Ujian...
Kelahiran Sophia memang kami sambut dengan kesyukuran kepada Allah SWT..
Sangkaan kami bahawa si isteri dapat pulang ke rumah pada keesokan harinya (2 Februari 2017) rupanya meselet..
Lebih kurang jam 2.00 pagi aku menerima panggilan daripada si isteri yang menyatakan bahawa dia mengalami kesakitan yang teramat sangat..sehinggakan hendak menggerakkan kaki pon tidak boleh..
Tapi apa yang boleh aku lakukan, ianya bukan waktu melawat..sekadar menasihati agar memanggil nurse atau midwife untuk meminta bantuan..malam itu juga, sewaktu hendak ke tandas, si isteri dibantu oleh nurse, tandas hanya beberapa meter dari katil namun perjalanan mengambil masa hampir setengah jam untuk pergi sahaja..
Keesokan harinya, awal pagi lagi aku dah bergerak ke hospital untuk menemani si isteri..ternyata, hendak menggerakkan bahagian badan bawah pon tidak mampu apatah lagi untuk menyusukan Sophia yang sedang kelaparan..
Aku tidak ada pilihan lain, berjumpa dengan nurse dan minta susu formula atau apa sahaja susu yang boleh diberikan kepada bayi..tanpa banyak tanya, nurse mengambil botol susu Cowgate lengkap dengan putingnya sekali dalam tempat simpan mereka..
![]() |
| mata merah berpunca dari salur darah di dalam mata yang pecah sebab terpaksa angkat isteri dari katil ke kerusi roda.. |
Ibu mana yang tidak merasa sedih bila melihat bayi yang baru dilahirkan tidak dapat menyusu dengan susu badan..tapi apakan daya, dah tertulis dalam luh mahfuz begitu takdir yang kami perlu tempuhi..
Alhamdulillah, Sophia boleh terima susu botol tersebut..atleast, salah satu kebimbangan kami telah hilang..dan pada hari yang sama juga aku minta agar si isteri dipindahkan ke bilik yang berasingan..bagi memudahkan urusan untuk aku menjaga ummi & sophia..paling tidak, bila berada di bilik sendiri, aurat si isteri dapat dijaga dengan mudah..
Tengah hari tu juga kami berpeluang untuk bertemu dengan doktor yang bertugas..hasil perbincangan dengan doktor, maka doktor memberi cadangan agar CT-Scan dilakukan pada waktu petang..dalam pada masa yang sama, doktor juga menasihati agar cuba untuk menggerakkan anggota badan seberapa yang mampu dengan bantuan ubat untuk mengurangkan risiko "blood clots"..
Hasil pemerhatian terhadap keputusan x-ray agak mengecewakan..doktor tak dapat mengenalpasti punca kesakitan yang di alami oleh isteri..sudah masuk hari ketiga, si isteri masih berada di hospital..Alhamdulillah, kehadiran mak mertua bersama adik ipar yang lain sangat membantu..kami bergilir-gilir menjaga kerana mahu ataupun tidak, aku terpaksa untuk bekerja pada keesokan harinya..
Kes si isteri dirujuk kepada pakar..bukan sahaja pakar daam bidang O&G, tetapi pakar dalam bidang perubatan dan neuorologis turut membantu..pada pendapat pakar, kes yang dihadapi oleh isteri agak jarang berlaku di sini..namun, untuk mengenalpasti punca kesakitan yang lebih lanjut, pakar mencadangkan agar MRI dilaksanakan dengan segera..bimbang kalau-kalau kesakitan tersebut berpunca daripada urat saraf yang berada di bahagian belakang badan..
Hasil keputusan MRI menunjukkan bahawa tiada apa perkara yang serius berlaku..semua berada dalam keadaan baik..cuma, doktor mengenalpasti keadaan tulang pelvik agak renggang yang berpunca dari pubic symphysis..doktor bersependapat bahawa tulang pelvik yang agak renggang berpunca ketika proses melahirkan anak kami..
Kebiasaanya, tulang pelvik merenggang bagi membolehkan proses melahirkan anak berlaku dan akan bercantum semula selepas proses kelahiran tersebut berlaku..tetapi apa yang berlaku kepada si isteri, tulang pelvik tersebut tidak bercantum dengan baik pada bahagian pubic symphysis..itu merupakan punca kesakikatan yang berlaku pada si isteri..doktor meminta pasukan terapi untuk membantu untuk mengenalpasti keboleh lenturan badan si isteri..
Hasil ujian daripada pihak terapi mendapati bahawa si isteri mempunyai keupayaan lentur melebihi paras normal tubuh badan manusia..dengan kata mudah, sekiranya berlaku sesuatu regangan pada badan, tubuh badan berkemungkinan tidak dapat kembali kepada keadaan normal dengan segera..
Akhirnya setelah punca masalah dikenalpasti, maka pihak hospital memberi kebenaran kepada isteri untuk keluar dari hospital..doktor memutuskan bahawa sakit yang di alami oleh si isteri akan hilang dengan masa dan dibantu dengan rawatan terapi..rawatan lanjut bersama pihak terapi pula di atur agar dapat dijalankan di rumah secara berkala..
Setelah seminggu kami berada di hospital, akhirnya kami pulang ke rumah..
Alhamdulillah, disebalik ujian yang dihadapi oleh si isteri Allah SWT memberikan kemudahan kepada kami melalui Sophia..semua pemeriksaan terhadap Sophia berjalan dengan lancar..tidak ada sebarang bacaan kuning terhadapnya..
Moga ujian yang kami terima menjadi pengajaran buat kami bersama :)
![]() |
| cenderamata daripada kami yang disampaikan oleh mak mertua sebagai tanda terima kasih kepada semua staff yang telah banyak membantu kami sepanjang kami berada dalam hospital.. |
Sekian..
Wassalam :)



No comments:
Post a Comment