Thursday, 12 April 2018

Trip To New Castle With Sophia :) Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


New Castle...

Alhamdulillah, kali ni kami diberi kesempatan dn rezeki untuk travel ke salah sebuah lokasi yang menarik di United Kingdom ni :)

Sebenarnya trip kami ke Kota Bharu atau nama Inggerisnya New Castle kira nak sambut ulang tahun kelahiran pertama puteri kami, Nur Aisya Sophia :) dan kebetulan pulak kami memang belum pernah sampai ke New Castle, so kira 2 dalam satu la ni..hehehe

So kami kongsikan bersama tempat yang kami lawati di New Castle ni ye :)

Btw, kali ni kami pergi ke New Castle naik kereta dan menyewa kemudahan AirBNB je..jimat dan mudah!


sekitar pemandangan ketika dalam perjalanan ke New Castle!

Perjalanan kami bermula pada 31 Januari 2018, senang kata pada musim sejuk..secara peribadi aku kurang gemar berjalan pada musim sejuk melainkan kalau perjalanan tu lebih 2 marhalah..bukan apa sebab waktu solat antara Zohor, Asar & Maghrib sangat singkat..so kalau lebih 2 marhalah tu confirm la kita boleh jama' kan..hehehe


3 jam perjalanan, tido dulu lah!
Dah, jom kita tengok tempat yang kami lawati :)

Tynemouth Castle and Priory

So, first tempat yang kami lawati adalah Tynemouth Castle and Priory. 

Untuk makluman, Tynemouth Castle & Priory ni merupakan salah satu bangunan yang diselia oleh English Heritage atau nama officialnya sebagai English Heritage Trust. English Heritage ni merupakan satu badan kebajikan yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara bangunan bersejarah di England ni. Lebih 400 buah bangunan yang dijaga oleh badan kebajikan ni dan kebanyakkannya berusia lebih dari 500 tahun beb!

Alkisah Tynemouth Castle merupakan bangunan yang dibina pada sekitar kurun ke 13-14 manakala Priory atau nama dalam bahasa Melayu sebagai biara pula dipercayai ditemui sejak abad ke 7 lagi..


pemandangan jauh Tynemouth Castle & Priory

Bangunan ini dibina di atas sebuah tanjung yang berbatu dan dikenali sebagai Pen Bal Crag. Tapak binaan bangunan ini dipercayai ditemui dan diasaskan oleh empayar Roman. Bangunan ni mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana lokasinya yang strategi. Berada di atas sebuah tanjung yang tinggi dan menghadap ke arah laut menjadikannya sebagai sebuah kubu dalam peperangan. Percaya atau tidak, bangunan dan kawasan Tynemouth Castle & Priory digunakan sebagai tempat pertahanan sehingga Perang Dunia yang KEDUA! Buktinya, kita boleh melihat senjata moden (yang dipakai ketika World War II) di tempatkan di sini.


pemandangan sisi Tynemouth Castle & Priory

nun jauh di sana Tynemouth Castle & Priory..berehat di kawasan Spanish Battery :)

Kalau ikut gambar di atas, lokasi Tynemouth Castle & Priory memang strategik di atas sebuah tebing yang tinggi!


dihujung tu merupakan Tynemouth Pier Lighthouse


pemandangan laut North Sea

Kalau kita perhatikan, tak pelik la Tynemouth Castle & Priory ni merupakan kawasan yang selalu menjadi tempat peperangan pada zaman dahulu..berhadapan dengan laut North Sea menjadikannya sebagai benteng pertahanan daripada serangan  kapal-kapal perang yang datang dari seluruh benua Eropah melalui North Sea ni..





sekitar pemandangan di Tynemouth Castle & Priory

Next!

Grainger Market


Grainger Market

Grainger Market terletak di New Castle city centre. Ianya dibuka pada tahun 1835. Ianya diberi nama sempena nama seorang pemaju yang juga merupakan usahawan yang membina pasar ni iaitu Richard Grainger. Pasar ni merupakan pasar terbesar di Britain semasa waktu pembukaannya dengan keluasan 2 ekar, mempunyai 12 pintu masuk serta 243 buah kedai dan gerai.. 

Jom lihat pemandangan dalam Grainger Market ni!









Suasana dalam pasar ni memang meriah dengan gerai jualam makanan, pakaian, cenderamata dan sebagainya..Grainger Market ni akan jadi lebih meriah bila musim Krismas..musim Krismas, kedai akan dibuka sehingga jam 9 malam..dan barang yang dijual akan bertambah..kira kalau dekat Malaysia tu kita panggil Bazar Ramadhan ler..hehehe


model Grainger Market tidak berbayar..hahaha

Next,

Around New Castle City Centre

Selesai berjalan dalam Grainger Market, kami berjalan-jalan di sekitar New Castle city centre..basically, city centre dekat sini confirm jauuhhhhhhhh lebih besar dari tempat kami..hahahaha






Tak banyak yang kami boleh kongsikan dekat sini..sebabnya waktu dah menghampiri malam..jadi banyak suasana makin gelap terutamanya bila perjalanan kami ke New Castle kali ni dibuat pada musim sejuk..hehehe

The Castle, New Castle

The Castle, New Castle (Castle Keep)
Actually, kalau kita lihat dari luar castle ni macam bangunan biasa je..kami sendiri pon mulanya anggap macam tu..sebab, dari segi saiz nampak just petak je dari luar..dan lokasi bangunan ni pulak berada di kawasan bandar secara tak langsung seolah-olah menenggelamkan sejarahnya yang tersendiri..


The Castle, New Castle (Black Gate)
Bangunan yang kita lihat sekarang hanyalah sebahagian peninggalan yang masih ada dan kekal sehingga kini iaitu Castle Keep dan Black Gate..sebelum aku terlupa istilah Castle atau Istana ni merujuk kepada sebuah kawasan yang terdiri daripada beberapa buah bangunan seperti Keep, Tower, Gate House dan sebagainya..dalam kawasan Castle atau Istana juga terdapat kawasan kecil seperti Bailey..

Binaan istsana ini dipercayai mula dibina pada zaman pemerintahan Roman iaitu sekitar 1080..awal pembinaan bangunan ini diperbuat daripada kayu dan menggunakan konsep Motte & Bailey..

pemandangan bandar dari atas The Castle (Castle Keep)

Kebanyakkan istana yang dibina oleh zaman pemerintahan Roman ni menggunakan konsep Motte & Bailey...Motte ni merupakan kawasan atau bentuk muka bumi yang berbukit dan disinilah Keep dibina..manakala Bailey pulak merupakan sebuah kawasan yang tertutup dikelilingi oleh pagar yang diperbuat daripada kayu dan dikelilingi oleh parit...



sebahagian peninggalan yang masih kekal sehingga hari ini

Umumnya, kawasan yang dikenali sebagai Bailey ni merupakan kawasan yang didiami oleh pembesar yang menguruskan istana..dalam kawasan Bailey jugak terdapat kuaters askar, bangunan dapur dan sebagainya..manakala Keep pulak merupakan sebuah bangunan yang teguh dan besar..dimana di dalam bangunan tersebut ada Royal Room, Great Hall, Chamber, Guard Room dan sebagainya..

Bangunan Castle Keep ni agak besar dan mempunyai bilik dan ruang yang banyak..salah satu tempat menarik dalam Castle Keep ni adalah Well Room..Well Room ni merupakan sebuah bilik yang berfungsi untuk membekalkan air ke seluruh bilik dan ruang yang terdapat dalam Castle Keep..yang menariknya, terdapat perigi dengan kedalaman yang melebihi 30 meter di gali dan dibina dalam Well Room ni..FYI, perigi ni masih lagi mempunyai bekalan air sejak pembinaannya lagi!which mean, perigi ni dah berusia lebih dari 500 tahun beb!!dan yang paling menarik, seseorang individu perlu mengambil air dari dalam perigi, curah kedalam saluran lubang di bahagian kiri atau kanan dinding tersebut dan air itu akan mengalir ke seluruh bahagian bilik dan ruang di dalam Castle Keep ni!just amazing how they construct the building with fully function without any fancy engineering software to calculate pressure, flow, height etc...kita yang ada software fancy pon still ada engineering failure! hahahaha



Well Room in Castle Keep

Nak tahu dari mana datang perkataan Wardrobe??meh tengok gambar dekat bawah ni



asal-usul perkataan Wardrobe..hahha
Dalam bangunan Castle Keep ni jugak ada Great Hall..Great Hall ni merupakan sebuah dewan orang ramai (dalam bahasa kita) atau public hall..ianya digunakan untuk tujuan mesyuarat, sambutan majlis keramaian dan sebagainya..King Edward I pernah meluangkan masa beliau ketika musim sejuk pada tahun 1292 untuk menyambut perayaan Krismas di sini..



Great Hall, Castle Keep

Banyak lagi fungsi dan sejarah yang terdapat dalam Castle Keep ni...selain daripada sebuah bangunan istana, ianya juga merupakan bangunan pentadbiran, penjara, dewan orang ramai, singgahsana raja dan sebagainya..kalau nak ditulis satu-persatu, memang makan masa berbulan la nak siap..hahaha

Lagi satu, nak masuk muzium ni kene bayar tau!


princess Nur Aisya Sophia..hahaha
bersambung...

Saturday, 31 March 2018

Kesyukuran!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kelahiran...

Alhamdulillah, sekitar jam 3.24 minit pagi pada 1/2/2017 Nur Aisya Sophia telah selamat dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah juga segala proses kelahiran berjalan dengan lancar. Semuanya aku rakamkan secara gambar dan video melalui kamera kami. Bukan apa, senang kemudian hari nanti. Agak-agak kalau nakal je kita tunjuk balik video masa nak lahirkan dia. Yela, kan mak-mak kita selalu membebel betapa perit dan susahnya nak lahirkan kita (time kita degil, nakal atau buat perangai). Kalau orang Melaka punya bahasa lagi best "Kalau tau bila besar suka melawan, baik ibu tanam masa baru lahir je!" Hahahaha

So bila lahir je Sophia ni, bidan terus ambil dan letak dekat atas dada ummi dia. Orang putih kata "skin to skin". Kalau ikut masa kelas yang kami hadir tu, midwife tu siap cakap yang ada setengah daripadanya yang letak bayi tu dekat atas perut je. Nanti bayi tu sendiri akan slow-slow naik ke dada si ibu. 

Bila letak atas dada ni, Sophia yang tadi menangis kuat dah mula slow sikit. Dalam pada masa yang sama midwife bagi peluang dekat aku untuk gunting tali pusat Sophia. Benda ni nampak simple, tapi memang berdebar. Walapun tali pusat tu panjang, tapi dalam kepala fikir macam-macam. Nak kene pegang gunting betul-betul la. Nak kene alas dengan kain la. Bukan apa, takut tiba-tiba gunting terlepas then kena dekat anak. Hahahaha. Lagi satu, kalau jenis yang mudah loya tengok darah tu better minta bantuan midwife je yang potongkan. Hehehe.

Selesai majlis potong reben, midwife ambil semula Sophia dan letak atas mesin alat resuscitation yang ada dalam suite bersalin tu untuk bersihkan dan pemeriksaan kali pertama. Selesai je pemeriksaan, midwife tu serahkan Sophia semula dekat aku. So, tanggungjawab sebagai seorang abi yang berdedikasi untuk azan dan iqamahkan ditelinga Sophia. Masa tu midwife perhatikan je tindakan aku. Dalam hati doa-doa mana tahu Allah SWT nak buka pintu hati dorang ni untuk menganuti Islam, inshaAllah ameen!

Alhamdulillah!Gambar pertama selepas sahaja dilahirkan!

Selepas tu, giliran ummi pulak untuk menyusukan Sophia. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sedar tak sedar waktu dah menghampiri Subuh, so aku dan mertua masing-masing amek turn untuk solat Subuh.

Sekitar jam 9.00 pagi, kami dipindahkan ke wad selepas bersalin. Wad tu berada di tingkat atas. Dalam bilik tu ada 6 buah katil dan setiap katil dipisahkan dengan tirai. Masa tu ada beberapa orang rakan sekerja ummi Sophia datang ziarah. Alhamdulillah, pelbagai ucapan tahniah dan doa kami terima.

Bila jam hampir pukul 7 malam, aku dan mertua diminta untuk pulang ke rumah. Memang peraturan dalam wad tersebut macam tu. Tidak dibenarkan pasangan atau penjaga untuk berada di dalam wad ketika waktu malam.

So, kami pun pulang. Tapi sebelum pulang tu, aku pastikan semua perlatan untuk tukar lampin dan sebagainya disusun dengan baik dan mudah dicapai.

Berat hati sebenarnya nak balik. Nak bawak balik ummi dan Sophia terus ke rumah waktu tu tak boleh pulak. Sebab pemeriksaan oleh doktor dan midwife belum selesai. Paling tak, Sophia perlu ambil darah sebanyak 3 kali untuk pemeriksaan.

Celik mata buat kali pertama!

So, sampai je rumah aku pon mandi, rehatkan badan dan tidur.

Tiba-tiba sekitar jam 2 pagi aku dapat panggilan talefon dari isteri. Ummi Sophia mengadu kesakitan yang teramat sangat. Sehinggakan nak gerakkan kaki sedikit pun tak boleh. Waktu tu aku cuma mampu untuk nasihatkan supaya panggil midwife atau nurse yang bertugas.

Kepala aku dah mula berfikir yang bukan-bukan. Tapi masih lagi clueless. Sebabnya, pengalaman ahli keluarga bersalin belum lagi yang mengadu sakit yang sebegitu teruk selepas bersalin. Lebih-lebih lagi bila tak boleh gerakkan kaki walaupun sedikit.

Malam tu memang aku tak tidur. Terus kejutkan mertua dan tanya kalau-kalau ada petua atau cara untuk hilangkan sakit tu. Tapi kami berdua buntu.

Keesokkan paginya, kami terus bergegas ke hospital..

Kesyukuran bertukar menjadi

DUGAAN!

bersambung........

Tuesday, 6 February 2018

Debaran...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sebelum Kelahiran...

Petang, 31 Januari 2017 kami sekeluarga bersama mama dan adik-beradik merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Lake District..waktu tu semua dah bersiap sedia untuk naik kereta, tapi maha suci Allah SWT yang menetapkan peraturan yang jauh lebih baik daripada manusia..isteri mula mengadu sakit yang teramat dan sakit tersebut dah mula nak jadi "regular contraction"..so, kami ambil keputusan untuk membatalkan rancangan dan terus ke hospital, Royal Lancaster Infirmary..

Lebih kurang jam 5.00 petang, doktor yang bertugas datang dan memeriksa keadaan isteri dan kandungan..based on observation, doktor menasihatkan agar terus stay dihospital..sebabnya, sebelum ni kandungan pernah mengalami keadaan dimana degupan jantung agak lemah dan waktu tu doktor nasihatkan kalau berlaku sekali lagi terus kena stay hospital..so, doktor yang bertugas pada petang tersebut menasihatkan agar terus berada di hospital untuk pemerhatian selanjutnya..

Tanpa berlengah, beg dan segala persiapan yang sentiasa berada di dalam kereta aku keluarkan..susun dalam kabinet katil wad tersebut..lebih kurang jam 8.00 malam, midwife (bidan) datang dan berbincang mengenai birth plan kami..

Sememangnya semasa last check-up kami ada berbincang dengan midwife berkenaan dengan birth plan..secara mudahnya, kami plan untuk bersalin secara normal, tanpa ada sebarang "induce"..selain daripada tu, kami memilih untuk bersalin di wad..dalam birth plan juga, kami nyatakan bahawa medical student boleh berada ketika proses bersalin (perempuan sahaja) untuk tujuan pembelajaran (sebab isteri ex-medical student..jadi dia tahulah betapa pentingnya proses pembelajaran ni..hahaha), kami juga request agar semua staff yang terlibat semasa proses sebelum, semasa dan selepas bersalin adalah perempuan melainkan ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan..dan ada beberapa kriteria lain lagi dalam birth plan tersebut..bagi sesiapa yang berminat untuk tahu dan buat birth plan, boleh refer link ni ye..memang kami berniat untuk share secara spesifik, tapi  birth plan kami tertinggal di hospital sewaktu kami keluar dari hospital tersebut..huhuhu

Baru-baru ni aku scroll fb dan banyak jugak isu yang rakan-rakan fb share berkaitan dengan Doula sehinggakan ada yang menyebabkan kes kematian bayi????siapa sebenarnya Doula ni????Apa peranan Doula sebenarnya????so, ni adalah salah satu maksud Doula "Doulas are usually experienced women who have completed some basic training."..dan antara peranan Doula adalah, "Doulas support women and families in all kinds of situations, who have different kinds of births and make a wide range of parenting choices."..apa RESTRICTION bagi seorang Doula??haaa, baca ni "Doulas do not take a clinical role and work alongside midwives and doctors. They do not advise, but can support a woman to find balanced information to make informed decisions about her maternity care."..mudah cerita, Doula berperanan sebagai suppoter dan memberi idea dan pandangan berkenaan dengan kelahiran..di UK, for sure memang ada Doula ni..dan mereka memang memainkan peranan dengan baik..bahkan perkhidmatan yang mereka berikan memang bagus (based on pengetahuan kerja isteri)..mereka berkomunikasi dan berbincang dengan pihak perubatan berkenaan dengan segala perkara yang berkaitan dengan birth plan dan sebagainya..yang penting, Doula tersebut berada disisi si ibu (secara fizikal) ketika proses bersalin..p/s; harap maaf, Doula sini tak guna Whatsapps/WeChat/Telegram ketika menjalankan tugas sebagai Doula ketika proses kelahiran ;p..hehehe..korang boleh refer link ni untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan Doula ye :)

Dalam birth plan tu jugak, kami mention siap-siap "Doula" yang akan menemani si isteri..nak tahu siapa "Doula" tersebut???sudah pasti aku selaku suami dan seorang lagi "Doula" yang di import dari Malaysia iaitu mama (ibu mertua aku sendiri..hehehe)..p/s; jangan tanya certificate tau! :)

Pada mulanya, kami berada terus di bilik bersalin, dekat sini dipanggil sebagai Delivery Suite..tapi memandangkan setelah pemeriksaan oleh pihak perubatan, mereka menasihatkan agar berada di wad persediaan terlebih dahulu..FYI, saiz bilik Delivery Suite ni aku rasa lebih besar dari wad kelas pertama di KPJ Perdana, Kota Bharu..


saiz bilik dan kemudahan dalam Delivery Suite..lebih kurang sama dengan bilik bersalin kami..

Lebih kurang jam 11.00 malam bila mana rasa contraction dah mula regular dan semakin dekat, pihak perubatan pindahkan isteri dari wad persediaan ke bilik bersalin supaya dapat membuat persediaan untuk menyambut kelahiran dengan baik..

Dalam bilik bersalin tu, aku standby siap-siap dengan kamera (bertujuan untuk rekod video sepanjang proses kelahiran)..selang 1 jam, nurse akan datang untuk periksa aku dan mertua..bukan periksa apa pun sebenarnya, cuma tanya sama ada nak air panas ke, nak air kopi ke, nak roti ke, nak biskut ke..hehehe..aku rasa 4 kali jugak la dulang air tu bertukar..seriously, service mengalahkan private hospital di Malaysia (based on pengalaman aku ler hehehe..)

Sepanjang proses contraction, hanya ada seorang sahaja midwife yang menemani kami secara tetap..midwife tersebut akan monitor keadaan isteri dari semasa ke semasa..

Tugas aku sebagai suami pula menenangkan si isteri dan memberi semangat supaya isteri dapat kekalkan momentum dengan baik..mama pula waktu tu urut-urut belakang isteri sambil memberi nasihat dan zikir..

Dari dalam bilik bersalin kami, aku sendiri boleh dengar suara perempuan menjerit dengan kuat..seriously, memang aku terkejut giler!suara tu memang sangat kuat..seingat aku masa masa kami masuk semula ke bilik bersalin, hanya ada 1 bilik sahaja yang ada patient, iaitu bilik no 2..dan kami berada di bilik no 5..jarak antara bilik tersebut lebih kurang 30 meter..meremang badan aku bila dengar suara perempuan menjerit kesakitan..dalam kepala aku dah terbayang macam mana keadaan yang bakal kami tempuh sekejap lagi ni..

bersambung........

Tuesday, 19 December 2017

Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Info pasal homestay di Kelantan yang berada di Tanah Merah..untuk makluman kalian, kami telah membuka sebuah lagi homestay di Tanah Merah yang diberi nama Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-2..dan lokasi homestay ini berdepan dengan Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-1

Boleh rujuk link fb ni ye..

Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-2

1-Kemudahan Homestay;







# Ruang tamu 1 yang dilengkapi dengan penghawa dingin





# Ruang tamu 2 yang luas dan elegen




# Mempunyai kemudahan untuk memasak..peti ais juga disediakan









# 5 buah bilik beserta penghawa dingin



# 6 buah bilik air





# Parking sehingga 5 buah kenderaan kereta serta ruang BBQ yang luas



2-Kawasan;

# 10 minit ke bandar Tanah Merah
# 10 minit ke bandar Machang
# Dikelilingi dengan kawasan restoran dan kedai

3-Sila Hubungi Nombor Berikut Untuk Tempahan;

Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454
Che Sue - 019-900 2454

Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229
Ila - 018-664 3229

4-Official Video Sri Makmur-Homestay-Tanah Merah-2







Wassalam :)

Tuesday, 12 December 2017

Unpredictable Decision-Balik Malaysia!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kemas, Packing, Booking Etc...

Siapa sangka disebalik kegembiraan dengan kelahiran anak pertama kami, Nur Aisya Sophia rupanya disusuli dengan ujian daripada Nya yang menjadi punca utama kami mengambil pulang ke Malaysia semula..

Bila sebut pulang ke Malaysia, sudah tentu bukan dalam tempoh yang sekejap..paling tidak sehingga Ummi Sophia dapat berjalan semula..waktu tu, kami jangkakan akan pulang ke Malaysia sehingga Hari Raya Aidilfitri (bulan 7)..once keputusan dibuat, perkara pertama yang kami buat adalah beli tiket flight!

Disebabkan tarikh flight hanya ada lebih kurang 2 minggu, maka harga tiket yang kami perlu bayar untuk penerbangan pergi dan balik melebihi £1000.00 untuk kami bertiga..for sure, harga tiket baby sekitar £50 sebab tak ada seat pon untuk Sophia kan..cuma ada bassinet dan allocation untuk luggage sahaja..antara faktor pemilihan tiket waktu tu ialah berapa lama tempoh transit flight tersebut..kenapa kami tak pilih direct flight?haaa, bila travel dengan baby yang baru lahir, antara perkara yang diutamakan adalah keselesaan baby tu sendiri..kalau direct, bermaknya 12 jam dalam flight..mana la selesa untuk Sophia..yela, dengan nak tukar lampin, nak lap badan, nak menyusukan, nak tukar baju dan sebagainya dalam flight agak sukar..memang ada kemudahan dalam flight, tapi keadaan dalam flight yang agak sempit dan umur Sophia yang baru 49 hari (waktu flight) sudah tentu mencabar..waktu check-in tiket, awal-awal lagi kami declare Ummi Sophia as a disable person..Alhamdulillah segala urusan perjalanan bermula dari drop luggage sehingga tiba di Malaysia dipermudahkan..sepanjang proses menaiki flight dan transit, Ummi Sophia duduk atas kerusi roda dan dibawa oleh staff di lapangan terbang..dari segi pemeriksaan keselamatan, kami diberi keutamaan dan dimudahkan..tapi tak bermakna kami tak diperiksa oleh pihak keselamatan tau!


First flight from London Heathrow to Dubai


Second flight from Dubai to KLIA..waktu ni kami lap-lap badan Sophia dan tukarkan baju dia :)

Dalam pada masa yang sama kami hubungi agen rumah sewa kami untuk tanya berkenaan dengan tempoh sewaan rumah..dalam agreement, kami menyewa untuk tempoh 6 bulan sahaja..kemudian perlu buat agreement baru untuk sambung menyewa disitu..malangnya, bila kami hubungi pihak agen, mereka maklumkan kepada kami bahawa tuan rumah telah buat keputusan untuk jual rumah tersebut (ni bukan setakat jatuh ditimpa tangga, tapi ditimpa tiang konkrit weh)..jadi, kami diberi pilihan sama ada untuk teruskan sewaan secara bulanan sehingga ada pembeli atau berpindah keluar..pada awalnya, kami buat keputusan untuk menyewa sehingga kami pulang semula..tapi bila mana kami fikir, seandainya tiba-tiba rumah tersebut terjual sewaktu kami di Malaysia, siapa yang nak uruskan barang-barang tersebut???tak kan nak balik UK semata-mata nak pindahkan barang kot?then, kami ubah keputusan untuk simpan semua peralatan rumah kami dalam storage..survey punya survey, akhirnya kami memilih perkhidmatan storage dari syarikat White & Company yang ada di sini..dengan kadar sewaan £8 seminggu untuk 1 pallet, sudah tentu lebih jimat berbanding dengan bayaran bulanan sewa tanpa kita duduk kan???so, dalam tempoh masa 2 minggu tu jugak aku kemas barang-barang rumah dan masukkan dalam kotak..mungkin sebab kesian sangat dekat aku, storekeeper tu bagi je amek kotak dan tape yang ada dalam store tu..ikutkan kalau tak kene bayar 50sen untuk 1 kotak..selesai bungkus, aku bawak slow-slow barang-barang ringan masuk ke dalam pallet..then, dengan bantuan rakan-rakan Malaysia dekat sini, setelkan angkat barang-barang berat seperti, washer dryer, peti sejuk, freezer, tilam etc..disebabkan barang yang banyak, jadi kami amek 2 pallet untuk muatkan semua barang kami..yela, rumah kami masuk ni kan rumah kosong..memang sedih la nak tinggalkan rumah Alma House ni..sebab dekat sini rumah pertama kami hidup bertiga :)


Pallet pertama
Pallet kedua

Sumbat selagi mana boleh sumbat dalam keduadua pallet ni..hahaha

Then, uruskan utilities & council tax pulak..call water supplier dan energy supplier masing-masing suruh submit meter reading hari last nanti..dan bayaran akan dibuat melalui direct debit..so, dekat situ mudah sebab tak perlu nak hadir dekat office atau buat surat..just guna apps yang ada untuk submit meter reading dan bayaran akan dibuat secara automatik..simple!berkenaan dengan council tax pulak, kami kene bayar sehingga bulan akhir kami berada di sini dan bayaran pon sama jugak, dibuat melalui direct debit..

Perkara terakhir yang kami lakukan adalah hadir dekat GP (kira macam klinik kesihatan la) untuk pemeriksaan kesihatan Sophia..dalam pada masa yang sama, kami maklumkan yang kami akan pulang ke Malaysia dalam jangka masa yang lama..then doktor suggest untuk continue jadual vaksin dekat Malaysia sahaja..cumanya, bila dah balik semula UK kena maklumkan kepada GP untuk kemaskini maklumat dan jadual vaksin Sophia..

Sedikit sebanyak ujian yang kami lalui ni banyak memberi pengajaran dan pengalaman..terutamanya untuk survive dalam keadaan yang agak kritikal..jadi kami kongsikan untuk para pembaca, khususnya bagi mereka yang berada di UK ni..atleast mungkin perkongsian kami kali ni dapat memberi sedikit sebanyak idea kepada anda..siapa sangka perancangan yang dibuat dengan rapi akhirnya tidak dapat dilaksanakan dan digantikan dengan ujian :)

Wallahua'lam :)

Thursday, 7 December 2017

First Post After 8 Months

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Return to Lancaster, United Kingdom Again :) ...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang merencanakan semua yang ada di langit dan di bumi dengan penuh sifat pemurah dan pengasih, akhirnya kami kembali semula ke tanah kelahiran Sophia...

Kalau tengok history blog ni memang dah lama aku tak post..kalau nak diceritakan sebab, memang panjang bebenor (bahasa orang Johor)..

Bermula pada saat kelahiran Sophia, sehinggalah kami buat keputusan mengejut untuk pulang ke Malaysia..yup, memang mengejut sebab keputusan nak balik Malaysia dibuat lebih kurang 2 minggu sahaja..ikutkan perancangan awal, selepas kelahiran Sophia memang kami akan stay berpantang dan cuti bersalin di UK je..tapi macam yang aku katakan, Allah dah susun segala apa yang berlaku dengan penuh sifat pemurah dan pengasih..

Selepas sahaja kelahiran Sophia, semuanya normal..sehinggalah kesan ubat bius hilang, maka cabaran sebenar bermula..takdir Allah mengatasi segala perancangan kerdil manusia, Ummi Sophia tak dapat berjalan..kalau nak di terangkan dari segi medical, susah kot..so, terangkan guna bahasa kampung je la ek..mudah cakap, tulang rawan yang mengembang sewaktu nak bersalin tu tak mengecut semula..so, kaki tak boleh nak berjalan..even nak gerakkan kaki seinci pon sakit..dan banyak perkara lagi yang berlaku..episod ujian dan dugaan bermula dari situ..inshaAllah aku akan ceritakan pada ulang tahun kelahiran Sophia nanti..

Bila buat keputusan untuk balik Malaysia, banyak perkara yang perlu diuruskan..baik dari segi tiket, rumah, utilities, storage barang dan sebagainya..memang panjang kalau nak cerita, dan aku akan share dalam blog ni inshaAllah..supaya, mana-mana insan yang merantau dan mengalami pengalaman yang sama ada sedikit sebanyak idea bagaimana nak berhadapan dengan situasi ni..

Serius, waktu tu memang tak terurus diri aku ni..kalau duduk sebelah orang homeless dekat tepi jalan, silap-silap aku dapat duit lebih banyak dari homeless yang lain..hahahaha

So, semasa di Malaysia, Ummi Sophia menjalani rawatan fisioterapi, jumpa dengan pakar dan pelbagai ikhtihar cara kampung (termasuklah berurut; Great Thanks to Moksu Tini-bidan dan pengamal urutan tradisional di Machang) yang banyak membantu Ummi Sophia sewaktu kami di Malaysia)..aik????doktor UK pon berubat dan berurut cara kampung????ahaaa!!!!kan terbukti ubat-ubat dan perubatan moden ni agen Yahudi...hahaha..yang ni inshaAllah kami akan share nanti dalam post yang akan datang :)

Bila berada di Malaysia, so jadi busy sedikit..tak sempat nak jenguk blog sangat..bukan busy kerja pon..busy berjalan-jalan dan bercuti..hahaha..sebut pasal bercuti ni, kalau ada sesiapa yang nak mencari homestay di Kelantan, boleh search "Sri Makmur Homestay" kalau nak cari homestay di Melakau pulak boleh search " Zaima Homestay" tau!

After months, actually lebih kurang 8 bulan kami bertiga pulang semula ke United Kingdom dan cabaran baharu pun bermula :)

Rumah sewa baharu, environment baharu, bersama orang baharu (Sophia ler), situasi baharu dan pelbagai benda lain yang baharu lagi bermula..


Our backyard

Tapi, semalam (6/12/2017) kami menerima berita duka dari Melaka..nenek kami (nekyang Sophia) telah kembali kerahmatullah selepas subuh (waktu Malaysia)..Allahyarhamah Hjh Che Wah Bt Abdul Hadi telah meninggalkan kami semua..dah takde lagi nekyang Sophia yang bagi duit dalam bungkusan tisu setiap kali kami menziarahi beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman inshaAllah ameen!

Nak order barang dari UK???boleh inshaAllah..cuma buat masa ni aku tengah nak train Sophia untuk tido ikut waktu UK dulu..then pastikan Sophia boleh adapt bersama Abi dia tanpa ada Ummi..hah! Ni pon antara cabaran baharu yang akan kami sharekan bersama..


Seminggu pertama, jam 2 pagi (waktu UK) mata dah celik macam lampu spotlight tepi jalan..bangun cakar muka Abi & Ummi sebab nak ajak main..hahaha

InshaAllah akan kami kongsikan pengalaman-pengalaman kami yang tak seberapa ni dalam masa yang terdekat ye :)

Wassalam......

Monday, 13 March 2017

Persediaan Menyambut Kelahiran Anak Pertama Kami :) - Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Preparation Part 2...

Entry kali ni kami nak share tentang preparation keperluan dan kelengkapan seharian Sophia dirumah pulak ye :)

Bila kita cakap tentang persediaan di rumah, semestinya bermacam perkara yang perlu kita perhalusi..sebagai contoh, kalau dirumah kita ada tangga maka nak kene prepare untuk pasang penghadang dekat tangga tu..kalau bahagian dapur memasak kita guna gas, so storage gas tu nak kene pastikan betul-betul proper la kan..

Tu kalau dari segi peralatan rumah..kalau persiapan baby dekat rumah pulak kene pastikan barang keperluan baby dekat rumah mencukupi la kan..hehehe

So, meh saya sharekan dari segi keperluan baby semasa di rumah pulak ye;

Keperluan baby;

1-Botol susu;

Dari segi botol susu, kami memilih jenama MAM..sebabnya botol susu yang kami beli ni jenis self-sterilize..untuk sterilize kan botol susu ni just perlukan microwave je..masukkan dalam microwave selama 5-7 minit dan dah siap..memang sangat mudah bila kita berada di rumah ataupun waktu kita travel..semua part untuk botol susu ni boleh dismantle satu persatu..so, memang kalau jenis perfectionist atau jenis yang kalau boleh nak basuh sampai kilat botol susu anak memang sangat suka dengan brand MAM ni..hehehe




Kalau nak compare dengan brand lain, kami kene beli alat sterilize tu berasingan dengan botol tu..so, dekat situ je dah incur cost..which mean, kene tambah kos untuk beli mesin sterilize pulak..kalau ada apa-apa berlaku dengan mesin tu tak kan la anak tak boleh nak menyusu pulak kan??alternatif lain kene rebus dengan air mendidih la pulak..dah leceh satu hal..

Lagi satu yang bestnya pasal botol susu ni, dia memang dicipta untuk mengurangkan kembung perut..so far memang sangat efektif..Sophia memang tak mengalami langsung kembung perut..everything is very smooth..lagipun brand MAM ni memang brand pilihan ibu-ibu dekat UK :)




So, kami beli botol ni dalam bentuk set..ada 2 set botol kecil saiz 160ml, 2 set botol besar saiz 320ml, berus untuk basuh puting susu dan puting hisap..berapa harga semua sekali???meh la PM Whatsapp sy ye +447521277358 - Fahmi..hehehehe


2-Lampin;

Untuk lampin pulak, kami pilih brand Boot je..antara brand jenama lampin yang berpatutan dari segi harga dan berkualiti..so far, Sophia tak pernah meragam lagi pakai lampin pakai buang ni..hehehe




Pengalaman ada 9 orang anak buah ni bagi aku memang sangat membantu dalam aku buat keputusan untuk beli lampin ni..aku beli lampin yang biasa bukan jenis branded punya, tapi yang penting aku selalu tukarkan lampin Sophia ni..asal kaler line bertukar dari kuning ke biru je aku terus tukar lampin..tak de tunggu nak penuh ke nak bagi lampin tu berat betu-betul berisi ke..asalkan Sophia buang air kecil atau buang air besar je aku terus je tukar..pengalaman tukar lampin tu sampai 3 kali tukar dalam tempoh masa sejam..hahahaha

Alhamdulillah, setakat ni Sophia takde sebarang alahan atau ruam dekat bahagian punggung :)

3-Wipe Tissue;

Ada sesetengah orang berpendapat kalau kita guna wipe tissue untuk baby tak bagus..sebab kulit baby sangat sensitif..antara alternatif lain bagi mereka yang taknak guna wipe tissue ni dorang basahkan tisu dengan air paip sahaja..

Secara peribadi, aku lebih suka pilih wipe tissue sebab mudah dan cepat..cuma, penjagaan lebih perlu dititikberatkan bila kita guna wipe tissue ni..atleast, kita kena sapu bahagian punggung baby dengan minyak zaitun untuk jaga kulit baby tu..



Untuk wipe tissue, kami pilih brand Johnson dan Wilko..kami asingkan penggunaan antara Johnson dan Wilko ni based on specific purpose..kalau Wilko ni guna untuk lap-lap benda-benda kritikal sebagai contoh kalau baby buang air besar banyak amat, so kene la lap najis yang melimpah  kan..haa yang tu kami guna Wilko..tapi kalau untuk yang part sensitif tu kami guna Johnson je..hehehe




4-Termometer;

Haa..termometer ni benda yang paling penting sebagai salah satu benda yang wajib ada bila mana kita ada baby..tujuan utama memang untuk ukur suhu baby kita..benda  yang paling ibu bapa terutamanya yang baru memiliki anak pertama adalah demam panas..

Ikutkan saranan doktor, bila mana suhu baby melebihi 37.5 C je mesti kene hantar ke hospital terus..tak kisah bila waktunya sekalipun even awal pagi pon kene jugak pergi dan direct masuk ke Emergency Department di hospital..

Yang bestnya tentang termometer brand brother max ni, dia akan tukar warna skrin automatik jadi warna merah kalau melebihi suhu normal baby tersebut..kalau suhu tu adalah suhu normal bagi baby, skrin dia akan jadi warna hijau..hehehe




Banyak jenis termometer yang dijual dekat sini, cuma kami pilih termometer yang simple dan sesuai dengan penggunaan kami je..

5-Breast Pump;

Dari segi breast pump, kami pilih dan beli 2 jenis breast pump..satu jenis manual dan satu lagi jenis elektrik (powered by DC dan battery)..

Kenapa kami pilih 2 jenis??sebabnya somehow, mungkin si ibu lebih sesuai atau selesa pakai yang manual dan ada waktunya si ibu lebih mudah untuk pakai yang elektrik..

So, dekat sini kami pilih jenama Haakaa..kenapa pilih brand ni??hasil review kami selama berbulan-bulan, kami dapati ramai yang suggestkan untuk beli brand ni..sebabnya lebih sesuai dan efektif..dari segi suction pulak, ramai yang kata bagus serta dapat menghasilkan susu yang banyak..dari segi cara penggunaan breastpump ni pulak, ramai yang kata sangat mudah dan tidak mudah jatuh atau tertanggal dari breast :)




Dari segi rekabentuk, memang user-friendly which mean mudah guna dan mudah pegang..hehehe

Then, untuk yang elektrik pulak kami pakai brand Medela..for sure kami tak perlu untuk terangkan tentang bagusnya brand Medela ni la kan..sebab brand ni memang brand yang terkenal..ramai ibu-ibu BF mencadangkan untuk menggunakan brand ni..memang tak dinafikan banyak brand yang terdapat dipasaran, dan tak semestinya brand selain dari Medela ni tak bagus..setiap brand ada keistimewaannya sendiri..ianya bergantung kepada citarasa dan pilihan masing-masing..




Brand Medela ni ada banyak jenis..dan setiap jenis tu mempunyai fungsi khususnya tersendiri..dan sudah pasti, setiap jenis mempunyai harga yang berlainan..hehehehe..bagi kami, untuk Medela ni kami pilih Swing Maxi..sebab ape??meh baca kelebihan dia dekat bawah ni ye..hehehe

a)Easy and time-saving breast pump
The Medela Swing maxi combines the quality of the Medela Swing with a more powerful motor as it is made for double pumping. Compared to single pumping, double pumping can cut expression time in half and remove 18% more milk.

b)More milk with higher energy content
Unlike a single pump, Medela Swing maxi pumps simultaneously from both breasts and allows you to express more milk with higher energy content.

c)Simple to operate, comfortable to use
Medela Swing maxi has a very simple design and is extremely portable. It is easy to assemble and disassemble  for cleaning, and all parts can be sterilised in a microwave for convenience.

d)Phase Expression technology
Thanks to Medela's 2-Phase Expression technology the breast pump simulates your baby’s natural sucking behaviour at the breast and feels very comfortable to use. The 2-Phase Expression technology provides a short, quick sucking rhythm until your milk starts to flow and then it changes to a slow rhythm to express the milk. The simple up/ down buttons allow you to control the vacuum to reach your highest comfort level as this is when your milk will flow best.

Haa meh tengok apa yang ada dalam kotak tu ek






Kebetulan waktu test pam ni saya ada rekodkan video sekali..meh kita tengok :)




Haaa..amacam??teruja tak??kalau berminat nak beli boleh la roger-roger wassap aku ek +447521277358 - Fahmi :) Sebelum aku lupa, kalau dah pump mestilah kene simpan kan susu tu..untuk tempat simpan, korang boleh jugak beli jenama Medela ni..tapi kalau rasa nak mudah, boleh je pakai bekas plastik yang pakai buang..tapi pastikan BPA free tau..hehehe

6-Snufflebabe Nasal Aspirator;

Haa..benda ni paling penting bagi baby..alat ni digunakan bertujuan untuk sedut hingus baby..nak sedut tahi hidung baby pon boleh..banyak jenis penyedut yang boleh kita gunakan sebenarnya..

Ada yang jenis simple, just tekan dan masukkan ke dalam hidung baby tu..so, dia just guna negatif pressure untuk sedut keluar dari dalam lubang hidung baby..

Tapi, bagi kami kami pilih jenis sedut guna mulut..hehehe

Yup, sedut guna mulut..tapi bukan sedut dan telan ler..meh tengok gambar alat penyedut tu ye..





Haa macam tu la bentuknya..bahagian depan tu masukkan sedikit kedalam lubang hidung baby..dan kita akan sedut menggunakan penyedut tu..antara penyedut dan bahagian depan tu ada ruang filter atau penapis..so, tahi hidung atau hingus akan disekat dekat tempat tu..yang bestnya, filter dan alat ni mudah untuk dibasuh selepas digunakan..then tempat simpan alat ni juga boleh dikategorikan sebagai tempat simpan yang hygiene..

Seriously memang sangat mudah..kalau pantang ada nampak tahi hidung atau hingus dalam hidung Sophia, cepat-cepat kami sedut..hahaha

7-Minyak Yuyi;

Ha..minyak yuyi ni kami import dari Malaysia..dekat sini kami tak tahu jenis minyak yang orang UK guna untuk baby dorang..lagipun, fizikal dan genetik orang asia ni memang berbeza dari dorang..so, kami lebih prefer untuk guna minyak yuyi je..

8-Cotton Pleat;

Cotton pleat ni sangat berguna untuk bersihkan badan baby especially dekat bahagian leher..just rendam dengan air dan bersihkan bahagian badan baby tu je..

9-Barut;

Orang UK takde barut-barut ni..tak pasti pulak macam mana dorang nak elakkan baby dorang daripada kembung perut..hahaha..tapi hasil pembacaan mengatakan faktor fizikal dan genetik yang berbeza dengan orang asia merupakan salah satu faktor perbezaan dalam penjagaan baby..so, barut ni pon kami import dari Malaysia jugak..hehehe

So, based on pengalaman kami benda-benda yang di atas adalah alat atau barang yang yang kami guna seharian..kalau ikutkan cadangan atau bacaan dari sumber lain, memang banyak lagi perkara yang perlu disediakan..tapi bagi kami, benda yang kami kongsikan adalah benda UTAMA yang perlu ada..yang lain adalah benda sampingan sahaja..

Setakat ni sahaja perkongsian daripada kami ye :)

InshaAllah, kami akan kongsikan pengalaman kami dalam menghadapi dan menerima kehadiran Sophia sewaktu di hospital ye..

Just mohon doa daripada pembaca sekalian agar Sophia, Ummi dan kami sekeluarga diberi kesihatan yang sempurna dan mencukupi dari segala aspek inshaAllah Allahumma ameen!