Tempat Yang Dilawati...
>>>Rome, Itali
Jumaat..
Pada waktu pagi, kami meluangkan masa berada di Colleseum, Roman Forum dan Palatine Hill..kemudian, pada waktu petang kami bergerak menuju ke sebuah tempat yang menjadi mercu tanda dan keagungan kita sebagai orang Islam..
Mosque Of Rome!
| Rome Grand Mosque |
Alhamdulilllah, kami berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Masjid yang terletak di bandar Rome..lokasi yang lebih tepat ialah di Anna Magnani..sewaktu di Venice, kami tidak berpeluang untuk menziarahi masjid di pulau Venice..kerana masjid tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa tempatan..tetapi, masjid di sini masih kekal hingga ke hari ini dan inshaAllah akan kekal selamanya di sini..
Bayangkan, di kota yang terkenal dengan pusat berkumpul para penganut agama Kristian rupanya terdapat sebuah masjid yang besar..
Ianya menjadi mercu tanda bahawa usaha dakwah dijalankan dengan baik di Itali khususnya di bandar Rome..
Masjid ini diasaskan oleh Raja Muhammad Hassan bersama dengan Permaisuri Razia dari Afghanistan dan dibiayai oleh Raja Faisal dari Arab Saudi..tapak bagi pembinaan masjid ini telah diberikan oleh pihak berkuasa Rome pada tahun 1974, tetapi pembinaan bermula pada 1984 dan siap sepenuhnya pada 1994..
Pembinaan masjid ini telah memakan belanja sebanyak 40 Juta Euro pada masa tersebut..secara umumnya, masjid ini mampu untuk menampung seramai 12,000 orang jemaah dalam satu masa..dimana seramai 2,500 orang jemaah ditempatkan di ruang utama masjid..sehingga kini, masjid tersebut merupakan tempat tumpuan utama bagi aktiviti masyarakat yang beragama Islam di Rome..
| ruang solat utama |
| pemandangan jauh dari hadapan masjid |
Alhamdulillah, kami berpeluang untuk menunaikan solat jama' zuhur dan asar di dalam masjid ini..kami juga dipertemukan dengan seorang rakan dari Canada yang juga merupakan seorang pelancong dan mengambil peluang untuk menziarahi masjid ini..
| bergambar bersama Muhammad dihadapan pintu masuk ruang utama masjid |
Selain dari itu, kami juga berpeluang untuk melihat aktiviti masyarakat Islam di Rome yang diadakan di sekitar kawasan masjid tersebut..
| bazar yang dibuka di luar kawasan masjid |
Lazimnya, bazar dibuka pada hari Jumaat seawal jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang..disini, anda boleh menikmati pelbagai juadah yang dijual..selain itu juga, ada juga peniaga yang menjual keperluan asas harian seperti beras, sayuran bahkan pakaian turut di jual di sini..
Nak cari peralatan elektrik??yup, anda boleh cari di bazar ni..hehehe
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasa pelbagai makanan yang dijual disini..nak tahu apa makanan yang kami rasa??inshaAllah part khas berkenaan dengan makanan di Itali akan kami kongsikan dalam part yang ke 5 ye..hehehehe
Setel solat & makan disini, kami meneruskan pengembaraan kami ke St. Peter's Basilica di Vatican City pulak!
>>>St. Peter's Basilica, Vatican City
| St. Peter's Basilica |
Here we go..St. Peter's Basilica ni terletak di Vatican City..ianya mula dibina pada 18 April 1506 dan siap pada 18 November 1626..jom kita tengok rekabentuk dalam gereja terbesar di dunia ni ye..
Basically, gereja ni merupakan tempat tumpuan utama di dunia..especially bila proses perlantikan ketua pader dunia yang baru..kalau siapa yang rajin tengok movie, mesti pernah tengok cerita Angels & Demons betul tak??most of scene cerita ni bertempat di Rome & Vatican City dan salah satu tempatnya ialah di St. Peter's Basilica..dimana proses pemilihan paderi yang baru diadakan..haaa kalau asap hitam bermaksud pemilihan ketua paderi GAGAL..tapi kalau asap putih bermaksud, ketua paderi yang baru telah BERJAYA di pilih..hehehe
Kebetulan, pada waktu kami melawat di St. Peter's Basilica, mereka mengadakan sebuah majlis yang dinamakan sebagai "Recitation of Holy Rosary"..kalau ikutkan pemahaman aku berdasarkan apa yang paderi tu cerita, majlis ni kira macam majlis doa selamat la..cuma, kali ni dibuat secara besar-besaran..kalau nak tahu lebih detail korang boleh try google ek..hehehe..dah, meh tengok gambar sekitar persediaan majlis tersebut..
Sebelum kami nak memasuki dalam gereja, kami perlu melalui kawalan keselamatan terlebih dahulu..bahkan setiap orang yang nak masuk memang wajib lalu kawalan keselamatan tersebut..masa tu agak berdebar jugak la..sebab sepanjang pengamatan kami, kami merupakan satu-satunya pengunjung beragama Islam yang datang ke gereja tersebut..masa aku dan isteri nak melalui kawalan keselamatan, memang guard tu tengok atas bawah je la..huhuhu
Memandangkan dekat gereja ni dah nak mula majlis mereka, kami pun mengambil keputusan untuk beredar ke tempat yang seterusnya..apa-apa pun, aku sangat kagum dengan senibina gereja tersebut..memang hebat architecture dan engineering masa zaman dahulu!
| para paderi mula mengisi kekosongan tempat duduk tersebut.. |
Maybe ada orang yang tertanya-tanya, di mana lokasi St. Peter's Basilica ni sebenarnya..ramai yang menggangap lokasi St. Peter's Basilica berada di Rome, Itali..sebenarnya SALAH!!St. Peter's Basilica terletak di Vatican City bukannya di Rome ataupun di Itali..
Why???????????????????????????
Because, Vatican City is A COUNTRY!!
Yes.........
Vatican City merupakan sebuah negara dengan rasminya pada 11 Februari 1929 apabila menerima kemerdekaan dari Itali..hanya dengan keluasan sebanyak 110 ekar, Vatican City mempunyai pentadbirannya sendiri..termasuk dari aspek kerajaan, politik, perundangan, keselamatan, ekonomi dan sebagainya..bahkan, ianya turut mempunyai pejabat pos & perpustakaan negara yang tersendiri..namun, dari segi matawang Vatican City menggunakan matawang Euro sebagai matawang negara mereka..dari segi pembangunan ekonomi pula, mereka menerima sumber ekonomi dari sumbangan gereja di seluruh negara..
So, sebenarnya kami pergi melancong ke 2 buah negara iaitu Itali & Vatican City..hehehehe
| bergaya sungguh guard ni..hehehe |
| this is Swiss Guard.. |
Dari aspek keselamatan, Swiss Guard telah diberi tanggungjawab untuk mengawal secara keseluruhan dari aspek keselamatan negara Vatican City..Swiss Guard telah diasaskan Pope Sixtus IV pada kurun ke 15 apabila beliau membuat kerjasama dengan Swiss Confederacy atau dengan kata mudah kerajaan Swiss pada masa tersebut..
Then, kami teruskan pengembaraan kami ke negara Itali semula..hehehe
Next destination is Piazza Navona!
>>>Rome, Itali
Fuhhhh..akhirnya, setelah acah-acah travel, hanya dengan berjalan kaki sahaja kami berjaya merentasi antara 2 buah negara dalam masa 10 minit sahaja..amacam???power tak???hahaha
| Piazza Navona |
Basically, Piazza Navona ni merupakan sebuah dataran yang menempatkan pelbagai aktiviti masyarakat pada masa dahulu..antaranya adalah aktiviti ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya..terdapat 3 buah kolam air disini iaitu, Fontana Del Nettuno, Fontana Del Moro dan yang paling utama ialah Fiumi Fountain..
| Fiumi Fountain |
Aiseh, gambar Fontana Del Moro tak sempat nak amek sebab kekangan masa..hehehe
Begitulah ceritanya...hehehehe
So, our next destination is The Pantheon!
| The Pantheon |
The Pantheon merupakan sebuah kuil yang tertua di Rome yang mana sekarang ni ianya dijadikan sebagai sebuah gereja..apa bezanya antara kuil (temple) & gereja (church)???hah!sila google sendiri ye..hahaha
Bangunan ini mula dibina pada 118 AD dan siap pada 128 AD dan ianya kekal hingga ke hari ini!
Yang menarik tentang Pantheon bagi aku adalah dari segi struktur binaan dan kejuruteraan dalam penghasilan bangunan tersebut..how come bangunan yang berusia mencecah ribuan tahun dapat kekal sehingga ke hari ini???
Sedangkan struktur bangunan yang dibina pada zaman sekarang pun belum tentu kukuh dari aspek pembinaannya..ambil contoh Stadium Gong Badak di Terengganu yang dibina pada 2006 dan siap pada tahun 2008 namun runtuh setahun berikutnya..macam mana stadium yang bernilai RM 292 Juta boleh runtuh dalam masa setahun selepas pembinaannya??
Here we go..dari segi pembinaan, rekabentuk dalam Pantheon merupakan rekabentuk sebuah sfera yang memiliki diameter 43.3 meter..lebih hebat apabila setiap bahagian dalam bangunan tersebut dibina dengan menggunakan material yang berlainan..analisis FEA (Finite Element Analysis) oleh Mark & Hutchison pada 1986 menunjukkan bahawa daya ketahanan regangang maksimum a.k.a maximum tensile stress pada bahagian sambungan luar dome tersebut hanya 128 kPa SAHAJA!kalau ikutkan logik akal dengan daya tahan yang macam tu, struktur dome tidak mampu bertahan sehingga ke hari ini..kalau ikut minimum standard Safety Factor dalam engineering, atleast bangunan tersebut mesti memiliki 1.5 daripada nilai ketahanan asal..seandainya Apollodorus of Damascus, seorang jurutera + arkitek + interior design yang dipertanggungjawabkan terhadap reka bentuk Pantheon mengambil kira faktor keselamatan 1.5, ini bermakna rekabentuk ketahanan bahagian tersebut hanya 85.33 kPa SAHAJA!
Siapakah Apollodorus of Damascus??beliau merupakan individu yang membina Trajan's Column, Trajan's Forum dan pelbagai binaan unggul yang lain..last but not least, beliau berasal dari Syria!!!semoga Allah SWT merahmati bumi Syria dan membebaskannya daripada kezaliman..
Tapi, macam mana mereka dapat membina bangunan yang kukuh sebegitu rupa???????we need to dig out more and more.......
Jam semakin menghampiri 6.30 petang, kami mengambil keputusan untuk beredar dari tempat tersebut..kami tinggalkan senibina bangunan dan sejarah yang agung dengan seribu satu persoalan yang tidak terjawab..
Malam ini, merupakan malam terakhir kami di Itali..jadi, kami abadikan kenangan kami bertiga di Itali dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran yang terkemuka di bandar Rome!kami akan kongsikan tempat makan yang kami singgah sepanjang kami berada di Itali dalam part 5 ye..
Sedih sebenarnya bila nak meninggalkan bumi Itali..indahnya di sini kerana terdapat 2 buah pertembungan agama di sini..antara agama Islam yang diwakili oleh Great Mosque of Rome dan agama Kristian yang diwakili oleh St Peter's Basilica..
No comments:
Post a Comment