Tempat Yang Dilawati...
>>>Venice, Itali
Dalam post yang lepas kami share tentang perjalanan kami di Lido Island kan..so, kali ni kami sambung perjalanan kami di Murano Island pulak ye..hehehe
| welcome to Murano Island.. |
Basically, Murano Island ni terkenal dengan tempat pembuatan kaca..dan setiap pembuatan kaca yang dihasilkan memang berkualiti tinggi..di sini juga ada dipamerkan monumen kaca yang besar..meh kita tengok gambar dekat bawah ni ye..
| haaa..ni nama monumen tu.. |
| Cometa Di Vetro nama monumen ni.. |
| pandangan dari atas jambatan yang berhampiran.. |
Sebenarnya, Venice memang terkenal sebagai salah satu tempat pembuatan kaca..jadi, waktu zaman dahulu memang terdapat tempat pembuatan kaca di Venice..tapi, pada tahun 1291, semua pembuat kaca diarahkan oleh pihak pemerintah untuk pindah ke Murano Island..sebab apa pindah???
Haa..nak mengelakkan daripada sebarang kemungkinan kebakaran..jadi, semua tempat pembuatan gelas dilakukan di Murano Island ni..in-case, kalau ada kejadian kebakaran ianya hanya berlaku di Murano Island sahaja..hehehe
| bergambar di salah sebuah kedai membuat dan menjual barangan kaca |
Dekat sini, kebanyakkan kedai yang menjual barangan kaca ada tempat fabrikasinya sendiri..memang akan ada demonstrasi bagaimana kaca dibuat..so, kita boleh lihat secara live setiap proses pembuatan kaca tersebut..tapi, malangnya kami tidak dibenarkan untuk merakam video atau gambar di dalam kedai tersebut..terutamanya ketika proses fabrikasi kaca..
Biasalah, semuanya Private & Confidential..mana pernah KFC bagitahu apa kandungan tepung goreng dia kan..hehehe
| tempat fabrikasi kaca..tapi, just dapat ambil gambar dari jauh je..huhu |
| zoom sikit..hehehe |
Lepas selesai berjalan di Murano Island, kami pon balik ke rumah untuk solat, makan dan berehat dahulu..
| kelik dulu deh..hehehe |
Dan malam pun menjelma..hehehehe
| suasana malam di Piazzale Roma |
Macam biasa, kami bertolak ke destinasi seterusnya dari Piazzale Roma..
Next destinastion kami pada waktu malam adalah Piazza San Marco..tempat popular yang wajib dilawati sekiranya anda berada di Venice..perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sini..
| welcome to Piazza San Marco.. |
Piazza San Marco ni terkenal sebagai salah satu dataran yang menjadi tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia..dan yang menjadi tarikan utama di sini adalah St Mark's Basilica..ianya merupakan sebuah gereja yang mula dibina pada tahun 828 dan mengambil masa hampir lima tahun untuk siap..
| sebahagian gambar St Mark's Basilica |
Kami datang pada waktu dimana kebanyakkan bangunan di Piazza San Marco ni dalam renovation..termasuklah gereja St Mark's Basilica ni..
| Menara St Mark's Campanile |
St Mark's Campanile asalnya merupakan sebuah lighthouse atau watch tower pada kurun ke-9..ianya bertujuan sebagai penanda arah bagi kapal atau bot di lautan untuk masuk ke kawasan Venice..
Sebenarnya binaan yang ada sekarang bukanlah binaan yang asal..menara ni pernah mengalami kerosakan melalui kebakaran, gempa bumi dan juga akibat daripada panahan petir..dan dirobohkan sepenuhnya pada tahun 1902 apabila terdapat kerosakan teruk pada struktur menara tersebut..namun yang demikian, proses pembinaan menara tersebut dilaksanakan pada tarikh yang sama ianya dirobohkan..
Menara tersebut akhirnya siap sepenuhnya pada 25 April 1912..dan yang lebih menarik, tarikh tersebut merupakan ulang tahun ke 1000 terhadap penemuan tapak pembinaan St Mark's Campanile pada awal pembinaan bangunan tersebut dahulu..
| wefie sikit..hehehe |
Suasana malam di Piazza San Marco sangat romantik..kebanyakkan pengunjung yang datang bersama pasangan masing-masing..di kawasan dataran ni terdapat banyak kedai makan..dan setiap kedai makan ada kumpulan atau band yang membuat persembahan..mereka menikmati hidangan mereka sambil melayani persembahan tersebut..
Surprisingly, kebanyakkan pelancong yang datang adalah mereka yang telah berumur..kami rasa, hanya kami je pelancong yang berumur bawah 30 tahun waktu tu..hahaha..
Masing-masing menikmati suasana malam sambil melayani persembahan yang diadakan bersama-sama..
Malangnya, waktu ni kamera kami kehabisan bateri..jadi, tak banyak gambar yang boleh diambil..memang sangat rugi!
Malam ni merupakan malam terakhir kami di Venice, jadi kami nikmati malam tersebut dengan sepuas-puasnya secara bertiga..hehehe
Perjalanan kami di Venice sangat menggembirakan..tapi, kami tidak dapat melihat masjid di pulau Venice ni..sebab ape??sebab masjid di Venice telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa pada tahun 2015..sila rujuk link ni untuk maklumat selanjutnya ye..
ARRIVEDERCI VENIZIA !
FINO A QUANDO CI INCONTRIAMO DI NUOVO !
No comments:
Post a Comment