Thursday, 22 November 2018

Trip To York :) Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


York...

York ni terletak dekat bahagian utara England..kalau dekat Malaysia tu kira terletak dekat bahagian pantai timur area Terengganu macam tu..

So, nak diceritakan York ni merupakan salah sebuah bandar dalam UK..tapi dia tak termasuk dalam 10 senarai bandar besar dekat UK ni..

Tapi, York ni sebenarnya termasuk dalam 10 buah bandar yang bersejarah di UK..

Kami ambil keputusan untuk berjalan waktu hari kerja..bertolak dari Lancaster lebih kurang jam 9 pagi dan sampai lebih kurang dalam pukul 1 tengah hari..




York Minster...

First tempat yang kami lawat ialah York Minster..sebenarnya York Minster ni adalah sebuah cathederal..well, boleh kata setiap tempat penting di dalam UK ni akan ada sebuah cathederal..dan kebanyakkan rekabentuk cathederal di UK ni lebih kurang sama je..hehehehe



Tapi, apa yang membezakan setiap cathederal tu adalah nilai sisi sejarah disebalik tegap bangunan tersebut..York Minster pernah terlibat dalam kebakaran ketika peperangan yang berlaku sekitar  tahun 741..then baiki semula..lepas tu dimusnahkan ketika zaman English Reformation (boleh google sendiri untuk cari fakta ni ye)..dan bangunan yang kita lihat pada zaman ni adalah hasil daripada usaha untuk memulihara York Minster pada tahun 1988 :)

Bagi aku, rekaan bangunan ni memang cantik..yang membuatkan aku terfikir begitu canggih teknologi kejuruteraan yang ada di zaman tersebut yang digunakan sehingga bangunan sebesar York Minster mampu bertahan sehingga kini..

Kalau dilihat dari aspek struktur bangunan, memang kita boleh lihat tiang/pillar tu memang besor gedabak..tapi at some point, macam mana struktur tersebut boleh support diameter curve bumbung yang agak besar..ikut logik akal, mestilah kene letak sebijik tiang dekat bahagian tengah bangunan tu kan??tapi takde pulak di letak tiang tengah-tengah tu..hahaha

Bila sebut tiang, aku teringat masa tempat kerja lama dulu..nak support saiz ducting yang besar  (2200mm x 2200mm lebih kurang ni kalau tak silap saiznya) last-last terpaksa tebuk tengah-tengah ducting tu..kalau tak ditebuk, ducting akan melendut..dan bila run system, perghhh dia punya goyang kalah Cita citata dalam lagu Goyang Dumang baeeekkkk punya gelek! (ni bukan aku yang cakap, tapi member yang cakap) hahaha



Gambar dalam bangunan ni aku dapat amek sikit je..sebab Sophia meragam dah..so, masuk kejap dan terus keluar..by the way, nak masuk ni kene bayar tau!








St Mary's Abbey...



Kalau York Minster tadi tu kita panggil sebagai cathederal, tapi St Mary's Abbey pulak merupakan sebuah gereja a.k.a church..

Apa beza cathederal dan church ni sebenarnya????

Dengan kata perbandingan mudah, cathederal ni ibarat masjid bagi mereka..manakala church pulak kira macam surau la..nak lebih detail lagi korang boleh google sendiri ek..hehehe

St Mary's Abbey ni tempatnya simple je..just ada bangunan hasil tinggalan terdahulu..tu je..cuma, tempat sekitar St Mary's Abbey ni dijaga dengan baik..so orang datang ke St Mary's Abbey ni untuk beriadah atau berpiknik dekat kawasan padang yang ada dekat St Mary's Abbey..nothing more than that :)


kan dah bagitau tadi..memang tempat bersantai je dekat sini..hahaha




York City Walls...

Basically York City Walls ni kira macam last defend untuk kota York ni..benteng pertahanan ni dibina pada 71AD..bagi aku, berbaloi kalau nak pergi dan berjalan atas binaan ni..



Kalau naik atas York City Walls kita boleh lihat sebahagian besar bandar York ni..sebab tu ianya digelar sebagai benterng pertahanan terakhir..

Aku bagitau awal-awal, tempat ni memang tak sesuai untuk bawak stroller..sebab apa???haaaa tengok gambar dekat bawah ni..hehehe





Aku tak dapat berjalan sangat dekat York City Walls ni sebenarnya..tapi aku sharekan gambar yang mana kitaorang dapat naik je la ek :)


Kalau sesiapa yang ada kelapangan boleh naik dan berjalan dekat York City Walls ni..sebab viewnya memang cantik beb!



The Shambles...




Ada jugak orang panggil York Shambles..tapi basically ianya merupakan sebuah jalan lama yang terletak dalam bandar York..

Pada zaman dahulu, jalan ni dikenali sebagai The Great Flesh Shambles, sebab ketika zaman tu (tahun 1872) jalan ni merupakan tempat para peniaga yang menjual daging..tapi tu dulu punya cerita la, lani dah takde orang jual daging..hehehe

By the way, The Shambles ni merupakan tempat yang wajib anda lawati sekiranya berada di York..sebab rekabentuk bangunan dan suasana jalan ni sangat oldschool!
Bagi peminat movie Harry Potter pulak, The Shambles ni ibarat Diagon Alley..first, sebab suasana kedai dekat sini sebijik macam dalam cerita Harry Potter..second, memang dekat jalan ni banyak kedai yang jual barang-barang hadiah dan aksesori dalam filem Harry Potter tu..cakap je nak ape?Nimbus 2000?magic wand?potion?invisible cloak?semua ada...sediakan duit je la..hehehe







Kira-kira ada lebih dari 3 buah kedai yang menjual barang-barang Harry Potter..harga semuanya lebih kurang sama je..yang membezakan antara kedai tu sama ada banyak pilihan ataupun tidak..setakat ni 2 tempat je yang aku pernah pergi yang kita boleh dapat banyak pilihan untuk beli barang-barang Harry Potter ni..satu dekat The Shambles ni, lagi satu dekat London..selain dari tu aku tak jumpa lagi..



York Castle...

Next, kami pergi ke York Castle..


Dekat sini, kami tak masuk dekat bahagian dalam pon..sebab kami rasa macam sama je view yang ada dekat York Castle ni dengan Newcastle Castle..lagipun, kami nak guna bajet duit yang ada untuk masuk ke dalam York Castle Museum..hehehehe


Dari segi susunan bandar (kalau zaman sekarang kita panggil town planner) York ni sebenarnya bermula dari York Castle..pada asalnya, York Castle ni dibina agak berjauhan dengan kawasan penduduk, sebab lokasi pembinaan York Castle yang dipilih adalah di atas bukit which is kalau kita pusing bandar York ni, memang lokasi York Castle adalah kawasan yang tinggi..dari atas York Castle ni dah boleh nampak sekitar kawasan bandar termasuk York City Walls..tapi sebenarnya, binaan bangunan York Castle ni takdelah besar sangat pon..kalau nak compare dengan Lancaster Castle, rasanya lagi besar Lancaster Castle..hahaha


By the way, nak masuk ke dalam York Castle ni kene bayar tau!



York Castle Museum...

Ok, kalau nak cerita apa yang ada dalam York Castle Museum ni memang blog ni akan jadi panjang ke bawah..tapi, kalau boleh diberikan rate, York Castle Museum ni antara tempat yang wajib untuk dilawati sekiranya berada di York!

Dalam York Castle Museum ni ada bangunan mini yang dibina berlatar belakangkan zaman Georgian & Victorian!




Deretan bangunan tu ada yang dijadikan sebagai farmasi, kedai alat tulis, kedai jual gula-gula dan sebagainya..


Yang menariknya, sebahagian kedai tersebut bukan hanya semata-mata pameran sahaja, tetapi turut beroperasi sebagai kedai biasa..sebagai contoh, kedai gula-gula yang kami singgah tu memang dia jual gula-gula betul..dan gula-gula yang dijual tu merupakan gula-gula yang dimakan oleh kebanyakan orang pada zaman Georgian & Victorian tau!so, secara tak langsung kita dapat tahu macam mana bentuk dan rasa gula-gula orang dulu-dulu..ada satu gula-gula yang sebiji rasa dia macam kuih batang buruk dengan kuih sri makmur!serius aku tak tipu!sayangnya gambar gula-gula tu aku hilang pulak :(


Tak habis dekat situ je, dalam York Castle Museum ni dia ada pulak bahagian culture..yang seronoknya dekat bahagian culture ni, dia tunjukkan susun atur keadaan dalam rumah pada zaman dahulu beb!


So, dekat sini kita boleh rasai dan bayangkan macam mana kehidupan orang pada zaman dahulu..basically kehidupan mereka memang simple..cuma, yelah nature orang putih ni walaupun simple tapi sebenarnya ada little bit complicated..hahaha

Sebagai contoh dari segi penggunaan cutlery, mereka mempunyai pelbagai jenis cutlery mengikut jenis makanan atau hidangan mereka..kalau tengok dekat dalam gambar dekat atas tu, sudu je ada 4 saiz..saiz paling kecik untuk kacau gula dalam minuman..kalau besar sikit guna untuk makan kek..besar dari tu pulak guna untuk makan makanan harian (kalau kita kira macam makan nasi la) dan saiz yang paling besar pulak untuk makanan berkuah..

Tu baru sudu, belum cerita garfu, pisau dan lain-lain lagi..dan bayangkan, gambar yang dekat atas tu kira lifestyle golongan pertengahan, haaaaaa gambar dekat bawah ni pulak lifestyle golongan atasan pulak!




Kalau golongan atasan ni, dari aspek perabot, susunan dalam rumah barang-barang yang ada sebenarnya lebih kurang sama macam golongan pertengahan..yang membezakan mereka adalah hasil tangan setiap perabot atau peralatan dalam rumah mereka..

Alah, kalau kira kat Malaysia tu semua rumah basically ada kipas..yang membezakan antara rumah tu jenis kipas yang macam mana..ada yang kipas kene petik suis dekat dinding, ada yang guna remote, ada jugak yang guna voice activation..lebih kurang macam tu la..

Cuma, ada satu habit yang aku perasan..kebanyakkan rumah orang-orang kaya ni mesti ada piano..nak kata dorang pandai main tu akku rasa takdela sangat..tapi piano ni kira macam lambang status kehidupan/kasta seseorang..

Birthday party???



Gambar dekat atas ni pulak gambar suasana orang menyambut hari lahir pada zaman 1950 an

Gambar bawah ni pulak dia tunjukkan macam mana makanan minum petang pada zaman dahulu dibuat!korang siap boleh amek dan rasa lagi secara PERCUMA tau!




Sebenarnya banyak lagi yang ada dalam York Castle Museum ni..antaranya pameran berkenaan dengan suasana zaman peperangan, struktur binaan contoh penjara zaman dahulu dan sebagainya..

Cuma, yang aku boleh bagitahu dengan mudah memang worth it kalau korang bayar untuk masuk ke dalam York Castle Museum ni tau!

Ok, setakat ni dulu perkongsian daripada aku..

Sambung dalam part 2 pulak ye :)

Wednesday, 14 November 2018

Visa Melancong ke UK?????

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Selamat datang ke United Kingdom!

Ramai yang email, message, dan wassap saya untuk bertanyakan soal permohonan visa untuk datang melancong ke UK..so, jenuh jugak kalau nak jawab satu-persatu..untuk memudahkan saya dan orang yang bertanya, saya tulis blog khusus berkenaan dengan visa melancong ke UK ni..

Actually, sebagai salah sebuah anggota negara Komenwal, ianya merupakan salah satu kelebihan buat kita sebagai rakyat Malaysia untuk melancong ke UK..

Sebagai rakyat dan pemegang passport Malaysia, kita dibenarkan untuk berada dalam UK tidak lebih daripada 6 bulan sahaja untuk tujuan melancong.. 

Visa melancong akan kita perolehi ketika berada di kaunter imigresen di UK ni dengan kata lain, visa akan diperolehi "on-arrival"..

Tapi!

Ada beberapa dokumen atau statement yang perlu anda sediakan untuk memastikan anda dapat "visa on arrival" tanpa sebarang masalah..antara dokumen/statement yang anda perlu sediakan;

1-bank statement akaun anda-bertujuan sebagai bukti bahawa anda mempunyai kewangan yang cukup ketika berada di UK

2-duit cash-sebagai persediaan untuk anda gunakan sekiranya berlaku kecemasan setelah sampai di UK..ianya juga sebagai salah satu bukti yang anda memiliki wang tunai untuk berbelanja ketika berada di UK

3-bukti tempahan penginapan anda-print siap-siap resit hotel/airbnb..sekiranya anda menginap di rumah kawan yang berada di UK, mintak dia emelkan detail alamat dan print emel tersebut..

4-sijil lahir-sekiranya anda travel bersama anak, just be prepared untuk bawak sijil lahir anak anda sebagai bukti hubungan anda dan anak anda..

5-tiket return flight-haaa..ni wajib ada..dah nama pelancong, mesti kita ada tentatif dan plan kita sendiri untuk berada di UK ni..memang terlalu obvious lah kalau melancong ke UK tapi tak beli tiket return siap-siap..silap haribulan anda akan diarahkan untuk depart serta-merta..huhuhu

Kesemua dokumen di atas hendaklah disediakan dalam bahasa Inggeris ye!

Ada juga yang bagitau untuk masuk ke UK atas visa pelancong then nak try untuk cari kerja dekat UK ni..well, tu decision anda sendiri..just nak ingatkan, pemegang status visa pelancong ni tidak dibenarkan sama sekali untuk bekerja!sekiranya anda ditangkap, anda akan dihantar pulang serta-merta..dan anda akan di ban untuk travel ke UK selama beberapa tahun atau buat selama-lamanya..so, pilihan berada ditangan anda ye :)

Ok, then ada yang tanya jugak sekiranya nak bawak pasangan atau pembantu rumah atau orang selain dari warganegara/pemegang passport Malaysia ke UK ni boleh ke??

Jawapannya, memang boleh..cuma anda perlu check status perjalanan mereka dekat website ni terlebih dahulu ye..

Kita bertuah sebagai warganegara Malaysia sebab banyak kelebihan kita untuk datang melancong ke UK ni, kita tak perlu mohon visa terlebih dahulu sebelum datang ke UK..

So, tolong jaga imej negara dengan baik supaya anda tidak menyusahkan orang lain di masa hadapan..hahahaha

Ok, ada jugak yang tanya waktu bila sesuai untuk datang melancong ke UK ni..sebenarnya, bergantung dengan tujuan anda untuk datang ke UK ni..kalau nak rasa sejuk UK, datang la pada musim sejuk (Disember-Februari)..

Cuma, kalau plan ke UK ni untuk melancong dan berjalan-jalan..saya cadangkan datang masa musim bunga (Mac-Mei) atau musim luruh (September-November)..time ni cuaca tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas..so just nice je..waktu malam dan siang hampir sama dengan Malaysia..then, waktu opening untuk kebanyakkan tempat tarikan pelancong pulak bukak lebih lama berbanding pada musim sejuk..

Personally, saya lebih suka berjalan pada musim luruh..sebab viewnya lebih cantik..tak caya try tengok gambar Sophia dekat bawah ni..hehehehe


Sophia, Autumn & Leaves (Bath, 2018) 

So, rasanya cukup sampai disini perkongsian saya berkenaan dengan visa pelancong ke UK ni..apa-apahal sebelum booking tiket flight ke UK tu, tolong check website goverment UK ye!takut-takut tiba-tiba ada pindaan terbaru berkenaan dengan visa ni!

Satu pesanan saya, dunia semakin maju..dan kalau boleh kita manfaatkan kemajuan yang kita kecapi..tolong buat backup dokumen penting kita dalam emel/cloud/gmail drive/etc..supaya seandainya apa-apa berlaku sewaktu kita travel sebagai contoh kehilangan passport/kehilangan beg duit/etc, maka kita boleh akses semua dokumen tersebut dengan mudah sebab ada soft copy..trust me!nampak macam tak perlu, tapi dah ada rakyat Malaysia yang sangkut sebab tak dapat nak buktikan bila mereka kehilangan dokumen "hard copy"!

By the way, sebelum saya nak tamatkan tulisan untuk post kali ni, suka saya nasihatkan bagi sesiapa yang nak travel luar dari Malaysia supaya beli insurans siap-siap..kalau boleh cari insurans travel yang boleh keluarkan guarantee letter tanpa perlukan kita untuk bayar terlebih dahulu..dan check term & conditions insurans travel anda ye!nilai tukaran RM ke POUND STERLING sangatlah besar..dan medical cost dekat UK mahal wei!

Sekian,

Wassalam....


Kalau nak tahu tentang cara permohonan visa kerja (Visa Tier-2) boleh rujuk link ni ye 



p/s: kalau ada sebarang persoalan boleh tinggalkan dekat ruang komen je..kalau aku berkesempatan, aku akan reply melalui ruang komen jugak dan kene selalu check semula komen yang korang tinggalkan tu ye..no need to put your phone number..thanks :)

Monday, 15 October 2018

Happy Birthday Nur Aisya Sophia !

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Nur Aisya Sophia :)




The proper time to influence the character of a child is about a hundred years before she is born-W.R Inge, The Observer, 21 July 1929

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang merencanakan setiap apa yang berlaku untuk segala ciptaan Nya dengan penuh sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita..tapi, keperitan dan kesusahan sewaktu melahirkan Sophia dengan komplikasi yang di alami oleh si isteri masih tak dapat dilupakan..meskipun segala detik-detik kelahiran Sophia dirakam melalui kamera video, tapi sejak hari rakaman tu dibuat kami masih lagi tak pernah nak view semula rakaman tu..

Sebab???

Tak sanggup nak ingat semula segala keperitan yang kami lalui ketika tu..

Cuma, rakaman tu kami akan simpan sehingga akhir hayat..supaya ianya jadi sumber ingatan untuk kami khususnya buat Sophia suatu masa nanti..

Ok, Stop cerita tentang kesedihan!

Untuk sambutan hari jadi Sophia kali ni kami plan untuk raikan ketika kami bercuti di New Castle..plan asal nak buat mini party untuk Sophia, jemput rakan-rakan Malaysia di sini..tapi bila mengenangkan kekangan kerja dan cuti, jadi kami decide untuk sambut terus ketika bercuti di New Castle..

So, kami decide untuk meraikannya di restoran yang menyajikan makanan Turki di Lezzet Turkish Restaurant..hehehe

Basically, part yang meraikan Sophia tu just sebiji kek comel je..selebihnya Ummi & Abi dia yang nak melantak..hahaha


mana kek Sophia ni Ummi???

Mula-mula masa booking restoran ni kami tanya siap-siap ada tak kek kecik untuk sambut birthday party..so, dorang kata memang ada cuma kene buat tempahan dulu..then bila tanya saiz kek yang ada, memang kek yang disediakan tu saiz untuk party punya kek..senang kata kek besar la..nak buat ape kek saiz besar tu, kami just bertiga je..tak kan nak melantak kek je malam tu..then kami tanya ada tak cupcake..dorang kata ada, so bila tanya perlu tempah atau tak, dorang kata tak perlu tempah..lagi pon kami nak sebiji cupcake je..hahaha


kek cenonet Sophia

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..pihak restoran siap buat crowd lagi sambil nyanyi lagu "Happy Birthday"..dan reaksi muka Sophia memang mengujakan..hahaha



tangan dah nak terkam kek!


gambar ni waktu mula-mula kami sampai..Sophia bit cranky sebab baru bangun tido..hahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..makanan boleh tahan sedap..dan Sophia enjoy birthday keknya..sebenarnya Sophia meragam sikit, sebab kek dia dah habis..tapi kami buat tak faham je..kek tu terlalu manis untuk baby yang berusia 1 tahun..kalau dilayankan meragam dia, memang 3 biji kek pon tak cukup..hahaha

By the way, orang tua-tua selalu pesan, kalau nak melahirkan anak tu kita dah rasa payah dan mencabar, apatah lagi kalau nak membesarkan anak..dan mendidik anak dengan ilmu dan akhlak..

Kami berharap agar kami dapat membesarkan Sophia dengan baik seperti mana kedua orang tua kami membesarkan kami berdua InshaAllah amin!

Sekian,

Wallhua'lam.....

Monday, 8 October 2018

Trip To New Castle With Sophia :) Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Discovery Museum...

Bagi aku, Discovery Museum ni merupakan salah satu muzium yang paling menarik yang aku pernah pergi..banyak info yang dipaparkan dalam muzium ni..

Basically, muzium ni dia bahagikan kepada beberapa bahagian (based on apa yang aku rasa la..hahaha)..so, antara bahagian yang ada dalam muzium ni adalah, bahagian  sejarah England (khususnya New Castle) sejak zaman tahun 43 masihi lagi lagi..bila masuk bahagian ni, dia susun paparan sejarah mengikut timeline bermula dari era penjajahan Roman sehinggalah ke tahun 2000 masihi..


perjalanan bermula disini..hahaha


dan berakhir di zaman ini..hihihi


Then, dekat tingkat 2 dalam muzium ni pulak ada satu bahagian yang mempamerkan makanan yang dimakan oleh golongan diraja sejak zaman Victoria..dekat sini, ada chef yang buat demo bagaimana makanan tersebut dibuat..cuma, demo makanan yang dilakukan tu bukan makanan utama macam lunch atau dinner, tapi lebih kepada makanan minum petang atau waktu minum antara sarapan dan lunch yang dikenali sebagai "Brunch"..best wo dapat makan kuih free..hahahaha..by the way, kene tanya dekat chef tu dulu sama ada sesuai untuk vegetarian atau tidak, kalau dia kata sesuai, kene tanya lagi sama ada makanan tersebut mengandungi alkohol atau tidak..sebab memang jadi satu bahan asas kalau kuih-muih dorang akan diletakkan sedikit arak..bagi kita orang Islam, walaupun setitik arak yang diletak dalam bahan makanan tersebut, ianya tetap dikira sebagai HARAM...hehehehe

Rupa-rupanya, pada zaman dahulu gula tu merupakan antara makanan bagi orang kaya..gula mula dibawa masuk ke England pada tahun 1099..pada tahun 1750, ada 120 kilang memproses gula di England..gula juga ni dikenali sebagai "emas putih" dan kadar cukai yang dikenakan adalah sangat tinggi!sehinggalah pada penghujung tahun 1880, barulah gula ni mula digunakan oleh orang awam..

Sehingga sekarang pun, UK masih lagi mengenakan cukai terhadap minuman yang mengandungi gula..cuma, kadar cukai yang dikenakan tu takde la terlampau tinggi..kalau zaman dulu, gula tu sendiri dikenakan cukai sehingga 40% beb!

Dekat muzium ni juga ada bahagian yang memaparkan perkembangan teknologi kejuruteraan khususnya yang melibatkan perkembangan teknologi enjin..


Laboratory steam engine, 1928

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik dalam muzium ni..kami spend masa almost 4 jam dalam muzium ni..hahahaha

Lupa nak bagitahu, Discovery Museum ni free entry tau!

New Castle Stadium...

Rugi kalau korang dah sampai dekat New Castle tapi tak singgah dekat stadium dorang ni..cuma, waktu ni kami just singgah dan melawat dekat bahagian luar stadium je..sebab masa suntuk untuk kami berkejar ke Alnwick pulak sebelum waktu tengah hari tu..


"Toon Army"

Alnwick Castle...

Hajat kami untuk try Broomstick Flying ala-ala Harry Potter di Alnwick Castle tidak kesampaian..sebabnya, castle tersebut ditutup daripada menerima kehadiran orang luar bagi membenarkan aktiviti majlis perkahwinan diraja yang dilaksanakan di castle tersebut..

Memang kecewa gila la sebab tak dapat masuk castle ni..salah aku jugak sebab tak check website dia sebelum bertolak ke sini..hahaha

By the way, Alnwick Castle ni merupakan salah satu tempat penggambaran filem Harry Potter tau!dekat dalam kawasan castle ni siap ada aktiviti "Broomstick Traning" lagi woo...


Alnwick Castle

So, disebabkan takde rezeki untuk melihat keindahan Alnwick Castle ni, kami teruskan aktiviti kami ke Alnwick Garden pulak..huhuhu

Tapi yang pasti, Alnwick Castle memang still ada dalam list kami..selagi mana tak dapat masuk, selagi tu kami akan cuba cari waktu yang sesuai untuk datang semula ke tempat ni..hehehe

The Alnwick Garden...

Sebenarnya, perjalanan kami ke The Alnwick Garden ni memang tak dirancang pon..sebab plan utama datang ke Alnwick ni sebab nak tengok dan masuk ke dalam Alnwick Castle..tapi disebabkan Alnwick Castle ni tutup, so divert plan ke The Alnwick Gaden...

Trip kami ke New Castle dibuat pada musim sejuk..so paham-paham je la..kalau ko pergi ke taman pada musim sejuk ni, memang tak dapat la tengok pokok-pokok bunga yang kembang mekar..dah nama pon musim sejuk, mana la banyak pokok bunga yang tumbuh cantik sama macam musim bunga!

Tapi, sebenarnya ada hikmah jugak kami masuk ke dalam Alnwick Garden ni..rupa-rupanya dalam garden ni ada satu nama tempat iaitu The Poison Garden..

The Poison Garden ni ada pagar sendiri..pelawat tak boleh masuk sesuka hati tanpa pengawasan daripada staf The Alnwick Garden..

Kenapa?????

Sebab, dalam garden ni ada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang beracun!!sewaktu berada dalam garden  ni, staf yang berada bersama kami akan menerangkan setiap daripada tumbuhan yang ada dalam garden tersebut..trust me, rupa-rupanya ada tumbuh-tumbuhan yang biasa kita lihat dekat kawasan perumahan (sama ada di UK ataupun Malaysia) sebenarnya beracun!dan ada kes kematian disebabkan kanak-kanak tersebut makan buah daripada tumbuhan tersebut!beware!!

Sesi tour dekat The Poison Garden ni berlangsung lebih kurang sejam sahaja..


tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan The Poison Garden..

Selesai je tour dekat The Poison Garden ni kami berehat dulu dekat dalam cafe..cuaca memang sejuk time ni..terpaksa lepas cafe sambil panaskan badan dan minum air dulu...

Alnwick Garden ni memang sangat cun kalau musim bunga, tapi disebabkan kami singgah waktu musim sejuk, so pemandangan dekat dalam Alnwick Garden ni tak berapa nak comey..sebab tak banyak pokok bunga yang tumbuh :(






Rasa rugi jugak la masuk ke dalam The Alnwick Garden ni..sebab bayaran yang dikenakan sama je pada musim bunga..huhuhu

Gateshead Millennium Bridge...

Buat individu yang berlatarbelakangkan kejuruteraan atau arkitek memang akan letak Gateshead Millennium Bridge ni sebagai salah satu tempat wishlist nak pergi kalau berada dekat New Castle..

Untuk pengetahuan kita bersama, Gateshead Millennium Bridge ni merupakan salah satu daripada 10 buah jambatan yang menakjubkan di dunia..




Kalau kita perhatikan melalui gambar dekat atas ni, macam takde apa istimewa pon jambatan ni..lagipun jambatan ni hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan berbasikal sahaja..

Tapi kalau dikira dari aspek kejuruteraan, jambatan ni ada keistimewaannya sendiri..jambatan ni boleh berpusing condong dari keadaan asal..for sure, waktu jambatan ni sedang berpusing dan berada dalam keadaan condong, kita tidak dibenarkan untuk berada di atas jambatan ni..melainkan kalau anda ada niat untuk bunuh diri dan mendapat populariti, silakan!

Jambatan ni direka agar dapat berpusing condong supaya dapat membenarkan bot atau kapal untuk lalu dibawahnya..

Kalau nak lalu jambatan ni, lalu je tau! lagipun free je..hehehe

Alhamdulillah, percutian kami di New Castle berakhir di Gateshead Millenium Bridge..

Sekian,

Wassalam....