Wednesday, 16 November 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 3 (B)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Yang Dilawati...

>>>Venice, Itali

Alhamdulillah, kami masih diberikan kesempatan dan kesihatan dengan baik walaupun sakan berjalan pada hari semalam..

So, kali ni aku nak sambung perkongsian pengalaman yang kami lalui sepanjang berada di Venice ni..hehehe

Kali ni, kami mengambil keputusan untuk berjalan di pulau sekitar Venice..basically ada 3 buah pulau yang famous sekitar Venice ni iaitu Burano, Murano dan Lido..

Jadi, pagi ni kami ambil keputusan untuk pergi ke Lido Island..sebenarnya kami sendiri tak merancang untuk ke Lido Island ni..tapi, sewaktu kami hendak menaiki bas dari Lancaster, kami sempat berbual dengan salah seorang penumpang bas tersebut..dan dia bagi cadangan supaya kami melawati Lido Island..siap cakap pulau tu seolah-olah macam syurga pulak tu..

Bila kami sampai di Lido Island, baru kami faham kenapa orang tu cakap macam tu sekali..memang cantik Lido Island ni!!sangat rugi kalau ke Venice tapi tak singgah di Lido Island..hehehe

untuk ke Lido Island, kami menaiki feri dari Piazzale Roma ni..

Haaa..awal-awal pagi selepas solat subuh kami bersiap menaiki bas ke Venice..dan naik bot untuk ke Lido Island dari Piazzale Roma..

Memang kebetulan rezeki kami cuaca pada hari tu cerah dan berangin..jadi tidak terlalu panas sangat kami nak berjalan..hehehe

keindahan cuaca di Venice..

Perjalanan menaiki bot mengambil masa hampir 45 minit sahaja..walaupun agak lama, tapi kami rasa sekejap sahaja..sebabnya, pemandangan sepanjang perjalanan sangat mempersonakan..memang rugi kalau tidak dihayati dengan sebaiknya..

pemandangan sekeliling Venice

perlahan-lahan bot bergerak meninggalkan pulau Venice..

Sebenarnya, kalau ikutkan perkiraan aku perjalanan untuk ke pulau Lido ni dalam 15 minit je..tapi disebabkan bot yang kami naiki singgah di tempat-tempat perhentian untuk mengambil penumpang, so jadi la 45 minit..hahaha

akhirnya.....

Alhamdulillah, dapat sampai ke pulau Lido dengan selamat..so, dari aspek pengangkutan kami perlu menaiki bas untuk ke tempat-tempat pelancongan di sini..konsep dan sistem bas disini sama seperti di bandar Mestre..hehehe

tempat naik bas untuk pengangkutan di dalam kawasan pulau Lido

Again, pastikan anda memiliki maps sepanjang berada di pulau Venice ye :)

welcome to Lido Island.....

Amacam, cantik tak pemandangan dalam gambar di atas??

Tempat pertama yang kami singgah ialah di pesisiran pantai di kawasan Marconi..

nasib baik cuaca berangin dan mendung..tak terasa panas sangat..hehehe

pemandangan kawasan pantai dari jauh..

steady betul burung ni..macam taau-tau je orang nak ambil gambar dia..hahaha

panorama laut di pulau Lido

latar belakang kawasan persisiran pantai..

Korang jangan tanya pulak kenapa gambar aku tak banyak..jawapannya simple je, semua gambar yang aku ambil memang jadi..tapi kalau gambar yang diambil oleh isteri aku memang agak mengecewakan..hahahaha..

Lepas lepak-lepak dekat tepi pantai, kami berjalan menuju ke tempat menunggu bas yang terdekat untuk ke destinasi seterusnya..hehehe

just point and shoot je ni..hehe

suasana jalan raya di pulau Lido..lengang je..hehehe

tempat kami menunggu bas

pemandangan sekitar di hentian bas

Destinasi yang seterusnya ialah Delle Quattro Fontane..

haaa..tu la papan tanda jalan yang akan kami lalui :)

pemandangan dari atas jambatan

pemandangan dari atas jambatan..tapi yang ni ke arah laut

pemandangan sungai

pemandangan dari bawah

Disini, kami menikmati panorama tepi sungai yang sangat cantik..keindahan pokok dan kejernihan air sungai memang sangat memukau!

Dekat kawasan ni, kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam untuk berjalan-jalan disini..then, kami bergerak ke tempat perhentian bas untuk menuju ke jeti semula..

Tapi sambil berjalan, kami meninjau kawasan perumahan dan jalan raya di pulau ini..hehehe












Memang menakjubkan pemandangan di Lido Island ni..kesimpulan yang aku boleh buat, Lido Island ni merupakan tempat percutian yang eksklusif..dari segi tempat penginapan, kebanyakkannya berharga dari 70 pound ke atas..dan most of pantai dekat area ni adalah private beach..so, kita tak boleh masuk secara sembarangan..tapi, for sightseeing memang sangat berbaloi!!

Nasihat dari aku, kalau berminat untuk berjalan di Lido Island, anda perlu pergi pada waktu siang..lebih baik pada waktu awal pagi..so, boleh berjalan dengan lebih puas di Lido Island ni..

To be continued...

No comments:

Post a Comment