Wednesday, 16 November 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 3 (A)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Untuk post yang berkaitan dengan tempat yang dilawati, aku akan pecahkan kepada dua part..part 3 akan menceritakan tempat yang kami lawati di Venice..untuk part 3 aku pecahkan kepada beberapa bahagian..maklumlah, banyak tempat yang kami lawati..hehehehe..manakala part 4 akan menceritakan tempat yang kami lawati sepanjang kami berada di Rome dan turut dipecahkan kepada beberapa bahagian ye..

Selamat membaca :)

Tempat Yang Dilawati...

>>>Venice, Itali

Alhamdulillah, kami diberi kemudahan dan rezeki sepanjang kami berada di Venice..segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar baik dari segi pengangkutan, penginapan dan segala-galanya..

Di sini perjalanan kami bermula di Venice..

antara pemandangan awal sewaktu kami tiba di Venice :)

Honestly, pulau Venice merupakan satu tempat pelancongan yang cantik..dari aspek keindahan bangunan dan panorama sekeliling pulau Venice memang tidak dapat dinafikan..cuma, bila kita nak ambil gambar, jangan bermimpi korang dapat ambil gambar sebijik macam dalam internet..hahaha..nak tahu sebab apa??meh perhatikan gambar yang kami kongsikan bersama ye nanti :)

Laluan pertama yang kami lalui adalah Ponte degli Scazli..untuk pengatahuan anda, sekiranya anda berjalan dalam pulau Venice anda akan menemui banyak perkataan "Ponte"..memang jenuh kami ber "Ponte-Ponte" sepanjang kami berada di pulau Venice..sebenarnya Ponte merupakan bahasa Itali dalam bahasa Melayu pula dipanggil sebagai Jambatan..memang lenguh la kaki kalau korang berjalan kaki dari awal hingga ke hujung pulau Venice ni..hahaha

haaa belakang aku tu la Ponte degli Scalzi

pemandangan pejalan kaki di Ponte degli Scalzi

Ponte degli Scalzi ni juga merupakan salah satu jambatan utama bagi laluan Grand Canal..

pemandangan dari atas Ponte degli Scalzi

Pemandangan memang sangat cantik kalau kita lihat dari atas jambatan ponte degli Scalzi ni..hehehe

Bangunan yang ada di dalam pulau Venice ni kebanyakkannya berusia lebih seratus tahun..jadi, kalau kita berjalan dalam pulau Venice ni, seolah-olah kita berada pada zaman yang lepas..dan laluan yang ada diantara bangunan juga ada yang luas dan ada yang sempit..

laluan pejalan kaki dalam pulau Venice

Macam aku katakan tadi, tak sah kalau tak jumpa "Ponte" kalau berjalan dekat pulau Venice ni..hahaha

beraksi di salah sebuah ponte di kawasan Campo Santo

Bagi peminat cerita-cerita aksi, mesti korang pernah tengok cerita The Italian Job dan Casino Royale betul x??especially cerita The Italian Job..pada permulaan cerita tersebut, ianya banyak memaparkan aksi-aksi yang dirakamkan di pulau Venice terutamanya melalui penggunaan bot di dalam pulau Venice..terutamanya ketika aksi kejar-mengejar setelah mereka berjaya mencuri peti simpanan emas tersebut..haaa..ni la antara laluan yang ada dalam pulau Venice tu..hehehe

ala-ala The Italian Job gitu..hehehe

Kebanyakkan tempat yang kami pergi di kawasan Venice akan diletakkan papan tanda nama tempat tersebut..jadi memudahkan kami untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain..

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Campo San Polo..actually, campo bermaksud dataran..jadi bila kita gabungkan perkataan Campo San Polo tu, Dataran San Polo..kawasan ni asalnya merupakan kawasan tempat agrikultur pada zaman dahulu..kemudian pada tahun 1493 kawasan ni di turap dan dijadikan tempat perlawanan haiwan seperti seladang dan sebagainya..

pemandangan di Campo San Polo

Sekarang ni, Campo San Polo merupakan sebuah dataran yang digunakan untuk sebarang aktiviti sosial atau sebarang event yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan..

penuh dengan burung merpati dekat kawasan Campo San Polo ni

kecik-kecik dah pandai mengayat..hehehe

Selesai menikmati pemandangan kami di Campo San Polo, kami bergerak menuju ke Rialto Bridge pulak..

bergambar dulu dekat ponte..hahaha

Haaaa...dah nak sampai dah dekat Rialto Bridge..tapi sebelum kami tiba di Rialto Bridge, kami melalui sebuah kawasan membeli-belah..dekat sini, banyak pilihan cenderamata yang anda boleh pilih..dari segi harga, jangan risau..boleh tawar-menawar punya..hehehe

kedai yang dilalui sebelum kami tiba di Rialto Bridge



haaa..ni lah kedai dekat kawasan Rialto Bridge

Waktu kami berada di sini, kebanyakkan bangunan di kawasan Rialto Bridge berada dalam keadaan baik-pulih..tetapi, masih tidak dapat menyembunyikan keindahan pemandangan di Rialto Bridge ni..


haaa..ni la pemandangan dari atas Rialto Bridge


muka yang dalam kepenatan..banyak tangga nak kene naik untuk sampai ke Rialto Bridge ni..hahaha

Actually, Rialto Bridge ni terkenal sebagai salah satu jambatan yang tersohor di Venice..selain tu juga, kawasan yang berhampiran dengan Rialto Bridge juga terkenal sebagai kawasan membeli-belah barangan cenderamata dan sebagainya..

Sangat mencabar sewaktu kami nak ambil gambar di atas Rialto Bridge ni..nak tau sebab ape??meh tengok gambar dekat bawah ni ye..hehehe


haaa..ni la gambar berlatar belakangkan Rialto Bridge ni..hehehe

Amacam, ramai tak umat manusia atas Rialto Bridge ni..hehehe

Secara peribadi aku katakan, pemandangan Venice sangat cantik di waktu malam berbanding pada waktu siang..jadi, kami buat keputusan untuk membeli cenderamata pada waktu siang dan berjalan-jalan pada waktu malam..

So, kene pandai plan sebenarnya kalau nak menikmati pemandangan di Venice dengan sebaiknya..ada kawasan yang cantik bila kita lihat pada waktu siang dan ada yang cantik pada waktu malam..actually sama ada siang atau malam tetap cantik..cuma pandangan setiap orang berbeza, jadi kami hanya bagi cadangan sahaja..hehehe

pemandangan waktu malam di Rialto Bridge


Alhamdulillah selesai perjalanan kami pada hari ini..aku akan sambung tulisan aku berkenaan dengan tempat-tempat lain yang kami lawati semasa berada di Venice dalam Part 3 (B) ye..hehehehe

Thursday, 27 October 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kali ini aku akan sambung semula tulisan berkenaan dengan pengembaraan aku bersama isteri di Itali..untuk part yang ke 2 ini, aku akan fokus kepada tempat penginapan kami sepanjang di Itali ye..

Alhamdulillah, dalam tulisan yang aku tulis sebelum ini, aku menerima saranan daripada rakan sewaktu zaman persekolahan di SMKA Bandar Penawar dahulu..beliau berkongsi nasihat dan panduan untuk menulis dalam blog..jadi, aku cuba untuk amalkan..kalau perasan, semua tulisan di tulis dalam perkataan dan ejaan yang penuh bukan??hehehe..anyway, terima kasih Dzul atau teguran terhadap penambahbaikan tersebut..hehehe



Penginapan...



>>>Venice, Itali



Tempat penginapan kami cari dengan menggunakan aplikasi Airbnb sahaja..bagi aku, aplikasi tersebut sangat bermanfaat dan berguna bagi pelancong, pengembara atau sesiapa sahaja yang ingin mencari tempat untuk tidur atau berehat..

Alhamdulillah, rezeki kami murah..tempat penginapan kami di Venice sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api..kami hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit daripada tempat perhentian bas mahupun stesyen kereta api tersebut..

Kami tiba di Trevisio Airport lebih kurang jam 11.00 pagi pada 27/10/2016..dan kami menaiki bas dari Trevisio Airport ke Venizia Mestre..macam yang aku ceritakan sebelum ini, kami tersesat sehingga ke pulau Venice dan terpaksa tunggu selama sejam untuk patah balik ke Venizia Mestre..memang pengalaman yang kami tidak akan lupakan!!hehehe


akhirnya kami tiba di perhentian bas yang sepatutnya..huhuhu



Pada mulanya kami tersesat sewaktu hendak mencari tempat penginapan, tapi dengan bantuan penduduk tempatan, alhamdulillah akhirnya kami sampai juga..


Landmark dikawasan yang berhampiran dengan tempat penginapan kami sangat banyak antaranya adalah stesyen kereta api iaitu Venizia Mestre dan juga tempat penginapan hotel iaitu hotel Plaza  serta hotel Bologna..jadi kami cuma perlu mengikut panduan daripada Google Maps dan bertanya kepada penduduk tempatan sahaja..mudah kan??hehehe

gambar hadapan hotel Plaza

gambar sisi hotel Bologna

Laluan untuk menuju ke tempat penginapan kami sebenarnya antara bangunan Hotel Plaza dan Hotel Bologna sahaja..kalau anda lihat ada satu jalan yang memisahkan antara 2 bangunan tersebutkan? yeee..disitu lah laluan untuk ke tempat penginapan kami..hehehehe

Sepanjang laluan tersebut, terdapat banyak kedai runcit disekitarnya..jadi, tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan ringan seandainya lapar pada waktu malam :) hehehe

akhirnya....

lokasi tempat penginapan kami berada di jalan col di lana

Mudahkan nak mencari lokasi tempat penginapan kami ini??dan kawasan sekitar tempat penginapan kami boleh dikategorikan sebagai kawasan yang selamat..terdapat banyak kedai dan jalan tersebut juga merupakan antara jalan utama disini..jadi kami tidak perlu risau untuk keluar pada waktu malam :)

tempat penginapan kami berada di hujung bangunan pertama di jalan col di lana

Kawasan sekitar tempat penginapan yang menarik, mudah untuk dijumpai, banyak kedai runcit dan yang paling penting selamat memang menjadi rebutan bagi para pelancong..hehehe

model kasut Clarks bergambar di hadapan pintu masuk utama tempat penginapan tersebut

So, sekarang kami kena tekan butang loceng yang disediakan..kalau setakat pakai jampi macam dalam cerita 40 penyamun tu memang tidak akan berkesan ler..hehehe

pemilik tempat penginapan kami bernama Wu Luigi

As a reminder, sekiranya anda membuat tempahan melalui airbnb..pastikan anda memberikan anggaran masa waktu ketibaan anda di tempat penginapan..dan anda perlu memaklumkan sebarang perubahan secepat mungkin..atleast, anda tidak perlu untuk menunggu pemilik airbnb tersebut untuk tiba di tempat penginapannya..

rekaan unik tangga di bangunan tersebut..

Tempat penginapan kami berada di tingkat 1 dalam bangunan tersebut..

pemandangan pintu masuk utama dari arah tangga

muka isteri yang dalam kepenatan..huhuhu

Pada mulanya kami cuba juga cari lif, tapi malangnya kemudahan lif tidak disediakan di sini..so, yang ada hanyalah tangga..nasib baik barang kami tidak terlalu banyak..

akhirnya..........

Alhamdulillah akhirnya kami sampai di tempat penginapan..

ruang laluan akan dilihat sejurus sahaja anda membuka pintu rumah tersebut...

hujung sekali itu merupakan pintu masuk ke dalam tempat penginapan kami

Tempat penginapan kami berkonsepkan seperti dorm asrama..di tempat penginapan ini mempunyai 4 bilik berasingan..setiap bilik mempunyai kemudahan asasnya sendiri seperti katil, almari, meja etc..

haaa..ni la bilik kami..hehehe

malangnya, katil yang disediakan katil bujang...hahaha

almari untuk simpanan barang keperluan anda

kemudahan air-cond dan heater disedakan..almari besar pon ada juga..hehehe

Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan kemudahan dan keadaan dalam bilik kami..cuma, katil yg disediakan hanya katil bujang sahaja..tapi ada 2 katil bujang je la..hehehe..apa-apa pun, mmg kemudahan kami sangat berpuas hati..keadaan bilik pun bersih dan kemas..cadar tidak berbau, adaptor plug turut disediakan..jom kita lihat kemudahan lain yang disediakan dalam tempat penginapan ni ye..

kemudahan untuk memasak, peralatan dapur dan ketuhar gelombang disediakan..minyak masak pun ada juga..hehehe

coffe maker & peti sejuk

meja makan

meja makan dikawasan beranda luar

bilik air

tub mandi

Basically, aku boleh katakan tempat penginapan ni almost perfect..cuma, dekat sini iron dan mesin basuh tidak disediakan..bagi si isteri, iron merupakan peralatan yang sangat diperlukan..tapi bagi si suami, rileks sudah..hahaha..

Dekat sini kami nak ingatkan, bila kita sebut tentang konsep dorm..maka semua kemudahan yang disediakan adalah dikongsi bersama dengan penghuni yang lain..so, kena pandai cari turn untuk bilik air tu..hehehehe..tapi jangan risau, tempat penginapan ni menyediakan 2 buah bilik air..

Sarapan juga disediakan disini, cuma konsepnya layan-diri la ye..hehehe..kami menginap disini selama 3 hari 2 malam dengan jumlah bayaran sebanyak 96.00 euro..haaa..jangan lupa, waktu tiba di tempat penginapan tu kami perlu tambah sebanyak 2.60 euro sebagai cukai terhadap pihak berkuasa tempatan disini..mula-mula terkejut juga bila pemilik bagitahu tentang bayaran tambahan..tapi bila dia sebut 2.60 euro kami lega sikit la..hehehe..

Amacam???berbaloi tak antara harga dan kemudahan yang disediakan tu???


>>>Rome, Itali

Bagi kami, tempat penginapan di Rome merupakan tempat penginapan yang perfect!!dari aspek kemudahan yang disediakan, layanan, suasana dalam bilik serta suasana dalam rumah memang perfect!

Tempat penginapan kami di Rome kali ni terletak berhampiran dengan stesyen kereta api Roma Termini..kalau jalan kaki dari stesyen tu hanya makan masa lebih kurang 10 minit shj..dekat je kalau jalan kaki..hehehe

buka pintu utama bangunan terus nampak pemandangan yang macam ni..cantikkan??hehehe

Masuk ke dalam bangunan utama tu kami teruja sekejap..sebab rekaan dalam bangunan tu memang menarik dan cantik..alhamdulilllah kali ini, ada lif dalam bangunan tersebut..hehehe..tapi tempat penginapan kami sebenarnya berada di tingkat 1 je..so kalau naik tangga tak terasa penat sangat la..hehehe

haaa..tu pintu utama untuk masuk ke dalam bangunan tu..berat oi pintu tu kalau nak tarik..

Keadaan dalam bangunan yang kami masuk ni memang well-maintain..kebersihan dalam bangunan di jaga dengan baik..satu contoh yang baik dan boleh kita amalkan ni..maybe ada duty roaster kot..hahaha

Kedatangan kami disambut oleh pemilik rumah tersebut, Mr Franco Zuccaro..tapi kami panggil Franco je lah..sebenarnya waktu kami sampai dekat bangunan tempat penginapan tu, kami terpaksa bertapa dalam 10 minit juga dekat luar bangunan tu..sebabnya, bila kami tekan loceng pada dekat bahagian pintu luar tu, tiada respons yang kami terima..akhirnya bila ada orang yang hendak keluar dari bangunan tu, kami masuk je untuk tunggu dekat dalam bangunan tu..then kami cari rumah si Franco ni dan tekan loceng, tapi malangnya selama 5 minit kami tunggu, pintu masih lagi tidak di buka..akhirnya kami buat keputusan, aku terpaksa berjalan semula ke stesyen kereta api Roma Termini untuk mendapatkan wifi..dapat wifi terus hantar message melalui aplikasi airbnb untuk memaklumkan tentang ketibaan kami..akhirnya message aku dijawab oleh Franco dan dia memaklumkan bahawa dia dah bertemu dengan isteri aku dan sedang menunggu aku dekat pintu masuk utama bangunan tersebut..sabar je lah..hahahaha

So, sampai je dekat bangunan tu terus disambut oleh pemilik tempat penginapan kami, Mr Franco..terkejut aku tengok Mr Franco..muka ala-ala Amitabachan beb!!cuma versi rendang je la..hehehe..rupa-rupanya ada 2 buah rumah dibawah nama Zuccaro ni..salah satu daripadanya milik kepada adiknya..patut la kami tekan loceng luar pintu rumah tidak dijawab..hahaha..so, pengajarannya pastikan kita tanya terlebih dahulu kepada pemilik airbnb apa nama yang dipaparkan di tempat untuk kita tekan butang loceng pada pintu luar..nasib baik ada 2 nama yang sama..kalau ada 5 nama yang sama kan naya tu..hahaha

Sampai je dekat kami terus naik lif..sebab dah tidak larat untuk berjalan dan menaiki tangga dah..huhuhu

dah tidak larat lagi nak panjat tangga..haha

So, bila kami sampai dari Venice sudah tentu kami memang mengharapkan tempat penginapan kami di Rome ini selesa..lebih-lebih lagi setelah kami mengharungi perjalanan dalam kereta api yang memakan masa berjam-jam lamanya..

pintu masuk ke dalam rumah...


Alhamdulillah, memang tempat penginapan kami di sini tidak mengecewakan..jom kita lihat kemudahan yang disediakan di tempat penginapan kami ye..

buka je pintu utama rumah terus nampak pemandangan dalam rumah yang macam ni

hiasan dalam rumah

haaa pintu tengan tu merupakan pintu masuk ke dalam rumah :)

Amacam??cantik tak hiasan dan susun atur dalam rumah ni???bagi kami, susun atur yang macam ni memang cantik..kami lihat bagaikan ada satu tema bagi susun atur dalam rumah ni..secara keseluruhannya, susun atur dalam rumah ni berkonsepkan "retro"..sesuai dengan umur pemilik rumah ni..kalau x silap aku, umur Franco ni dalam lingkungan 50 an..hehehe

suasana dalam ruang tamu rumah

cuba perhatikan susun atur dan peralatan dalam ruang tamu ni, semuanya retro..hahaha

Haaa..tu baru sikit..jom kita tengok bilik yang disediakan ye..

fokus kami sewaktu masuk dalam bilik hanyalah katil semata-mata..hehehe

suasana dalam bilik

siap ada sediakan buah lagi...hehehe

keperluan yang disediakan oleh pemilik tempat penginapan kami

suasana dalam bilik..gambar di ambil tanpa menggunakan flash

Amacam??cantik x???jom kita tengok hiasan dinding dan lampu dalam bilik ni pulak ye

lampu bilik

hiasan dinding dalam bilik

another one..

cantik gambar hiasan dinding bilik ni..

Jom kita jengah dapur rumah ni pulak ye :)

susun atur dalam dapur

kemas dan bersih dapur..siapa kata orang lelaki tak pandai kemas dan menyusun???hehehe

Seriously, susun atur sangat kemas dan kebersihan dalam rumah memang dijaga dengan rapi..jom kita tengok ruang bilik air pulak ye..

tab mandi

mesin basuh dan pengering rambut juga disediakan :)

kawasan singki dan cermin dalam bilik air

Macam yang aku sebutkan pada awal tadi, tempat penginapan kali ini bagi kami  perfect!semua kelengkapan disediakan..bagi kami yang travel selama 6 hari, ini kemudahan rumah ini memang satu keperluan..especially bab mesin basuh tu..hehehe

pinjam kawasan ruang tamu untuk jemur pakaian sekejap..hahaha

Di sini, sarapan juga disediakan..cuma bezanya dari tempat penginapan kami di Venice, sarapan disini disediakan khusus oleh pemilik tempat penginapan ini..kami menginap di sini selama 3 hari 2 malam..dan jumlah keseluruhan bayaran adalah sebanyak 88.00 pound..9.00 pound daripada jumlah keseluruhan adalah bayaran perkhidmatan a.k.a Airbnb service fee..hehehe

Dari segi layanan, kami sangat berpuas hati dengan Franco..beliau memang cuba sedaya-upaya untuk memenuhi permintaan kami..pada waktu mula-mula sampai, kami request adaptor plug..dan memang ada disediakan..cuma adaptor tu dah rosak, so kami maklumkan kepada Franco, terus beliau turun ke bawah untuk mencari kedai dan beli adaptor baru..memang puas hati dengan layanan beliau!

Dari segi komunikasi, haaa..Franco memang tidak boleh berbahasa Inggeris..seriously, memang totally tidak boleh berbahasa Inggeris..sebab tu sewaktu berkomunikasi semasa awal tempahan tempat penginapan, aku hanya berkomunikasi melalui aplikasi Airbnb..aku cuba guna aplikasi WhatsApp, tapi beliau memaklumkan kepada aku bahawa beliau tidak boleh untuk balas message melalui WhatsApp..bila aku sampai dekat sini baru aku faham sebab apa..setiap kali message yang aku hantar, beliau akan copy and paste dalam google translate terlebih dahulu dan reply..kalau guna aplikasi WhatsApp agak sukar untuk copy and paste dalam google translate tu..betul tak??hehehe

So far, berdasarkan kemudahan tempat penginapan dan layanan bagi anda berbaloi atau tidak???hehehe

Sebelum pulang, aku sempat untuk bergambar bersama Franco dan anak buah beliau..

dari kiri; Franco, aku dan anak buah beliau

Setakat ini sahaja perkongsian aku berkenaan dengan tempat penginapan kami sepanjang kami berada di Itali..inshaAllah part seterusnya, kami akan kongsikan berkenaan dengan tempat yang kami lawati sepanjang kami di Itali ye :)