan eletrik hanya dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan Semenanjung dan pembekal yang khusus bagi Sabah dan Sarawak..jadi rakyat Malaysia tidak ada pilihan lain..
Berbeza di UK, kita diberi pelbagai pilihan untuk memilih..terdapat lebih 15 eletrical & gas provider di UK..korang just perlu pilih mana yang sesuai dan murah mengikut penggunaan korang..
Ehhh..kenapa aku cakap pasal gas provider pulak kan???haaaaa...hehehehe..dekat sini, kalau rumah yang menggunakan gas untuk memasak, boiler dan memanaskan rumah, gas tersebut dibekalkan secara terus ke rumah..memang jauh berbeza dengan Malaysia..kalau dekat Malaysia, kita kene beli tong gas dan pikul masuk ke dalam dapur..tapi dekat UK, semuanya telah tersedia sewaktu anda membeli/menyewa rumah..sebab dorang dah siapkan awal-awal pipeline gas terus ke dalam rumah..
Jadi, kita cuma perlu pilih mana provider yang kita suka je la..haaa kami guna website GoCompare untuk tahu provider yang sesuai dengan penggunaan elektrik rumah kami di sini..hehehe
Untuk penggunaan air pun sama jugak..ada banyak provider di UK..cuma, di UK dia dah tetapkan provider ikut kawasan tempat tinggal..senang cerita macam takde pilihan lain la untuk air..hahaha
Haaa..cuba teka berapa bil elektrik dan air kami setiap bulan???
Hehehehe
Untuk bil elektrik, dekat sini dia pakai estimate..dorang akan amek reading setiap 6 bulan..actually bukan dorang pon yang amek reading tu..kami kene hantar gambar meter dekat apps dalam handphone je..so dia akan buat projectile berapa kos setiap bulan yang akan datang yang kami perlu bayar..risau terlebih bayar setiap bulan??jangan risau, once bila dorang dapat reading yang kita hantar syarikat pembekal akan kira semula dan buat adjustment terhadap pembayaran yang akan datang..kalau korang terlebih bayar, so dia akan potong..tapi kalau korang bayar kurang, dia akan tambah la dalam bil tu..hehehe..simple je kan??
So far, untuk penggunaan selama 4 bulan, kami perlu bayar sebanyak 106.00 pound..kira purata 26.50 pound setiap bulan..sebenarnya, kadar bayaran ikut penggunaan kita..kalau ikutkan projectile yang dibuat, bulan Julai kami perlu bayar hanya dalam 16.00 pound, manakala bulan Ogos sekitar 23.00 pound dan meningkat sehingga bulan Disember iaitu 65.00 pound..kenapa naik??simple, sebab bulan Disember tu musim sejuk dan dorang anggarkan penggunaan elektrik meningkat disebabkan penggunaan heater, boiler serta dryer (mesin pengering pakaian)..
Haa..macam mana dengan bil air pulak kan??rumah ni sebenarnya takde meter air langsung..semuanya pakai flowrate je..jadi kami kene bayar bulan-bulan sebanyak 36.00 pound tanpa mengira berapa banyak penggunaan air..mula-mula kami bayar je..tapi bila dah dapat bil elektrik, kami evaluate semula la..mana logik bil air lebih tinggi daripada bil elektrik..nak hidupkan laptop atau tv guna air ke??so, kami call syarikat air tersebut untuk pasang meter..which mean, kami hanya perlu bayar bil air mengikut penggunaan sahaja..pemasangan meter adalah percuma je dekat sini..hehehe
Duduk 2 orang nak guna air banyak mana je???!!
Lain la kalau ada bukak car wash dekat rumah ni..baru la puas hati pakai bayaran secara flowrate..sebenarnya aku dah plan macam tu pon..charge basuh kereta 10 pound sebiji sehari dapat 10 biji kereta sehari dah boleh bayar bil air flowrate untuk 3 bulan..hahahaha
Sama macam elektrik, dorang akan amek reading..cuma untuk bil air ni, dorang akan datang kerumah untuk amek reading tapi tak perlu masuk dalam rumah pon untuk amek reading..sebab dorang guna bluetooth je..dekat meter air tu ada device bluetooth..so, tak perlu susah-susah untuk berada dekat rumah..untuk makluman, meter air kami dipasang di dalam rumah..
Tapi setakat ni kami belum dapat bil air lagi..cuma, yang bestnya kalau kami rasa bil air yang dikira ikut penggunaan lebih mahal dari flowrate, kami boleh tukar pembayaran bil air kepada flowrate semula..hahaha
Lagi 1, air yang keluar dari pili dekat UK ni boleh diminum terus..yup!selamat untuk diminum..tak perlu nak masak terlebih dahulu..tapi bila tengok sistem paip dalam rumah memang logik pon..paip guna material copper tu!memang material yang tidak akan berkarat..pili air pulak guna stainless steel atau aloi..memang la tak risau berkeladak atau berkarat..hehehehe
Untuk internet pulak, sekali lagi kami guna website GoCompare untuk cari provider yang terbaik..dan akhirnya kami memilih Sky sebagai internet provider kami..bulan-bulan cuma perlu bayar 22.50 pound sahaja dan ikat selama setahun..takpe, tahun depan kalau jumpa provider lagi murah tukar je ler..hehehe
Haaa..setakat ni jela share daripada kami ye..nak uruskan order daripada customer dulu..
Kalau berminat untuk tanya atau beli barang dari UK, boleh roger-roger nombor dekat bawah ye..whatsapp je senang..takpun boleh cari #barangdariUK dalam blog ni untuk tahu barang apa yang biasa orang Malaysia order dari UK..hehehe
+447521277358 - Fahmi
Wassalam.......

| haaa ni la panel meter tu..hehehe |

| zoom sikit panel meter kami tu..hehehe |
Haa..macam mana dengan bil air pulak kan??rumah ni sebenarnya takde meter air langsung..semuanya pakai flowrate je..jadi kami kene bayar bulan-bulan sebanyak 36.00 pound tanpa mengira berapa banyak penggunaan air..mula-mula kami bayar je..tapi bila dah dapat bil elektrik, kami evaluate semula la..mana logik bil air lebih tinggi daripada bil elektrik..nak hidupkan laptop atau tv guna air ke??so, kami call syarikat air tersebut untuk pasang meter..which mean, kami hanya perlu bayar bil air mengikut penggunaan sahaja..pemasangan meter adalah percuma je dekat sini..hehehe
![]() |
| tu dia meter air kami..hehehe |
Duduk 2 orang nak guna air banyak mana je???!!
Lain la kalau ada bukak car wash dekat rumah ni..baru la puas hati pakai bayaran secara flowrate..sebenarnya aku dah plan macam tu pon..charge basuh kereta 10 pound sebiji sehari dapat 10 biji kereta sehari dah boleh bayar bil air flowrate untuk 3 bulan..hahahaha
Sama macam elektrik, dorang akan amek reading..cuma untuk bil air ni, dorang akan datang kerumah untuk amek reading tapi tak perlu masuk dalam rumah pon untuk amek reading..sebab dorang guna bluetooth je..dekat meter air tu ada device bluetooth..so, tak perlu susah-susah untuk berada dekat rumah..untuk makluman, meter air kami dipasang di dalam rumah..
Tapi setakat ni kami belum dapat bil air lagi..cuma, yang bestnya kalau kami rasa bil air yang dikira ikut penggunaan lebih mahal dari flowrate, kami boleh tukar pembayaran bil air kepada flowrate semula..hahaha
Lagi 1, air yang keluar dari pili dekat UK ni boleh diminum terus..yup!selamat untuk diminum..tak perlu nak masak terlebih dahulu..tapi bila tengok sistem paip dalam rumah memang logik pon..paip guna material copper tu!memang material yang tidak akan berkarat..pili air pulak guna stainless steel atau aloi..memang la tak risau berkeladak atau berkarat..hehehehe
Untuk internet pulak, sekali lagi kami guna website GoCompare untuk cari provider yang terbaik..dan akhirnya kami memilih Sky sebagai internet provider kami..bulan-bulan cuma perlu bayar 22.50 pound sahaja dan ikat selama setahun..takpe, tahun depan kalau jumpa provider lagi murah tukar je ler..hehehe
Haaa..setakat ni jela share daripada kami ye..nak uruskan order daripada customer dulu..
Kalau berminat untuk tanya atau beli barang dari UK, boleh roger-roger nombor dekat bawah ye..whatsapp je senang..takpun boleh cari #barangdariUK dalam blog ni untuk tahu barang apa yang biasa orang Malaysia order dari UK..hehehe
+447521277358 - Fahmi
Wassalam.......

murahnye letrik. and ingatkan air dkt UK ni free
ReplyDeleterugi syarikat air kalau bg free..huhuhu
Delete