Discovery Museum...
Bagi aku, Discovery Museum ni merupakan salah satu muzium yang paling menarik yang aku pernah pergi..banyak info yang dipaparkan dalam muzium ni..
Basically, muzium ni dia bahagikan kepada beberapa bahagian (based on apa yang aku rasa la..hahaha)..so, antara bahagian yang ada dalam muzium ni adalah, bahagian sejarah England (khususnya New Castle) sejak zaman tahun 43 masihi lagi lagi..bila masuk bahagian ni, dia susun paparan sejarah mengikut timeline bermula dari era penjajahan Roman sehinggalah ke tahun 2000 masihi..
| perjalanan bermula disini..hahaha |
| dan berakhir di zaman ini..hihihi |
Then, dekat tingkat 2 dalam muzium ni pulak ada satu bahagian yang mempamerkan makanan yang dimakan oleh golongan diraja sejak zaman Victoria..dekat sini, ada chef yang buat demo bagaimana makanan tersebut dibuat..cuma, demo makanan yang dilakukan tu bukan makanan utama macam lunch atau dinner, tapi lebih kepada makanan minum petang atau waktu minum antara sarapan dan lunch yang dikenali sebagai "Brunch"..best wo dapat makan kuih free..hahahaha..by the way, kene tanya dekat chef tu dulu sama ada sesuai untuk vegetarian atau tidak, kalau dia kata sesuai, kene tanya lagi sama ada makanan tersebut mengandungi alkohol atau tidak..sebab memang jadi satu bahan asas kalau kuih-muih dorang akan diletakkan sedikit arak..bagi kita orang Islam, walaupun setitik arak yang diletak dalam bahan makanan tersebut, ianya tetap dikira sebagai HARAM...hehehehe
Rupa-rupanya, pada zaman dahulu gula tu merupakan antara makanan bagi orang kaya..gula mula dibawa masuk ke England pada tahun 1099..pada tahun 1750, ada 120 kilang memproses gula di England..gula juga ni dikenali sebagai "emas putih" dan kadar cukai yang dikenakan adalah sangat tinggi!sehinggalah pada penghujung tahun 1880, barulah gula ni mula digunakan oleh orang awam..
Sehingga sekarang pun, UK masih lagi mengenakan cukai terhadap minuman yang mengandungi gula..cuma, kadar cukai yang dikenakan tu takde la terlampau tinggi..kalau zaman dulu, gula tu sendiri dikenakan cukai sehingga 40% beb!
Dekat muzium ni juga ada bahagian yang memaparkan perkembangan teknologi kejuruteraan khususnya yang melibatkan perkembangan teknologi enjin..
| Laboratory steam engine, 1928 |
Banyak lagi tempat-tempat yang menarik dalam muzium ni..kami spend masa almost 4 jam dalam muzium ni..hahahaha
Lupa nak bagitahu, Discovery Museum ni free entry tau!
New Castle Stadium...
Rugi kalau korang dah sampai dekat New Castle tapi tak singgah dekat stadium dorang ni..cuma, waktu ni kami just singgah dan melawat dekat bahagian luar stadium je..sebab masa suntuk untuk kami berkejar ke Alnwick pulak sebelum waktu tengah hari tu..
| "Toon Army" |
Alnwick Castle...
Hajat kami untuk try Broomstick Flying ala-ala Harry Potter di Alnwick Castle tidak kesampaian..sebabnya, castle tersebut ditutup daripada menerima kehadiran orang luar bagi membenarkan aktiviti majlis perkahwinan diraja yang dilaksanakan di castle tersebut..
Memang kecewa gila la sebab tak dapat masuk castle ni..salah aku jugak sebab tak check website dia sebelum bertolak ke sini..hahaha
By the way, Alnwick Castle ni merupakan salah satu tempat penggambaran filem Harry Potter tau!dekat dalam kawasan castle ni siap ada aktiviti "Broomstick Traning" lagi woo...
| Alnwick Castle |
So, disebabkan takde rezeki untuk melihat keindahan Alnwick Castle ni, kami teruskan aktiviti kami ke Alnwick Garden pulak..huhuhu
Tapi yang pasti, Alnwick Castle memang still ada dalam list kami..selagi mana tak dapat masuk, selagi tu kami akan cuba cari waktu yang sesuai untuk datang semula ke tempat ni..hehehe
The Alnwick Garden...
Sebenarnya, perjalanan kami ke The Alnwick Garden ni memang tak dirancang pon..sebab plan utama datang ke Alnwick ni sebab nak tengok dan masuk ke dalam Alnwick Castle..tapi disebabkan Alnwick Castle ni tutup, so divert plan ke The Alnwick Gaden...
Trip kami ke New Castle dibuat pada musim sejuk..so paham-paham je la..kalau ko pergi ke taman pada musim sejuk ni, memang tak dapat la tengok pokok-pokok bunga yang kembang mekar..dah nama pon musim sejuk, mana la banyak pokok bunga yang tumbuh cantik sama macam musim bunga!
Tapi, sebenarnya ada hikmah jugak kami masuk ke dalam Alnwick Garden ni..rupa-rupanya dalam garden ni ada satu nama tempat iaitu The Poison Garden..
The Poison Garden ni ada pagar sendiri..pelawat tak boleh masuk sesuka hati tanpa pengawasan daripada staf The Alnwick Garden..
Kenapa?????
Sebab, dalam garden ni ada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang beracun!!sewaktu berada dalam garden ni, staf yang berada bersama kami akan menerangkan setiap daripada tumbuhan yang ada dalam garden tersebut..trust me, rupa-rupanya ada tumbuh-tumbuhan yang biasa kita lihat dekat kawasan perumahan (sama ada di UK ataupun Malaysia) sebenarnya beracun!dan ada kes kematian disebabkan kanak-kanak tersebut makan buah daripada tumbuhan tersebut!beware!!
Sesi tour dekat The Poison Garden ni berlangsung lebih kurang sejam sahaja..
| tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan The Poison Garden.. |
Selesai je tour dekat The Poison Garden ni kami berehat dulu dekat dalam cafe..cuaca memang sejuk time ni..terpaksa lepas cafe sambil panaskan badan dan minum air dulu...
Alnwick Garden ni memang sangat cun kalau musim bunga, tapi disebabkan kami singgah waktu musim sejuk, so pemandangan dekat dalam Alnwick Garden ni tak berapa nak comey..sebab tak banyak pokok bunga yang tumbuh :(
Rasa rugi jugak la masuk ke dalam The Alnwick Garden ni..sebab bayaran yang dikenakan sama je pada musim bunga..huhuhu
Gateshead Millennium Bridge...
Buat individu yang berlatarbelakangkan kejuruteraan atau arkitek memang akan letak Gateshead Millennium Bridge ni sebagai salah satu tempat wishlist nak pergi kalau berada dekat New Castle..
Untuk pengetahuan kita bersama, Gateshead Millennium Bridge ni merupakan salah satu daripada 10 buah jambatan yang menakjubkan di dunia..
Kalau kita perhatikan melalui gambar dekat atas ni, macam takde apa istimewa pon jambatan ni..lagipun jambatan ni hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan berbasikal sahaja..
Tapi kalau dikira dari aspek kejuruteraan, jambatan ni ada keistimewaannya sendiri..jambatan ni boleh berpusing condong dari keadaan asal..for sure, waktu jambatan ni sedang berpusing dan berada dalam keadaan condong, kita tidak dibenarkan untuk berada di atas jambatan ni..melainkan kalau anda ada niat untuk bunuh diri dan mendapat populariti, silakan!
Jambatan ni direka agar dapat berpusing condong supaya dapat membenarkan bot atau kapal untuk lalu dibawahnya..
Kalau nak lalu jambatan ni, lalu je tau! lagipun free je..hehehe
Alhamdulillah, percutian kami di New Castle berakhir di Gateshead Millenium Bridge..
Sekian,
Wassalam....
No comments:
Post a Comment