Untuk post yang berkaitan dengan tempat yang dilawati, aku akan pecahkan kepada dua part..part 3 akan menceritakan tempat yang kami lawati di Venice..untuk part 3 aku pecahkan kepada beberapa bahagian..maklumlah, banyak tempat yang kami lawati..hehehehe..manakala part 4 akan menceritakan tempat yang kami lawati sepanjang kami berada di Rome dan turut dipecahkan kepada beberapa bahagian ye..
Selamat membaca :)
Tempat Yang Dilawati...
>>>Venice, Itali
Alhamdulillah, kami diberi kemudahan dan rezeki sepanjang kami berada di Venice..segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar baik dari segi pengangkutan, penginapan dan segala-galanya..
Di sini perjalanan kami bermula di Venice..
| antara pemandangan awal sewaktu kami tiba di Venice :) |
Honestly, pulau Venice merupakan satu tempat pelancongan yang cantik..dari aspek keindahan bangunan dan panorama sekeliling pulau Venice memang tidak dapat dinafikan..cuma, bila kita nak ambil gambar, jangan bermimpi korang dapat ambil gambar sebijik macam dalam internet..hahaha..nak tahu sebab apa??meh perhatikan gambar yang kami kongsikan bersama ye nanti :)
Laluan pertama yang kami lalui adalah Ponte degli Scazli..untuk pengatahuan anda, sekiranya anda berjalan dalam pulau Venice anda akan menemui banyak perkataan "Ponte"..memang jenuh kami ber "Ponte-Ponte" sepanjang kami berada di pulau Venice..sebenarnya Ponte merupakan bahasa Itali dalam bahasa Melayu pula dipanggil sebagai Jambatan..memang lenguh la kaki kalau korang berjalan kaki dari awal hingga ke hujung pulau Venice ni..hahaha
| haaa belakang aku tu la Ponte degli Scalzi |
| pemandangan pejalan kaki di Ponte degli Scalzi |
Ponte degli Scalzi ni juga merupakan salah satu jambatan utama bagi laluan Grand Canal..
| pemandangan dari atas Ponte degli Scalzi |
Pemandangan memang sangat cantik kalau kita lihat dari atas jambatan ponte degli Scalzi ni..hehehe
Bangunan yang ada di dalam pulau Venice ni kebanyakkannya berusia lebih seratus tahun..jadi, kalau kita berjalan dalam pulau Venice ni, seolah-olah kita berada pada zaman yang lepas..dan laluan yang ada diantara bangunan juga ada yang luas dan ada yang sempit..
| laluan pejalan kaki dalam pulau Venice |
Macam aku katakan tadi, tak sah kalau tak jumpa "Ponte" kalau berjalan dekat pulau Venice ni..hahaha
| beraksi di salah sebuah ponte di kawasan Campo Santo |
Bagi peminat cerita-cerita aksi, mesti korang pernah tengok cerita The Italian Job dan Casino Royale betul x??especially cerita The Italian Job..pada permulaan cerita tersebut, ianya banyak memaparkan aksi-aksi yang dirakamkan di pulau Venice terutamanya melalui penggunaan bot di dalam pulau Venice..terutamanya ketika aksi kejar-mengejar setelah mereka berjaya mencuri peti simpanan emas tersebut..haaa..ni la antara laluan yang ada dalam pulau Venice tu..hehehe
| ala-ala The Italian Job gitu..hehehe |
Kebanyakkan tempat yang kami pergi di kawasan Venice akan diletakkan papan tanda nama tempat tersebut..jadi memudahkan kami untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain..
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Campo San Polo..actually, campo bermaksud dataran..jadi bila kita gabungkan perkataan Campo San Polo tu, Dataran San Polo..kawasan ni asalnya merupakan kawasan tempat agrikultur pada zaman dahulu..kemudian pada tahun 1493 kawasan ni di turap dan dijadikan tempat perlawanan haiwan seperti seladang dan sebagainya..
| pemandangan di Campo San Polo |
Sekarang ni, Campo San Polo merupakan sebuah dataran yang digunakan untuk sebarang aktiviti sosial atau sebarang event yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan..
| penuh dengan burung merpati dekat kawasan Campo San Polo ni |
| kecik-kecik dah pandai mengayat..hehehe |
Selesai menikmati pemandangan kami di Campo San Polo, kami bergerak menuju ke Rialto Bridge pulak..
| bergambar dulu dekat ponte..hahaha |
Haaaa...dah nak sampai dah dekat Rialto Bridge..tapi sebelum kami tiba di Rialto Bridge, kami melalui sebuah kawasan membeli-belah..dekat sini, banyak pilihan cenderamata yang anda boleh pilih..dari segi harga, jangan risau..boleh tawar-menawar punya..hehehe
| kedai yang dilalui sebelum kami tiba di Rialto Bridge |
| haaa..ni lah kedai dekat kawasan Rialto Bridge |
Waktu kami berada di sini, kebanyakkan bangunan di kawasan Rialto Bridge berada dalam keadaan baik-pulih..tetapi, masih tidak dapat menyembunyikan keindahan pemandangan di Rialto Bridge ni..
| haaa..ni la pemandangan dari atas Rialto Bridge |
| muka yang dalam kepenatan..banyak tangga nak kene naik untuk sampai ke Rialto Bridge ni..hahaha |
Actually, Rialto Bridge ni terkenal sebagai salah satu jambatan yang tersohor di Venice..selain tu juga, kawasan yang berhampiran dengan Rialto Bridge juga terkenal sebagai kawasan membeli-belah barangan cenderamata dan sebagainya..
Sangat mencabar sewaktu kami nak ambil gambar di atas Rialto Bridge ni..nak tau sebab ape??meh tengok gambar dekat bawah ni ye..hehehe
| haaa..ni la gambar berlatar belakangkan Rialto Bridge ni..hehehe |
Amacam, ramai tak umat manusia atas Rialto Bridge ni..hehehe
Secara peribadi aku katakan, pemandangan Venice sangat cantik di waktu malam berbanding pada waktu siang..jadi, kami buat keputusan untuk membeli cenderamata pada waktu siang dan berjalan-jalan pada waktu malam..
So, kene pandai plan sebenarnya kalau nak menikmati pemandangan di Venice dengan sebaiknya..ada kawasan yang cantik bila kita lihat pada waktu siang dan ada yang cantik pada waktu malam..actually sama ada siang atau malam tetap cantik..cuma pandangan setiap orang berbeza, jadi kami hanya bagi cadangan sahaja..hehehe
| pemandangan waktu malam di Rialto Bridge |
Alhamdulillah selesai perjalanan kami pada hari ini..aku akan sambung tulisan aku berkenaan dengan tempat-tempat lain yang kami lawati semasa berada di Venice dalam Part 3 (B) ye..hehehehe
No comments:
Post a Comment