Tuesday, 6 December 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Makan...

>>>Venice, Itali

Ikutkan plan kami, mmg kami nak ada satu proper diner setiap kali kami travel ke sesebuah negara..so, kali ni kami decide awal-awal proper diner kami di Rome..

Tapi, kami akan sharekan lokasi dan menu yang kami makan sepanjang berada di Venice ni ye..

Lokasi yang pertama kami adalah MAJER..ianya merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis dessert dan aiskrim..kedai ni terletak di kawasan Campo San Zan Degola..

haaa...akak ni merupakan model MAJER merangkap cashier serta pelayan..3 in 1..hehehe

Kedai ni merupakan top 5 must visit seperti mana yang ditulis dalam link ni..hehehe

Kedai dia nampak simple, tapi sangat menarik..memang terliur kami bila masuk dalam kedai ni bila melihat pelbagai jenis aiskrim yang dijual..



Seriously, this is the best ice-cream shop yang pernah aku pergi..rasa aiskrim dia memang lain daripada yang lain..dan totally SEDAP GILER!

jom makan aiskrim dulu..hehehe

jangan sesekali mencuba minuman dalam botol dekat rak tu ye..hehehe

Memang rasa rugi kalau korang pergi ke Venice tapi tak berkesempatan untuk menikmati aiskrim di kedai ni..memang apa yang di tulis  dalam website tu sangat tepat..bahkan, kedai ni turut mempunyai websitenya tersendiri..haaa..ni link dia ye..

Kami beli aiskrim berperisa vanila dan diserikan lagi dengan kacang hazelnut..memang terangkat beb!

So, habis je aiskrim kami pon beredar dari kedai ni..tak boleh duduk lama-lama, nanti habis duit dekat aiskrim je..hahaha

Sebelum beredar, kita posing dulu dengan si penjual aiskrim..hehehe



Lokasi kedua kami adalah di AQUA E MAIS lokasi kedai ni berhampiran dengan Campo San Polo..korang taip kat google map pon boleh jumpa..hehehe...

Aqua E Mais

Ianya merupakan sebuah kedai berkonsepkan restoran sebenarnya..walaupun kita lihat secara kasar Aqua E Mais ni seolah-olah kedai yang menjual makanan sama seperti kedai yang lain tetapi ianya mempunyai review yang sangat baik dalam website Trip Advisor mahupun review dalam Google, bahkan ramai orang yang memuji mutu makanan yang disediakan!

Restoran ini juga menyediakan sarapan, makan tengah hari, makan malam & supper..last but not least, dia juga turut menyediakan brunch..iaitu makanan yang para pelancong boleh makan antara sesi sarapan dan makan tengah hari..

Kami datang ke kedai ni lebih kurang jam 5.30 petang, so kami tak berhajat untuk makan malam di sini..jadi kami just beli makanan ringan atau snek sahaja..hehehehe

tu dia..snek yang dijual..hehehe

Halal atau Haram????

Alhamdulillah, kedai ni kedai yang halal..jangan risau, ni halal JAKIM Malaysia punya..hehehehe..gurau je :)

For sure, once bila kita travel di negara orang as a Muslim kita wajib meletakkan Halal sebagai kriteria dalam pemilihan makanan kita..tak kan nak main sebat je makanan tu kan..so, macam mana kita nak tahu sama ada kedai yang menjual makann itu halal atau tidak??

Senang je, yang pertama sebelum kita keluar ke suatu tempat..kita taip dekat Google "Halal Food Near Me"...haaa..nanti keluarlah pilihan tu..senang kan??hehehehe..lupa nak bagitahu, tolong on kan GPS siap-siap masa nak google tu..

Macam mana kalau option pertama fail..which mean, mungkin kita terlupa untuk google terlebih dahulu sebelum kita keluar atau internet wi-fi tak ada..haaa ni option yang kedua pulak..senang je, korang tanya dekat kedai tu "Do you serve for vegetarian??"..kalau jawapannya "YES" ini bermakna kedai tersebut adalah HALAL kalau dia cakap "NO" mudah kata kedai tersebut adalah TIDAK HALAL..

WHY?????

Haaaaa..dekat area Europe, mereka sangat menitik beratkan soal Vegetarian, once bila dia claim makanan yang disediakan adalah sesuai untuk Vegetarian ini bermakna segala bahan yang digunakan diperbuat daripada baha-bahan yang berasaskan sayuran sahaja..Maknanya tidak menggunakan sebarang unsur haiwan..for sure, kalau cakap unsur haiwan maka khinzir merupakan unsur utama sebagai salah satu bahan yang ada dalam makanan..sebagai contoh, gelatin..

Macam mana kalau option yang pertama dan kedua tu FAIL???ada option ketiga..jangan risau..hehehe

Option ketiga, bawak barang mentah sendiri atau beli barang mentah di kedai yang halal..hehehehe

Ok, sambung balik pasal Aqua E Mais..meh tengok gambar makanan yang kami beli ek..hehehe

tu dia..sotong celup tepung..favourite orang rumah aku..hehehe

Dari segi harga, ianya bermula dari 3.00 euro..bergantung kepada jenis makanan dan kuantiti yang anda pilih..untuk sotong celup tepung tu, harganya hanya 4.00 euro sahaja..hehehe

Beratur oi nak beli makanan dekat sini..tak caya, tengok semula gambar yang pertama tu..kene berbaris untuk mendapatkan sotong celup tepung kami tu..hahaha..restoran ni siap ada website sendiri tau, haaa..boleh la rujuk link ni ye..

Lokasi ketiga???haaa ingat tak pasal option ketiga yang aku ceritakan sebentar tadi...ni la lokasi untuk option ketiga kami..hehehehe

kedai yang menjual makanan dan barangan halal

Haaa..dekat sini kami beli bahan mentah yang halal seperti salami dan hotdog..selain dari tu, kami turut beli sos MAGGI  sebijik rasa macam sos MAGGI dekat Malaysia tu..hehehe..kami beli bahan mentah untuk dijadikan sebagai sarapan kami sebelum keluar dari tempat penginapan..hehehe

Lokasi???sebenarnya aku dah tak ingat lokasi spesifik kedai ni..cuma, ianya terletak di kawasan Mestre dan berhampiran dengan tempat penginapan kami tu..hehehe

Tempat makan kami yang keempat pulak terletak lebih kurang 3 minit dari pintu masuk rumah penginapan iaitu kedai PIZZA KEBAB AL-FALAH..kami singgah dekat kedai ni untuk beli makanan bagi makan malam kami setelah seharian penat berjalan..hehehe

tu dia..kedai Pizza Kebab Al-Falah

Haaa..kedai macam ni kira kedai common la dekat seluruh Europe sebenarnya..perniagaan seperti ini di dominasi oleh warga Pakistan, India dan Arab...kebanyakkannya bermula daripada moyang mereka..kira macam orang tua-tua dahulu berhijrah ke Venice dan membuka kedai disini dan akhirnya diwarisi secara turun-temurun..hehehe



Alhamdulillah, kehadiran mereka di negara ni memang membantu dari aspek penyediaan makanan yang halal..so, kene berterima kasih sebenarnya dekat mereka ni..hehehe

Di sini, kami beli kebab dan burger sebagai makan malam kami..untuk kebab tu kami jadikan sebagai lauk yang akan dimakan bersama dengan nasi goreng instant yang kami bawa dari rumah..hehehe

Last but not least, tempat kami menikmati makanan yang kelima adalah di tempat penginapan kami sendiri..hahahaha..disebabkan tempat penginapan kami memang superb, jadi kami boleh menyediakan makanan sarapan dan makan malam kami sendiri..haaaa..meh nak share kami punya sarapan yang simple ni ye..hehehe



Haaa..tu la antara tempat yang kami pergi untuk menikmati makanan sepanjang kami berada di Venice..sebenarnya ada lagi tempat yang lain, yela..kalau tempat beli roti tu kan dikira sebagai tempat beli makanan jugak kan..tapi jenuh ler kalau nak post semua sekali..hahaha



>>>Rome, Itali


Di Rome, tidak banyak tempat makan yang kami pergi..sebabnya, kebanyakkan tempat makan yang ada khususnya yang Halal di dominasi oleh warga asing..jadi, kami hanya fokus untuk proper diner sahaja di sini tapi kami akan sharekan kedai makan yang kami singgah dan kami rasa sangat berbaloi sekiranya anda pergi ke kedai tersebut..tu pun kalau dekat ler dengan tempat korang..hahaha

Kedai makan pertama kami singgah adalah PERI PERI GRILL yang terletak berhampiran dengan stesyen kereta api Roma Termini..hehehehe



Sebenarnya, ni bukan kedai yang kami nak tuju waktu tu pon..kedai yang kami plan nak pergi tak dapat dijumpai..hampir 30 minit kami berpusing dekat kawasan berhampiran dengan Roma Termini untuk mencari kedai tersebut namun tetap gagal..punyalah rasa kecewa sehinggakan nama kedai tu pon aku dah lupa..hahaha

So, disebabkan perut dah terlalu lapar kami pon sebat je mana-mana kedai halal yang ada..tu la kisahnya kami bertermu dengan Peri Peri Grill ni..teringat pulak kisah dongeng Peri Peri yang disiarkan oleh telivesyen Indonesia iaitu SCTV bila sebut nama kedai ni..hehehe




Punya la rasa lapar sampaikan gambar makanan pon kami terlupa nak amek..hahaha..tapi basically, disini kami makan ayam goreng bersama pizza..nama dan jenis makanan yang lebih tepat aku dah lupa..huhuhu

Kami berada di sini sekejap je..dalam 30 minit macam tu..then, kami beredar untuk menuju ke destinasi yang seterusnya..tapi macam biasa, sebelum beredar kita bergambar dulu..sorry la gambar gelap skit..tukang amek gambar belum mahir ejas lighting lagi guna kamera ni..hehehe



Second place yang kami singgah adalah ISTANBUL KEBAB PIZZA yang terletak di berhampiran dengan stesyen kereta api Piazza Euclide..kami singgah disini ketika dalam perjalanan nak ke Grand Mosque of Rome a.k.a Masjid Rome..



Disini kami memilih hidangan doner kebab sebagai makanan untuk makan pada waktu tengah hari..dari luar jalan raya, kedai tersebut agak sukar untuk di lihat..sebab kedai tu kecik je..dan ruang makan yang ada pon memang sempit..

Tapi.......

Rasa makanan memang sedap!!!



Kami beli 1 pinggan dan kongsi bersama..itu pon hampir-hampir kami tak mampu untuk habiskan..tapi bila diingat pesanan orang-orang tua supaya jangan membazir dalam makanan, kami paksa juga makan sehingga habis..hehehe

walaupun lapar tapi masih tersenyum...hehehe

For the third place, which is our proper diner is TAVERNA DEL SEMINARIO yang terletak berhampiran dengan The Pantheon, yang mana ianya merupakan destinasi terakhir kami di Itali..



Restoran ni merupakan restoran yang tersenarai sebagai restoran TOP 10 di bandar Rome..dan kesemua hidangan yang ditawarkan adalah berasaskan makanan orang Rome dari zaman terdahulu hinggalah zaman sekarang...hehehe



So, kami pon dengan beraninya mencuba makanan yang popular di Itali...memandangkan kami sendiri tak pasti jadi isteri aku pon google dulu untuk mencari makanan apa yang special dekat Itali ni..hehehehe



Dah siap google, jom cari dalam menu pulak..hahaha



Sementara tunggu makanan sampai, kita bergambar dulu la ye..




Setelah 20 minit menunggu akhirnya makanan pon sampai..



Tapi sebelum makan, macam biasa typical manusia mesti la bergambar dulu dengan makanan kan..hahaha



Kalau dilihat seperti gambar di atas, aku pilih untuk makan pasta mana kala orang rumah pulak pilih untuk makan makanan laut Itali..as a starter meal, kami memilih ikan yang digoreng bersama tepung..hehehe

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di sini..yela makan tempat proper tak kan nak makan dengan gelojoh pulak kan..makan pon mesti ada class..hahaha

Time nak bayar ni agak berdebar jugak..takut-takut makanan yang kami makan tu mahal harganya..sebab dekat menu memang takde tulis harga pon..huhuhu..

So, ni lah rupanya jenis hidangan dan harga makanan yang kami makan tu...

jeng
jeng 
jeng.......

haaa...amacam??murah atau mahal??hehehe

Lega bila aku tengok bil tu..harganya memang sangat berpatutan..tak padan dengan masakan yang sangat sedap, harganya murah pulak tu!

Dah kenyang, apa lagi..balik ke tempat penginapan dan terus tido..sebelum tido, kami share kan dulu link website restoran ni ye..hehehe

Yang seronoknya, tempat penginapan kami di Rome menyediakan sarapan pagi..macam yang aku bagi tahu dalam post yang sebelum ni la..hehehe

So, tempat ke empat yang kami nikmati hidangan makanan merupakan di tempat penginapan kami sendiri..hehehe

Hari terakhir kami di Itali, tuan rumah Franco menyediakan sarapan pagi yang sangat istimewa..

Franco menyediakan sarapan pagi bertemakan klasik..dan segala peralatan yang digunakan semasa kami sarapan adalah sangat klasik..even dalam aspek penyediaan teh pon ada cawannya yang tersendiri..







Fuh...memang hebat!!!

Sebelum kami memulakan sarapan pada pagi tersebut, Franco terangkan tentang satu persatu berkenaan dengan hidangan sarapan tersebut..walaupun  kami mempunyai perbezaan dari segi bahasa tapi beliau tetap bersunguh-sungguh untuk memastikan kami tahu dan faham tentang hidangan sarapan klasik ni..huhuhu

Bahkan, beliau turut terangkan dengan teliti bagaimana cara penyediaan teh mengikut budaya orang Itali dari sejak dahulu kala..dan beliau membiarkan kami menyediakan sarapan kami sendiri dengan dibantu olehnya..

mula-mula panaskan susu dan air kosong dalam kole tu

kemudian, susu yang telah dipanaskan di masukkan ke dalam teko kecil

then, masukkan gula dan uncang teh ke dalam bekas khas dan letak di dalam cawan khas tersebut..lepastu, tuang air panas dan biarkan seketika sebelum mengangkat bekas khas tersebut..

Fuh...terasa macam masuk kelas seni kulinari pulak..hahaha..memang satu persatu cara dan teknik penyediaan yang Franco tunjukkan..

Memang KLASIK tahap SUPERB!!!

Pagi tu kami nikmati sarapan dengan penuh kenikmatan sambil mendengar muzik lagu tradisional Itali yang dimainkan melalui laptop Franco...

Gempak beb....

Sememangnya kami tidak dapat melupakan semua pengalaman dalam menyediakan sarapan ni..walaupun hanya sarapan yang ringkas tapi ianya penuh dengan budaya dan adat masyarakat Itali!

Apa yang kami boleh simpulkan dalam post kami kali ini, pastikan anda mengenali terlebih dahulu budaya dari segi makanan di tempat yang anda lawati..then, cuba untuk cari restoran yang halal dan nikmati hidangannya!

Kalau tidak, anda pasti akan rasa menyesal selama-lamanya!!!

No comments:

Post a Comment