Monday, 8 October 2018

Trip To New Castle With Sophia :) Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Discovery Museum...

Bagi aku, Discovery Museum ni merupakan salah satu muzium yang paling menarik yang aku pernah pergi..banyak info yang dipaparkan dalam muzium ni..

Basically, muzium ni dia bahagikan kepada beberapa bahagian (based on apa yang aku rasa la..hahaha)..so, antara bahagian yang ada dalam muzium ni adalah, bahagian  sejarah England (khususnya New Castle) sejak zaman tahun 43 masihi lagi lagi..bila masuk bahagian ni, dia susun paparan sejarah mengikut timeline bermula dari era penjajahan Roman sehinggalah ke tahun 2000 masihi..


perjalanan bermula disini..hahaha


dan berakhir di zaman ini..hihihi


Then, dekat tingkat 2 dalam muzium ni pulak ada satu bahagian yang mempamerkan makanan yang dimakan oleh golongan diraja sejak zaman Victoria..dekat sini, ada chef yang buat demo bagaimana makanan tersebut dibuat..cuma, demo makanan yang dilakukan tu bukan makanan utama macam lunch atau dinner, tapi lebih kepada makanan minum petang atau waktu minum antara sarapan dan lunch yang dikenali sebagai "Brunch"..best wo dapat makan kuih free..hahahaha..by the way, kene tanya dekat chef tu dulu sama ada sesuai untuk vegetarian atau tidak, kalau dia kata sesuai, kene tanya lagi sama ada makanan tersebut mengandungi alkohol atau tidak..sebab memang jadi satu bahan asas kalau kuih-muih dorang akan diletakkan sedikit arak..bagi kita orang Islam, walaupun setitik arak yang diletak dalam bahan makanan tersebut, ianya tetap dikira sebagai HARAM...hehehehe

Rupa-rupanya, pada zaman dahulu gula tu merupakan antara makanan bagi orang kaya..gula mula dibawa masuk ke England pada tahun 1099..pada tahun 1750, ada 120 kilang memproses gula di England..gula juga ni dikenali sebagai "emas putih" dan kadar cukai yang dikenakan adalah sangat tinggi!sehinggalah pada penghujung tahun 1880, barulah gula ni mula digunakan oleh orang awam..

Sehingga sekarang pun, UK masih lagi mengenakan cukai terhadap minuman yang mengandungi gula..cuma, kadar cukai yang dikenakan tu takde la terlampau tinggi..kalau zaman dulu, gula tu sendiri dikenakan cukai sehingga 40% beb!

Dekat muzium ni juga ada bahagian yang memaparkan perkembangan teknologi kejuruteraan khususnya yang melibatkan perkembangan teknologi enjin..


Laboratory steam engine, 1928

Banyak lagi tempat-tempat yang menarik dalam muzium ni..kami spend masa almost 4 jam dalam muzium ni..hahahaha

Lupa nak bagitahu, Discovery Museum ni free entry tau!

New Castle Stadium...

Rugi kalau korang dah sampai dekat New Castle tapi tak singgah dekat stadium dorang ni..cuma, waktu ni kami just singgah dan melawat dekat bahagian luar stadium je..sebab masa suntuk untuk kami berkejar ke Alnwick pulak sebelum waktu tengah hari tu..


"Toon Army"

Alnwick Castle...

Hajat kami untuk try Broomstick Flying ala-ala Harry Potter di Alnwick Castle tidak kesampaian..sebabnya, castle tersebut ditutup daripada menerima kehadiran orang luar bagi membenarkan aktiviti majlis perkahwinan diraja yang dilaksanakan di castle tersebut..

Memang kecewa gila la sebab tak dapat masuk castle ni..salah aku jugak sebab tak check website dia sebelum bertolak ke sini..hahaha

By the way, Alnwick Castle ni merupakan salah satu tempat penggambaran filem Harry Potter tau!dekat dalam kawasan castle ni siap ada aktiviti "Broomstick Traning" lagi woo...


Alnwick Castle

So, disebabkan takde rezeki untuk melihat keindahan Alnwick Castle ni, kami teruskan aktiviti kami ke Alnwick Garden pulak..huhuhu

Tapi yang pasti, Alnwick Castle memang still ada dalam list kami..selagi mana tak dapat masuk, selagi tu kami akan cuba cari waktu yang sesuai untuk datang semula ke tempat ni..hehehe

The Alnwick Garden...

Sebenarnya, perjalanan kami ke The Alnwick Garden ni memang tak dirancang pon..sebab plan utama datang ke Alnwick ni sebab nak tengok dan masuk ke dalam Alnwick Castle..tapi disebabkan Alnwick Castle ni tutup, so divert plan ke The Alnwick Gaden...

Trip kami ke New Castle dibuat pada musim sejuk..so paham-paham je la..kalau ko pergi ke taman pada musim sejuk ni, memang tak dapat la tengok pokok-pokok bunga yang kembang mekar..dah nama pon musim sejuk, mana la banyak pokok bunga yang tumbuh cantik sama macam musim bunga!

Tapi, sebenarnya ada hikmah jugak kami masuk ke dalam Alnwick Garden ni..rupa-rupanya dalam garden ni ada satu nama tempat iaitu The Poison Garden..

The Poison Garden ni ada pagar sendiri..pelawat tak boleh masuk sesuka hati tanpa pengawasan daripada staf The Alnwick Garden..

Kenapa?????

Sebab, dalam garden ni ada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang beracun!!sewaktu berada dalam garden  ni, staf yang berada bersama kami akan menerangkan setiap daripada tumbuhan yang ada dalam garden tersebut..trust me, rupa-rupanya ada tumbuh-tumbuhan yang biasa kita lihat dekat kawasan perumahan (sama ada di UK ataupun Malaysia) sebenarnya beracun!dan ada kes kematian disebabkan kanak-kanak tersebut makan buah daripada tumbuhan tersebut!beware!!

Sesi tour dekat The Poison Garden ni berlangsung lebih kurang sejam sahaja..


tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan The Poison Garden..

Selesai je tour dekat The Poison Garden ni kami berehat dulu dekat dalam cafe..cuaca memang sejuk time ni..terpaksa lepas cafe sambil panaskan badan dan minum air dulu...

Alnwick Garden ni memang sangat cun kalau musim bunga, tapi disebabkan kami singgah waktu musim sejuk, so pemandangan dekat dalam Alnwick Garden ni tak berapa nak comey..sebab tak banyak pokok bunga yang tumbuh :(






Rasa rugi jugak la masuk ke dalam The Alnwick Garden ni..sebab bayaran yang dikenakan sama je pada musim bunga..huhuhu

Gateshead Millennium Bridge...

Buat individu yang berlatarbelakangkan kejuruteraan atau arkitek memang akan letak Gateshead Millennium Bridge ni sebagai salah satu tempat wishlist nak pergi kalau berada dekat New Castle..

Untuk pengetahuan kita bersama, Gateshead Millennium Bridge ni merupakan salah satu daripada 10 buah jambatan yang menakjubkan di dunia..




Kalau kita perhatikan melalui gambar dekat atas ni, macam takde apa istimewa pon jambatan ni..lagipun jambatan ni hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan berbasikal sahaja..

Tapi kalau dikira dari aspek kejuruteraan, jambatan ni ada keistimewaannya sendiri..jambatan ni boleh berpusing condong dari keadaan asal..for sure, waktu jambatan ni sedang berpusing dan berada dalam keadaan condong, kita tidak dibenarkan untuk berada di atas jambatan ni..melainkan kalau anda ada niat untuk bunuh diri dan mendapat populariti, silakan!

Jambatan ni direka agar dapat berpusing condong supaya dapat membenarkan bot atau kapal untuk lalu dibawahnya..

Kalau nak lalu jambatan ni, lalu je tau! lagipun free je..hehehe

Alhamdulillah, percutian kami di New Castle berakhir di Gateshead Millenium Bridge..

Sekian,

Wassalam....

Sunday, 7 October 2018

Dugaan!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Ujian...

Kelahiran Sophia memang kami sambut dengan kesyukuran kepada Allah SWT..

Sangkaan kami bahawa si isteri dapat pulang ke rumah pada keesokan harinya (2 Februari 2017) rupanya meselet..

Lebih kurang jam 2.00 pagi aku menerima panggilan daripada si isteri yang menyatakan bahawa dia mengalami kesakitan yang teramat sangat..sehinggakan hendak menggerakkan kaki pon tidak boleh..

Tapi apa yang boleh aku lakukan, ianya bukan waktu melawat..sekadar menasihati agar memanggil nurse atau midwife untuk meminta bantuan..malam itu juga, sewaktu hendak ke tandas, si isteri dibantu oleh nurse, tandas hanya beberapa meter dari katil namun perjalanan mengambil masa hampir setengah jam untuk pergi sahaja..

Keesokan harinya, awal pagi lagi aku dah bergerak ke hospital untuk menemani si isteri..ternyata, hendak menggerakkan bahagian badan bawah pon tidak mampu apatah lagi untuk menyusukan Sophia yang sedang kelaparan..

Aku tidak ada pilihan lain, berjumpa dengan nurse dan minta susu formula atau apa sahaja susu yang boleh diberikan kepada bayi..tanpa banyak tanya, nurse mengambil botol susu Cowgate lengkap dengan putingnya sekali dalam tempat simpan mereka..

mata merah berpunca dari salur darah di dalam mata yang pecah sebab terpaksa angkat isteri dari katil ke kerusi roda..

Ibu mana yang tidak merasa sedih bila melihat bayi yang baru dilahirkan tidak dapat menyusu dengan susu badan..tapi apakan daya, dah tertulis dalam luh mahfuz begitu takdir yang kami perlu tempuhi..

Alhamdulillah, Sophia boleh terima susu botol tersebut..atleast, salah satu kebimbangan kami telah hilang..dan pada hari yang sama juga aku minta agar si isteri dipindahkan ke bilik yang berasingan..bagi memudahkan urusan untuk aku menjaga ummi & sophia..paling tidak, bila berada di bilik sendiri, aurat si isteri dapat dijaga dengan mudah..

Tengah hari tu juga kami berpeluang untuk bertemu dengan doktor yang bertugas..hasil perbincangan dengan doktor, maka doktor memberi cadangan agar CT-Scan dilakukan pada waktu petang..dalam pada masa yang sama, doktor juga menasihati agar cuba untuk menggerakkan anggota badan seberapa yang mampu dengan bantuan ubat untuk mengurangkan risiko "blood clots"..

Hasil pemerhatian terhadap keputusan x-ray agak mengecewakan..doktor tak dapat mengenalpasti punca kesakitan yang di alami oleh isteri..sudah masuk hari ketiga, si isteri masih berada di hospital..Alhamdulillah, kehadiran mak mertua bersama adik ipar yang lain sangat membantu..kami bergilir-gilir menjaga kerana mahu ataupun tidak, aku terpaksa untuk bekerja pada keesokan harinya..

disebabkan keadaan ruang dalam bilik ni hanya boleh menempatkan sebuah katil, maka aku ambil keputusan untuk bawa toto sendiri dari rumah..dan minta bantal tambahan dari nurse..alhamdulillah, nurse memang memberikan kerjasama dengan baik :)

Kes si isteri dirujuk kepada pakar..bukan sahaja pakar daam bidang O&G, tetapi pakar dalam bidang perubatan dan neuorologis turut membantu..pada pendapat pakar, kes yang dihadapi oleh isteri agak jarang berlaku di sini..namun, untuk mengenalpasti punca kesakitan yang lebih lanjut, pakar mencadangkan agar MRI dilaksanakan dengan segera..bimbang kalau-kalau kesakitan tersebut berpunca daripada urat saraf yang berada di bahagian belakang badan..

Hasil keputusan MRI menunjukkan bahawa tiada apa perkara yang serius berlaku..semua berada dalam keadaan baik..cuma, doktor mengenalpasti keadaan tulang pelvik agak renggang yang berpunca dari pubic symphysis..doktor bersependapat bahawa tulang pelvik yang agak renggang berpunca ketika proses melahirkan anak kami..

Kebiasaanya, tulang pelvik merenggang bagi membolehkan proses melahirkan anak berlaku dan  akan bercantum semula selepas proses kelahiran tersebut berlaku..tetapi apa yang berlaku kepada si isteri, tulang pelvik tersebut tidak bercantum dengan baik pada bahagian pubic symphysis..itu merupakan punca kesakikatan yang berlaku pada si isteri..doktor meminta pasukan terapi untuk membantu untuk  mengenalpasti keboleh lenturan badan si isteri..

Hasil ujian daripada pihak terapi mendapati bahawa si isteri mempunyai keupayaan lentur melebihi paras normal tubuh badan manusia..dengan kata mudah, sekiranya berlaku sesuatu regangan pada badan, tubuh badan berkemungkinan tidak dapat kembali kepada keadaan normal dengan segera..

Akhirnya setelah punca masalah dikenalpasti, maka pihak hospital memberi kebenaran kepada isteri untuk keluar dari hospital..doktor memutuskan bahawa sakit yang di alami oleh si isteri akan hilang dengan masa dan dibantu dengan rawatan terapi..rawatan lanjut bersama pihak terapi pula di atur agar dapat dijalankan di rumah secara berkala..

Setelah seminggu kami berada di hospital, akhirnya kami pulang ke rumah..

Alhamdulillah, disebalik ujian yang dihadapi oleh si isteri Allah SWT memberikan kemudahan kepada kami melalui Sophia..semua pemeriksaan terhadap Sophia berjalan dengan lancar..tidak ada sebarang bacaan kuning terhadapnya..

Moga ujian yang kami terima menjadi pengajaran buat kami bersama :)

cenderamata daripada kami yang disampaikan oleh mak mertua sebagai tanda terima kasih kepada semua staff yang telah banyak membantu kami sepanjang kami berada dalam hospital..

Sekian..

Wassalam :)

Thursday, 12 April 2018

Trip To New Castle With Sophia :) Part 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


New Castle...

Alhamdulillah, kali ni kami diberi kesempatan dn rezeki untuk travel ke salah sebuah lokasi yang menarik di United Kingdom ni :)

Sebenarnya trip kami ke Kota Bharu atau nama Inggerisnya New Castle kira nak sambut ulang tahun kelahiran pertama puteri kami, Nur Aisya Sophia :) dan kebetulan pulak kami memang belum pernah sampai ke New Castle, so kira 2 dalam satu la ni..hehehe

So kami kongsikan bersama tempat yang kami lawati di New Castle ni ye :)

Btw, kali ni kami pergi ke New Castle naik kereta dan menyewa kemudahan AirBNB je..jimat dan mudah!


sekitar pemandangan ketika dalam perjalanan ke New Castle!

Perjalanan kami bermula pada 31 Januari 2018, senang kata pada musim sejuk..secara peribadi aku kurang gemar berjalan pada musim sejuk melainkan kalau perjalanan tu lebih 2 marhalah..bukan apa sebab waktu solat antara Zohor, Asar & Maghrib sangat singkat..so kalau lebih 2 marhalah tu confirm la kita boleh jama' kan..hehehe


3 jam perjalanan, tido dulu lah!
Dah, jom kita tengok tempat yang kami lawati :)

Tynemouth Castle and Priory

So, first tempat yang kami lawati adalah Tynemouth Castle and Priory. 

Untuk makluman, Tynemouth Castle & Priory ni merupakan salah satu bangunan yang diselia oleh English Heritage atau nama officialnya sebagai English Heritage Trust. English Heritage ni merupakan satu badan kebajikan yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara bangunan bersejarah di England ni. Lebih 400 buah bangunan yang dijaga oleh badan kebajikan ni dan kebanyakkannya berusia lebih dari 500 tahun beb!

Alkisah Tynemouth Castle merupakan bangunan yang dibina pada sekitar kurun ke 13-14 manakala Priory atau nama dalam bahasa Melayu sebagai biara pula dipercayai ditemui sejak abad ke 7 lagi..


pemandangan jauh Tynemouth Castle & Priory

Bangunan ini dibina di atas sebuah tanjung yang berbatu dan dikenali sebagai Pen Bal Crag. Tapak binaan bangunan ini dipercayai ditemui dan diasaskan oleh empayar Roman. Bangunan ni mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana lokasinya yang strategi. Berada di atas sebuah tanjung yang tinggi dan menghadap ke arah laut menjadikannya sebagai sebuah kubu dalam peperangan. Percaya atau tidak, bangunan dan kawasan Tynemouth Castle & Priory digunakan sebagai tempat pertahanan sehingga Perang Dunia yang KEDUA! Buktinya, kita boleh melihat senjata moden (yang dipakai ketika World War II) di tempatkan di sini.


pemandangan sisi Tynemouth Castle & Priory

nun jauh di sana Tynemouth Castle & Priory..berehat di kawasan Spanish Battery :)

Kalau ikut gambar di atas, lokasi Tynemouth Castle & Priory memang strategik di atas sebuah tebing yang tinggi!


dihujung tu merupakan Tynemouth Pier Lighthouse


pemandangan laut North Sea

Kalau kita perhatikan, tak pelik la Tynemouth Castle & Priory ni merupakan kawasan yang selalu menjadi tempat peperangan pada zaman dahulu..berhadapan dengan laut North Sea menjadikannya sebagai benteng pertahanan daripada serangan  kapal-kapal perang yang datang dari seluruh benua Eropah melalui North Sea ni..





sekitar pemandangan di Tynemouth Castle & Priory

Next!

Grainger Market


Grainger Market

Grainger Market terletak di New Castle city centre. Ianya dibuka pada tahun 1835. Ianya diberi nama sempena nama seorang pemaju yang juga merupakan usahawan yang membina pasar ni iaitu Richard Grainger. Pasar ni merupakan pasar terbesar di Britain semasa waktu pembukaannya dengan keluasan 2 ekar, mempunyai 12 pintu masuk serta 243 buah kedai dan gerai.. 

Jom lihat pemandangan dalam Grainger Market ni!









Suasana dalam pasar ni memang meriah dengan gerai jualam makanan, pakaian, cenderamata dan sebagainya..Grainger Market ni akan jadi lebih meriah bila musim Krismas..musim Krismas, kedai akan dibuka sehingga jam 9 malam..dan barang yang dijual akan bertambah..kira kalau dekat Malaysia tu kita panggil Bazar Ramadhan ler..hehehe


model Grainger Market tidak berbayar..hahaha

Next,

Around New Castle City Centre

Selesai berjalan dalam Grainger Market, kami berjalan-jalan di sekitar New Castle city centre..basically, city centre dekat sini confirm jauuhhhhhhhh lebih besar dari tempat kami..hahahaha






Tak banyak yang kami boleh kongsikan dekat sini..sebabnya waktu dah menghampiri malam..jadi banyak suasana makin gelap terutamanya bila perjalanan kami ke New Castle kali ni dibuat pada musim sejuk..hehehe

The Castle, New Castle

The Castle, New Castle (Castle Keep)
Actually, kalau kita lihat dari luar castle ni macam bangunan biasa je..kami sendiri pon mulanya anggap macam tu..sebab, dari segi saiz nampak just petak je dari luar..dan lokasi bangunan ni pulak berada di kawasan bandar secara tak langsung seolah-olah menenggelamkan sejarahnya yang tersendiri..


The Castle, New Castle (Black Gate)
Bangunan yang kita lihat sekarang hanyalah sebahagian peninggalan yang masih ada dan kekal sehingga kini iaitu Castle Keep dan Black Gate..sebelum aku terlupa istilah Castle atau Istana ni merujuk kepada sebuah kawasan yang terdiri daripada beberapa buah bangunan seperti Keep, Tower, Gate House dan sebagainya..dalam kawasan Castle atau Istana juga terdapat kawasan kecil seperti Bailey..

Binaan istsana ini dipercayai mula dibina pada zaman pemerintahan Roman iaitu sekitar 1080..awal pembinaan bangunan ini diperbuat daripada kayu dan menggunakan konsep Motte & Bailey..

pemandangan bandar dari atas The Castle (Castle Keep)

Kebanyakkan istana yang dibina oleh zaman pemerintahan Roman ni menggunakan konsep Motte & Bailey...Motte ni merupakan kawasan atau bentuk muka bumi yang berbukit dan disinilah Keep dibina..manakala Bailey pulak merupakan sebuah kawasan yang tertutup dikelilingi oleh pagar yang diperbuat daripada kayu dan dikelilingi oleh parit...



sebahagian peninggalan yang masih kekal sehingga hari ini

Umumnya, kawasan yang dikenali sebagai Bailey ni merupakan kawasan yang didiami oleh pembesar yang menguruskan istana..dalam kawasan Bailey jugak terdapat kuaters askar, bangunan dapur dan sebagainya..manakala Keep pulak merupakan sebuah bangunan yang teguh dan besar..dimana di dalam bangunan tersebut ada Royal Room, Great Hall, Chamber, Guard Room dan sebagainya..

Bangunan Castle Keep ni agak besar dan mempunyai bilik dan ruang yang banyak..salah satu tempat menarik dalam Castle Keep ni adalah Well Room..Well Room ni merupakan sebuah bilik yang berfungsi untuk membekalkan air ke seluruh bilik dan ruang yang terdapat dalam Castle Keep..yang menariknya, terdapat perigi dengan kedalaman yang melebihi 30 meter di gali dan dibina dalam Well Room ni..FYI, perigi ni masih lagi mempunyai bekalan air sejak pembinaannya lagi!which mean, perigi ni dah berusia lebih dari 500 tahun beb!!dan yang paling menarik, seseorang individu perlu mengambil air dari dalam perigi, curah kedalam saluran lubang di bahagian kiri atau kanan dinding tersebut dan air itu akan mengalir ke seluruh bahagian bilik dan ruang di dalam Castle Keep ni!just amazing how they construct the building with fully function without any fancy engineering software to calculate pressure, flow, height etc...kita yang ada software fancy pon still ada engineering failure! hahahaha



Well Room in Castle Keep

Nak tahu dari mana datang perkataan Wardrobe??meh tengok gambar dekat bawah ni



asal-usul perkataan Wardrobe..hahha
Dalam bangunan Castle Keep ni jugak ada Great Hall..Great Hall ni merupakan sebuah dewan orang ramai (dalam bahasa kita) atau public hall..ianya digunakan untuk tujuan mesyuarat, sambutan majlis keramaian dan sebagainya..King Edward I pernah meluangkan masa beliau ketika musim sejuk pada tahun 1292 untuk menyambut perayaan Krismas di sini..



Great Hall, Castle Keep

Banyak lagi fungsi dan sejarah yang terdapat dalam Castle Keep ni...selain daripada sebuah bangunan istana, ianya juga merupakan bangunan pentadbiran, penjara, dewan orang ramai, singgahsana raja dan sebagainya..kalau nak ditulis satu-persatu, memang makan masa berbulan la nak siap..hahaha

Lagi satu, nak masuk muzium ni kene bayar tau!


princess Nur Aisya Sophia..hahaha
bersambung...

Saturday, 31 March 2018

Kesyukuran!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kelahiran...

Alhamdulillah, sekitar jam 3.24 minit pagi pada 1/2/2017 Nur Aisya Sophia telah selamat dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah juga segala proses kelahiran berjalan dengan lancar. Semuanya aku rakamkan secara gambar dan video melalui kamera kami. Bukan apa, senang kemudian hari nanti. Agak-agak kalau nakal je kita tunjuk balik video masa nak lahirkan dia. Yela, kan mak-mak kita selalu membebel betapa perit dan susahnya nak lahirkan kita (time kita degil, nakal atau buat perangai). Kalau orang Melaka punya bahasa lagi best "Kalau tau bila besar suka melawan, baik ibu tanam masa baru lahir je!" Hahahaha

So bila lahir je Sophia ni, bidan terus ambil dan letak dekat atas dada ummi dia. Orang putih kata "skin to skin". Kalau ikut masa kelas yang kami hadir tu, midwife tu siap cakap yang ada setengah daripadanya yang letak bayi tu dekat atas perut je. Nanti bayi tu sendiri akan slow-slow naik ke dada si ibu. 

Bila letak atas dada ni, Sophia yang tadi menangis kuat dah mula slow sikit. Dalam pada masa yang sama midwife bagi peluang dekat aku untuk gunting tali pusat Sophia. Benda ni nampak simple, tapi memang berdebar. Walapun tali pusat tu panjang, tapi dalam kepala fikir macam-macam. Nak kene pegang gunting betul-betul la. Nak kene alas dengan kain la. Bukan apa, takut tiba-tiba gunting terlepas then kena dekat anak. Hahahaha. Lagi satu, kalau jenis yang mudah loya tengok darah tu better minta bantuan midwife je yang potongkan. Hehehe.

Selesai majlis potong reben, midwife ambil semula Sophia dan letak atas mesin alat resuscitation yang ada dalam suite bersalin tu untuk bersihkan dan pemeriksaan kali pertama. Selesai je pemeriksaan, midwife tu serahkan Sophia semula dekat aku. So, tanggungjawab sebagai seorang abi yang berdedikasi untuk azan dan iqamahkan ditelinga Sophia. Masa tu midwife perhatikan je tindakan aku. Dalam hati doa-doa mana tahu Allah SWT nak buka pintu hati dorang ni untuk menganuti Islam, inshaAllah ameen!

Alhamdulillah!Gambar pertama selepas sahaja dilahirkan!

Selepas tu, giliran ummi pulak untuk menyusukan Sophia. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sedar tak sedar waktu dah menghampiri Subuh, so aku dan mertua masing-masing amek turn untuk solat Subuh.

Sekitar jam 9.00 pagi, kami dipindahkan ke wad selepas bersalin. Wad tu berada di tingkat atas. Dalam bilik tu ada 6 buah katil dan setiap katil dipisahkan dengan tirai. Masa tu ada beberapa orang rakan sekerja ummi Sophia datang ziarah. Alhamdulillah, pelbagai ucapan tahniah dan doa kami terima.

Bila jam hampir pukul 7 malam, aku dan mertua diminta untuk pulang ke rumah. Memang peraturan dalam wad tersebut macam tu. Tidak dibenarkan pasangan atau penjaga untuk berada di dalam wad ketika waktu malam.

So, kami pun pulang. Tapi sebelum pulang tu, aku pastikan semua perlatan untuk tukar lampin dan sebagainya disusun dengan baik dan mudah dicapai.

Berat hati sebenarnya nak balik. Nak bawak balik ummi dan Sophia terus ke rumah waktu tu tak boleh pulak. Sebab pemeriksaan oleh doktor dan midwife belum selesai. Paling tak, Sophia perlu ambil darah sebanyak 3 kali untuk pemeriksaan.

Celik mata buat kali pertama!

So, sampai je rumah aku pon mandi, rehatkan badan dan tidur.

Tiba-tiba sekitar jam 2 pagi aku dapat panggilan talefon dari isteri. Ummi Sophia mengadu kesakitan yang teramat sangat. Sehinggakan nak gerakkan kaki sedikit pun tak boleh. Waktu tu aku cuma mampu untuk nasihatkan supaya panggil midwife atau nurse yang bertugas.

Kepala aku dah mula berfikir yang bukan-bukan. Tapi masih lagi clueless. Sebabnya, pengalaman ahli keluarga bersalin belum lagi yang mengadu sakit yang sebegitu teruk selepas bersalin. Lebih-lebih lagi bila tak boleh gerakkan kaki walaupun sedikit.

Malam tu memang aku tak tidur. Terus kejutkan mertua dan tanya kalau-kalau ada petua atau cara untuk hilangkan sakit tu. Tapi kami berdua buntu.

Keesokkan paginya, kami terus bergegas ke hospital..

Kesyukuran bertukar menjadi

DUGAAN!

bersambung........