Monday, 28 November 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 4 (B)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Yang Dilawati...

>>>Rome, Itali

Selepas sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke Colleseum..disebabkan tiket kami dah beli awal-awal lagi, jadi kami tak perlu rush untuk beratur..just collect tiket sahaja..so, better kalau nak ke Colleseum beli tiket siap-siap ye..haa..ni link tempat kami beli tiket..

Yang bestnya, Colleseum ni dekat dengan underground..so keluar je dari bangunan terus nampak Colleseum ni..hehehe

hai Colleseum..

Everyone in this world may know about this mega-structure building..mudah cakap, rakyat Malaysia memang confirm tahu tentang bangunan dan sejarah yang berkaitan dengan Colleseum  ni..kalau tak tahu, bermakna dia selalu ponteng kelas sejarah..tak pun jenis yang memang tak berminat untuk belajar sejarah..hehehehe..

Struktur bangunan yang ada pada zaman sekarang adalah sebahagian daripada peninggalan sejarah zaman dahulu..struktur yang lain ada yang musnah akibat kebakaran dalam peperangan..ada yang di tanggalkan kerana digunakan untuk tujuan yang lain..dan ada yang dimakan usia kerana faktor cuaca dan sebagainya..


Kami beli tiket Colleseum sekali dengan pakej tour selama 45 minit di dalam Colleseum ni..serius, sangat berbaloi kalau kita amek pakej tour ni sekali..banyak info yang kita boleh dapat..penerangan dilakukan dalam bahasa inggeris..so, no worries at all (speaking sikit..hehehe)

bersama tour guide kami 

Bagi aku, aku melihat Colleseum dari aspek sejarah dan kejuruteraannya..aku kagum dengan sejarah terdahulu Rome..dari segi pembinaan bangunan yang gah ni..dari aspek sejarah, Colleseum memainkan peranan penting dalam sejarah tamadun Rome..ianya dilihat sebagai satu simbolik kekutan sebuah kerajaan dan sebuah tamadun..

Melalui Colleseum, kita dapat melihat bahawa sesebuah tamadun itu diukur dari segi pembangunan dari segi aspek kemajuan dalam kedudukan masyarakat sosial, pembangunan dari segi ilmu dan intelektual, pembangunan dari segi teknologi, pembangunan dari sesgi sosio-budaya dan sebagainya..

pandangan struktur bahagian atas Colleseum

pandangan struktur dalam Colleseum

Pembinaan Colleseum dibuat sekitar tahun 70-80 AD..bangunan ini juga mampu memuatkan antara 50k-80k orang dalam satu-satu masa..bangunan di buat secara bertingkat..dan setiap tingkat mewakili status seseorang dalam masyarakat..sebagai contoh, di tingkat bawah merupakan tempat bagi pemerintah dan golongan bangsawan..manakala dibahagian atas adalah tempat bagi hamba abdi..

Umumnya, bangunan ini dibina sebagai tempat untuk hiburan..kalau kita lihat berdasarkan gambar di atas..bahagian tengah tersebut merupakan tempat perlawanan..dibawah tempat perlawanan (bangunan seakan kotak) merupakan tempat sangkar atau tempat untuk menyimpan haiwan yang digunakan dalam perlawanan..boleh tengok gambar di bawah ye..

dibawah pentas perlawanan merupakan tempat untuk meyimpan haiwan yang digunakan dalam perlawanan

Cuba korang fikir kejap, macam mana dorang nak bawak haiwan dari bawah pentas ke atas??haaa..di sini ilmu kejuruteraan di aplikasi..mereka mencipta lif sebagai pengangkutan haiwan tersebut..jika kita lihat dibahagian kanan pentas tersebut ada kawasan empat segi yang dipagar dengan kayu tu kan..haa..tu la lifnye..dan dikhabarkan, lokasi lif tersebut merupakan lokasi asal yang digunakan pada zaman dahulu..hehehe

Dari engineering, bangunan ini dibina dengan penuh teliti..mereka juga menggunakan ilmu material structure dalam proses pembinaan Colleseum ni..tak percaya???meh tengok gambar dekat bawah ni..hehehe

logam digunakan sebagai pengikat antara batu

Cuba kita lihat, mereka menggunakan logam sebagai pengikat antara binaan batu tersebut..selain itu juga, logam tu turut dicampurkan dalam batu tersebut..macam mana dorang buat??haaa..tu aku tak pasti..sbb aku tak berani nak korek batu tu..kang tak pasal-pasal aku berjaya buat sejarah baru pulak bila bangunan ni runtuh sebab aku..hahaha

Selain tu juga, sebahagian bahan binaan Colleseum di import dari Timur Tengah..secara tak langsung menunjukkan mereka juga belajar dan mengkaji tentang bahan binaan piramid yang dibina lebih awal dari Colleseum..dengan kata lain, dorang ni ada buat Reverse Engineering..hehehe

ikutkan hati nak je aku panjat patung kuda ni..hahaha

Hampir 2 jam kami berada di Colleseum dan kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Roman Forum pulak..

Tapi sebelum ke Roman Forum, kami singgah di Arch Of Constantine dulu..

pemandangan Arch Of Constantine dari atas Colleseum

pandangan Arch Of Constantine dari bawah

Sejarah menyebutkan bahawa pembinaan Arch Of Constantine adalah salah satu mercu tanda kejayaan dalam era pemerintahan Raja Constantine..bangunan ini terletak antara Colleseum dan Palatine Hill..

Roman Forum, our next destination..

pemandangan Roman Forum dari Palatine Hill

Sejarah menunjukkan bahawan kawasan Roman Forum ni ditemui pada tahun 753 BC dan mula dibangunkan pada tahun 715-673 BC sebagai tempat kota diraja..

sebahagian daripada tinggalan bangunan pentadbiran di Roman Forum


Kemudiannya, Roman Forum berkembang menjadi sebuah pusat pentadbiran kerajaan..kalau dekat Malaysia, Roman Forum ni kira macam Putrajaya ler..

penempatan bagi golongan bangsawan

Bila cakap tentang Putrajaya, salah satu elemen yang ada adalah Seri Perdana Putrjaya dimana ianya merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia..so, sama juga konsep di Roman Forum..di sini ada tempat kediaman bagi pemerintah dan para bangsawan..p/s: jangan tanya berapa bil air sebulan dekat Roman Forum ni..sebab zaman dulu tak ada water meter..hahaha


Lepas tu, kami ke Palatine Hill pulak..

minum air dan rehat dulu dekat atas puncak bukit Palatine Hill ni..

Di khabarkan, Palatine Hill ni merupakan tempat populasi awal tamadun Rome..dekat sini terdapat bangunan stadium yang dibina bertujuan untuk tempat perlawanan antara haiwan..tetapi, disebabkan saiz yang agak kecil, stadium ni akhirnya dijadikan sebagai tempat lumba lari..kira kalau dalam bahasa Malaysia, jadi padang balapan ler..hehehehe..

Yang bestnya, dari atas bukit Palatine Hill ni..kami boleh lihat pemandangan Roman Forum, Colleseum dan sebahagian dari bandar Rome..





Haaa..dari sini juga kita boleh lihat secara keseluruhan struktur binaan yang ada di Roman Forum..termasuk tempat mandi awam..hehehehe

tempat mandi awam yang terdapat di Roman Forum

Meh kami share sikit pemandangan di kawasan Palatine Hill ni ye..

dekat sini la gambar pemandangan Roman Forum di ambil..

taman yang terdapat di Palatine Hill

Jam hampir menunjukkan jam 2.00 petang..jadi kami mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan ni..kalau nak diikutkan, seminggu pon belum tentu korang dapat jelajah dan tahu tentang setiap fungsi bangunan yang terdapat di Roman Forum ni..hehehehe

Our next destination is, Mosque Of Rome..the MOST largest mosque outside the Islamic country in the WORLD..

Aiseh, to be continued la pulak..hahaha

No comments:

Post a Comment