Tuesday, 6 December 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Makan...

>>>Venice, Itali

Ikutkan plan kami, mmg kami nak ada satu proper diner setiap kali kami travel ke sesebuah negara..so, kali ni kami decide awal-awal proper diner kami di Rome..

Tapi, kami akan sharekan lokasi dan menu yang kami makan sepanjang berada di Venice ni ye..

Lokasi yang pertama kami adalah MAJER..ianya merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis dessert dan aiskrim..kedai ni terletak di kawasan Campo San Zan Degola..

haaa...akak ni merupakan model MAJER merangkap cashier serta pelayan..3 in 1..hehehe

Kedai ni merupakan top 5 must visit seperti mana yang ditulis dalam link ni..hehehe

Kedai dia nampak simple, tapi sangat menarik..memang terliur kami bila masuk dalam kedai ni bila melihat pelbagai jenis aiskrim yang dijual..



Seriously, this is the best ice-cream shop yang pernah aku pergi..rasa aiskrim dia memang lain daripada yang lain..dan totally SEDAP GILER!

jom makan aiskrim dulu..hehehe

jangan sesekali mencuba minuman dalam botol dekat rak tu ye..hehehe

Memang rasa rugi kalau korang pergi ke Venice tapi tak berkesempatan untuk menikmati aiskrim di kedai ni..memang apa yang di tulis  dalam website tu sangat tepat..bahkan, kedai ni turut mempunyai websitenya tersendiri..haaa..ni link dia ye..

Kami beli aiskrim berperisa vanila dan diserikan lagi dengan kacang hazelnut..memang terangkat beb!

So, habis je aiskrim kami pon beredar dari kedai ni..tak boleh duduk lama-lama, nanti habis duit dekat aiskrim je..hahaha

Sebelum beredar, kita posing dulu dengan si penjual aiskrim..hehehe



Lokasi kedua kami adalah di AQUA E MAIS lokasi kedai ni berhampiran dengan Campo San Polo..korang taip kat google map pon boleh jumpa..hehehe...

Aqua E Mais

Ianya merupakan sebuah kedai berkonsepkan restoran sebenarnya..walaupun kita lihat secara kasar Aqua E Mais ni seolah-olah kedai yang menjual makanan sama seperti kedai yang lain tetapi ianya mempunyai review yang sangat baik dalam website Trip Advisor mahupun review dalam Google, bahkan ramai orang yang memuji mutu makanan yang disediakan!

Restoran ini juga menyediakan sarapan, makan tengah hari, makan malam & supper..last but not least, dia juga turut menyediakan brunch..iaitu makanan yang para pelancong boleh makan antara sesi sarapan dan makan tengah hari..

Kami datang ke kedai ni lebih kurang jam 5.30 petang, so kami tak berhajat untuk makan malam di sini..jadi kami just beli makanan ringan atau snek sahaja..hehehehe

tu dia..snek yang dijual..hehehe

Halal atau Haram????

Alhamdulillah, kedai ni kedai yang halal..jangan risau, ni halal JAKIM Malaysia punya..hehehehe..gurau je :)

For sure, once bila kita travel di negara orang as a Muslim kita wajib meletakkan Halal sebagai kriteria dalam pemilihan makanan kita..tak kan nak main sebat je makanan tu kan..so, macam mana kita nak tahu sama ada kedai yang menjual makann itu halal atau tidak??

Senang je, yang pertama sebelum kita keluar ke suatu tempat..kita taip dekat Google "Halal Food Near Me"...haaa..nanti keluarlah pilihan tu..senang kan??hehehehe..lupa nak bagitahu, tolong on kan GPS siap-siap masa nak google tu..

Macam mana kalau option pertama fail..which mean, mungkin kita terlupa untuk google terlebih dahulu sebelum kita keluar atau internet wi-fi tak ada..haaa ni option yang kedua pulak..senang je, korang tanya dekat kedai tu "Do you serve for vegetarian??"..kalau jawapannya "YES" ini bermakna kedai tersebut adalah HALAL kalau dia cakap "NO" mudah kata kedai tersebut adalah TIDAK HALAL..

WHY?????

Haaaaa..dekat area Europe, mereka sangat menitik beratkan soal Vegetarian, once bila dia claim makanan yang disediakan adalah sesuai untuk Vegetarian ini bermakna segala bahan yang digunakan diperbuat daripada baha-bahan yang berasaskan sayuran sahaja..Maknanya tidak menggunakan sebarang unsur haiwan..for sure, kalau cakap unsur haiwan maka khinzir merupakan unsur utama sebagai salah satu bahan yang ada dalam makanan..sebagai contoh, gelatin..

Macam mana kalau option yang pertama dan kedua tu FAIL???ada option ketiga..jangan risau..hehehe

Option ketiga, bawak barang mentah sendiri atau beli barang mentah di kedai yang halal..hehehehe

Ok, sambung balik pasal Aqua E Mais..meh tengok gambar makanan yang kami beli ek..hehehe

tu dia..sotong celup tepung..favourite orang rumah aku..hehehe

Dari segi harga, ianya bermula dari 3.00 euro..bergantung kepada jenis makanan dan kuantiti yang anda pilih..untuk sotong celup tepung tu, harganya hanya 4.00 euro sahaja..hehehe

Beratur oi nak beli makanan dekat sini..tak caya, tengok semula gambar yang pertama tu..kene berbaris untuk mendapatkan sotong celup tepung kami tu..hahaha..restoran ni siap ada website sendiri tau, haaa..boleh la rujuk link ni ye..

Lokasi ketiga???haaa ingat tak pasal option ketiga yang aku ceritakan sebentar tadi...ni la lokasi untuk option ketiga kami..hehehehe

kedai yang menjual makanan dan barangan halal

Haaa..dekat sini kami beli bahan mentah yang halal seperti salami dan hotdog..selain dari tu, kami turut beli sos MAGGI  sebijik rasa macam sos MAGGI dekat Malaysia tu..hehehe..kami beli bahan mentah untuk dijadikan sebagai sarapan kami sebelum keluar dari tempat penginapan..hehehe

Lokasi???sebenarnya aku dah tak ingat lokasi spesifik kedai ni..cuma, ianya terletak di kawasan Mestre dan berhampiran dengan tempat penginapan kami tu..hehehe

Tempat makan kami yang keempat pulak terletak lebih kurang 3 minit dari pintu masuk rumah penginapan iaitu kedai PIZZA KEBAB AL-FALAH..kami singgah dekat kedai ni untuk beli makanan bagi makan malam kami setelah seharian penat berjalan..hehehe

tu dia..kedai Pizza Kebab Al-Falah

Haaa..kedai macam ni kira kedai common la dekat seluruh Europe sebenarnya..perniagaan seperti ini di dominasi oleh warga Pakistan, India dan Arab...kebanyakkannya bermula daripada moyang mereka..kira macam orang tua-tua dahulu berhijrah ke Venice dan membuka kedai disini dan akhirnya diwarisi secara turun-temurun..hehehe



Alhamdulillah, kehadiran mereka di negara ni memang membantu dari aspek penyediaan makanan yang halal..so, kene berterima kasih sebenarnya dekat mereka ni..hehehe

Di sini, kami beli kebab dan burger sebagai makan malam kami..untuk kebab tu kami jadikan sebagai lauk yang akan dimakan bersama dengan nasi goreng instant yang kami bawa dari rumah..hehehe

Last but not least, tempat kami menikmati makanan yang kelima adalah di tempat penginapan kami sendiri..hahahaha..disebabkan tempat penginapan kami memang superb, jadi kami boleh menyediakan makanan sarapan dan makan malam kami sendiri..haaaa..meh nak share kami punya sarapan yang simple ni ye..hehehe



Haaa..tu la antara tempat yang kami pergi untuk menikmati makanan sepanjang kami berada di Venice..sebenarnya ada lagi tempat yang lain, yela..kalau tempat beli roti tu kan dikira sebagai tempat beli makanan jugak kan..tapi jenuh ler kalau nak post semua sekali..hahaha



>>>Rome, Itali


Di Rome, tidak banyak tempat makan yang kami pergi..sebabnya, kebanyakkan tempat makan yang ada khususnya yang Halal di dominasi oleh warga asing..jadi, kami hanya fokus untuk proper diner sahaja di sini tapi kami akan sharekan kedai makan yang kami singgah dan kami rasa sangat berbaloi sekiranya anda pergi ke kedai tersebut..tu pun kalau dekat ler dengan tempat korang..hahaha

Kedai makan pertama kami singgah adalah PERI PERI GRILL yang terletak berhampiran dengan stesyen kereta api Roma Termini..hehehehe



Sebenarnya, ni bukan kedai yang kami nak tuju waktu tu pon..kedai yang kami plan nak pergi tak dapat dijumpai..hampir 30 minit kami berpusing dekat kawasan berhampiran dengan Roma Termini untuk mencari kedai tersebut namun tetap gagal..punyalah rasa kecewa sehinggakan nama kedai tu pon aku dah lupa..hahaha

So, disebabkan perut dah terlalu lapar kami pon sebat je mana-mana kedai halal yang ada..tu la kisahnya kami bertermu dengan Peri Peri Grill ni..teringat pulak kisah dongeng Peri Peri yang disiarkan oleh telivesyen Indonesia iaitu SCTV bila sebut nama kedai ni..hehehe




Punya la rasa lapar sampaikan gambar makanan pon kami terlupa nak amek..hahaha..tapi basically, disini kami makan ayam goreng bersama pizza..nama dan jenis makanan yang lebih tepat aku dah lupa..huhuhu

Kami berada di sini sekejap je..dalam 30 minit macam tu..then, kami beredar untuk menuju ke destinasi yang seterusnya..tapi macam biasa, sebelum beredar kita bergambar dulu..sorry la gambar gelap skit..tukang amek gambar belum mahir ejas lighting lagi guna kamera ni..hehehe



Second place yang kami singgah adalah ISTANBUL KEBAB PIZZA yang terletak di berhampiran dengan stesyen kereta api Piazza Euclide..kami singgah disini ketika dalam perjalanan nak ke Grand Mosque of Rome a.k.a Masjid Rome..



Disini kami memilih hidangan doner kebab sebagai makanan untuk makan pada waktu tengah hari..dari luar jalan raya, kedai tersebut agak sukar untuk di lihat..sebab kedai tu kecik je..dan ruang makan yang ada pon memang sempit..

Tapi.......

Rasa makanan memang sedap!!!



Kami beli 1 pinggan dan kongsi bersama..itu pon hampir-hampir kami tak mampu untuk habiskan..tapi bila diingat pesanan orang-orang tua supaya jangan membazir dalam makanan, kami paksa juga makan sehingga habis..hehehe

walaupun lapar tapi masih tersenyum...hehehe

For the third place, which is our proper diner is TAVERNA DEL SEMINARIO yang terletak berhampiran dengan The Pantheon, yang mana ianya merupakan destinasi terakhir kami di Itali..



Restoran ni merupakan restoran yang tersenarai sebagai restoran TOP 10 di bandar Rome..dan kesemua hidangan yang ditawarkan adalah berasaskan makanan orang Rome dari zaman terdahulu hinggalah zaman sekarang...hehehe



So, kami pon dengan beraninya mencuba makanan yang popular di Itali...memandangkan kami sendiri tak pasti jadi isteri aku pon google dulu untuk mencari makanan apa yang special dekat Itali ni..hehehehe



Dah siap google, jom cari dalam menu pulak..hahaha



Sementara tunggu makanan sampai, kita bergambar dulu la ye..




Setelah 20 minit menunggu akhirnya makanan pon sampai..



Tapi sebelum makan, macam biasa typical manusia mesti la bergambar dulu dengan makanan kan..hahaha



Kalau dilihat seperti gambar di atas, aku pilih untuk makan pasta mana kala orang rumah pulak pilih untuk makan makanan laut Itali..as a starter meal, kami memilih ikan yang digoreng bersama tepung..hehehe

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di sini..yela makan tempat proper tak kan nak makan dengan gelojoh pulak kan..makan pon mesti ada class..hahaha

Time nak bayar ni agak berdebar jugak..takut-takut makanan yang kami makan tu mahal harganya..sebab dekat menu memang takde tulis harga pon..huhuhu..

So, ni lah rupanya jenis hidangan dan harga makanan yang kami makan tu...

jeng
jeng 
jeng.......

haaa...amacam??murah atau mahal??hehehe

Lega bila aku tengok bil tu..harganya memang sangat berpatutan..tak padan dengan masakan yang sangat sedap, harganya murah pulak tu!

Dah kenyang, apa lagi..balik ke tempat penginapan dan terus tido..sebelum tido, kami share kan dulu link website restoran ni ye..hehehe

Yang seronoknya, tempat penginapan kami di Rome menyediakan sarapan pagi..macam yang aku bagi tahu dalam post yang sebelum ni la..hehehe

So, tempat ke empat yang kami nikmati hidangan makanan merupakan di tempat penginapan kami sendiri..hehehe

Hari terakhir kami di Itali, tuan rumah Franco menyediakan sarapan pagi yang sangat istimewa..

Franco menyediakan sarapan pagi bertemakan klasik..dan segala peralatan yang digunakan semasa kami sarapan adalah sangat klasik..even dalam aspek penyediaan teh pon ada cawannya yang tersendiri..







Fuh...memang hebat!!!

Sebelum kami memulakan sarapan pada pagi tersebut, Franco terangkan tentang satu persatu berkenaan dengan hidangan sarapan tersebut..walaupun  kami mempunyai perbezaan dari segi bahasa tapi beliau tetap bersunguh-sungguh untuk memastikan kami tahu dan faham tentang hidangan sarapan klasik ni..huhuhu

Bahkan, beliau turut terangkan dengan teliti bagaimana cara penyediaan teh mengikut budaya orang Itali dari sejak dahulu kala..dan beliau membiarkan kami menyediakan sarapan kami sendiri dengan dibantu olehnya..

mula-mula panaskan susu dan air kosong dalam kole tu

kemudian, susu yang telah dipanaskan di masukkan ke dalam teko kecil

then, masukkan gula dan uncang teh ke dalam bekas khas dan letak di dalam cawan khas tersebut..lepastu, tuang air panas dan biarkan seketika sebelum mengangkat bekas khas tersebut..

Fuh...terasa macam masuk kelas seni kulinari pulak..hahaha..memang satu persatu cara dan teknik penyediaan yang Franco tunjukkan..

Memang KLASIK tahap SUPERB!!!

Pagi tu kami nikmati sarapan dengan penuh kenikmatan sambil mendengar muzik lagu tradisional Itali yang dimainkan melalui laptop Franco...

Gempak beb....

Sememangnya kami tidak dapat melupakan semua pengalaman dalam menyediakan sarapan ni..walaupun hanya sarapan yang ringkas tapi ianya penuh dengan budaya dan adat masyarakat Itali!

Apa yang kami boleh simpulkan dalam post kami kali ini, pastikan anda mengenali terlebih dahulu budaya dari segi makanan di tempat yang anda lawati..then, cuba untuk cari restoran yang halal dan nikmati hidangannya!

Kalau tidak, anda pasti akan rasa menyesal selama-lamanya!!!

Thursday, 1 December 2016

First Trip To Rome & Venice, Itali + Vatican City 26/9/2016-1/10/2016-Part 4 (C)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Tempat Yang Dilawati...

>>>Rome, Itali

Jumaat..

Pada waktu pagi, kami meluangkan masa berada di Colleseum, Roman Forum dan Palatine Hill..kemudian, pada waktu petang kami bergerak menuju ke sebuah tempat yang menjadi mercu tanda dan keagungan kita sebagai orang Islam..

Mosque Of Rome!

Rome Grand Mosque

Alhamdulilllah, kami berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Masjid yang terletak di bandar Rome..lokasi yang lebih tepat ialah di Anna Magnani..sewaktu di Venice, kami tidak berpeluang untuk menziarahi masjid di pulau Venice..kerana masjid tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa tempatan..tetapi, masjid di sini masih kekal hingga ke hari ini dan inshaAllah akan kekal selamanya di sini..

Bayangkan, di kota yang terkenal dengan pusat berkumpul para penganut agama Kristian rupanya terdapat sebuah masjid yang besar..

Ianya menjadi mercu tanda bahawa usaha dakwah dijalankan dengan baik di Itali khususnya di bandar Rome..






Masjid ini diasaskan oleh Raja Muhammad Hassan bersama dengan Permaisuri Razia dari Afghanistan dan dibiayai oleh Raja Faisal dari Arab Saudi..tapak bagi pembinaan masjid ini telah diberikan oleh pihak berkuasa Rome pada tahun 1974, tetapi pembinaan bermula pada 1984 dan siap sepenuhnya pada 1994..

Pembinaan masjid ini telah memakan belanja sebanyak 40 Juta Euro pada masa tersebut..secara umumnya, masjid ini mampu untuk menampung seramai 12,000 orang jemaah dalam satu masa..dimana seramai 2,500 orang jemaah ditempatkan di ruang utama masjid..sehingga kini, masjid tersebut merupakan tempat tumpuan utama bagi aktiviti masyarakat yang beragama Islam di Rome..

ruang solat utama

pemandangan jauh dari hadapan masjid

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk menunaikan solat jama' zuhur dan asar di dalam masjid ini..kami juga dipertemukan dengan seorang rakan dari Canada yang juga merupakan seorang pelancong dan mengambil peluang untuk menziarahi masjid ini..

bergambar bersama Muhammad dihadapan pintu masuk ruang utama masjid

Selain dari itu, kami juga berpeluang untuk melihat aktiviti masyarakat Islam di Rome yang diadakan di sekitar kawasan masjid tersebut..

bazar yang dibuka di luar kawasan masjid

Lazimnya, bazar dibuka pada hari Jumaat seawal jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang..disini, anda boleh menikmati pelbagai juadah yang dijual..selain itu juga, ada juga peniaga yang menjual keperluan asas harian seperti beras, sayuran bahkan pakaian turut di jual di sini..

Nak cari peralatan elektrik??yup, anda boleh cari di bazar ni..hehehe







Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasa pelbagai makanan yang dijual disini..nak tahu apa makanan yang kami rasa??inshaAllah part khas berkenaan dengan makanan di Itali akan kami kongsikan dalam part yang ke 5 ye..hehehehe

Setel solat & makan disini, kami meneruskan pengembaraan kami ke  St. Peter's Basilica di Vatican City pulak!

>>>St. Peter's Basilica, Vatican City

St. Peter's Basilica

Here we go..St. Peter's Basilica ni terletak di Vatican City..ianya mula dibina pada 18 April 1506 dan siap pada 18 November 1626..jom kita tengok rekabentuk dalam gereja terbesar di dunia ni ye..






Basically, gereja ni merupakan tempat tumpuan utama di dunia..especially bila proses perlantikan ketua pader dunia yang baru..kalau siapa yang rajin tengok movie, mesti pernah tengok cerita Angels & Demons betul tak??most of scene cerita ni bertempat di Rome & Vatican City dan salah satu tempatnya ialah di St. Peter's Basilica..dimana proses pemilihan paderi yang baru diadakan..haaa kalau asap hitam bermaksud pemilihan ketua paderi GAGAL..tapi kalau asap putih bermaksud, ketua paderi yang baru telah BERJAYA di pilih..hehehe

Kebetulan, pada waktu kami melawat di St. Peter's Basilica, mereka mengadakan sebuah majlis yang dinamakan sebagai "Recitation of Holy Rosary"..kalau ikutkan pemahaman aku berdasarkan apa yang paderi tu cerita, majlis ni kira macam majlis doa selamat la..cuma, kali ni dibuat secara besar-besaran..kalau nak tahu lebih detail korang boleh try google ek..hehehe..dah, meh tengok gambar sekitar persediaan majlis tersebut..






Sebelum kami nak memasuki dalam gereja, kami perlu melalui kawalan keselamatan terlebih dahulu..bahkan setiap orang yang nak masuk memang wajib lalu kawalan keselamatan tersebut..masa tu agak berdebar jugak la..sebab sepanjang pengamatan kami, kami merupakan satu-satunya pengunjung beragama Islam yang datang ke gereja tersebut..masa aku dan isteri nak melalui kawalan keselamatan, memang guard tu tengok atas bawah je la..huhuhu

Memandangkan dekat gereja ni dah nak mula majlis mereka, kami pun mengambil keputusan untuk beredar ke tempat yang seterusnya..apa-apa pun, aku sangat kagum dengan senibina gereja tersebut..memang hebat architecture dan engineering masa zaman dahulu!

para paderi mula mengisi kekosongan tempat duduk tersebut..

Maybe ada orang yang tertanya-tanya, di mana lokasi St. Peter's Basilica ni sebenarnya..ramai yang menggangap lokasi St. Peter's Basilica berada di Rome, Itali..sebenarnya SALAH!!St. Peter's Basilica terletak di Vatican City bukannya di Rome ataupun di Itali..

Why???????????????????????????

Because, Vatican City is A COUNTRY!!

Yes.........

Vatican City merupakan sebuah negara dengan rasminya pada 11 Februari 1929 apabila menerima kemerdekaan dari Itali..hanya dengan keluasan sebanyak 110 ekar, Vatican City mempunyai pentadbirannya sendiri..termasuk dari aspek kerajaan, politik, perundangan, keselamatan, ekonomi dan sebagainya..bahkan, ianya turut mempunyai pejabat pos & perpustakaan negara yang tersendiri..namun, dari segi matawang Vatican City menggunakan matawang Euro sebagai matawang negara mereka..dari segi pembangunan ekonomi pula, mereka menerima sumber ekonomi dari sumbangan gereja di seluruh negara..

So, sebenarnya kami pergi melancong ke 2 buah negara iaitu Itali & Vatican City..hehehehe

bergaya sungguh guard ni..hehehe

this is Swiss Guard..

Dari aspek keselamatan, Swiss Guard telah diberi tanggungjawab untuk mengawal secara keseluruhan dari aspek keselamatan negara Vatican City..Swiss Guard telah diasaskan Pope Sixtus IV pada kurun ke 15 apabila beliau membuat kerjasama dengan Swiss Confederacy atau dengan kata mudah kerajaan Swiss pada masa tersebut..

Then, kami teruskan pengembaraan kami ke negara Itali semula..hehehe

Next destination is Piazza Navona!

>>>Rome, Itali

Fuhhhh..akhirnya, setelah acah-acah travel, hanya dengan berjalan kaki sahaja kami berjaya merentasi antara 2 buah negara dalam masa 10 minit sahaja..amacam???power tak???hahaha

Piazza Navona

Basically, Piazza Navona ni merupakan sebuah dataran yang menempatkan pelbagai aktiviti masyarakat pada masa dahulu..antaranya adalah aktiviti ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya..terdapat 3 buah kolam air disini iaitu, Fontana Del Nettuno, Fontana Del Moro dan yang paling utama ialah Fiumi Fountain..

Fontana Del Nettuno

Fiumi Fountain

Aiseh, gambar Fontana Del Moro tak sempat nak amek sebab kekangan masa..hehehe

Alkisah Fiumi Fountain ni merupakan simbolik percantuman sungai antara 4 buah benua iaitu Sungai Nil yang mewakili benua Afrika, Sungai Danube yang mewakili benua Eropah, Sungai Ganges yang mewakili benua Asia dan Sunga Rio De La Plata yang mewakili benua Amerika...
Begitulah ceritanya...hehehehe


So, our next destination is The Pantheon!

The Pantheon

The Pantheon merupakan sebuah kuil yang tertua di Rome yang mana sekarang ni ianya dijadikan sebagai sebuah gereja..apa bezanya antara kuil (temple) & gereja (church)???hah!sila google sendiri ye..hahaha

Bangunan ini mula dibina pada 118 AD dan siap pada 128 AD dan ianya kekal hingga ke hari ini!

Yang menarik tentang Pantheon bagi aku adalah dari segi struktur binaan dan kejuruteraan dalam penghasilan bangunan tersebut..how come bangunan yang berusia mencecah ribuan tahun dapat kekal sehingga ke hari ini???

Sedangkan struktur bangunan yang dibina pada zaman sekarang pun belum tentu kukuh dari aspek pembinaannya..ambil contoh Stadium Gong Badak di Terengganu yang dibina pada 2006 dan siap pada tahun 2008 namun runtuh setahun berikutnya..macam mana stadium yang bernilai RM 292 Juta boleh runtuh dalam masa setahun selepas pembinaannya??



Here we go..dari segi pembinaan, rekabentuk dalam Pantheon merupakan rekabentuk sebuah sfera yang memiliki diameter 43.3 meter..lebih hebat apabila setiap bahagian dalam bangunan tersebut dibina dengan menggunakan material yang berlainan..analisis FEA (Finite Element Analysis) oleh Mark & Hutchison pada 1986 menunjukkan bahawa daya ketahanan regangang maksimum a.k.a maximum tensile stress pada bahagian sambungan luar dome tersebut hanya 128 kPa SAHAJA!kalau ikutkan logik akal dengan daya tahan yang macam tu, struktur dome tidak mampu bertahan sehingga ke hari ini..kalau ikut minimum standard Safety Factor dalam engineering, atleast bangunan tersebut mesti memiliki 1.5 daripada nilai ketahanan asal..seandainya Apollodorus of Damascus, seorang jurutera + arkitek + interior design yang dipertanggungjawabkan terhadap reka bentuk Pantheon mengambil kira faktor keselamatan 1.5, ini bermakna rekabentuk ketahanan bahagian tersebut hanya 85.33 kPa SAHAJA!

Siapakah Apollodorus of Damascus??beliau merupakan individu yang membina Trajan's Column, Trajan's Forum dan pelbagai binaan unggul yang lain..last but not least, beliau berasal dari Syria!!!semoga Allah SWT merahmati bumi Syria dan membebaskannya daripada kezaliman..

Tapi, macam mana mereka dapat membina bangunan yang kukuh sebegitu rupa???????we need to dig out more and more.......



Jam semakin menghampiri 6.30 petang, kami mengambil keputusan untuk beredar dari tempat tersebut..kami tinggalkan senibina bangunan dan sejarah yang agung dengan seribu satu persoalan yang tidak terjawab..

Malam ini, merupakan malam terakhir kami di Itali..jadi, kami abadikan kenangan kami bertiga di Itali dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran yang terkemuka di bandar Rome!kami akan kongsikan tempat makan yang kami singgah sepanjang kami berada di Itali dalam part 5 ye..

Sedih sebenarnya bila nak meninggalkan bumi Itali..indahnya di sini kerana terdapat 2 buah pertembungan agama di sini..antara agama Islam yang diwakili oleh Great Mosque of Rome dan agama Kristian yang diwakili oleh St Peter's Basilica..