Thursday, 24 November 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 4 (A)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Yang Dilawati...

>>>Rome, Itali

CIAO ROMA !

Perjalanan kereta api selama 5 jam langsung tidak memberi kesan..bahkan kami rasa teruja dan tidak sabar untuk tiba di Kota Rome!

Kami sampai pada waktu petang dan solat, rehat seterusnya keluar untuk makan dan menuju ke destinasi kami yang pertama di Rome..

welcome to Fontana Della & Spanish Steps!

Amacam??ramai tak umat manusia dekat area Fontana Della & Spanish Steps ni??hehehehe

Fontana Della & Spanish Steps ni terletak ni kawasan Piazza Spagna..

Nasihat daripada kami, kalau anda nak berjalan di Itali anda perlu baca terlebih dahulu sejarah tentang tempat yang anda akan lawati..kalau tidak, anda tidak dapat menghayati setiap seni bina ataupun struktur bangunan yang ada di tempat tersebut..

Spanish Steps merupakan tempat yang popular di Itali..sejarah pembinaan Spanish Steps ni sebenarnya bertujuan untuk mengubungkan antara dataran dan gereja yang terletak di atas bukit..ianya mula dibina pada sekitar tahun 1723 dan mengambil tempoh masa 2 tahun untuk siap..ianya direka oleh Alessandro Specchi dan Francesco De Sanctis..Spanish Steps mempunyai 135 anak tangga yang ni aku tak kira waktu menaiki anak tangga..sebab tak larat..so, tahu based on pembacaan sahaja..hehehe

pandangan dari kawasan atas Spanish Steps
 
Di puncak Spanish Steps merupakan sebuah gereja yang diberi nama Trinità dei Monti..ianya merupakan sebuah gereja katolik yang dibina sekitar tahun 1502..


Gereja Trinità dei Monti

Sewaktu hendak menaiki Spanish Step, anda akan melihat 4 buah monumen kecil yang terletak di kiri dan kanan anak tangga Spanish Steps tersebut..aku sebenarnya tak tahu nak panggil ape benda ni..so, aku just panggil orb je la ek..

haa..cuba perhatikan betul-betul dekat tengah-tengah tangga tu..ada 2 buah orb kan??

zoom in sikit..

Sebenarnya, orb ni ada sejarah dan maksudnya tersendiri..kalau kita perhatikan orb ni..ada bentuk helang dan di atas helang tersebut tu ada bentuk bulan sabit..rekabentuk orb ni membawa maksud keamanan dan kesejahteraan bumi yang dijaga oleh some sort of semangat dewa helang..orb ni juga dikatakan sebagai penjaga keatas binaan Spanish Steps ni..ada yang percaya, sekiranya orb ni musnah maka akan berlaku malapetaka di kawasan ni..lebih kurang macam tu la kisahnya..

Macam yang aku katakan sebelum ni, nak datang ke Itali kena tahu dan baca serba sedikit sejarah tentang tempat yang akan kita lawti..barulah kita dapat menghayati..bila aku ambil gambar orb ni dan bergambar dekat orb, banyak mata yang memerhati..dan seolah-olah pelik bila aku bergambar..hahaha..

berehat dulu di anak tangga Spanish Steps

Untuk makluman, Spanish Steps juga merupakan tangga paling luas dalam kawasan Eropah!so, tak pelik kalau ianya merupakan tarikan utama pengunjung untuk hadir ke sini..

Di kawasan dataran Spanish Steps pulak terdapat sebuah kolam yang dikenali sebagai Fontana della Barcaccia..

haa..belakang aku ni la Fontana della Barcaccia tu..

Fontana della Barcaccia ni dibina sekitar tahun 1623..

pandangan hadapan Fontana della Barcaccia

pandangan sisi Fontana della Barcaccia

Kalau kita perhatikan reka bentuk Fontana della Barcaccia seperti sebuah bot..dan kalau kita teliti, reka bentuk bot yang dibina seolah-olah seperti sebuah bot yang separuh karam..

Ye..

Memang reka bentuk dan binaan Fontana della Barcaccia dibuat seperti sebuah bot yang separuh karam..sebab ape??sejarah mengatakan bahawa kawasan Fontana della Barcaccia yang terletak di Piazza Spagna pernah banjir suatu ketika dahulu pada sekitar tahun 1598..ketika banjir hampir surut, sebuah bot terdampar di tengah-tengah kawasan Piazza Spagna..dan disitu diambil ilham bagi pembinaan Fontana della Barcaccia tersebut..

gambaran dekat reka bentuk sisi Fontana della Barcaccia

Kalau kita perhatikan gambar di atas, ada ukiran 3 ekor kumbang..nak tau apa maksud ukiran 3 ekor kumbang ni??haaa..korang try la google sendiri ye..kalau tak dapat bagitahu la dekat ruang komen..nanti aku explain..hehehe

Sorry kalau gambar yang di ambil kurang memuaskan..nak ambil 1 gambar pon berebut dengan pelancong-pelancong yang lain..hahaha

Next destination??Trevi Fountain..

welcome to Trevi Fountain

Trevi Fountain ni terletak di Piazza Di Trevi..kalau nak tahu, boleh google map je..lebih jelas lokasinya hehehe..alkisah nama Trevi membawa maksud "three street" dengan kata lain, Trevi membawa maksud pertembungan antara tiga jalan..manakala Fountain pula membawa maksud kolam air semula jadi..

Hikayat mengatakan bahawa penemuan lokasi Trevi Fountain berlaku 19 B.C..ketika mana seorang gadis memberi tunjuk arah kepada tentera Rome berkenaan dengan penemuan sumber asli air yang terletak kira-kira 13km dari bandar Rome..lalu Raja Augustus telah mengarahkan pembinaan saluran air dari tempat penemuan tersebut ke arah bandar Rome dan tempat tersebut diberi nama Aqua Virgo atau Virgin Waters sempena penemuan sumber air asli oleh gadis tersebut..







Memang kalau kita pergi dekat Trevi Fountain ni, kita akan dapati ianya terletak di tengah-tengah pertemuan antara 3 jalan..cuma, disebabkan di sekeliling jalan tersebut dipenuhi dengan bangunan..so, tak berapa jelas sangat macam mana yang dikatakan sebagai pertemuan 3 jalan..tapi, aku try untuk ambil gambar supaya dapatgambaran 3 jalan tersebut..meh tengok gambar di bawah ye..

bangunan tengah tersebut memisahkan antara 2 jalan..mana kala gambar ni diambil di jalan yang ke tiga..

Amacam??ramai kan pelancong dekat sini..waktu kami nak pulang ke tempat penginapan lebih kurang jam 12 tengah malam, pengunjung di Trevi Fountain masih lagi ramai..bahkan bertambah!





Sebelum beredar, kebanyakkan orang akan campak duit syiling ke dalam kolam ni..dipercayai, siapa yang campak duit syiling akan berpeluang untuk datang ke tempat ni pada masa akan datang..

Aku pulak percaya siapa yang campak syiling akan mengkayakan majlis perbandaran Rome..sebabnya, kutipan setiap tahun melalui syiling yang dicampak di dalam kolam Trevi Fountain ni mencecah JUTA oi setiap tahun!!!mana tak jutanya, sehari sahaja boleh mencecah 3000 euro hasil kutipan dari dalam kolam Trevi Fountain ni..hahahah

So, malam pon semakin gelap..kami pun beredar dari Trevi Fountain tanpa membaling syiling..daripada baling duit dalam kolam, baik aku beli burger dekat kedai berhampiran dengan Trevi Fountain..KENYANG!hahaha

bersambung......

No comments:

Post a Comment