Bocah Kecil...
Bocah ni dalam bahasa Indonesia kalau translate dalam bahasa Melayu maksudnya anak atau budak la..maklumlah, dah ada akak ipar dari negara sebarang, jadi konon-kononnya kena la belajar bahasa Indonesia serba-sedikit..tapi hakikatnya, kecek Klate pom dop lepas lagi..teringat masa ada dalam kereta bersama mertua lepas sarapan pagi..mertua dok sebut "sesamah sutir" aku yang totally blur pon angguk dan mengiyakan je la apa yang mertua cakap..rupanya mertua aku nak bagitahu, harga benih tembikai tu 50 sen sebutir..hahaha..sampai lah orang rumah aku tegur, "kenapa abang dok angguk je bila abah tanya tadi???abah tanya soalan banyak kali dekat abang tadi..nape tak jawab?", aku pon dengan blurnya jawab balik "laaaaaa..abah ada tanya soalan ke tadi??mana la abang faham sayang oi..hahaha"
So, berbalik semula kepada tajuk asal post ni..hehehe..Alhamdulillah, rezeki dan kurnia daripada Allah SWT kepada kami yang baru bernikah dengan bakal menerima kehadiran seorang cahaya mata..Sebenarnya, kami sendiri tidak menjangka akan menerima kehadiran cahaya mata kami dengan begitu cepat..sebabnya, sepanjang pengalaman aku bilamana melihat rakan-rakan yang dah berkahwin ramai dalam kalangan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata..sehinggakan ada di antara mereka yang mencuba ikhtihar melalui perubatan moden dan tradisional..tapi masih belum dikurniakan cahaya mata..semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dalam memperolehi cahaya mata, Allahumma Ameen!
Throwback sikit gambar waktu majlis nikah di Kelantan ye..hehehe
![]() |
| rupanya kadi yang nikahkan kami orang Melakau!boleh la kawtim..hehehe |
Selepas selesai majlis perkahwinan kami di Kelantan dan Melaka, kami berpisah jarak seketika..waktu tu, isteri masih mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan pengajiannya di sini dan aku pulak masih bekerja di Malaysia..
![]() |
| majlis di Kelantan |
| majlis di Melaka |
Alkisahnya waktu isteri berangkat ke UK, belum ada tanda-tanda kehamilan..dan kami pun memang tidak menjangkakan sebarang kehamilan waktu tu..sehinggalah pada satu hari isteri mengadu tak sedap badan dan tak selesa..jadi, awalnya aku minta supaya makan panadol terlebih dahulu..tapi, bila makan panadol pon tak jalan kami terus decide untuk buat pregnancy test..first trial tu, memang negatif..then isteri pon buang je test kit tu..tapi aku pulak rasa tak sedap hati dan suruh isteri check semula result tadi..ternyata dari negatif bertukar jadi POSITIF!risau mana tahu pregnancy test tu dah ada containmination dengan unsur-unsur lain so kami decide untuk buat second trial..ahaaa..confirm POSITIF!
Alhamdulillah!
Jadi, apa lagi segala persiapan mental, fizikal dan spiritual perlu dipercepatkan untuk menerima kehadiran cahaya mata kami..
So, first step mestilah kena buat first pregnancy check-up dekat klinik atau hospital betul tak??Memandangkan isteri ketika itu berada di UK, jadi urusan check-up perlu dibuat di Leicester, UK..waktu tu memang la sangat sedih si isteri..sebab kena buat check-up sorang-sorang tanpa ditemani suami secara fizikalnya..tapi secara maya, kami buat video call waktu tengah check-up tu..cuma, dekat UK tu petang tapi waktu dekat Malaysia dah masuk awal pagi dah..huhuhu
Tapi, memandangkan waktu tu isteri dah nak balik ke Malaysia semula untuk sambut Hari Raya Aidilfitri jadi tak banyak proses check-up yang boleh dilakukan..dan sewaktu di Malaysia pulak, disebabkan waktu sangat terhad dan sibuk dalam menguruskan visa, barang persiapan untuk ke UK bersama dan pelbagai urusan yang lain kami tidak berkesempatan untuk check-up di Malaysia..tapi, sebelum balik beraya tu klinik dah bagi advise dan bekalkan ubat-ubat yang perlu dimakan pada awal waktu pregnancy..
Sehinggalah selesai urusan konvokesyen isteri dan kami berpindah ke rumah sewa kami di Lancaster, barulah kami sambung semula proses check-up dan sebagainya..haaa..first klinik kami adalah di Scale Hall Surgery LA1 5BY..walaupun dah pernah check-up di Leicester tapi maklumat tidak bertukar tangan antara GP (General Practitioner) di Leicester dan Lancaster..so, kira kami kene buat semua perkara berkaitan dengan first check-up pregnancy sekali lagi disini..huhuhu
Hampir 1 jam jugak proses untuk check-up tu..semasa check-up tu, midwife bagi satu beg yang berisi maklumat dan buku check-up bagi ibu mengandung..meh tengok beg tu jom..
Amacam??cantik tak beg ni??membuatkan rasa macam nak mengandung banyak kali je kan..sebab nak dapat beg macam ni..hehehehe
Cuba kita perhatikan dekat beg tu..dekat beg je dah berapa banyak info yang dipaparkan tentang pregnancy ni..then, siap ada bagitahu website yang boleh kita jadikan sebagai rujukan sepanjang tempoh pregnancy..yup, fully informative! so, kalau anda berminat untuk tahu maklumat dengan lebih lanjut just go through je ye website yang diberikan tu..
Dalam beg ni ada pelbagai benda yang dimuatkan..yang paling utama mestilah buku check-up kan??meh tengok buku check-up untuk pregnancy mom dekat UK ni ye
![]() |
| haaa..ni muka depan buku tu |
![]() |
| ni pulak antara info yang dipaparkan dalam buku tersebut |
Banyak lagi info yang dikongsikan dalam buku ni..inshaAllah kami akan kongsikan dalam post yang akan datang ye..hehehe
Selain dari buku tu, ada dikongsikan pelbagai pamplet, booklet, flyers dan sebagainya dalam beg ni..antaranya ialah;
Dan ada 1 buah buku yang dibekalkan dalam beg ni..memang cantik dan menarik dari segi presentationnya..dan bila baca isi kandungan buku tu, memang penuh dengan pelbagai info berkaitan dengan ibu yang sedang mengandung dan anak yang berada dalam kandungan tersebut..
Jom tengok sikit isi kandungan buku tu ye..
Bila baca buku tu secara tak langsung aku try untuk sediakan makanan-makanan yang berkhasiat untuk isteri dan anak..tapi tula..isteri pulak ngelat bab makan sayur dan buah..last-last aku yang banyak makan sayur dan buah..macam aku pulak yang mengandung..dia lebih suka makan cekedis-cekedis yang kurang berkhasiat..last-last aku buat peraturan, makan buah dan sayur sekali baru dapat makan 1 cekedis..kalau degil, aku sorokkan cekedis dekat tempat yang dia tak boleh nak capai..hahaha
OK, sampai sini je dulu ye..inshaAllah lepas ni kami akan share info berkaitan dengan sistem/peraturan yang perlu dilalui oleh ibu mengandung di sini (untung dapat isteri yang bekerja di hospital dekat UK ni..sebab dapat tahu maklumat dengan lebih banyak..hehehe) dan info-info yang kami perolehi bila menghadiri kelas-kelas yang disediakan dan melalui emel yang kami terima ye..



















No comments:
Post a Comment